Friday, December 31, 2010

Cutikah Aku?

Hari ini semua orang tahu cuti umum Mesia sempena kemenangan Skuad Harimau membawa pulang Piala AFF Suzuki.
Memang sangat-sangat terima kasih.
Tapi, adakah cuti ini untuk aku yang sedang memang bercuti???
Waduh-waduh....kenapa la bg time hari nih yek??
Bagila mase hari first sesi persekolahan 2011.
Sebab sekarang tgh mengumpul mood utk memulakan tugas baru di 2011.
Anyway, kpd yang bercuti, SELAMAT MENIKMATI CUTI ANDA YA!!!
Jangan lupe, esok nu yer.
Maka sudah lengkapkah diri anda dengan azam-azam tahun baru yg memang anda nk grab utk tahun ini?

Hadiah Utk Bluwey Dari Aloq Staq


Wahwah..apakah itu ramai sungguh orang mengerumuni brader berkenaan??
Cheh..kaum kerabat sendiri gak.
Kecuali brader berkenaan.
Beliau seorang penjual di Pekan Rabu.
Sangat tertarik dengan aktiviti yg dijalankan beliau.
Kerana satu faktor....MURAH.
Apakah aktiviti utama brader itu di Pekan Rabu?
Sudah spt mengajar Geografi.
Saksikan ini...(spt mengajar menggunakan Audio Visual Aid)


Colourfulnya. Spt ada pesta pensel colour Luna dan Swan dan Faber Castell.
Haaa..itu koleksi numeric and alphabet utk dibuat keychain.
Murah sangat.
Iaitu RM2.50 utk Max=7 huruf di bahagian hadapan.
Dan hanya RM3 utk Max=14 huruf depan dan belakang.
Memang mengujakan.
Selalu satu huruf yg almost RM2.50.
It just a sponge.
Yg dr jauh spt marshmallow.Nyum..Nyum..
Okeyla. Lepas kami datang serbu terus ramai jugak orang datang.
Sampai kan brader tuh harus kira dulu plat keychain itu cukup or tak..
Pembawa rezeki.Ehem..ehem...
Bro...memang sangat-sangat terima kasih la.
Coz ada juga hadiah utk Bluwey yg sudi mengorbankan dirinya utk kilometer yg panjang....
Here u are Bluwey..Suke takkkk???
Bluwey jawab: Terima aceh....Both of you. Jangan lupe anta aku serbis pas nih..Tibe-tibe dh mencecah 30000km.....


Hmmm...tak perlu la nk blur-blur kan no.pendaftaran kereta..
Bukan artis..Tp still ambil langkah berjaga-jaga okey...
Kalo rakan-rakan nampak di jalanan no pendaftaran spt yg tertera, sila-sila la high beam tanda senyuman mesra.
Jgn ada unsur dendam ya...Coz kita 1 Mesia...U like me..I like U la...

Wednesday, December 29, 2010

Memikirkan Saja..

Hati tidak sihat.
Dari semalam macaam ada aktiviti otak yg tak pernah berhenti even pada waktu tidur.
Sampai tak tahu nk mula kerja yg mana walau pada awalnya dah ada perancangan.

Aku macam tidak rela diperlakukan begini.
Bukan tak mahu menggalas tanggungjawab, tp ADAKAH ADIL UTK AKU???
Kenapa tidak orang lain juga????
Macam tak sabar nk luahkan segala ketidakpuasan kepada pihak pengurusan....

Sunday, December 26, 2010

Part 1: Langkawi

Fuh...fuh.
Berabuk interface.
Bersihkan sikit.
Di saat orang lain sedang khusyuk menyaksikan final AFF M'sia vs Indon, ak tengok separuh jalan dan terus on this lappy.

Macam banyak cerita.
Tapi tidak tertaip.
Mungkin gambar boleh merungkai kan segala-galanya.
Kenangan seribu makna.
Actually, ini adalah kali keempat ke Langkawi.
Ada bersama rakan dan ada yang bersama family.
Enjoy the moment damn much.
Memulakan perjalanan seawal 4 pg pd 22.12.2010 lepas dr Putrajaya.
Punyela azab aku nk menahan ngantuk.
Konon-konon cam very supportive la teman my fiance drive.
Akhirnye kecundang jua.
Banyak jugak tempat kitorang berhenti sepanjang dlm perjalanan itu.
Rest N Go la katakan.
Sampai Kuala Perlis around 12.30 pm.
My auntie beli tiket, take a short and simple lunch then after 2 pm, maka bergerak la Feri LADA 1 ke Langkawi. Pulau seribu keindahan ini.

Memang sangat exhausted.
Check in at Seaview, terus rasa seperti capek dan terus ketiduran.
Petang baru bangkit semula, p pasar malam pulak jalan kaki.
Lagi menambah penat utk hari itu.
So after jenjalan di pasar malam Pekan Kuah, kami ke airport jemput my parent and other sibling.
Tengok gambo cm aku kan yg baru arrive.
Nyambut jek.
Kehkehkeh..Sekeh kang!
Then, dh fetch dorang sumer, makan n mestila nk simpan energy utk esok kan.
Have a look at this pic.
Tempat wajib singgah di Langkawi waktu pagi:

1) Tempat orang proses gamat jadik minyak gamat
2)Cable Car------>Nih memang seronok bangat.
Okeh.okeh akan buat entry kedua mengenai picture snapping from the Gondola..Yeehuuuu.








Tuesday, December 21, 2010

Cakap Dengan Orang Ego

Hari ni ada ikut seseorang ke interview.
Rasa bengang yg sesangat bengang.
Double trouble la konon-kononnya.

Bila kita share idea on how to speak/answer to the panel, muka nk macam bengang n blah macam tuh jek.
Orang lain pun tengok jek.
Interview logiknya adalah untuk menjual diri kita.
Kadang-kadang kita perlu berasa hebat dengan apa yang kita ada.
Perlu rasa terlebih poyo.
Perlu rasa macam orang lain pun xboleh nk challenge kita.

Kita share idea itu atas dasar pengalaman.
Dan setelah melihat hakikat sebenar dunia pendidikan.
Tidak tahu nak klasifikasikan manusia seperti itu dalam kategori mana.
Terlalu merendah diri dengan diri sendiri atau ego nk terima pandangan orang lain.

Yang penting sebenarnya kena tunjukkan kesungguhan kita walau pada awalnya, ada satu point yang kita memang tidak layak untuk meneruskan perjuangan.
Takkan harus cepat redha begitu sahaja.
Nak seribu daya....Seribu daya di sini maksudnya sedaya mungkin memperjuangkan hak dan kemahuan diri kita.
Tak hendak seribu dalih...Memanglah, berpegang pada point kelemahan kita memang tak akan ke mana. Cepat sangat mengalah. Kalau tak minat jangan membazir duit beli nombor pin.
Kadang-kadang nih la sebab nya aku macam tak berkenan orang nk masuk bidang perguruan nih sebab memang dh takde kerja kat luar sana. Bukan sebab minat atau pun sebab memang Guru Pembina Negara Bangsa.

Ada rezeki kamu wahai kawan....Alhamdulillah.
Berusaha lagi.Gambate!

Monday, December 20, 2010

Berakhirnya Satu Perjuangan

20.12.2010.
Pastinya hari kegembiraan student-student SPM aku.
Ketika aku menulis ini, mereka ada dewan exam.
Mungkin sedang bertungkus-lumus menjawab paper terakhir utk SPM 2010.
Dan mungkin ada yg sedang menjawab dalam ketenangan sebab dh sebati dgn nervousnya menjawab peperiksaan.

Memang lega.
Sebab aku pun dh tak sabar nk bercuti.
Dlm ketidaksabaran sebenarnya aku sedih.
Sedih tak dapat bersama dengan diorang lagi.
Anak didik yg baru setahun aku semaikan benih-benih ilmu yg tak menggunung ni.
Yang aku ajar apa yg aku faham, bukan dgn sepenuh kepakaran.

Form 5 yg aku sayang.
Tahun depan kawen, sape la bebudak yg sudi nk tolong aku time kenduri.
Walaupun kdang-kadang aku nih ad yg terguris rasa, tp sekejap jek rasa itu.

Hmmm..sayu.
Balik nanti pastinya diorang berkejaran nk kemas barang n mendapatkan ibu bapa masing-masing.

Semoga anda pun rindu cikgu cmner saya akan rindu awak semua.
Sayang kamu semua.
Banyak betul kenangan dengan kau.
Kalau cikgu tak dapat nk beri yg terbaik utk kamu, maafkanlah kekurangan itu.
Pastinya nk kamu ada di hari gembira cikgu.
Abadikan Memori Bersama....5 Ibn Rusyd 2010.

Friday, December 17, 2010

Risau Dan Akhirnya Gumbiraaaaaa!!

Dapatkah anda membayangkan anda belum mula bekerja lagi dan dalam proses mencari pekerjaan?
Dan pastinya bila memohon sesuatu pekerjaan banyak dokumen-dokumen penting diperlukan lebih-lebih lagi yang berbentuk akademik.
Dan tiba-tiba sijil-sijil dan segala dokumen terbabit hilang.
Pasti mencuakkan.

Ya, ia terjadi kepada aku.
Baru saja berlaku.
Tapi aku react cool jek coz konon-konon dah dalam tempoh percubaan perkhidmatan la.
Dh DG41 la.Poyo la...
Sekali bila mak gertak.."Kang susah nk pi 44 kang..Nanti nk kepilkan semua dokumen tu...".
Aku..Yeke mak???
Mak aku lagi mencuakkan.
Iye..mak tengok cikgu-cikgu nih camtuh la mase nk apply 44.
Perghhh..nih memang tak boleh ditentang-tentang lagi la.
Mak aku kan kerani sekolah.
Semua fail peribadi cikgu die yang urus.

Gelabah puyuh la aku.
Maka, aku kerah seluruh isi rumah dok mencari biarpun dalam kegelapan.
Ayah aku sampai mengali-ngalir peluh dan keringat.
Aku nih bersin-bersin la dah cari at stor satu clear holderaku kaler ungu.

Dan akhirnya bila nk masuk Isyak, mak aku suruh nazar.
Kalau jumpe kene belanja satu family KFC.
Berniat la aku.
Aku dh give up.
Kene stopkan misi sebab nk balik SD dh.
Dh malam.
Kang budak asrama kang kesunyian tanpa kehadiran aku.

Tiba-tiba...
Pegi amek barang dlm but kereta..(Aku tinggalkan kereta kt Fadu, tak bawak g SD)
Tangan nih memang sengaja nk buka beg Public Mutual aku tuh.
Ya Allah..de sesuatu berwarna ungu di dalam itu.
Alhamdulillah semua yg aku cari ada kat situ.
Suke tak terkira.
Merepot terus ke famili.
Ayah aku mula la enjin bebelan die.
Perghhh..die kata nyusahkan sungguh.
Memang pun.
Tapi harus suka la abah..kan Kak Ngah dh kene belanje KFC.

Korang tau bape lame aku carik sijil aku?
Dekat 3 bulan tau.Last mase rumah renovate itu hari.
Aku ada dua clear holder..(ehem..ehem...cemerlang banyak sijil la katakan...)
Nk carik sijil kursus kawen, ada.
Sebab dlm clear holder ijau.
Yg ungi missing. That's why aku perasan takde sebab selalu berdua itu tidak terpisah.
Dulu dh penat sangat smpi nk p Putrajaya la nk amek sijil SPM baru n nk telefon Pendaftar nk salinan ijazah dan transkrip.
Untung tak buat lagi.

Pengajarannya.
Skang ia adalah lebih terurus.
Aku dh sediakan satu bag ala-ala beg Tupperware utk isi semua clear holder n segala macam mende penting termasuk album-album dulu kala zaman muda mudi aku.
Selalu ada dalam but kereta mulai kejadian itu.
Dan, harus anggap mende itu sentiasa penting walaupun dh dapat pekerjaan even dh sampai JUSA pun.
Harus jaga dengan baik dan selamat.
Dan yg heran tuh, Sijil Kursus Kawen selamat di kala aku memerlukan...Hehehehe....



Seperti gambar di atas.
Kalau dh banyak-banyak tu, labelkan la dh letak dalam kotak yg turut dilabelkan di atasnya.
Ingat...Manage ur SUCCESS wisely.

Thursday, December 16, 2010

Muzium Impian

Hari nih rajin plak aku membelek-belek paper di kedai makan.
Selalu jarang-jarang sekali aku sentuh paper yg berserakan di atas meja.
Then, turn to a page yg info nye sgt mengujakan hati ini.

Laluan masa aku berputar kembali.
Kembali ke zaman di mana aku mula kenal Pensyarah Killer semasa Tahun 2 di universiti.
En.Kahirol.
Dalam subjek Teknologi Industri ada beliau cerita mengenai perkara ini.

Tentang letupan loji nuklear terburuk di dunia sekitar April 1986.
Masa aku baru mengenal dunia.
Aku rasa sama bufday ngan aku kot kejadian nih.
Malas lagi nk Googling.

Letupan berlaku di Chernobyl, Ukraine.
Of course bila dah letupan nuklear pastilah memberi kesan-kesan negatif dalam kehidupan.
Mutasi gen antaranya.

Dalam paper hari ini ada bagitau, mulai 2011, orang dh boleh buat lawatan kat loji eksklusifnya.
Wow!
Macam nk jejak kan kaki jugak di situ.
Rasa sangat berkesan Set Induksi En.Kahirol dulu.
Sehingga terkesan di dalam hati aspek-aspek penjagaan keselamatan di industri.
Bagus jugak sape yg mengilhamkan idea utk membuka Chernobyl sebagai sebuah muzium utk dilawati.
Banyak input yg kita boleh dapat darinya.
So....kumpul la duit so that kite boleh ke Ukraine.

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa Sekolah Aku Dh Start Merepek?

Whut,,
27 Dis nye meeting pun aku terlibat?
Nama Mesyuarat Pengurusan.
Selama nih tak pernah terlibat pun.
Damn!

Sangatlah penat baru pulang dr Langkawi nanti.
Sedih..
Nih dera.
Nanti aku report kt teledera.
Uwaa..uwaa...

Kejamnya.
Tak berdaya.
So aku hanya berehat utk 7 hari shj selepas tamat SPM.

Monday, December 13, 2010

Mimo Datang Membantu

Hola.
Semalam daku telah ke KL lagi.
Buat confirmation.
After a few discussion with da printing shop, then together with family mertua bersepakat utk b'cuci2 mata di Masjid India dan Jln TAR.
Mereka semua mencari baju yg cantik-cantik.
Aku...memang sesungguhnya cuci mata.
Tapi, hati ini telah ditarik dengan kuasa magnet terhadap alat yg macam comel ini.
Ye..MIMO datang lagi dengan Mesin Urut.
Sesuai sangat.
Aku nih suka menghidapi penyakit sengal dan sendi tulang ketika berada di dalam kereta.
Sama ada memandu ataupun hanya sebagai co-pilot.
Aku pun pelik.
Semua sakit melanda.
Pening, sengal dan sebagainya.
Saja la tuh taknak tolong drive.
Pilih warna putih coz biru dah habis.
Untuk diletak di dalam kereta.
Kebetulan nk ke Langkawi next week.
So, harus ada bekalan mesin ini.
Semalam, memang pening kepala sangat.
Sebab lambat makan.
Jadi, letakkan sahaja di kepala dan sekitar tengkuk.
Perghhh..sungguh melegakan.
Getarannya juga mungkin boleh digunakan disekitar kawasan berlemak.
Jadi tak perlu keluarkan bajet yg banyak utk membeli alat mengempiskan perut jenama Osim.

Dan....boleh di recharge.
See. Spt gambar di bawah.
Boleh juga menggunakan bateri.
Ada sambungan USB dan boleh juga sambungkan pada charger Nokia anda.
Harga???
Murah jek.
RM15.Untuk setakat ini adalah berbaloi.
Kucing aku yg menghidap athma pun aku tala kan mende nih kat area jantung die.
Baru die dapat bernafas dgn smoothly.
Bagus.

Nanti kalau mende ini sudah menjadi fenomena, boleh la anda mendapatkan yg lebih cantik atau lebih comel dr ini.
Ada yg boleh mengeluarkan warna-warna lampu disco.
Tp, semalam takdela.
Okeyla, dh fully charge.
Nk massage..Huhu.

Sunday, December 12, 2010

Kecewanya...Cuti Dah Nak Tamat.

Cuti sekolah penggal ini bermula pada 20.11.2010.

Dari 20.11.2010 - 20.12.2010 (rantaian tugasan sebagai S/U Peperiksaan)
Gap 12 hari tp asyik turun naik KL uruskan kad dan door gift.
22.12.2010-26.12.2010 (Langkawi Trip)
28.12.2010- 01.01.2011 (Mesyuarat dan mesyuarat sekolah)

Cuti tahunan sebagai seorang guru (7 hari setahun)
Save 3 ari utk wedding.

Waaaa..apa yg tinggal..
Cuti ni pun sakit-sakit badan aku nk cari ruang rehat.
Sikit rupa-rupanya cuti seorang guru.
Bukan macam orang kata..Jadi ckigu syok..BANYAK CUTI. Itu dulu.
Even sesape nk pegi obersea pun kene wat surat makluman ke Jabatan Pelajaran. (Perghh..nk g honeymoon obersea kene gak ke inpom-inpom kat org)

Ye..memang cuti bukan HAK ya kengkawan.
Ia hanya keistimewaan.
Dlm pekeliling pun ada ckp..guru boleh dipanggil bertugas pd bila-bila semasa cuti dan diperuntukkan utk menggunakan separuh dr cutinya utk bertugas di sekolah.

Jadi, jgn kecewa.
Yang hanya anda perlukan adalah SABAR.
Bersyukurlah.

Oh ye..ALHAMDULILLAH tahun depan still dapat offer utk ngajar lagi di tuition centre.
Tp utk malam Jumaat shj.
2 Form juz like diz year.
Seronok krn boleh lg tambah pendapatan diri ini.
TUHAN MASIH SAYANG KAT AKU YG TENGAH TUNGGU 20.12.2010....

Friday, December 10, 2010

Hidup Bagai Pelayaran

Watchaaaaa...
Nampak sign tersebut?
Yes, entry lepas memang ada tulis pasal nk update tentang percutian keluarga selama 2 jam di atas sebuah cruise.
Actually sambungan dari kenduri sepupu tuh.
Dah alang-alang jauh sampai ke selatan tuh, maka isi-isi la waktu petang dengan melawat-lawat.

Sampai malam kami sanggup tunggu tau.
Ngantuk pun ada sebab dibuai dengan angin yang menyisir.
So, blaja-blaja juga snap a few pic yang bakal bermakna as shown below.
Nih dh nk Maghrib punya scenery.


Dan wajah kegembiraan sesorang yg malam tuh patut dapat award Bapa Penyayang dan yg sudi melayan si kecik comey itu.


Maknya pulak, sibuk berposing ala-ala model gitu.Hmm..okeyla, terpaksa rembat Gadis Jawa.
Tenangnya tengok awan itu di dalam gambar...


Dan Singapore from our side on the cruise...Dari jauh je la.
Nak masuk utk saja-saja, tak berbaloi kot.
Coz sing dollar is double with our currency value.


Alahai comey nye anak sedara aku nih. Pandai ko posing!Gigit kang.


Dan itulah dia jawapannya..Di atas sebuag Danga Cruise. Penuh cruise dengan family kitorang jek.
Gambar nih baru sebahagian sahaja ahli keluarga yg menyertai.
Ramai lagi yg feeling layan angin bayu.


Welkame to Danga Beach!!!!
Jarang kami sekeluarga + keluarga Pak Uda + keluarga Mak Ngah dapat dalam haluan yang sama menikmati percutian ini.
Murah jek...
RM10 per entry utk seorang.
Perjalanan dari pukul 8.30 mlm sampai la pukul 10.30 malam.
Dah pukul 10.30 malam, tertambatlah kami semua di jeti.
Siang pun mungkin ada.
Malam..itulah tripnya.
Yg speceial nya utk yg bayaran RM50, you all dapat ride on this cruise + dinner + karaoke.
Seronoknya...
Kami jengah jek la dari luar tingkap.

So sape-sape yg merancang nk ke JB.
Spend a few moment here.
Di Danga Bay.
Mudah jek.
Guna la GPS anda yg canggih manggih.



Uishh..dh penat dan dh selebet.
Kenangan ini pasti aku rindu...

Yes..dan hidup ini sesungguhnya bagai pelayaran di lautan yg tak bertepi.
Penuh badai.
Penuh gelombang.
Yang kadang-kadang ganas.
Yang kadang-kadang menenangkan.
Kitalah yg harus bijak menakhodakannya....

Baru 2?

Hmm..korang jgn ler heran yek tgok mesin counter aku tuh.
Cam tak layak jek nk letak.
Nih kije si Tunang la nih.
Nk wat aku segan jek.Cheh.
Patut counter nih kene letak mase grand opening blog kan.
Tp takpela, nak melawo-lawo.
Hehehe..
Korang panggil-panggil la kawan korang mengunjungi blog ini ya..

Terima kasih atas sokongan.

Wong Solo Bermaksud Orang Solo Ke?

Okey bukan nk cerita pasal dictionary Jawa.
Tp, pengalaman makan-makan di sebuah restoran di Seksyen 9 Bdr Baru Bangi.

Minggu lepas aku g JB kan.
Sepupu bawak pi Taman U utk makan Nasi Ayam Penyet.
Masa tuh jam dh menunjukkan pukul 11.30 mlm..<-----Konon-konon accurate sangat la jam ko tuh!
Tp nk dijadikan cerita, aku tak order langsung Nasi Ayam Penyet.
Sebab ade la peristiwa sedih dan luka yang berlaku.
Aku minum dlm kemarahan. Dan sebenarnya kepenatan.
Kempunan aku sekejap malam tuh.

Maka semalam telah servis kereta di Seremban dan gi tempah doorgift di Bdr Tasik.
Aku pun nk tumpang balas dendam la...
Ondaway balik rumah, paksa Fad singgah Bangi carik gak Nasi Ayam Penyet.
Korang jangan salah paham.
Dia bukan spesis Nasi Ayam.
Tapi, Nasi Putih+ Ayam Penyet (ayam tuh dipenyetkan jek)..
Perghh...ada pakej tuh.
Pakej ekonomi.
Tp, menggiurkan giler.
Pedas membara.
Dihidangkan bersama Air Mineral sejuk.
Lauk didalamnya adalah:

~Tahu Goreng
~Tempe Goreng
~Balado Terung (terung cili api malatoppp)
~Ayam Kampung Penyet
~Nasi Putih

Superb!
Rasa nk bungkus...tp pedas.
Orang sana memang makan pedas-pedas ke?

Kpd yg berminat, bolehlah datang dengan membawa sekali plak ala Jalan-jalan Cari Makan di Wong Solo, Bandar Baru Bangi.
Anda pasti teruja!

5 out of 5!


Best woo..

Berblogwalking di BlogLarian


Korang klik la banner di atas..pun buleh gak..

Bagai satu fenomena selepas berlangsungnya Sukan SEA di Guangzhou
Blogger masih meruskan acara lebuhraya dgn menjalankan sedikit blogwalking di banner spt yg tertera di atas.
Hoho....

"Saya suka berblogwalking kerana Berjalan-saya memang suka berjalan di alam maya mahupun di alam realiti , Melihat-saya suka melihat entry dan design yang cantik dalam blog kengkawan dan Mentafsir setiap post yang menarik untuk dijadikan inspirasi."

Okey sy nk tag pencalonan baru di bawah:

Korang nk tau maklumat lanjut...Sila la klik sambungan larian lebuhraya ini di SINI

Terima kasih kpd En.Kunang Sepi yg tag saya..

Thursday, December 9, 2010

Alias Merepek

Ada sorang kawan seangkatan aku.
Sama-sama la maksudnye mengajar di sekolah yg sama.
Dia rajin gak view blog aku nih.
Kadang-kadang suka nak mengata tajuk blog aku..Berjalan Melihat Mentafsir nih..
Kang mula la dia menambah..MELOMPAT, MERANGKAK, MENDENGAR pun masuk sekali.
Pastuh aku nih pulak, suka nk menambah pe die cakap.
MENGGONGGONG.

Pastuh die tambah pulak..MENYAMPAN, MEMANDU, MENGGILING.
Tang menyampan and menggiling tuh memang aku tak boleh tahan.
Aku dok bayang orang view blog aku ketika di air dan ketika membawa steam roll.
Lawak la pulak bile jadi orang yg terlebih visualisasi nih.

Aku layan lagi.
MEMBAYAR TOL..yelah kebetulan aku tulis entry betul-betul aku sampai rumah dari KL.
Tol jek la ingat..
Ha...lagi la si YM Liyeh tuh menambah.
MEMBAYAR ZAKAT DAN MEMBAYAR BIL LETRIK.
Otak aku terus menangkap singboard dan bill board di tepi jalan dan highway.
Jelaskan CUKAI TAKSIRAN ANDA dan segala hadis berkaitan zakat yg terpampang.
Cepat sangat la neuron-neuron otak ini nak mengaitkan peristiwa itu dan ini.
Tapi nih semua..memang sebab banyak berjalan....
That's why la I choose....
BERJALAN..MELIHAT...MENTAFSIR...

Million thanks utk ND yg sudi tag blog ini.

Wednesday, December 8, 2010

Ngeri!

Malam ini..pertama kali aku tengok rancangan KES di TV3.
Ak tahu rancangan nih dh lama dh on air.
Selalu kst hostel bile KES broadcasted, ak pun alih ke channel lain atau aku keluar makan.
Sebab first-first introduction die cerita pasal Botak Chin.
Penjenayah yg paling dikehendaki di sekitar era tahun brape...tak tahu (malas nk googling)
Dengan pengalaman seciput aku timba semasa aku Darjah 5 dulu, pengalaman menyertai lawatan sempena 100 tahun Penjara Pudu, membuatkan aku ngeri nak dengar kisah-kisah begitu.

Tetibe, aku tertengok sekejap rancangan tu.
Cerita pembunuhan ngeri seorang wanita di Bemban, Melaka sekitar tahun 1997 dulu.
Dilakukukan oleh dua beranak iaitu bapa dan anak.
Dahsyat.
Motifnya xsempat nk ikuti dr awal cerita sebab tengah makan.
Tp, dapat aku simpulkan it's about dendam orang-orang yg jenis xreti nk sabar langsung.
Pemarah dan panas baran kot.
Bapak support anak memang bagus.
Tp, support buat pembunuhan pun ada.
Sampai hati dia umpil tingkap kayu umah kakak tuh.
Then masuk rumah, tengok mangsa sedang khusyuk tidur.
Maka lagihebat pemangsa melakukan tikaman bertubi-tubi depan dan belakang badan mangsa.
Aduishhh..ak yg rasa ngilu. Sebab doc sahkan punca kematian adalah kerana tikaman terkena pada paru-paru kiri tersilang ke belah kanan.
Perghhh..apa aku explain nih.

Yg jd lagi gempak KES nih, siap ada lakonan semula tu.
Lagi la cam betul-betul terjadi.
Tambah plak dengan gambar-gambra real koleksi ARKIB PDRM.
Geli-geleman aku.
Tak dapat nk aku bayangkan lagi.

Aii...manusia.
Mana datang rasa sampai hati itu?
Mana datang rasa kejam itu?
Mana datang rasa terlalu berani itu?
Mana datang rasa semangat nk menikam orang itu?
Mana datang usaha-usaha n kmenjayakan plan nk membunuh itu?

Dan..negara memang perlu ada undang-undang.
Barula kene hukuman penjara 10 tahun.
Alhamdulillah...insaf juga akhirnya pemangsa.

Tp herankan??
Adakah orang memang membunuh sebab dah terlalu geram atau marah?
Atau kita didatangi oleh satu aura luar biasa hantaran iblis syaitan???

Next episode mungkin boleh keep continue watching la..




Baru Add!

Live Traffic Feed tuh saje jek aku letakkan.
Baru tak sampai 1 minit yg lalu via blurzablanket.blogspot.com
Hehehe..
Mengade-ngade.
Aku tengok blog orang lain ade macam syok jek.

Boleh la aku jadi penyampai trafik di Era.
Hmmm..
Saje nk penuhkan element-element dlm page ini.
Pagi ini rajin la plak aku merapu ikan kerapu ntah ape-ape.
Tunggu Subuh la terus.
Gilo!
Mau nye abnormal disorder dh aku nih.
Hentikan segera!
Pergi tidur sekarang.
Atau mata anda akan terjojol spt mata ikan Uji Rashid.

New Picca From Nun di Jay Bee

Jap ye..try tukar format gmbo kpd GIF dulu..
Owh..same aje nampaknye..Hmm...ada yg boleh aku large kan...
Takpela..keep on writing babeh.
Ini ketika menghadirkan diri ke wedding sepupu dua kali ganda di JB.
Banyak halangan kisah Si Sepupu bernama Ijah nih.
Akhirnya ke jinjang pelamin juga anda.
Tahniah!

Bertolak dr kampung di Labis.
Pagi-pagi...
Yela nk g JB. Smpi the end of Lebuhraya Utara Selatan tuh perjalanannya.
Sampai ke kenduri hujan yg tidak berhenti-henti.
Tapi takpe, korang layan kan aje pic nih yek.


Ada nexy entry tentang perjalanan di dalam sebuah kapal..Nantikan..Huhu.Perghhh macam nk terbitkan 2 Alam lak die nye promo!


Giler Kenyang..Bukan Kentang!

Bulan Disember nih sangat buat aku teruja nk makan banyak.
Tambah pulak dgn banyaknya kenduri dan jemputan perkahwinan.
Kalau boleh semua aku nk attend.
Nk rase masakan yg at the end of the event aku boleh buat satu sesi kritikan membina tentang hidangan yg disajikan.
Memang terasa sungguh nak makan.
Bayangkan jek la dlm aku tengah menghirup Sup Daging yang very superb kaw + nasi putih separuh aku boleh plan lagik nk order Roti Arab di tengah malam.

Tapi kat wall FB ak ada cakap nk kecik kn saiz badan kan????
Adakah ia hanya tinggal perancangan???
Sepatutnya utk mase 68 hari yg tinggal aku harus berhati-hati tentang waktu makan aku.
Uish..sape la yg nk nmpk seksi montel ketika mengenakan wedding attire ye tak???
Tp nk nmpk seksi krn comel itu ada la...

Aku jadi bertambah risau apabila aku order Kerang Berlada, Air Epal dan ternampak satu menu pelik di restoran feberet aku iaitu Nasi Goreng Jepun.
Sekali datang..Masya Allah macam aku nih dah jadi spesis orang Arab dah makan sebegini rupa.
Takut.
Tak dapat snap angle yg baik. Juz wanna show that they serve me with the biggest plate I ever saw! Compared to the next chicken chop plate.

Hijrah Itu Pengorbanan..

Actually rite now is 12.06 am already.
Maal Hijrah berakhir sudah sehari.
Namun ia tetap jadi Semalam Yang Hangat.

Seluruh rakyat biasanya beria-ia juga meraikan Tahun Baru Masehi.
Jadi sebagai salah seorang umat Islam, harus juga rasa bangga dgn tarikh keramat 1 Muharam.
Peristiwa perpindahan Muhammad S.A.W dan umat Islam.
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Maka berkumandangla juga lagu Tola'al Badru Alaina...

Seharusnya, diri ini perlu memasang azam sebagaimana yg kita sasarkan utk setiap 1 Januari.
Apa azam korang semua ya???
Mungkin ada yg dah tercapai dan mungkin yg sedang ongoing.

Aku????
Meningkatkan kemajuan diri itu pastinya.
Dan aku juga berangan-angan nk jadi org yg senang dlm segala hal.
Lapang dada.
Tenang hati.
Cemerlang fikiran.
Kekalkan kebijaksanaan. (Biar aku sorang jek rasa diri ini bijak)

Harap-harap masih belum terlambat mengucapkan dan mendoakan penghijrahan diri ini dan rakan-rakan sekalian.
Semoga tahun baru ini memberi seribu pengertian buat kita semua makhluk Tuhan.
Semoga tahun ini juga memberi kita ruang yg sempurna utk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan sebagai insan.
Salam Maal Hijrah buat semua...
Oops..sebelum terlupa...pagi tadi bangun-bangun terus ada siaran langsung Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.
Tahniah utk Gabenor Negara kita...atas kecemerlangan usaha beliau sehingga dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah.
Dan rasa sangat tersentuh kepada adik Qaiyyim peserta rancangan realiti Adik-Adikku di TV1 ketika mempersembahkan nyanyian Taubat dari lagu Wali Band..
Tahniah Adik Qaiyim walaupun ada kekurangan fizikal..tapi kamu memang hebat di mata kakak...

This is Adik Qaiyim Nizar

Tuesday, December 7, 2010

Malas Iron Baju!

Pelik dan panas juga hati ini.
Sebab ada rakan seperjawatan yg macam bengap giler mengenai etika keguruan.
Wah..
Semangat betul yek aku memperjuangkan nilai dan etika profesion ini.
Poyo when sometimes is I'm being not perfect!

Hari ini, kakak angkat karib tell me something.
Dia jadi Ketua Pengawas SPM di sebuah pusat peperiksaan sekolah agak terkenal dalam daerah ini.
Beliau menceritakan rasa marahnya terhadap seorang Pengawas Exam yg dibawah seliaannya.
Ada ke patut cikgu pompuan nih gi jaga exam dengan memakai seluar jeans dan blouse???
Siap persoalkan lagik tuh, NIH BUKAN PAKAIAN FORMAL KE...bila ditegur oleh Ketua Pengawas.
Aiyaiiiii..
Camner nih cikgu..
Tak tau etika berpakaian ke?
Bukak balik Buku Rekod Mengajar la kn dh de pekeliling tentang pakaian di dalamnya.
Yg lagi aku pun rase cam kenapa ada gak yg sengal nih masuk dalam bidang perguruan coz mengajar di sekolah ternama, terkenal dan terbaik...
Adakah sekolah anda terlalu bebas membenarkan anda ke sekolah sebegitu rupa???

Tahukah anda bahawa pemakaian jubah ke sekolah juga adalah tidak dibenarkan?
Actually, aku pun baru tahu coz mase dulu g inteview tetap, penemuduga tuh tegur one of the candidate sebab dia datang pakai jubah.
Uish...jubah pun tak boleh..sopan tuh apatah lagik jeans ye tak???

Nasib baik K.Pengawas halau balik suruh tukar baju.
Buat malu jek jadik cikgu.
Calon SPM tak pakai formal pun tak leh masuk dewan....
Tak kan cikgu pun nk kene halau jugak kot!
Nanti jadilah seperti kata pepatah..GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI..Iyekkkk!!!
Sepatutnya anda harus berpakaian biasanya begini:
Dan bagi lelaki pula biasanya begini ya:

Mudah jek kan kaedah berpakaiannya...bukan la nk memberatkan orang.
Alasan dia bertambah la tak logik sehingga membuatkan orang jadi marah dua kali adalah.............
MALAS IRON BAJU!
Mesti tak ikhlas jd Pengawas tuh.
Sehari RM275 x Sidang x Mileage..pun tak suke ke?
Aku nih nasib jek jadi S/U Peperiksaan SPM.Tak dapat aku ke mana-mana.
Kena resign dulu baru boleh la menimba pengalaman Pengawas walaupun aku dengar bosan.
Tapi, at least semua pengalaman dlm bidang perguruan nih, kutipla sebanyak mungkin kan....

Tuesday, November 30, 2010

Heran...

Heran betul aku bile upload gambo letak dlm diz blog gambo seolah-olah telah di resize.
Aku rase besar gak dh pixel gambo dlm DSLR tuh.
Heran gak aku bile aku banyak idea utk ditulis tangan aku ini tidak lah rajin mane tak tekan button ats lappy ini.
Aku keluar.
Keluar dr Bilik Guru jek.
Heran aku bile aku tgok board countdown SPM tuh tinggal 10 hari lagi.
Padahal dh berlangsung hampir 10 hari.
Baru aku teringat..Budak yg PIC tukar-tukar another day to go tuh sedang bercuti.
Hehehe..
Heran gak aku, kenapa aku suke lagu Indon krn lirik-liriknya yg seakan-akan santai.
Heran gak aku, diz November dapat backdated salary sempena pelantikan aku ke DG41 telah abeh gunakan walaupun Disember belum masuk lagi.
(Owh...aku gune semua buat beli barang hantaran aku dan Fadu..ko bayangkan jekla pe aku bg utk Fadu kan...)
Heran gak aku kenapa aku msti sangat bertungkus lumus perlu ada kat sekolah nih sedangkan cikgu-cikgu lain syok jek g bercuti sana-sini?
Heran gak aku kenapa aku dah plan nk buat macam-macam sempena pengabdian aku kt sekolah nih tapi tak sepenuhnya berjaya dilaksanakan?
Heran gak aku kenapa bahu aku semalam tergeliat. Sakit sangat, hilang bila tengok citer Ngangkung.
Heran gak aku kenapa paper Science tak buat ari esok iaitu Rabu...
Kalau dh selesai esok kan syok, aku pun leh balik awal n pegi jenjalan awal.
Heran gak aku..tinggal lagi 2 bulan for preparation..tp aku tak buat lagi sebarang tempahan kad dan door gift...
Heran..heran dan aku naik heran....

Sunday, November 28, 2010

Mentol and An Idea..

Do you have any great idea?
Wah...itu promosi satu rancangan realiti TV yg rite now aku very addicted to watch.
Very superb la sape yg mencadangkan rancangan realiti nk bentuk org jd brilliant mcm Albert Einstein.
Sape tak kenal Albert Eistein.
Yg menggunakan 1/1000 dr bahagian otaknya hanya utk formula E=mc^2.
Sape tak kenal adik-beradik Wright dgn kapal terbangnya dan yg paling glamor la ak rase sbb kebanyakkan org guna mende ciptaan nya sehingga kini ia jadi satu peranti elektronik yg smakin hari smakin di upgred fungsinya.
Sape lagi yang cipta telefon kalau tak lain dan tak bukan Alexander Graham Bell.
Dulu ada org pernah citer kat aku, Alexander Graham Bell nih pekak.Ye ke?
Tapi kagumkan, die boleh cipta alat komunikasi walaupun OKU.

Malaysian Inventor Challenge is now being broadcasted on air at TV3 every Saturday, 7.30 pm.
In conjuction with MOSTI and most of its shooting location is being held at SIRIM.
Teringat zaman belajar dulu.
Ada Projek Sarjana Muda.
Kawan-kawan aku (termasuk aku la, tp xnk sebut sbb projek x gempak..hehehe) mengerah idea yg aku tahu korang memang sangat berusaha nk bg PSM korang A kan.
Korang memang hebat.
Kalau la rancangan tuh dh ada mase zaman kitorang tengah PSM, mesti aku dh calonkan projek korang utk menang duit beriban-riban dr rancangan di bawah ini:


Oops..lupe lak.Proton pun one the sponsor and supporter la.
Memang bagus la sebab budak sekolah ada, tak sekolah ada, dh tua ada yg muda lagi lak bnyak.
Smua peserta kene pegi ujibakat dulu.
Macam VIVA first stage la konon-konon.
Kalau layak n projek logik, korang leh move to another next stage.
Bila dah nama realiti show, of course conceptnye hampir sama.
Ada penyingkiran.
Yang terkini aku tengok dh tinggal 6 peserta jek.
Yg 6 nih korang chaiyyok-chaiyyok la.
Don't care about the winner.
Tapi I care about the product invented.
Dan yg paling syok rancangan ini adalah....jeng..jeng..jeng...



Pengacaranya la....Hahaha..Memang my most favourite hero start Mejar Faiz announced as 2nd astronout.
Bergandingan dengan Daphne Iking.
Korang jgn salah paham and sangka. Bukan jurutera or mat-mat kilang jek yg boleh jadi inventor.
Nurse-nurse, makcik jual kuih pun leh join tau.
Pendek kata korang ada masalah dlm melakukan sesuatu kerja, and then korang ade idea utk overcome that with one new invention. Dah kira okey la tuh.
We have to change our next generation wift this kind of program.
Kat sekolah pun sepatutnya diperbanyakkan program rekacipta.
Bila dh kene bnyak program rekacipta, cikgu-cikgi pun kena la bersedia....Ooppps....Hehehehe...
Semoga aku termotivasi utk melahirkan generasi cerdik pandai yg bersedia mencipta kecanggihan sendiri tanpa kebergantungan kpd negara luar.Amiiin...

Klik..Klik Wedding Nana & Ijan

Salam.
Berakhir sudah minggu pertama SPM.
Tp tak bermakna dah abeh semua paper.
Paper teras kebanyakkannya dh selamat diperjuangkan.

Suppose to be my student should stay at the hostel. Memandangkan gap mase next paper adalah singkat.
Cuma agak xjadi coz both of their warden is not around the corner.
Kerana memenuhi undangan.
Cuti sekolah bermula maknanya bermula lah aktiviti memenuhkan jemputan dr kawan-kawan.
Umur skang is dh nk masuk 25 in this couple of days left.
Jadi memang logik la kawan-kawan senagkatan dulu dh nk menamatkan zamn bujang.
Dan aku juga telah menghadiri weddimg sepupu Fadhlullah di Kerayong, Pahang.
Meriah krn semua sedara mara (bakal sedara aku la tu..) ada dalam majlis.
Dari akad nikah smpila ke majlis langsung keesokan harinya.

Aku....
Biasala dlm proses membiasakan diri.
Ada juga peristiwa yg agak membuatkan aku malu smpi ke hari ini tidak dapat dikenang.
Tp, off record la.
Aku nk lupakan.
Harap-harap berjaya la..
So, malam tuh invited to be one of their camera woman.
Biase la tak pro..amatur pun xsmpi lg agaknye.
Baru belajar-belajar.
So, korang tgok jek la hasil gambar aku yg agak aku kurang puas hati.



In luv Nana yg comel dan Abg Ijan yg gagah....Tangan Seha tak flexible nk wat luv...


Barakallahu Lakuma Wa Baraka Alaikuma..Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair..



Upacara memotong kek..


Comey kan Pn.Nana nih..dh puan la skang.

Gambo aku mane?
Mestila takde dh aku tukang snap all diz pic.
Takpela..tunggu la aku kawen nanti pueh gambo aku saje.
Nway, Selamat Berbahagia Nana & Ijan.
Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan Dengan Penuh Ketabahan dan Kesabaran...

Thursday, November 25, 2010

Lapar...

Ketika ini sedang bermesyuarat..
Mesyuarat Takwim Sekolah 2011
Tapi, sedikit sumber nutrien belum menjejakkan diri di dalam tubuh ini.
Kepala pula sakit.
Sebab tidur semalam xdapat fokus.
Black-out.
Jadi panas dan sangat gelap.
Tak selesa.

Dah pening dah apa yg orang-orang dalam Bilik Gerakan nih cakap.
Program masa cuti semakin banyak pula jadinya.
Of course la muka-muka ini gak yg kene jadi volunteer on that day.
Hmmmm......Harus bersabar. Risau pula.
Sebab cuti sekolah bermula tahun depan perlu dimanfaatkan dgn sebaik mungkin.
Hidup dah bekeluarga..
Dah la berjauhan..perlu lah guna time cuti ye tak?????

Okey la wahai hati..
Tunggu dan lihat.
Moga peruntukan tidak banyak tahun hadapan..

Tuesday, November 23, 2010

BLUWEY Mandi...Yehuuu

Semalam dah tak marah kat Fadu.
Hehehe..coz pujuk aku dgn bawak CCN mandi kat Cyclone Wash Bahau.
Cyclone Wash nih baru kat Bahau and aku 2nd time bawak g cuci tempat begini.
First time tuh agak kecewa coz ada part kereta yg tercalar krn keganasan mesin-mesin yg ada.

Tapi, semalam gagahkan jugak diri hantar kat sana because sekarangkan musim hujan.
Dah terlalu kotor giler.
Okey la kot utk RM4 sahaja sekali cucian.

Aku yg dok kat dalam kete pun rasa syok jek sebab macam mandi bersama.
Tapi tak la basah.
Sempat la snap a few pic from inside the car.

Tengok jek la air yg turun tuh..Syoknye la.Macam mandi kat air terjun!


Okey, ready utk rerambut gergasi...


Rerambut gergasi sudah datang..Yihaaaa..Sental-sental.

Kekadang heran gak aku....Entry pasal g cuci kete pun leh aku terfikir nk tuliskan ye tak??
Coz I luv my precious car for diz time being..
Some of the Anugerah Pelajar Cemerlang money rewards are invested to this car..
Have to appreciate the most la..
Furthermore..lambang kasih sayang kami berdua when each of us is responsible to this car.
Walaupun ko pernah tercedera dgn dahsyatnya wahai BLUWEY (bukan sebab tuan kau sendiri) kau masih setia berbakti untuk aku yg ganas menggunakan kau.
Kau jangan risau sebab orang yg wat kau terlantar 2 bulan di ICU dulu dh apply tukar sekolah.
Kau pasti selamat tahun depan.
Kau jangan takut ya...
Ada duit lebih, aku nak bagi ko new facelift..Modulo lagi aku bagik. Sebab sian kau waktu bencana alam hebat melanda Simpang Durian dulu pun kau dapat sikit tempiasnya...
Kau harus sabar banyak-banyak. Kau sumber kekuatan aku.
Tak lama lagi kau jumpa la lagik kawan-kawan kau yang lain di Pusat Servis Wanija atau Haslita.
Terbang la lagik duit aku untuk kau.

(Jangan kau merajuk meragam lepas aku tulis entry nih sudah....)

Monday, November 22, 2010

20 Nov Yang Berlalu....

20 Nov is something big day in my life.
Hari yang tak akan terlupakan...
Hari aku bertahan sehingga kini.
It's already 6 years being together.

Alhamdulillah...
Masih lagi kami bersama.
Sambil menghitung bulan yang tinggal utk kami memilih another new big day date.

Sudah ketetapan bersama dgn seorang insan.
Seorang insan bergelar sahabat, teman, rakan dan kadang-kadang musuh aku yang nyata.
Duka lara bersama....

Bangga sentiasa di sisi kamu.
Even pd usia 6 tahun ............kita ada saja peristiwa tak terduga, itu semua ujian buat kita.
Semoga kita saling tabah menempuh ranjau dan badai yang sentiasa bersama.
Sabar itu paling perlu.
Kekuatan hati dan akal mesti selari.
Apatah lagi untuk menghadapi aku yang agak berperangai 'pelik' ini.
Nway, luv u always even sometimes hurting...

Down Memory Lane Matrix Negeri Sembilan 20.11.2004......


Saturday, November 13, 2010

Rajin Atau Tidak???

Boring Saturday..
Rite now @Putrajaya being like a nanny here with other 3 kids downstairs.
And I...pressing small alphanumeric keys on my lappy upstairs.
Alone...

So sleepy!
After having an early breakfast, fall asleep again on the setty.
Masha Allah...feels like my shirt is now not really for my size yet.
Hurmmm..whut should I do to get back my original size back in 93???
Wow...ko bagi benchmark taun 1993 ye Jat..
Sungguh tak relevan.
Amat mengakui gaya hidup mempengaruhi saiz badan seseorang.
For me value of weight rite now is not a disruption.
But..how I look with this body figure...

Should I stay late at night so that I did'nt get enough rest for the day??
So people will look at me so CEKUNG and tak terurus??
Cara itu tak betul.Dan sesungguhnya setiap hari-hari aku adalah penat.
24 hours working day..
Yela...jd warden la katakan.
Even kadang-kadang berniat nk makan hanya dua sudu nasi jek setiap kali makan nasi.
Tp kau kira tak dua sudu darab bape kali ko hadap nasi dlm sehari..
Tabiat tak kompiden pd janji-janji diri sendiri la mengakibatkan ko menerima musibah..body ko skang adalah spt donut yn berbentuk segimepat lurus ke bawah.
Oh....thinking of the best way rite now.Jeles betul bile tgok orang boleh pakai jeans feberet mereka dgn mudah. Tapi aku amat kekurangan jeans krn susah betol nk carik ladies jeans utk aku.

Sambil tuh sekarang adalah tengah tunggu Fadu meng M-TEST kan dirinya di Juasseh.
Gud Luck ye sayang..buat betul2.Malam tadi kan dh blaja sudut tangen adalah 90degrees!
Tak sia-sia ilmu Lukisan Kejuruteraan aku.
Drive home safely baby....My baby means here my BLUWEY CITY..Heeehe..Jgn marah Fa!!!!!


Friday, November 5, 2010

Nasi Lemak Kasih Sayang

Hiyarkhhhh!!!
Mari meneroka kembali ke alam berblog dari Ejato.
Fuhhh...lidah ini kepingin benar mahu mencicip sambal nasi lemak yang sudah aku selesaikan sebentar tadi.
Hasil tangan sendiri dan rasa ciptaan sendiri tanpa perlu mak terjerit-jerit dari depan memberikan arahan.
Esok famili bakal mertua nak breakfast kat rumah.
Dari Kuantan tuh...

So, abeh beli barang terus aku sangat excited masak dan masak lagi.
Sehinggalah kini baru berhenti.
So, esok tinggal masak nasi nya, potong timun, goreng kacang dan keropok.
Semua kutleri pun aku siapkan.
So plan to get early tommorow..oopsss..it's already a new day today!

Esok mak Tunang nak pegi beli barang kawen.
Tak tau la hala tuju nya kat mana.
Bunyi-bunyi lepas survey-survey dan beli, mahu terus langsung ke Jalan TAR.
Jadi aku fikir, aku perlu menyediakan kaki yg cukup ampuh meredah arus jalan tar di Jalan TAR.
Ha..korang paham????

Sesungguhnya tajuk entry aku ini adalah benar.
Bila kita masak sesuatu dengan penuh kasih sayang utk yg tersayang, semuanya akan menjadi lebih mudah dan sentiasa dipermudahkan.
Semua aku buat dengan sendiri dari beli barang sampai la bahan-bahan yg dibeli tadi dah mengalami perubahan kimia.

Dalam pada tengah syok-syok masak dan berangan aktiviti utk esok, dapat pula perkhabaran yg nenek saudara telah meninggal jam 10 lebih tadi.
Innalillah..sedih mendengarkan,
Insya Allah esok ada sesi ziarah seawal-awalnya dari pihak aku sekeluarga.
Nasib baik dekat...Palong jek.
Tapi, bayangkan jek la...actually minggu nih kitorang memang plan nk g umah dia.
Tapi bukan sebab nk ziarah dia...nk raikan majlis sambut menantu anak dia.
Dalam kebizian rupenya terselit satu kedukaan.

Ya Allah..kau cucuri lah rahmat ke atas roh nenek saudaraku..Ameen.

Wa Inna Insya Allah Lahiqun...

'Tuhanku..kau ampunkan segala dosaku"...Hidup ini tidak dapat aku perhitungkan...Tidak dapat aku nilaikan..
Bagi aku ruang pengampunan...Bagi aku...bisa Berjalan, Melihat Lalu Mentafsir Kebesaran-Mu Tuhan..."

Thursday, October 28, 2010

Setahun...

27 Oktober adalah sebenarnya semalam (edit kembali pd 1 Nov 2010) ketika entry ini ditulis.
Memandangkan jasad ini harus bersama Ketua-ketua Bidang yg lain, maka penulisan mengenainya dibuat lewat 24 jam.

Ya..sudah setahun bergelar pendidik di sekolah gersang ini.
Sekolah Menengah Agama Dato' Hj Tan Ahmad.
Secara rasmi bergelar pendidik.
Kalau tak rasmi sebelum tuh dah pernah mengajar di dua buah sekolah.
Tarikh ini membuatkan aku rasa nk turun jek UTHM tuh and nk bagi peluk cium kat semua lecturer aku kalau boleh Dekan pun dapat.
Kerana...adanya Fakulti Pendidikan Teknikal yg gah berdiri di Kampus Bandar Parit Raja telah menjadikan aku ini adalah seorang AKU pada hari ini. Korang faham tak??
Dalam erti kata yg lebih ringkas....telah menjadikan aku manusia yg boleh berangan-angan nk itu dan ini.

Kerana aku setahun sudah bergelar guru.
Banyak betul kenangan, agenda dan karenah dah aku tempuh.
Lagi-lagi plak duduk dan bangun bersama sekolah yg baru saja diwartakan pengurusannya di bawah KPM.
Pastinya aku dan sekolah ini sedang belajar sesuatu utk searas dgn sekolah lain yg dh ternama.
Yg aku kenang ketika hari pertama melapor diri, pastinya tangisan di pagi hari kesekolah sebab dh kene bangun seawal jam 5.30 pagi utk bersiap.
Lalu pulak di salah sebuah SABK berhampiran rumah aku, lagi buat aku meleleh laju.
Masa tuh, takde CITY lagi. Abah hantar aku naik Kancil warna putih.

Bila aku sampai kawasan ni, dalam hati aku pernah terdetik.....
Aku pernah sampai ke kawasan ini ketika singgah refueling kereta masa praktikal nk g melawat Sang Gajah si Kuala Gandah.
Sesungguhnnya aku mengutuk hebat kawasan yg kini aku dambakan ketenangannya.
Pernah terfikir..."Maaflah..aku takkan dapat hidup di kawasan seumpama ini.."
Perghh memang giler berlagak ye tak???
Tapi kini..dah setahun stay di SD-Simpang Durian.

Walaupun banyak betul dugaan dan tekanan kerja di sini. buat masa ini belum terkenang lagi nk apply pertukaran walaupun ada yg willing nk tukar suka sama suka dengan aku.
Sebab aku rasa bahawa kat sini la aku akan 'bersayap' menjejak langkah ke persada yg lebih tinggi.
Sesungguhnya, di sekolah ini lah tanggungjawab aku berganda-ganda.
Kepercayaan utk aku dr seluruh warga sekolah tidak berbelah bahagi.
Bayangkanlah..aku cuma seorang guru biasa.
Yang selalu diperli rakan-rakan lain..'Orang penting sekolah'.
Hebat betul sindiran itu ekk...

Takpe...kene selalu pikir aku ini orang hebat.
Banyak betul program kat sini.
Banyak betul yang melibatkan aku.
Dan yang paling penting..banyak betul memori.....

Aku kini seorang guru..
Suka sangat dengan lagu 'Guru Pembina Negara Bangsa'.Korang trylah search lagu nih.
Setiap malam sebelum tidur mesti dengar seround.
Orang lain kat sekeliling pun dh naik menyampah dah bila aku start pasang.
Aku tak pedulik orang lain.
Yang penting aku suka....
Happy Anniversary yg ke setahun utk aku!
Utk kawan-kawan di UTHM yg xlupe wish tarikh kita lapor diri..Trimas ats ingatan kalian. Luv y'all!

Gambar semua warga pendidik SMA DATA yg wujud pd Ogos lalu.Pic taken by my D3000. Semua rete aku dan Fad pun dh diisytiharkan rete sekolah.Korang bayangkan jek la bagaimana adanya aku dan sekolah ini???

Friday, October 22, 2010

22 Oktober 2010

Masih lagi di mood Tragedi Oktober.
Oktober..berlalu pergi seakan cerita Arnab dan Kura-kura yang mana kura-kura itu merujuk kepada bulan Oktober.

Aku...
Dah tahap kecewa giler menantikan berakhirnya Oktober.
Walaupun setiap hujung minggu diiisi dengan sepenuh-penuh aktiviti di luar kawasan liputan.

Bagi student Form 5 aku, pastinya bahang debaran peperiksaan dah mula menjenguk rasa.
Betul-betul dah tinggal lagi sebulan sahaja.
Memang kitorang tengah all out giler nih.
Even aku sempat berfesbuking sedang pelajar lain bertungkus lumus menyiapkan latih tubi yang aku bagi.
Korang..GUD LUCK dan MESTI RAJIN-RAJIN OK!

Minggu nih adalah minggu melayan MY BLUWEY.
Kita akan ke pusat servis kenderaan.
Kamu kan udah kangan mau ketemu rakan-rakan kamu yang lain disitu.
Insya Allah, time2 tengah takde gaji nih, aku korek la mana-mana tabungan yang ada.Hanya utk kamu.
Duit tuisyen utk dua bulan belum dapat lagi.
Syoknye bile dapat tunggakan banyak-banyak.
Gatal tangan aku.

Hari ni Ustaz Ali bawak nasi minyak dari rumah.
Thankx ustaz.
Bila plak la aku boleh nk belanja cikgu-cikgu nih yek.
Nak tunggu pelarasan ntah bila-bila kala.
Hope dat, bulan nih ada la ek.
Suke
Tapi tuh semua duit utk perkahwinan nanti.

Guess whut??
Akhirnya aku dapat jugak nak mengabadikan tarikh 11.02.2011 dalam diari kehidupan aku.
Insya Allah, abah dah plan utk setuju tarikh berkenaan krn pada raya Cina..banyak pulak orang nak langsungkan perkahwinan.
So, for those who reading diz.....plis save diz date on ur planner k...

Wednesday, October 20, 2010

Gambang Part 2

Aish..bunyi macam canggih bebeno la plak yek coz ada Part 2 tuh..
Serve u all diz pic during my vacation last week.


Pemeriksaan memang rapi.
Semua beg dan barang-barang harus diperiksa.
Dilarang membawa makanan dari luar.
Beli di dalam taman tema.Style CASHLESS.
Scan jek korang punye wristtag tuh.
Dun worry jika tidak habis digunakan krn boleh redeem balik.


Nih muke-muke belum masuk dalam air lagi.
Of course la seperti gaya ayu gitu.
Bila dah seharian dok kat sana..haa..amek korang.
Berbelang-belang spt kuda belang.
Last kulit aku mengelupas akibat sunburn adalah ketika Darjah 4 masa pergi Tioman.



Okay..baju merah yang tidak sengaja dipakai bersama.
Nak practise2 gambar kawen nanti.
Hehe....Gatai naaaaaaaa!!!

Okey pada belah malam telah menjejakkan kaki sekejap ke TC.
Niat di hati nk makan MCD di situ.
Luv the surrounding sambil menikmati Spicy Chicken McDeluxe.
Tapi tak kesampaian sbb hujan lebat dan sangat ramai orang yg buat-buat beli di McD.
Nak tumpang berteduh la tuh.




Nice plate number!JAT...That's JAT.
Snap ketika di ambang sore dlm perjalanan pulang..Macam comel kereta ini!

To conclude...ini adalah percutian yang tidak dirancang tp berjaya dilaksanakan.
I loike berganda-ganda.
Coz..really appreciate the treat serve by my fiance family.TQ VM Mother In Law.=)