Tuesday, July 28, 2009

Peluang yang Aku Tinggalkan....

Salam to all the readers..

My life getting bored this week.. But it still mix with an excited feeling to attend Fadu's convocation day this comin Saturday at PICC, Putrajaya. My mom was admitted to the hospital last evening due to lacking of blood problem. Actually do not very sure the real term of that disease.Hehe...

ZZZZZZZZZRRRRRR..Rewind...Apo kono ak berbahasa omputih???Adalah kerana sekarang kita perlu memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris. Actually, malam ini ak plan nk cari bahan untuk interview. Malasnya.. Stiap kali waktu melawat ak kene g hospital teman mak ak..Nasib baik hospital depan umah ak jek..Jadik, mendatangkan diri ak ke hospital macam datang untk menjalani urutan refleksologi di taman hospital berkenaan saja. Alhamdulillah, mak tak dihantar ke Kuala Pilah.Agak jauh juge tuh nak g melawat setiap kali waktu melawat.Mak agak okey, tapi duduk di hospital sebab perlu masukkan darah. Cepatla mak balik.Ak dah boring dah duduk rumah nih.

Dan sebentar tadi, aku baru balik dari PPD. Ak telah menolak tawaran menjadi guru ganti Bahasa Melayu di sekolah model khas, SK Batu Kikir..Kerana pe..kerana ak perlu bercuti dengan jumlah hari yang banyak bermula 6.8.09 depan sehingga 11.08.09. So, sebagai seorang guru yang berkaliber dan yang menjaga reputasi, takkan ak yang baru masuk mengajar dah nak mintak cuti lama-lama pulak kan.. Marah guru besar kat aku nanti.

Aku mengaku atas kesibukan aku lalu aku menerima ucapan terima kasih dari Pegawai PPD berkenaan kerana kejujuran aku. Huhu..Suke..Dan ak percaya peluang ak akan datang lagi. Allah jualah pemberi rezeki. Ak yakin bahawa ini satu takdir. Yang ak perlu korban kan peluang yang datang untuk aku lebih fokus kepada kelas CUTE akan datang. Siapa tahu, aku mungkin tidak akan berjaya menjadi guru, tapi aku mungkin mencapai satu tahap kehidupan yang lebih baik melalui Public Mutual yang sekarang sedang giat ak jalankan walaupun exam adalah pada dis coming 22.8.09..

Kita tidak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita...Berdoa sentiasa agar hidup-hidup kita sentiasa dlimpahi rahmat dan berkat walau hanya duduk saja melayari dunia maya...

Monday, July 27, 2009

Perjalanan Tanpa Rancangan

Assalamualaikum...

Kita hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan..Tapi kadang-kadang....kita tidak merancang, Tuhan telah takdirkan. Itulah yang berlaku dalam hari ini..Kerana secara tiba-tiba mak ajak kitorang sume balik kampung Labis.Bayangkan, dengan abah yang sedang mengemas halaman rumah dan aku yang baru sahaja berurusan dengan penjual besi buruk, perlu pula bersibuk2 untuk pulang ke desa yang agak dah lama tak ziarah saudara di sana...Maklumlah dah tak belajar di area Johor lagi.


Kebetulan, hari Khamis kelmarin, spupu ku Ijah telefon..Kdai ala2 Rengit Fleamarker diorang dh di buka untuk jualan. Maka, berpegang kuat juga pada ajakan tersebut, kami sekeluarga pun memulakan langkah penuh bertenaga walau tidak sempat menjamah makan tengah hari di rumah.


Perjalanan dimulakan pada pukul 2.30 petang dan kini baru tiba kembali di rumah. Walau agak kelam kabut untuk pulang, namun kelegaan abah dan kerinduan mak kepada embah terubat jua akhirnya. Bimbang tiada masa yang berkesempatan untuk melawat embah di sana. Puasa nanti banyak program yang telah terancang dan tidak dapat ditunda.


Kitorang pun berkesempatan mengadakan kunjungan pertama di kedai BUGIS BUNDLE spupu aku. Agak berbangga dengan mereka..Satu keunikan di sana. Sekarang kawasan sekitar tidak perlu ke Rengit semata-mata mahu menghias dan memiliki perabot dan barang elektrik terpakai secara murah-murah. Semua ada di sini. Barang-barang nih sume dari Singapura. Semua orang tahu, orang Singapore...kalo berpindah, mereka akan tinggalkan barang-barang mereka walaupun masih ada yang kelihatan baru. Agak berlagak bunyinye orang Singapore. Tp itulah namanya lifestyle. Mereka mungkin terlalu senang. Jadi apa perlu susan-susah. Maka, di atas kesemptan tersebutla sepupu ak nampak jalan bisnes di situ. Kak Ijah and Abg Najib, don't have to worry coz I believe that your product will be so marketable here.


Dan tengah hari tadi sebelum berangkat, aku sempat menjual besi buruk pencacak payung orang berniaga dan buaian baby kepunyaan adik aku Nurul zaman muda-muda dulu. Alhamdulilah..dapatla RM2.10.....Dan kini, kami cuba untuk memadam kerinduan saudara mara di Kampung Mat Kilau pula....Tunggu, kami sedang merancang dan harap ditakdirkan.....

Wednesday, July 22, 2009

Eclipse..Like a Heroes.

Hari ini 22 Julai 2009 satu lagi peristiwa sejarah sains angkasa tercatat. Fenomena gerhana matahari paling lama berlaku dan boleh dilihat secara jelas di India dan negara sebahagiannya. Malaysia juga berpeluang juga sebenarnya menyaksikan fenomena ini terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung. Namun, kebanyakkan yang menunggu di Planetarium Negara hari ini juga hampa lantaran cuaca mendung yang menghalang kejelasan fenomena ini. Apatah lagi bertambah malanglah kepada sesiapa yang terlepas berkongsi keterujaan menyaksikan fenomena ini kerana terlewat bangun tidur walaupun telah diberitakan mengenainya. Dan orang yang tidak beruntung itu adalah AKU!

MEMAHAMI FENOMENA GERHANA MATAHARI

Gerhana matahari merupakan satu fenomena membabitkan matahari yang sedang bersinar, secara perlahan-lahan menjadi gelap sebahagian atau keseluruhannya, kerana dihalang oleh bulan yang berada di antara matahari dan bumi. Secara umumnya, gerhana matahari berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada dalam kedudukan sebaris dengan bulan terletak di tengah-tengah antara matahari dan bumi.Ketika ini, cahaya matahari terhalang sampai ke permukaan bumi kerana terlindung oleh bulan.

Oleh itu, kawasan gelap di bumi ketika berlakunya gerhana matahari, sebenarnya adalah laluan bayang-bayang bulan. Disebabkan saiz bulan hanya seperempat saiz bumi, maka zon bayangan pusat bulan (umbra) yang jatuh ke permukaan bumi adalah kecil.




Lebih kurang 35 peratus daripada semua gerhana matahari adalah gerhana separa. Gerhana yang biasa berlaku selanjutnya ialah gerhana anulus atau gerhana cincin. Gerhana ini berlaku jika saiz cakera bulan adalah lebih kecil daripada cakera Matahari.

Semasa gerhana anulus, cahaya matahari kelihatan seperti cincin nipis dapat dilihat di
sekeliling cakera bulan. Lebih kurang 32 peratus daripada gerhana matahari adalah
gerhana anulus. Jenis gerhana yang ketiga ialah gerhana penuh. Hanya 28 peratus dari semua gerhana matahari adalah gerhana penuh. Gerhana matahari penuh berlaku apabila penjajaran garisan bumi, bulan dan matahari berlaku secara tepat. Ketika ini, pemerhati di kawasan bayangan pusat (umbra) akanmengalami gerhana penuh, manakala di kawasan bayangan luar (penumbra) akan melihat gerhana sebahagian sahaja. Gerhana Matahari penuh dapat disaksikan hanya dalam lingkungan 25 kilometer (km). Pada peringkat pertengahan gerhana penuh, bahagian lapisan luar matahari yang dinamakan korona, iaitu hembusan gas-gas panas matahari jelas kelihatan manakala prominence kelihatan melalui sisi bulan.

Bicara Pendidik Jiwa..


Motivational Quote ini diambil dari Hanan.com.

Tuesday, July 21, 2009

Sesegar Hijau Daunan..

Aku yang sedang teringat pada sahabat-sahabat jauh atau dekat


Bertemu kembali di alam virtualiti ini..Hari ini aku terpanggil untuk menulis mengenai persahabatan coz dalam hari ini saja aku dapat SMS dari kawan2 yang telah lama menyepikan diri dari aku or aku yang menyepikan diri dari mereka..Hehe..Tak baik aku ni.Tapi terima kasih kpd yg sudi mengingati diri ini. Ada pula yang bertanya khabar aku..dan ada pula yang bertanya kenapa ak menyepi dan mereka ada pula yang menyatakan rasa bersalah sebab tak tolong aku.Bimbang ak marah.Mungkin dulu ak marah tapi bila sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dengan baik..Harapan untuk ditolong tu dah jadi IT'S NOTHING..Takpe la..Aku dah don't mind pun..

Maka ak telah search beberapa artikel tentang PERSAHABATAN..Dan ini yang terbaik setakat yang aku baca dan aku suke...Untuk kawan-kawan dan sahabat-sahabat..Terima kasih atas pertolongan dan kesudian kalian dalam menemani aku susah ataupun senang..

"Ada satu perbezaan antara menjadi seorang kenalan dan menjadi seorang sahabat.

Pertama, seorang kenalan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan bila disisinya kau merasa tenang. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu dan dengannya kau berkongsi kebahagiaan.

Namun mereka adalah orang yang dengannya tidak akan kau kongsi hidupmu, yang tindakan-tindakannya kadang-kadang tidak kau mengerti kerana kau tidak cukup tahu tentang mereka.

~~
Aku memang ramai kawan yang suke lepak2 umah aku...Tapi ada di antara mereka kurang aku senangi sebab pembawaan watak yang agak pelik. Setakat sembang-sembang bolehla....~~

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cintai,fahami dan sayangi... Bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau peduli akan orang itu, dan kau memikirkannya ketika mereka tidak ada.

Sahabat-sahabat adalah orang dimana kau diingatkan ketika kau melihat sesuatu yang mungkin mereka sukai, dan kau tahu perkara itu kerana kau mengenali mereka dengan baik.

~~Yes...ayat ini untuk Fadhlullah bin Rahman dan sahabatku berempat di A1-03~~

Mereka adalah orang-orang yang fotonya kau miliki dan wajahnya selalu ada di kepalamu.

Mereka adalah orang-orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar sebuah lagu di radio kerana mereka membuat dirimu berdiri bersama mereka dan mengajakmu menari atau menyanyi bersama dengan mereka atau mungkin kau yang menyanyi dengan mereka.

~~Untuk sahabat berempat di A1-03, lagu kita adalah lagu yang pernah kita karangkan untuk pertandingan nasyid kolej dulu~~

Mungkin mereka pernah mengurut kakimu, atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.

~~Wani n Siti suke urut aku..Ebah suke letak kepala die kat bahu aku walaupun agak berat kepala dia~~

Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka peduli terhadapmu.

Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak punyai suatu alasan pun.
Mereka berkata jujur pertama kali dan kau melakukan hal yang sama.

~~Kawan-kawan aku dari jarak jauh rajin juga tanya khabar aku melalui SMS terutama yang belajar di seberang lautan...Terima kasih..Cume rakan zaman sekolah jek yang dah menghilang~~
~~J selalu berterus-terang ngan aku walaupun pahit utk aku terima~~

Kau tahu bahawa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar.

Mereka adalah orang-orang yang tidak akan menertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya.

~~Kawan-kawan aku pernah ketawakan aku ketika aku sedang menikmati laksa di SMT Tuanku Jaafar..aku agak sedih kerana masa tu aku sangat lapar..
iada siapa pun yang ajak aku makan lagi sekali biar pun orang itu yang nampak luaran adalah selembut2 pertuturan..pergerakan..~~~Tapi aku lupakan saja...

Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.

Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis ketika kau tidak diterima di perguruan tinggi dan selama lagu terakhir di pesta perpisahan kelas dan saat-saat terakhir bersamanya.

Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri.

Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang mengantarkan / mengiringmu pada saat pernikahanmu,atau mungkin adalah orang yang kau nikahi…

~~Di akhir kata post ini...Sahabat-sahabat aku mengharapkan kedatangan kamu untuk mengiringi aku di hari bahagia ku nanti~


Monday, July 20, 2009

Penjagaan Kucing Parsi

My Name is KerlKerl

Menjaga Bulu Kucing Parsi


Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyai double coat yang membentuk lapisan bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut. Jika anda memelihara kucing Parsi, maka anda perlu menyikatnya setiap hari.

Ini kerana bulunya amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.

Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang.

Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya.

Menyikat juga dapat mengurangkan bebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut. Bebola rambut ini merupakan bulu gugur yang terperangkap di dalam perut kucing semasa ia mengandam atau menjilat bulu-bulunya.

Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dengan giginya yang panjang, sesuai dengan bulu panjang yang dimiliki oleh kucing Parsi. Sesetengah kucing tidak menyukai sesi menyikat ini namun ia masih boleh diajar. Jika terlalu sukar dan kucing anda sentiasa melarikan diri, berikan makanan sebagai hadiah setelah selesai sesi menyikat. Sesi menyikat ini lebih mudah diajar pada anak kucing berbanding kucing dewasa. Jika semuanya berjalan lancar, kucing anda pasti akan mengiau keseronokan dan mula berbaring setiap kali melihat anda mengeluarkan sikatnya.

Memandikan Kucing Parsi


Kucing Parsi juga perlu dimandikan tetapi tidak perlulah sehingga tiap-tiap hari. Bergantung kepada keadaan, sekadar 3-4 hari sekali atau seminggu sekali pun sudah cukup. Ini adalah untuk menjaga kebersihan bulunya agar kekal sihat, bersih dan lembut terutamanya jika kucing anda berbulu putih.

Kebersihan Muka dan Telinga


Mata dan hidung kucing Parsi cenderung untuk menghasilkan sisa lebih dari kadar biasa berbanding kucing lain. Ini adalah kerana bentuk fizikal bahagian kepala kucing Parsi itu sendiri. Anda perlu mengawasi dan membersihkannya dengan menggunakan kapas atau kain lembab.

Periksa juga bahagian dalam telinga jika ada lapisan yang berminyak. Lapisan berminyak itu adalah untuk memerangkap kotoran dan jika dibiarkan, kotoran dan habuk itu akan menjadi keras dan merimaskan kucing itu sendiri. Bersihkan telinganya dengan menggunakan putik kapas lembab.

Kucing Parsi Sesuai Sebagai Kucing Indoor


Selain itu, adalah baik untuk anda jadikan kucing Parsi anda sebagai kucing indoor. Ini disebabkan perwatakan kucing Parsi adalah lembut dan tidak suka bergaduh, dan mungkin akan dibuli oleh kucing-kucing lain di sekitar rumah. Malah bulunya juga amat mudah kotor dan memerangkap kotoran dan habuk jika anda membiarkannya di luar.

Namun begitu, untuk menjadikan kucing anda sebagai indoor, anda perlu memastikan kucing Parsi anda mempunyai banyak permainan, masa yang anda luangkan bersamanya, teman kucing yang lain dan tempat untuknya mencakar. Jika anda dapat menawarkan ini semua maka kucing Parsi anda akan menjadi kucing indoor yang gembira.

Anda juga mungkin perlu menyediakan tempatnya untuk berjemur. Kucing Parsi gemar berbaring di bawah sinaran matahari terutamanya pada waktu pagi. Meletakkan rak atau meja di tepi tingkap tertutup (lutsinar) pun sudah mencukupi untuknya bersantai di bawah cahaya matahari. Gunakanlah kreativiti anda untuk membolehkannya berjemur tanpa melepaskannya keluar dari rumah.

Berikan Kasih Sayang


Bukan sahaja kepada kucing Parsi malah apa sahaja jenis kucing yang anda miliki itu perlulah di beri kasih sayang dan perhatian yang cukup. Kucing Parsi adalah sangat rapat dengan tuannya dan akan tertekan jika anda tidak dapat meluangkan masa kepadanya. Kasih sayang yang anda berikan kepadanya pasti akan dibalas berganda-ganda.

~~coutersy of:alamkucing.blogspot.com

Terkejut dan Terkesima..



Terkejut dan terkesima itulah antara dua perkataan yang boleh aku ungkapkan kerana pembawaan Fadu berjumpa Ketua Panitia Agama SMK Bandar Tun Razak telah menemukan aku semula dengan Teacher aku zaman sekolah teknik dulu. Teacher yang boleh ak kata agak close-link ngan aku. Teacher Shahida. Aku mati-mati ingat she's now teaching at SMK Jalan Yaacob Latif. Maklumat dr kengkawan la nih..

Aku rase agak malu jugak macam dah jadi agen mencari kerja plak. Tapi nasib baik de peristiwa tak terduga berlaku.So orang tak la expect sangat aku yang introduce bebudak nih kat skolah tuh. Sekurang-kurangnya aku datang meeting someone there.Heeeee.....

Last ak jumpe Teacher mase aku berprogram di SMT Segamat. Mase aku nangis2 tuh.Huhu....Lepas tuh Teacher pindah sekolah. Ya..memang benarlah rezeki, jodoh pertemuan dan ajal semua di tangan Tuhan. Pada masa kawan-kawan aku mendapat peluang pekerjaan di situ, aku juga dipertemukan dengan seseorang yang dah lama terpisah. Alhamdulillah..boleh la still keep in touch lagi.Jadi, niat aku nak ucap Selamat Hari Guru tahun depan takkan terhalang lagi la kalau konon2 tak dapat wish sebab lost contact.

"Jangan dikesali pada pertemuan kerana disitu adanya kenangan..Jangan ditangisi pada perpisahan kerana di situ lahirnya kerinduan..."

Sempurnakan Harimu..Raikan Israk dan Mikraj

Bulan Rejab juga sarat dengan peristiwa besar yang menguji keimanan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada Rasulullah saw sesungguhnya menguji keyakinan umat Islam ketika itu. Peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah saw itu dianggap tidak masuk akal oleh golongan kafir dan munafik pada masa itu. Malah ia turut diragui oleh sebilangan umat Islam yang tipis imannya. Peristiwa Israk dan Mikraj memang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad saw. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Peristiwa Israk dan Mikraj juga sebagai satu anugerah tertinggi yang hanya dikurniakan kepada junjungan Nabi saw – ianya tidak dikurnaiakan kepada makhluk lain sama ada malaikat, jin atau manusia.

Pada bulan Rejab, selepas 11 tahun baginda saw dilantik sebagai Rasul, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan baginda saw telah ditimpa dua musibah berturut-turut. Baginda telah kehilangan dua insan tersayang; iaitu kewafatan Siti Khadijah, isteri tercinta. Kemudian Nabi saw menerima musibah dengan kematian bapa saudara baginda, Abu Talib. Kedua-dua insan ini banyak membantu Nabi saw dalam usaha meyebarkan syiar Islam. Sanggup menghadapi ancaman dan cabaran daripada kafir Quraisy. Sanggup bersusah-payah dan menghadapi serba kemungkinan dan fitnah jahat daripada penentang Islam.

Demikianlah Allah swt telah menghiburkan Nabi saw dengan peristiwa Israk dan Mikraj – membasuh kedukaan dan kenestapaan yang bersarang di hati Rasulullah. Israk bererti perjalanan Nabi saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini dirakamkan dalam al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Maha suci Allah yang telah menperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haraam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’:1)

Mikraj pula bermaksud perjalanan baginda saw dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, sebagaimana digambarkan dalam al—Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi saw) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi Sidartulmuntaha; yang di sisinya terletak syurga Jannatul-Makwa. Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa Sidratulmuntaha itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemendangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Q.S. An-Najm: 13-18)

Semasa dalam perjalanan israk dan mikraj ini Nabi saw telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa suka dan duka; menghibur dan menakutkan silih berganti. Nabi saw diiringi oleh Malaikat Jibril sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini (kecuali ketika Rasullah saw ke SidratulMuntaha bertemu Allah swt)). Nabi saw ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya Nabi saw diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, pecah dan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Ini adalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakan solat. Nabi juga melihat seksaan terhadap pemakan riba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah dan lain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinya semasa di dunia ini.

Nabi juga melihat keseronokan dan kesukaan mereka yang berada di dalam syurga. Nabi tercium bau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun. Nabi juga melihat sekumpulan orang yang tidak putus-putus menuai hasil (tanaman)- menandakan bahawa balasan bagi mereka yang suka menderma dan bersedekah semasa hayat mereka. Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabila Rasulullah saw menerima perintah mengerjakan solat. Berbeza dengan ibadat lain seperi puasa, haji, zakat, ibadat solat diterima secara langsung daripada Allah swt.

Sesungguhnya peristiwa yang berlaku ke atas Nabi saw ini mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Arab pada masa itu. Mereka tidak yakin dengan cerita Rasullah diisrak dan dimikrajkan dalam masa semalaman sahaja. Mereka menganggap itu hanyalah khayalan belaka. Bahkan tidak lebih daripada mainan mimpi. Malah bagi mereka yang sedia memusuhi baginda saw terus melemparkan tohmahan mengatakan: Muhammad sudah gila! Mana mungkin pada akal mereka, perjalanan dari Mekah ke Palestin dengan kenderaan unta mengambil masa selama sebulan, boleh dilakukan oleh Nabi hanya semalaman sahaja. Begitu juga mereka juga menolak dakwaan Nabi saw naik ke langit juga pada malam yang sama. Mereka memperolok-olokkan baginda saw dengan pelbagai ejekan. Mereka menolak mentah-mentah apa yang Nabi ceritakan.

Bagi orang-orang Arab yang memang menentang Nabi saw, mereka menjaja ke merata tempat peristiwa yang dianggap ganjil ini. Bagi mereka yang mula menunjukkan minat agama yang dibawa Muhammad saw, mula menjauhkan diri. Mereka yang lemah iman pula terus tertewas dan kembali kepada agama asal .Namun bagi mereka yang kuat iman, tetap tidak berganjak dan tetap mengakui kebenaran Muhammad saw. Saidina Abu Bakar sendiri tanpa ragu-ragu mengiakan apa yang Nabi saw alami. Justeru beliau digelar asSidiq (benar).

Sesungguhnya dengan kuasa Allah dan kehendakNya apa sahaja boleh berlaku. Nabi saw menggunakan kenderaan Buraq (sepantas kilat) dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini. Sekiranya ia berlaku pada zaman ini, mungkin tidak siapa yang menganggap ia suatu yang mustahil. Dengan menggunakan kenderaan moden serta canggih seperti yang terdapat masa kini, beritahu sahaja ke mana sahaja ceruk rantau kita jelajahi tetap dipercayai, sekiranya kita berkemampuan. Dengan kemahuan dan keupayaan kita boleh sampai ke bulan atau lain-lain planet, juga menjejak kaki ke mana-mana sahaja yang kita hajati.

Susunan

Atase Pendidikan (Agama)

MSD Washington DC

2009

Penat yang Agak Seronok



Salam..

Post ini ditulis disebelah malam..Kerana baru sj sampai dr Salak Tinggi, Putrajaya n Kelang..wow bnyknye tmpat yg telah dilawati.

Kerana apa ak ade di Salak Tinggi..Kerana tumpang bermalam di umah kazen guer..Coz sok nk anto my daddy to KLIA..He's going to KK for 4dyas..Syiokknye aboh.Akhirnye impian aboh nk visit all Malaysia tercapai juga.Pegi Sabah pon secara lenggang2 kangkung coz everything is supported la..

Then, balik dr KLIA..Singgah Putrajaya sat..Yes..Adik aku Mira kan dok sana..Umah pakcik aku coz kije sementara kat sana..Makan2, goreng nugget, agak dh bosan ak sefamily telah mengangkut Mira bersama untuk ke Klang.Visit my another uncle n nk tgok bb baru.Comey name Wafiq.

Ekcelli, my mom refused to join diz trip of pembaziran..Coz konon2 nk pose n nk jahit baju.Tp ak kate Fadu nak blanje makan sok kat Nilai sbb dh dpt first gaji..Then barula mak agak excited nk ikut..Mungkin jugak excited nk mamam..Tp sebaliknye yang berlaku. spupu ak lak yg telah membelanja makan gaya n ala2 makan besar Chinese New Year. Alhamdulillah..rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari.tanda kesyukuran dengan nikmat kurniaan Tuhan...

Sampai semula umah dlm kul 11.20..Ngantuk tp cube mencoret kan sesuatu dlm blog..Insya allah nk plan upload gmbar sok..Thank you Allah atas nikmat keseronokan dan keupayaan untuk az-ziarah para saudara mara terdekat.

Pertama Kali Ku Melihat Wajah Si Dia...



SALAM..Huluran pertama pembuka bicara blog ku ini. Mungkin agak gersang tanpa sebarang customizing kerana baru sahaja berjinak-jinak m'blog' kan segala entry dan post yg dirasekan perlu dikongsi.

Buat semua kawan-kawan...Alangkah seronok hari2 yang akan dilalui andai dapat berkongsi update terkini. I'll try to make my page become more impressive..Now, still learn.Hmm..wanna add some gadget soon.

Sambil menunggu nasi yang dimasak untuk kali kedua..Ak pon merajinkan diri dan melenggangkan mouse ku utk register this blog. Marila berkongsi bersamaku segala story mori the morning glory..