Thursday, September 29, 2011

Jalan Keluarnya....Sabar

Sekarang asyik melepak di Bilik Guru lelaki gamaknya.
Sebab Bilik Guru lelaki nih dh macam CC.
Clear jek connectionnya.Bukan gatai yek.

Pastuh sambil-sambil men'CC'kan diri selalu suruh Ustaz Syed Ali ceramah sikit kt aku pasal jiwa. Maklumlah kurang tenteram.
Walaupun ringkas...kelakar tp sangat terkesan di hati aku ini.
Thanks ustaz. Msti untung isteri ustaz bile boleh tanya macam-macam dalam Bahas Arab.

"Bila kita diuji dengan permasalahan, kesusahan, jalan keluarnya adalah sabar"
"Bila kita diuji dengan kemewahan, kesenangan, jalan keluarnya adalah syukur"

Betulkan????
Ayat yang senang, mudah difahami.....

Monday, September 19, 2011

Tika Hati Ini Terasa Sungguh Sesak...

Salam semua rakyat Malaysia di luar sana yg sangat gembira telah meraikan Hari Malaysia pd 16 September yang lalu. Yela cuti maka kita semua harus gembira.
Lagi-lagi bagi insan yg berjauhan dengan yg tersayang spt aku ini.

Mari kita masuk ke cerita tentang kehidupan.
Alhamdulillah setakat ini apa yg aku impikan tercapai krn aku dilahirkan untuk jd seorang yg apabila nak kan sesuatu, aku akan dapatkan dengan segala usaha yg mampu aku buat.
Nk pakai sebuah kereta idaman...pun aku dapat. Nk kawen pd tarikh rekaan menarik...pun aku dapat.
Nk adiahkan suami XBOX...pun aku dapat berbuat demikian. Nk BB Phone...pun aku dapat gak. Nk suami aku kije UMP sbg Pegawai Sains...pun ak dpt gak.Nk First Class Degree...pun ak dpt gak.
Nk dpt Anugerah Siswazah Cemerlang N9..pun aku dapat gak.
Dan yg terbaru..sekolah ak dpt tawaran baru sempena bai'ah NKRA....pun dapat gak.
Cuma satu perkara jek setelah berkahwin hampir 7 bulan nih yg belum aku dapat...ANAK.

Perghhh..ak ingat senang jek nk dapat rezeki yg satu nih.
Masa mula-mula kawen dulu, ntah...macam tak beriye-iye nk produce baby or nk menambah bilangan ahli keluarga. Macam selesa hidup berdua dulu. Plus, aku pun risau gak.
Suami hampir 5 bulan tak bekerja. Korang bayangkan la...if ada anak dgn keadaan suami masih terumbang-ambing..pe la yg baik boleh bg pada anak korang kan.
Termasuk lah aku. Risau tentang masa depan suami.

Dua bulan pertama kawen, shock giler sebab dua bulan pertama tuh aku mengalami gangguan hormon sbb period ak dh mula dtg lambat dan ikut suka hati dia. Dgn sakit yg tak tentu hala dan tak pernah-pernah berlaku mendatangi aku. Aku sakit perut yg tak terhingga sampai aku hanya boleh terima yougurt jek nk legakan sistem pencernaan dan penghadaman. First time dlm idup aku makan yougurt sume tuh utk ilangkan dan kurangkan sakit. Sampaila aku g klinik tuh, doc bg injection kat anggota yg selayaknya diberikan kpd baby dan kanak-kanak jek. Dahsyat tak dahsyat la penyakit aku tuh. Jd, lagi la mengurangkan peratusan aku utk berusaha mendapatkan ANAK.

Then, kehidupan ini melangkah ke bulan Mac dan April. Aku busy giler kat padang train budak-budak aku utk OLAHRAGA. Mac-setiap petang training utk MSSD smpi suami aku pun jd coach jemputan la ajar budak-budak nih lontar peluru. Balik rumah...makan-makan, tengok TV..tidur sbb penat giler. Yela dok padang start kul 3.30 smpi kul 6. Gilo ekau tak penat!

April plak, ada 5-6 orang student aku selected pegi OLAHRAGA MSSNS. Peringkat Negeri tuh. Pun aku train jugak coz aku telah dilantik jd coach daerah plak. Pegi latihan pusat seminggu, then berulang dr Simpang-Durian ke Kuala Pilah seminggu dr pagi sampai hampir Maghrib baru jejak ke rumah balik. Sekali lagi suami aku jd mangsa...Kesian dia....Jadi driver smpi ada kenangan batu dr lori hampagas yang keluar dr kuari menghentam windscreen kereta aku. Mujur...hnyala kesan lekukan kecil. Nasib de insurance, cuma skang belum berkesempatan nk g tukar.

Masuk Mei....aku pindah kt kuarters sekolah aku. Rumah memang giler besar utk hidup berdua. Tp aku penakut. Tidur kt tingkat atas...bising bunyi kelawar aku tak boleh tidur. Maka aku pindah tidur kt bawah dekat ruang tamu depan TV. Ada satu pagi tuh pernah la ular masuk rumah aku. Ish...seram. Kiranya tak concentrate la aku duk umah gitu. Memang tak selesa giler smpi aku naik bengang sbb mcm tak bebas. At the same time **P aku pun masih mengalami gangguan. Mase nih jugak lah sekolah aku busy prepare-prepare utk Jemaah Nazir dtg pantau sempena pencalonan tawaran baru tuh. Adalah aku berkampung kt skolah tuh smpi kul 2 pagi hampir seminggu sebab bertungkus-lumus punya pasal. Pun aku paksa suami aku tolong aku siapkan apa-apa fail yg boleh dia tolong, Thanx suami!

Jun pun tiba.
Alhamdulillah my P dh okey and stable smule.
Suami pun dh dipanggil interview oleh UMP.
Aku suka sangat sbb de bunga-bunga pengharapan suami dapat kije tuh.
Tp, still belum terfikir utk bersungguh-sungguh fikir pasal ANAK.
Kan dh ckp...aku penakut stay kt kuarters tuh. Hehehe...Tak selesa.

Julai...bila suami mula kije as Pengurus PJK, balik dan sampai rumah hari dah Maghrib.
Lepas Isyak beliau terus tidur sbb kepenatan. Aku pun join tidur kalau takde kelas.
Dan yang paling best..suami pun dh dapat offer UMP bulan Julai nih.
Ok, to make it short, kami pun berjauhan start 16 Julai yg lalu sehinggalah kini.
Jadilah kami weekend husband and wife.
Sedar tak sedar dah tiga bulan mengharungi kehidupan yg sukar.

Sedih. Dan jiwa aku jd makin sesak bila sedara-mara kawan-kawan dok tanya aku DH ADA ISI KE?
Aku rasa nk hempuk ngan tayar kereta aku yg ada spare dua biji tuh.
Aku penat nk jawab.
Aku jadi negatif soal nih.
Aku dah menyampah.
Inilah tujuan aku tulis entry ini.
Supaya masyarakat faham keadaan dan hidden story di sebalik persoalan kalian itu.
Memang mungkin ada yg akan cakap..." Ala ade jek orang jauh-jauh ngan suami dapat gak sorang "....
Ya...rezeki itu kurniaan Allah. Mungkin aku bukan kategori manusia yg bertuah. Aku orang yg bila nk sesuatu harus berusaha sekeras-kerasnya.

Aku dah pun apply pertukaran.
Sape-sape yg bace nih doakan lah aku berjaya pindah.
Sebab aku nk pindah dan aku dh decide, bila aku dh tahu aku nk end up kehidupan aku ini di mana dan bagaimana, barulah aku nk fikir soal anak.
Harap saudara-mara, waris, rakan taulan faham tujuan penulisan ini.
Anda semua doakanah yg terbaik buat saya.

Buat masa ini saya dan suami sedang concentrate menjalani bussiness pilihan kami.
Doakan yg ini juga sebab cita-cita kami...is....utk jd orang KAYA dan SENANG.

Tertarik dgn satu post di wall kawan saya:
"Life gives answer in three ways......It says yes and gives you what you want, It says no and gives you something better, It says wait and gives you the BEST..!!!" 

Yeah...this is the true wisdom words......