Friday, November 5, 2010

Nasi Lemak Kasih Sayang

Hiyarkhhhh!!!
Mari meneroka kembali ke alam berblog dari Ejato.
Fuhhh...lidah ini kepingin benar mahu mencicip sambal nasi lemak yang sudah aku selesaikan sebentar tadi.
Hasil tangan sendiri dan rasa ciptaan sendiri tanpa perlu mak terjerit-jerit dari depan memberikan arahan.
Esok famili bakal mertua nak breakfast kat rumah.
Dari Kuantan tuh...

So, abeh beli barang terus aku sangat excited masak dan masak lagi.
Sehinggalah kini baru berhenti.
So, esok tinggal masak nasi nya, potong timun, goreng kacang dan keropok.
Semua kutleri pun aku siapkan.
So plan to get early tommorow..oopsss..it's already a new day today!

Esok mak Tunang nak pegi beli barang kawen.
Tak tau la hala tuju nya kat mana.
Bunyi-bunyi lepas survey-survey dan beli, mahu terus langsung ke Jalan TAR.
Jadi aku fikir, aku perlu menyediakan kaki yg cukup ampuh meredah arus jalan tar di Jalan TAR.
Ha..korang paham????

Sesungguhnya tajuk entry aku ini adalah benar.
Bila kita masak sesuatu dengan penuh kasih sayang utk yg tersayang, semuanya akan menjadi lebih mudah dan sentiasa dipermudahkan.
Semua aku buat dengan sendiri dari beli barang sampai la bahan-bahan yg dibeli tadi dah mengalami perubahan kimia.

Dalam pada tengah syok-syok masak dan berangan aktiviti utk esok, dapat pula perkhabaran yg nenek saudara telah meninggal jam 10 lebih tadi.
Innalillah..sedih mendengarkan,
Insya Allah esok ada sesi ziarah seawal-awalnya dari pihak aku sekeluarga.
Nasib baik dekat...Palong jek.
Tapi, bayangkan jek la...actually minggu nih kitorang memang plan nk g umah dia.
Tapi bukan sebab nk ziarah dia...nk raikan majlis sambut menantu anak dia.
Dalam kebizian rupenya terselit satu kedukaan.

Ya Allah..kau cucuri lah rahmat ke atas roh nenek saudaraku..Ameen.

Wa Inna Insya Allah Lahiqun...

'Tuhanku..kau ampunkan segala dosaku"...Hidup ini tidak dapat aku perhitungkan...Tidak dapat aku nilaikan..
Bagi aku ruang pengampunan...Bagi aku...bisa Berjalan, Melihat Lalu Mentafsir Kebesaran-Mu Tuhan..."

No comments: