Tuesday, December 7, 2010

Malas Iron Baju!

Pelik dan panas juga hati ini.
Sebab ada rakan seperjawatan yg macam bengap giler mengenai etika keguruan.
Wah..
Semangat betul yek aku memperjuangkan nilai dan etika profesion ini.
Poyo when sometimes is I'm being not perfect!

Hari ini, kakak angkat karib tell me something.
Dia jadi Ketua Pengawas SPM di sebuah pusat peperiksaan sekolah agak terkenal dalam daerah ini.
Beliau menceritakan rasa marahnya terhadap seorang Pengawas Exam yg dibawah seliaannya.
Ada ke patut cikgu pompuan nih gi jaga exam dengan memakai seluar jeans dan blouse???
Siap persoalkan lagik tuh, NIH BUKAN PAKAIAN FORMAL KE...bila ditegur oleh Ketua Pengawas.
Aiyaiiiii..
Camner nih cikgu..
Tak tau etika berpakaian ke?
Bukak balik Buku Rekod Mengajar la kn dh de pekeliling tentang pakaian di dalamnya.
Yg lagi aku pun rase cam kenapa ada gak yg sengal nih masuk dalam bidang perguruan coz mengajar di sekolah ternama, terkenal dan terbaik...
Adakah sekolah anda terlalu bebas membenarkan anda ke sekolah sebegitu rupa???

Tahukah anda bahawa pemakaian jubah ke sekolah juga adalah tidak dibenarkan?
Actually, aku pun baru tahu coz mase dulu g inteview tetap, penemuduga tuh tegur one of the candidate sebab dia datang pakai jubah.
Uish...jubah pun tak boleh..sopan tuh apatah lagik jeans ye tak???

Nasib baik K.Pengawas halau balik suruh tukar baju.
Buat malu jek jadik cikgu.
Calon SPM tak pakai formal pun tak leh masuk dewan....
Tak kan cikgu pun nk kene halau jugak kot!
Nanti jadilah seperti kata pepatah..GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI..Iyekkkk!!!
Sepatutnya anda harus berpakaian biasanya begini:
Dan bagi lelaki pula biasanya begini ya:

Mudah jek kan kaedah berpakaiannya...bukan la nk memberatkan orang.
Alasan dia bertambah la tak logik sehingga membuatkan orang jadi marah dua kali adalah.............
MALAS IRON BAJU!
Mesti tak ikhlas jd Pengawas tuh.
Sehari RM275 x Sidang x Mileage..pun tak suke ke?
Aku nih nasib jek jadi S/U Peperiksaan SPM.Tak dapat aku ke mana-mana.
Kena resign dulu baru boleh la menimba pengalaman Pengawas walaupun aku dengar bosan.
Tapi, at least semua pengalaman dlm bidang perguruan nih, kutipla sebanyak mungkin kan....

No comments: