Tuesday, June 29, 2010

Sticky Sticker

Semalam rasa sgt boring giler berada di sekitar kawasan sekolah...Rasa nk buat kurang ajar dgn melarikan diri dgn kereta dan pergi ke sesuatu tempat tanpa tujuan dan hala tuju..(sama je la kan). Jadi telah berniat untuk berhibur dan mencari ketenangan.

Lepas sekolah semalam terus bergegas ke Bahau dan telah pergi ke kedai banner. Banner untuk Open Day sekolah. Punye la lama di kedai printing banner..akhirnya terhasil la sesuatu yg sgt mengujakan hati. Sticker nama saya!!Prosesnya pun kami dh tahu....


This is the first stage of that process


Ready to cut

Dh siap potong n sdg dibahagi-bahagikan..

My name almost appear...Heeee

And at last...bergandingan dgn Amir Harris lg you...


After berjam-jam berada di kedai itu..kami telah decide utk menghibur hati di kara tak ok..Huhu.Kami yg terlibat itu adalah ak..Liyeh, K.Suk n K.Tim. Biaselah kami kelip2. Artis sekolah. Dan ak telah memaksa Fad utk join. u know whut..menyanyi pun kene paksa...Hehe. Memiliki suara yg comel pd ak utk lagu Alasanmu itu...Thnx for dat contribution tp seriously ak rasa lain apabila Fad nyanyi sbb xpernah dgr pun die mnyanyi2 walaupun scra bersahaja..... Sambil menulis entry ini...ak sdg mendengar dan sekali lagi menghayati lagu...Guru Pembina Negara Bangsa.

Sunday, June 27, 2010

Perhimpunan Hari Guru

16 Mei setiap tahun pastinya satu hari yang tidak pernah terlupakan oleh semua pendidik di Malaysia termasuklah juga ak. Entry utk menceritakan apa yg berlaku pd setiap 16 Mei pastinya sudah terlambat. Tetapi, kali ini berminat nk kongsi rasa bangga ini menjadi seorang guru apabila diraikan dgn penuh rasa hormat oleh Kerajaan N9 dan keikhlasan hati seorang Menteri Besar yg tidak pernah lupa akan jasa seorang guru.


Guru Pembina Negara Bangsa.




Kamikah guru-guru itu?


Wif Cikgu Azza konon-konon la....Housemate Simpang Durian

Ust. Ali Muda~~Guru Cemerlang Bahasa Arab

Tema Hari Guru 2010. Dan kerana atas kata kunci pembina itulah kami semua warga pendidik telah berkumpul seawal jam 7 mlm di Padang MP Seremban sempena Perhimpunan Hari Guru 2010 walaupun hakikatnya sudah sebulan lebih berlalu tarikh keramat 16 Mei. Namun, dengan kehadiran lebih 15 000 warga pendidik N9, hati aku jd sgt terharu mengenangkan yang ak sebenarnya seeorang pendidik yg turut dihargai dan dirai dlm majlis tersebut.(hakikatnya..bru 8 bulan mengajar). Terima Kasih kerajaan N9 atas ingatan ini....







Sedutan akhir episod malam tadi adalah persembahan koir dr guru-guru daerah Port Dickson. Dan terus jatuh cinta pada sebuah lagu dan lirik lagu ini. Sumpah! Tak pernah tahu ada n tak pernah dengar lagu ini..

Guru Pembina Negara Bangsa (Tema Hari Guru 2010)

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Cikgu-cikgu lain nk gelakkan ak SILAKAN...sbb ak tahu korang sume mesti dh tau n dh hafal lagu ni...Hmmm..Minggu depan ada Hari Terbuka sekolah. Mesti pakai sedondon lg..Jemput datang ke sekolah kami!!!

Rindu Pada....

Keheningan malam ini menambahkan kesyahduan hati yg tidak terungkai. Mungkin ada sedikit gangguan emosi ketika ini dan ak cuba mengawalnya. Perhimpunan Hari Guru telah ku hadir dgn penuh rasa bangga apatah lg telah dihidangkan dgn persembahan yg hebat-hebat belaka.Tiba-tiba Mawi telah membuat ak meruntun jiwa mengenangkan seseorang yg jauh dr sisi. Rasa saat itu sungguh sayu...
Sungguh rindu...Sungguh terkenangkan sesuatu....

Rindu PadaMu

Artist: Yasin
Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu
Kerana Mawi telah mempersembahkan lagu ini...Lagu kenangan dan kerinduan ak....

Friday, June 25, 2010

Mr.Good Year...

Semalam hujan turun sgt lebat dan diiringi dgn angin kuat yg menderu. Mengiringi kehebatan mesyuarat guru di bumi SMADATA petang itu.

Tiba-tiba....
Hati menjadi berdebar pasal MR.BLUWEY.Hmm..selama nih xpernah fikir akn berlaku yg buruk ke atas kesayangan ak itu. Maka, bertindak telah keluar dr meja permesyuaratan utk mengalihkan kereta ke kawasan yg agak selamat berbanding dr tempat asalnya iaitu POKOK. (nnt pokok tumbang kan kawan-kawan~~I don't want banana fruits two times)...

Dan setelah m'alihkan BLUWEY, trunla Cikgu Izzati utk join kembali meja meeting. Waduh alangkah terkejutnya cikgu ini apabila mendapati tayar belakang sebelah kanan adalah seperti kekurangan angin biasa.Maka, naik semula dgn tenang....

Seusai mesyuarat pd petang tersebut, rakan-rakan guru bergegas2 utk pulang krn hujan yg sgt lebat itu. Pengetua sgt prihatin.Beliau telah menyatakan bahawa...itu bukan kurg angin biasa...tetapi mungkin bocor akibat tindakan sesuatu dan beliau bercadang utk memanggil seorang TUKANG yang boleh menyetelkan masalah tayar ini.

Pn.Zanariah atau nama komersilnya Kak Lang telah menjemput tukang tersebut dan menghantarnya kpd ak. Orgnye kurus dan keding shj.Spt tidak yakin utk die membuka skru tayar ini utk diganti dgn tayar spare sblum dibawa ke kedai utk diinspect lbih lanjut.

Tp, telahan ak sgguh salah sekali.Die hebat rupenya...Berjaya membuka skru tayar dgn skali rengkuhan shj.Tahniah wahai abang foreman.

Tayar telah diganti dgn tayar spare. Sgt kelakar tayar yg spare itu jika nk bergandingan tayar Mr.Good Year. Sungguh bagai pipit dgn enggang.(betol ke nih atau ada burung lain??)Tp. menurut kata abg keding..tayar spare sbnrnya lebih hebat dr tayar yg di gandar kereta. Oh..yeke...Sori.Hehhe...

Oklah..kereta telah diganti dgn tayar spare n ready to inspect at the workshop. Rupe2nye ada skru giler yg kesejukan ingin menumpang haba pd tayarku...dan engkau telah dicabut dgn kejam oleh foreman td. Within 10 minit Mr.Good Year telah ditampal okey...

Semoga perjalanan aku akan lebih selamat dan ak akan lebih berhati-hati selepas ini. Banyak perkara yg berlaku kpd kereta adalah ingatan dr Tuhan utk ak dalam keadaan ownernye masih mampu bernafas di Bumi fana. Terima Kasih Tuhan!Ingatan ini amat bermakna utk kehidupan berkereta menjelang akhir hayatku....

Thanx for those who gave me much help yesterday!Hanya Allah yg mmpu membalas jasa kalian...

Wednesday, June 23, 2010

Risau!

Sekarang sudah menjelang bulan 7...Bulan yg ak rase pd ak sgt sibuk utk ak nk menyiapkan PEKA SPM. Ak dh rase panas jek skang nih. Dgn dengar khabarnya ada pemantauan dr JPN. Siapa sudi tolong ak nih???Wahai student2 tersayang, tolong cikgu siapkan lah awak punye laporan PEKA tuh dgn sehabis baik kerana cikgu nk bg markah yg paling baik utk awak semua....U deserve to get the best.

Semalam telah pergi ke Port Dickson. Hantar Alang register as a new diploma student kt Poli PD. Sgt ramai orang, tp proses pendaftaran telah berjalan sgt lancar dlm masa hanya 30 minit sahaja. Kerana apa? Kerana kakaknya ada la..Hehe. Sampai semula ke rumah dalam pukul 6 petang. Penat giler sbb kekenyangan. Besh makan semalam...Huhu...N yg wat ak panic ketika sampai adalah...umah ak dh macam kapal karam coz orang yg tgh cat umah ak telah memunggah semua barang ke tengah umah utk mengecat dinding-dinding. Fuhhh..mane ruang ak nk tido nih even bilik pun huru-hara. Maka seisi umah ak bila melihat keadaan itu terus bergegas mengemas sehabis baik ruang tersebut. Smpi xsedar Maghrib dh nk habis. Tp Alhamdulillah, still can perform my solah n mandi. Of course Fadu pun ak paksa dtg tolong ak. Kitorang pe lg mlm semalam, bagai nk pengsan asyik bersin2 membunag semula habuk2 g telah disedut. Ak...mcm demam dh n dh plan ayat pe nk bg kt Pengetua kalo ak MC...Tp mlm tuh abah belanja semua yg tolong berhempas pula utk umah ak, mcm dh xselera nk makan sbb hidung xselesa, tp dgn kehebatan ubat selsema Fadu, Alhamdulillah, pg nih ak telah sihat seperti sediakala.Yuhuuuu..makanya, kena la gagahkan diri pg2 drivin from Serting.

Pg nih gerak dr umah agk lewat sbb tolong mak sidai kain jap sebelum gerak. Kesian kt mak. Pg nih mak kene semput plak sbb penat sgt semalam. Tp, telah smpi ke sekolah sebelum punch card bertukar merah. adakah waktu di mesin punch tersebut telah diubah?Bagai tidak percaya ak???Ok la tuh kannnnnn......Selamat lg satu perkara.

Kebetulan kelas pd ari Rabu xla pack sgt. Maka ak telah menggunakan masa yg ada dgn update semua fail berkaitan spt yg konon2 ak janji nk buat kt rumah tuh. Alhamdulillah..sedikit2 semuanya selesai krn ak telah m'conquer sepenuhnye printer di bilik guru.Hehehe..Suke. Org lain sampai xboleh gune, tp terpaksa plak ak nk buat begitula.

Internet connection kt skul bile nk akses kt bilik guru skang nih agak mcm tak memberi tuah kpd ak. Terpaksa pule menomadkan laptop nih ke library. Bru dpt sign yg bgus. N hope to check the SPP Portal.Pe status ak...ALHAMDULILLAH. Telah diperakukan lantikan tetap. Ak trus terbayangkan elaun baru ak akan dapat.;) Terima Kasih Tuhan.

Hmm...tiba-tiba dah terasa lapar, maka ak nk pegi makan dgn Kak Su(K) sbb ari nih mcm biasa cgu2 telah disediakan lunch nye.....Erkkkkkkkk!!!

Friday, June 18, 2010

Photo of The Week!

Snapping pic rite now is my new hobby. So there's a few pic that for me is quite good enough (even the pro photographer will say it bad)....It's ok.It's a learning process.







Thursday, June 17, 2010

Ziarah Istimewa!

Niat nk tnda paper exam student dh terbantut krn ak sibuk dgn aktiviti personal cuti nih. U know whut, cuti nih ak dikunjungi oleh ziarah istimewa family Fadu. Tp do not misunderstanding. It juz of knowing each other session. The next day of the ZIARAH..ak follow diorang sefamily utk kali ke-2 ke Melaka. So, sempatla snap a few pic there. But still trying to cope of being friendly wit his mother. Ak nih malu kot.Hehehe..


First place of our visit is Zoo Melaka. Penat giler kt zoo nih. Tak terlarat ak nk melihat keseronokan haiwan2 berehat menenangkan fikiran krn dh bosan dgn kehadiran pelawat dgn hanya berjalan kaki. Lepas nih sure kalo ak dtg lg..Ak snggup byr utk tram. Penat. Xpernah ak berjaya menghabiskan mineral water dlm hanya beberapa minit!

Nih endpoint kami di Zoo Melaka. Tak larat dah aknk amek gmbr smbil berdiri sbb sesungguhnye memang sgt meletihkan!

Next destination is...utk kali ke-4 ak visit this Muzium Samudera. Dah ala-ala tourist guide dh ak kt sini. Dhexpert la kunun2 smpikan skeping gmbo ak pun kurang dlm DSLR nih. Xpela....ak dh bnyk gmbo kat sini.N of course....its not a journey to Melaka kalo xdatang tempat nih. A Famosa. Kesan sejarah peninggalan Portugis. Well, mcm biasala..gmbr ak akan xde sbb ak the person who responsible for all thiz pic. Hehe...

Seharian yang memenatkan. Dlm perjalanan pulang, tnpa disedari, ada segugus ranting kayu ala-ala Timberland tuh kt tgh jalan. Apa lgdalam keadaan kereta ak yg laju meluncur dlm suasana suramnk Maghrib tuh, my BLUWEY redha jek la langgar..N Gosh!No plat baru dh pecah..Tidakkkkkkkkk!Tp, diz new bodykit xcalar langsung..Hebat.Sayanggggg BLUWEY. Kami berhenti la kejap utk mengeluarkan ranting-ranting tersepit di bahagian bumper. Terus pikiran ak pikir nk gnti CCN 5287 tuh dgn seberapa segera mcm dah xleh tggu esok.Kelakar......

Friday, June 11, 2010

Pegembaraan Cuti Sekolah

Salam..

Lama betul ak x update entry di sini ya! Ak mmg on laptop tiap-tiap ari tp maaf..bukan utk ini. ada komitmen lain la...

Rupe-rupe tanpa disedari dah bermula dh cuti sekolah penggal pertama nih..Tp 4 ari di awal cuti sekolah ak telah abiskan mase berharga berkenaan utk berbakti kpd sekolah tercinta>>Wahh...ayat nk mengipas nih! Bengkel SKOR A utk pelajar PMR dan SPM. Hmm..utkmu pelajar tercinta cikgu sanggup x attend honeymoon cuti skolah cgu tau!

Sehari sebelum bertugas utk program, ak gembira sgt sbb dpt menghadiri Majlis Penyatuan Dua Hati Wani dan suaminya Arif..Selamat Berbahagia wahai sahabat sehati sejiwa di SMT Segamat.Akan aku upload gmbr kamu kemudian ok..Kamu masih funny even perlu control ayu di majlis kamu.Thniah dh jd isteri org...

Habis jek program..ak g merayau-rayau ke Seremban n tgok Prince of Persia...Mule2 ak ngajuk ngan Fad xnk tgok citer nih sbb ak nk tgok Lagenda Budak Setan. Tp at last, ak dh jatuh cinta pula ngan si Dastan tuh.Adoi..kantoi di situ. Bile ingt balik..kelakar gak kaedah Fad nk pujuk ak pas movie..Bwk mkn McD dpt Milo Ais trus ak tersengih gembira..Hehehehe....

Cuti nih jugak cuti yg memerlukan ak attend satu miting bersama Pengetua. Miting yg trus ak pikir....KPM tinggi matlamatnya dgn NKRA nya...Adoi..mane ak nk korek la data-data yg dikehendaki....

So ak nk release tension dr rase jenuh menanda paper yag xsudah2..ak akan ke Muar sok menghadiri Majlis Penyatuan Dua Hati Wan dan Masila..Akhirnye korg ke jinjang pelamin jua. Rindunye nk jumpe kengkawan UTHM..Jmpe esok tau!!