Hari ni ada ikut seseorang ke interview.
Rasa bengang yg sesangat bengang.
Double trouble la konon-kononnya.
Bila kita share idea on how to speak/answer to the panel, muka nk macam bengang n blah macam tuh jek.
Orang lain pun tengok jek.
Interview logiknya adalah untuk menjual diri kita.
Kadang-kadang kita perlu berasa hebat dengan apa yang kita ada.
Perlu rasa terlebih poyo.
Perlu rasa macam orang lain pun xboleh nk challenge kita.
Kita share idea itu atas dasar pengalaman.
Dan setelah melihat hakikat sebenar dunia pendidikan.
Tidak tahu nak klasifikasikan manusia seperti itu dalam kategori mana.
Terlalu merendah diri dengan diri sendiri atau ego nk terima pandangan orang lain.
Yang penting sebenarnya kena tunjukkan kesungguhan kita walau pada awalnya, ada satu point yang kita memang tidak layak untuk meneruskan perjuangan.
Takkan harus cepat redha begitu sahaja.
Nak seribu daya....Seribu daya di sini maksudnya sedaya mungkin memperjuangkan hak dan kemahuan diri kita.
Tak hendak seribu dalih...Memanglah, berpegang pada point kelemahan kita memang tak akan ke mana. Cepat sangat mengalah. Kalau tak minat jangan membazir duit beli nombor pin.
Kadang-kadang nih la sebab nya aku macam tak berkenan orang nk masuk bidang perguruan nih sebab memang dh takde kerja kat luar sana. Bukan sebab minat atau pun sebab memang Guru Pembina Negara Bangsa.
Ada rezeki kamu wahai kawan....Alhamdulillah.
Berusaha lagi.Gambate!
No comments:
Post a Comment