Thursday, April 21, 2011

Coach Daerah???

Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Murid, 2-3 Sukan..Entry nih ekceli dhberkurun aku save dlm draft. Best pic aku snap spnjang bergelar Jurulatih utk kontinjen Daerah Jelebu.Niat dan title hanya sebagai Guru Pengiring pada mulanya.

WOW, telah di appointed sebagai Jurulatih Bawah 18 untuk acara favourite aku sendiri. Boleh pilih mana best.
Actually, aku terima dengan suka hati.
Kerana apa? Kerana ini lah masanya nk bawak ilmu yg betul di dalam olahraga dan mempraktikkan ketika sesi latihan akan datang.

Banyak yg aku belajar walaupun ketika sedang training, elok plak orang Teknik & Vokasional JPNS nk dtg pantau Fail Kerja Kursus KHB aku. Cheh. Opkos la kalau dh kena pantau tuh, pemantau datang xmarah-marah, tak nama pantau la.

Aku redha.Sampai student aku pun jadi mangsala kiranya.Siannnnnnn...
Okey, ilmu kejurulatihan nih memang satu peluang yg seakan datang bergolek.
Banyak yg aku belajar.
Latihan kecergasan, Drill, Station Workout dan sebagainya.
Heavy giler.
Kalau aku yg jadi atlit, series aku tak nak buat.
Atlit-atlit Jelebu pun okey and respect me well.
Tahniah para pelajar.
Rasa betul aku coach dorang.

Minggu depan dah mula MSSM NS di Sekolah Sukan N9. Hope that ada atlit dr sekolah aku yg terpilih nk mewakili Negeri Sembilan ke MSSM di Perak Mei ini.

Nak tahu tak?
Comelnye.....Zaquan Adha pemain bola sepak kebangsaan tuh pernah pegang rekod MSSM NS

Siti Nur Izzati: Pemenang Pingat Gangsa Acara Lempar Cakera & Lontar Peluru. Thniah!


Tak tahula kenapa sampai sekarang minat terhadap sukan ini meresap sungguh ke aliran darah aku....

Sunday, April 17, 2011

Rio...Blu dan Jewel

First time ever semalam selepas berkahwin barulah 'ngedate' bersama suami menonton wayang.Bukan bermaksud sebelum nih xpernah tgok movie, tapi bermaksud menonton dgn title 'isteri'. Dan first time menonton dipawagam cerita animasi even sebelum ni ada macam-macam cerita kartun yg sangat hebat pernah ditayangkan. Kurang berminat.

Hati telah digerakkan dengan satu kuasa nk paksa suami keluar petang semalam sbb nk menonton RIO. Rio disini refer kpd Rio De Jeneiro Brazil.
Rasa comelnya watak burung yg ada dalam poster promosi filem ini. Seperti ada sesuatu yg perlu aku korek dgn menghadirkan diri ke cinema.

Yes, memang ada sesuatu.
Kisah seekor burung yg diberi nama Blu tidak terlatih utk terbang sbb yatim piatu so takde mak ayah nk train dia terbang. Dibela pula oleh seorang manusia bernama Linda yg rasa Blu adalah segala-galanya pada beliau.

Rasanya tak perlu cerita lebih-lebih nnt xde plak orang nk sumbangkan RM9 utk pergi menonton. Lebih baik anda pergi sendiri dan hayati sendiri.
Lawak yang termotivasi ada dalam cerita ini. Takde yg negatif.

Yg penting bila kita ada keyakinan yg tinggi plus bila kita perlu menyelamatkan sesuatu itu atas dasar kasih sayang, perkara yg tak pernah/tak pandai kita buat selama ini, pasti akan datang satu kuasa ajaib yg membuatkan kita reti melakukannya.
Contohnya, kalau sebelum ini kita tak pandai bawak kereta, then tetiba waktu tengah malam suami/isteri kita sakit, dan perlu ke hospital tapi xde orang yg boleh tolong, pada ketika itu, anda pasti perlu membina kekuatan dan keyakinan, maka unsur-unsur ini bergabung menjadi satu kemahiran yg tidak semena-mena membuat andai terror gila drive suami/isteri anda ke hospital.

Seperti juga perkara yg sama berlaku pada makcik saya.
Suami sakit diabetes.
Perlu mendapatkan rawatan selalu.
Selalu call teksi utk hantar suami ke hospital.
Di rumah hanya ada sebiji motor.
Suatu malam, suami mendapat serangan jangkitan kuman pada paru-paru.
Makcik menggagahkan dirinya juga menunggang motosikal membawa suaminya ke hospital.'
Ketika itu makcik hanya memiliki lesen "L".
Dan sekarang, suami dia dah meninggal tahun lepas.
So, makcik sekarang dh ada kenderaan baru nk pergi kerja.
Bawa sendiri.
Iaitu motor tinggalan arwah suami.
So, setiap kali saya dan adik-beradik balik ke kampung, dia dah tak suruh hantar dia ke sana ke mari.
Krn sekarang dh sangat terror giler merempit, ada hati pula nk beli motor yg lebih ngetop.Thniah Mak Ngah!

Tuh la hidden motivation yg sebenarnya saya jumpa di dalam Rio ini.
Okey, pd yg lain-lain selamat pergi menonton.
Ada juga moral value of this movie....Yg jahat pasti mendapat balasan setimpal. Sekian.....

Thursday, April 14, 2011

Catatan Abah (FIL)

Semalam ayah ada call hubby. Aku dengar dari jauh sambil ambil wudhuk nk solat Zuhur. Ada sebut beberapa tarikh dalam bulan April. Salah satunya 12 April lalu adalah bufday adik ipar Fit budak di dalam image ini:



Dan hubby bergelak-gelak spt image di bawah ini pula:



So, at the end of the conversation.....
Fa : B....B rasa apa?
Me : Mana la B tau....ajak g bercuti kot..
Fa : Hehehe..Salah.
Me : Dh tuh apa?
Fa : Abah Fa kata bufday Pit 12 April,bufday B 29 April kan...Pastuh kan...mase bufday B tuh nanti sama dgn bufday Fa dlm bulan Islam...Bufday Fa dlm bulan Islam adalah 12 Jamadailakhir. 12 Jamadilakhir ujung bulan nih 29 April. So kite sambut bufday sama-sama. Fa bg hadiah B, B pun kene bg adiah ke Fa..Hahahahaha.
Me : Amboi..xde maknenye...B bg fa XBOX mase bufday dulu..

So spt satu ketetapan slps perkahwinan kami.... Abah pun seorang jenis mencatat di dalam diarinye tarikh-tarikh penting berkaitan ahli keluarga... So dlm kepala skang plan, nk celebrate together..gether.. Hmmm...pergi bercuti lagi kot????Dh lama sgt tak pegi jenjalan tau.... Harap ada kemurahan rezeki nanti.Amiin. Doakan kami ada berita gembira sempena hadiah bufday kami bersama.

Monday, April 11, 2011

Proud

Lama betul tak menelusuri alam maya.
Minggu lepas memang tak berapa nk sihat.
Nih pun ada sisa-sisa patogen dlm tubuh yg tak termusnah lagik walaupun dengan kehadiran antibiotik yg aku sumbangkan secara pasif.

Suara skang sayup-sayup kedengaran. Batuk sangat teruk sehingga mengganggu tidur. Tapi syukur sangat kerana ada seorang hamba Allah yg telah ditakdirkan utk jadi suami aku skang nih. Jaga makan. Jaga minum. Jaga waktu rehat. Jaga waktu tidur. Jaga segala-galanya.
Tahukah anda kepada imej ini:



Ini adalah sumber minuman dan makanan yg aku perlu ambil ketika ini krn masalah penghadaman pada perut. Bukan lah aku ini pemakan si Yougurt itu tetapi first time paksaan dari suami, aku akur akhirnya. Sekarang dh rasa biasa makannya.

Alhamdulillah. Dan perut pun dh mula tak meragam. Andai kata suami bukan penasihat aspek pemakanan aku dirumah, maka terlantar lah aku dihospital ketika ini agaknya.

Last week juga, kami berpindah masuk ke kuarters bungalow sekolah. Penatnya... Seminggu juga membersih dan menghapdet rumah itu dr sebarang kekotoran. Alhamdulillah, ada student-student yg ringan tangan nk tolong aku dan suami.

Skang bungalow itu tinggal nk isi perabot-perabot supaya tak nampak sangat kosongnya. Cuma skang belum ada bajet tambahan lagi nk menyetelkannya. Sket-sket la kot kan. Nk beriya sangat pun macam malas sebab takut tak dok lama kt umah tuh. Nanti kalau tinggal sorang opkos la takutkan dan aku akan turun semula ke bilik warden bawah blok.

Anyway, buat masa ini adalah nk memastikan suami gembira tinggal dirumah itu bersama aku. Semoga Allah memurahkan rezeki kami dan melimpahkan kami dengan kebahagiaan berpanjangan. Dan malam ini adalah malam ketiga dan terakhir sesi membaca Yassin masuk rumah baru bersama para pelajar.....

Wednesday, April 6, 2011

Terima Kasih

Minggu ini tak mampu nk berkata apa-apa nampaknya kerana disyaki gastrik.
Terima kasih buat suami tercinta.
Setiap malam menangisi pengorbanan beliau sambil membayangkan kalau kami terpaksa berjauhan lagi2 dlm jika aku terpaksa melalui kembali saat-saat getir seperti minggu ini.
Sepertinya lumpuh dan mati.
Beku pemikiran dan kaku tindakan.

Terima kasih yg tidak terhingga.
Tidak terucap.
Tidak terungkap.
Yang nyata semuanya jauh dari sudut hati ini, tak tahu apakah balasan atas semua pengorbanan dan sokongan yg tak berbelah bahagi sepanjang seminggu menderita.

Three simple words that can easily be described at this moment....I LUV YOU!