Thursday, October 28, 2010

Setahun...

27 Oktober adalah sebenarnya semalam (edit kembali pd 1 Nov 2010) ketika entry ini ditulis.
Memandangkan jasad ini harus bersama Ketua-ketua Bidang yg lain, maka penulisan mengenainya dibuat lewat 24 jam.

Ya..sudah setahun bergelar pendidik di sekolah gersang ini.
Sekolah Menengah Agama Dato' Hj Tan Ahmad.
Secara rasmi bergelar pendidik.
Kalau tak rasmi sebelum tuh dah pernah mengajar di dua buah sekolah.
Tarikh ini membuatkan aku rasa nk turun jek UTHM tuh and nk bagi peluk cium kat semua lecturer aku kalau boleh Dekan pun dapat.
Kerana...adanya Fakulti Pendidikan Teknikal yg gah berdiri di Kampus Bandar Parit Raja telah menjadikan aku ini adalah seorang AKU pada hari ini. Korang faham tak??
Dalam erti kata yg lebih ringkas....telah menjadikan aku manusia yg boleh berangan-angan nk itu dan ini.

Kerana aku setahun sudah bergelar guru.
Banyak betul kenangan, agenda dan karenah dah aku tempuh.
Lagi-lagi plak duduk dan bangun bersama sekolah yg baru saja diwartakan pengurusannya di bawah KPM.
Pastinya aku dan sekolah ini sedang belajar sesuatu utk searas dgn sekolah lain yg dh ternama.
Yg aku kenang ketika hari pertama melapor diri, pastinya tangisan di pagi hari kesekolah sebab dh kene bangun seawal jam 5.30 pagi utk bersiap.
Lalu pulak di salah sebuah SABK berhampiran rumah aku, lagi buat aku meleleh laju.
Masa tuh, takde CITY lagi. Abah hantar aku naik Kancil warna putih.

Bila aku sampai kawasan ni, dalam hati aku pernah terdetik.....
Aku pernah sampai ke kawasan ini ketika singgah refueling kereta masa praktikal nk g melawat Sang Gajah si Kuala Gandah.
Sesungguhnnya aku mengutuk hebat kawasan yg kini aku dambakan ketenangannya.
Pernah terfikir..."Maaflah..aku takkan dapat hidup di kawasan seumpama ini.."
Perghh memang giler berlagak ye tak???
Tapi kini..dah setahun stay di SD-Simpang Durian.

Walaupun banyak betul dugaan dan tekanan kerja di sini. buat masa ini belum terkenang lagi nk apply pertukaran walaupun ada yg willing nk tukar suka sama suka dengan aku.
Sebab aku rasa bahawa kat sini la aku akan 'bersayap' menjejak langkah ke persada yg lebih tinggi.
Sesungguhnya, di sekolah ini lah tanggungjawab aku berganda-ganda.
Kepercayaan utk aku dr seluruh warga sekolah tidak berbelah bahagi.
Bayangkanlah..aku cuma seorang guru biasa.
Yang selalu diperli rakan-rakan lain..'Orang penting sekolah'.
Hebat betul sindiran itu ekk...

Takpe...kene selalu pikir aku ini orang hebat.
Banyak betul program kat sini.
Banyak betul yang melibatkan aku.
Dan yang paling penting..banyak betul memori.....

Aku kini seorang guru..
Suka sangat dengan lagu 'Guru Pembina Negara Bangsa'.Korang trylah search lagu nih.
Setiap malam sebelum tidur mesti dengar seround.
Orang lain kat sekeliling pun dh naik menyampah dah bila aku start pasang.
Aku tak pedulik orang lain.
Yang penting aku suka....
Happy Anniversary yg ke setahun utk aku!
Utk kawan-kawan di UTHM yg xlupe wish tarikh kita lapor diri..Trimas ats ingatan kalian. Luv y'all!

Gambar semua warga pendidik SMA DATA yg wujud pd Ogos lalu.Pic taken by my D3000. Semua rete aku dan Fad pun dh diisytiharkan rete sekolah.Korang bayangkan jek la bagaimana adanya aku dan sekolah ini???

No comments: