Salam buat semua.
Salam teristimewa sempena kehadiran bulan penuh barakah ini.
Alhamdulillah, semalam telah sehari selamat menjalani ibadah puasa ini.
Namun, secara jujurnya seperti telah merosakkan segala berkatnya kerana amalan MARAH yang beraja di dalam diri.
Tidur.
Tidur yang agak lama disebelah petang sampai Asar pun lewat.
Penat dan tersangat sakit kepala membuatkan aku dan Kak Umi, seakan tidak sedarkan diri.
Aku siap mimpi yang membuatkan aku terjaga kerana konon-konon nak selamatkan diri dari menjadi mangsa cabul dalam mimpi. Gerun.
Bangun-bangun jek aku terus marah-marah.
Sampai marah-marah aku kepada Fadu itu membuatkan Kak Umi plak bangun secara terkejut.
Sorry...memang macam bengang betul aku kes semalam. Hangin!
Dalam pada-pada lewat tu, sempat plak aku dan Kak Umi terajin-rajin pergi bazar Ramadhan yang sebenarnya dah tutup kot. Tapi pergi jugak. Memang dah tutup dah pun, Tapi, dapat jugak beli air tebu seplastik, beli lauk gulai telur itik dengan rebung dan kitorang beli telur dan kicap. Nak buat masak kicap waktu sahur.Delicious. Memang favourite menu aku waktu bersahur di matrik.
Dan pagi tadi, berjaya juga mengejutkan student-student ASPURI dan masak all the things that had been planned. Alhamdulillah.
Petang nih takde aktiviti petang.
Bagusnya....dan aku belum memulakan aktiviti tadarrus sebab tafsir aku baru diambil dari ex-rumah sewa.Rindu pada rumah sewa!!!Rindu nak minum air dari peti ais. Rindu tilam hak milik sendiri.
No comments:
Post a Comment