Semalam Mesyuarat Pengurusan Dewan Makan.
Macam maklumat kelakar aku dapat tahu sebab ada orang dewan makan datang sekali join in da meeting.
Orang dewan makan nih nampak lebih dari apa yang warden nampak sebab budak-budak ni bukan kire kalau setakat orang dewan makan jek yang nampak. Yela, kalau dorang nampak warden, dorang lari ye tak...jadi tidak jadi untuk meneruskan aktiviti.
Pertama: Semalam dilaporkan, ada pelajar aku yang sanggup masuk longkang belakang dewan makan sebab.........nak tangkap ikan. Sedih kerana kurangnya aktiviti..Kelakar la plak budak-budak nih, selalu nk yg adventure jek.
Kedua: Dilaporkan bermain di surau dengan seluar pendek. Kepantangan betul sorang ustaz nih budak skolah agama pergi merayau-rayau dengan seluar pendek. Nasib la korang telah diceramahkan.
Ketiga: Tempat sabun cuci tangan telah dicungkil spring penekannya. Sudahnya, ada sabun kat tempat tuh, tapi tidak boleh ditekan lalu boleh mengeluarkan sabun. Maka, kamu tidak boleh membasuh tangan dengan sabun. Busukla tangan korang!
Keempat: Dah disediakan sabun dengan bekasnya, dirembat pula ke asrama untuk kepentingan diri sendiri. Korang watpe dengan sabun tuh ha????
Lantak la korang budak...Jadi, sebagai guru a.k.a warden perlu la aku merancang aktiviti untuk memenuhkan lagi masa senggang. Tapi, jgn salahkan aku plak, kerana aku declare as a warden 1 Ogos yang lalu. Haha..Baru aku tahu aktiviti favourite student skolah nih....Sian..
No comments:
Post a Comment