Wednesday, August 25, 2010

Apa Guna Berjanji...Jika Tak Ditepati....

Hmm...bace jek tajuk entry hari ini, sama macam lirik baris pertama lagu Apa Guna Berjanji-P.Ramlee yg aku suka versi Wann nyanyi.

Dulu teringat semasa di UTHM, berkawan dengan sangat rapat dengan Rathma, Shazwani, Siti Hidayah dan Syarifah Adibah.
Mereka ini telah mengembalikan semangat saya yang pernah hilang satu ketika dahulu.
Pernah juga berjanji setia untuk always keep on update any new information about our latest status. Ini yang paling aku ingat!

Aku akan mendaki lagi satu tangga taraf kehidupan apabila akan melangsungkan pertunangan dgn insan yang dah membuat sawang di dalam hati aku ini untuk satu tempoh masa yang agak lama iaitu 6 tahun. (kira-kira kalo kawen nih anak dah nak masuk 2 la kot).

Niat di hati hanya nak jemput rakan-rakan guru di SMA DATA sahaja.
Nak jemput rakan-rakan UTHM bila majlis perkahwinan nanti.
Yang akan berlangsung lepas raya ini hanyalah kecil-kecilan sahaja. Sekadar melengkapi adab.
Tapi, rasa bersalah beraja di hati apabila sengalnya aku menjadi seorang sahabat andai budak empat orang nih aku tak info.
Mampus aku kena penggal kalau diorang tahu yaku tak bagitahu aku akan bertunang.

Sedih jek yang aku rasa waktu ini, kerana......alasan cuti lama dan masih berada di kampung tuh aku tak boleh terima coz my date is at the end of the holiday bg sekolah yg amek cuti 2 minggu. Mesti boleh balik awal then pergi ke rumah aku dan terus boleh pulang ke sekolah masing-masing.

Sedangkan aku boleh fikir untuk berkahwin awal sebab nak pergi ke kawasan yang jauh-jauh spt Kelantan seumpanya bersama SUAMI. Ini keputusan yang melibatkan masa depan lagi, tapi...aku tetap buat sebab memang nak pergi rumah kawan-kawan yang dimaksudkan.

Kita memang lain pemikirannya. Tapi kita bole ubah mengikut situasi.
Lebih baik adalah tidak bagitahu langsung mereka ini.
Biarlah kegembiraan aku tak kongsi ngan sapa-sapa.
Alasan...majlis akan tetap meriah walaupun tanpa kehadiran 'aku'. Ini ayat yang bagi kepada aku.
Memang akan meriah, tapi adalah kemeriahan itu mampu melindungi kesedihan yangterselindung????

Korang datangkah?

2 comments:

Shazwani Mazuki said...

Salam ejat..
ejat kecil hati dgn wani ke?
moga ada ruang dan waktu utk perbetulkan apa y wani telah salah lakukn..

IZXA ULFADH said...

hehe..x...wani x sbb jat phm wani dimana..
org yg dekat wani...