Semalam genap umat Islam seantero meraikan Ramadhan yang ketujuh.
Alhamdulillah.
Minggu ini adalah mingu bertugas saya.
Maka, kena selalu balik lewat sehingga pukul 4.30 petang.
Dan waktu selepas memantau pelajar-pelajar ini prep, saya telah membuang dan menghabiskan masa-masa takut berseorangan di bilik guru dengan ngobrolan di pejabat sekolah sehingga punch out.
Hari ini sebenarnya sangat nervous kerana paper trial Science telah bermula.
Rasa hendak menjadi jahat dan membuka set soalan berkenaan.
Amanya dunia kalau dapat berbuat begitu tapi tidak aman hidup di akhirat.
Harap-harap revision malam sebelum paper bermula boleh menyelamatkan student-student kesayangan.
Dalam dua minggu tempoh berpuasa, macam-macam berlegar di fikiran antaranya untuk mengecilkan skala berat badan ini. Tapi, ada satu waktu berbuka itu telah makan seperti hidangan raja-raja.
Tengok sahaja menu di bawah:
1)Nasi putih+gulai telur itik+ikan sembilang sambal cili api goreng+ikan talapia masak asam (juadah berbuka di rumah Yan)
2)Murtabak Ayam
3)Popia basah+kuih lopes
4)Yong Tau Foo
5)Spicy Chicken McDeluxe (nih paling xboleh tahan)
6)Air ada 2 (Air asam boi+honey dew)
Adakah ini Program Diet yang sesuai? Pastilah tidak. Jadi, sudah merancang bersama Kak Umi untuk diet carbo.Huhu..Maknanya tidak langsung makan nasi atau hanya makan dua sudu sahaja nasi selepas ini.Bantulah saya kawan-kawan.
p/s: Walaupun saya ada dengar bahawa tidak elok diet carbo ini, tapi kaedah ini paling berkesan.
No comments:
Post a Comment