Monday, August 16, 2010

Menjual Kain..

Salam.
Hari ini bertolak dari rumah ibu bapa ke sekolah.
Maka, bersahur di rumah
Hujung minggu yang memenatkan.
Kepala terasa berat.
Mengajar terasa bosan.
Cuma Alhamdulillah, kurang dugaan rasa lapar dan dahaga.

Hari ini trial SPM sudah bermula.
Setiap pagi bermula hari ini harus pergi ke sekolah sebelah untuk mengambil kertas soalan dan skema jawapan.
Harus menjalani rutin ini.
Dalam hati ini, hanya mendoakan kecemerlangan para pelajar sekalian.

Bermula minggu lepas, sudah mula bisnes kain-kain pasang di sekolah.
Saja tolong jual produk jiran.
Alhamdulillah, agak memberansangkan.
Rasa seronok pula bila ada something untuk dijual sempena Ramadhan kali ini.
Bukan untuk mencari keuntungan. Tak dapat komisyen kewangan pun. Sekadar hadiah sepasang kain. Cuma keseronokan dan kepuasan hati sebab nak kekalkan darah entrepreneur. =)

Hari Jumaat lepas sekolah sebenarnya telah pergi ke Nilai untuk mencari telekung. Hari itu sudah capek. Jadi pilih saja yang ada di depan mata. Anda harus tahu yang saya hanya melihat warna coklat itu menarik hati dan rasa.
Jadi telekung untuk hantaran adalah telekung bersulam coklat.Yeehaaaaa...

Ada lagi sebulan untuk membuat segala persiapan.
Kesibukan kerja membuatkan aku seakan ambil endah tak endah dengan segala keperluan.
Kerana selalu positif akan diri ini, membayangkan segalanya akan dipermudahkan.
Doa daku di bulan Ramadhan.

Okey, kejap lagi paper Sejarah 1.
So, nk get ready all the things there.

No comments: