Friday, December 31, 2010

Cutikah Aku?

Hari ini semua orang tahu cuti umum Mesia sempena kemenangan Skuad Harimau membawa pulang Piala AFF Suzuki.
Memang sangat-sangat terima kasih.
Tapi, adakah cuti ini untuk aku yang sedang memang bercuti???
Waduh-waduh....kenapa la bg time hari nih yek??
Bagila mase hari first sesi persekolahan 2011.
Sebab sekarang tgh mengumpul mood utk memulakan tugas baru di 2011.
Anyway, kpd yang bercuti, SELAMAT MENIKMATI CUTI ANDA YA!!!
Jangan lupe, esok nu yer.
Maka sudah lengkapkah diri anda dengan azam-azam tahun baru yg memang anda nk grab utk tahun ini?

Hadiah Utk Bluwey Dari Aloq Staq


Wahwah..apakah itu ramai sungguh orang mengerumuni brader berkenaan??
Cheh..kaum kerabat sendiri gak.
Kecuali brader berkenaan.
Beliau seorang penjual di Pekan Rabu.
Sangat tertarik dengan aktiviti yg dijalankan beliau.
Kerana satu faktor....MURAH.
Apakah aktiviti utama brader itu di Pekan Rabu?
Sudah spt mengajar Geografi.
Saksikan ini...(spt mengajar menggunakan Audio Visual Aid)


Colourfulnya. Spt ada pesta pensel colour Luna dan Swan dan Faber Castell.
Haaa..itu koleksi numeric and alphabet utk dibuat keychain.
Murah sangat.
Iaitu RM2.50 utk Max=7 huruf di bahagian hadapan.
Dan hanya RM3 utk Max=14 huruf depan dan belakang.
Memang mengujakan.
Selalu satu huruf yg almost RM2.50.
It just a sponge.
Yg dr jauh spt marshmallow.Nyum..Nyum..
Okeyla. Lepas kami datang serbu terus ramai jugak orang datang.
Sampai kan brader tuh harus kira dulu plat keychain itu cukup or tak..
Pembawa rezeki.Ehem..ehem...
Bro...memang sangat-sangat terima kasih la.
Coz ada juga hadiah utk Bluwey yg sudi mengorbankan dirinya utk kilometer yg panjang....
Here u are Bluwey..Suke takkkk???
Bluwey jawab: Terima aceh....Both of you. Jangan lupe anta aku serbis pas nih..Tibe-tibe dh mencecah 30000km.....


Hmmm...tak perlu la nk blur-blur kan no.pendaftaran kereta..
Bukan artis..Tp still ambil langkah berjaga-jaga okey...
Kalo rakan-rakan nampak di jalanan no pendaftaran spt yg tertera, sila-sila la high beam tanda senyuman mesra.
Jgn ada unsur dendam ya...Coz kita 1 Mesia...U like me..I like U la...

Wednesday, December 29, 2010

Memikirkan Saja..

Hati tidak sihat.
Dari semalam macaam ada aktiviti otak yg tak pernah berhenti even pada waktu tidur.
Sampai tak tahu nk mula kerja yg mana walau pada awalnya dah ada perancangan.

Aku macam tidak rela diperlakukan begini.
Bukan tak mahu menggalas tanggungjawab, tp ADAKAH ADIL UTK AKU???
Kenapa tidak orang lain juga????
Macam tak sabar nk luahkan segala ketidakpuasan kepada pihak pengurusan....

Sunday, December 26, 2010

Part 1: Langkawi

Fuh...fuh.
Berabuk interface.
Bersihkan sikit.
Di saat orang lain sedang khusyuk menyaksikan final AFF M'sia vs Indon, ak tengok separuh jalan dan terus on this lappy.

Macam banyak cerita.
Tapi tidak tertaip.
Mungkin gambar boleh merungkai kan segala-galanya.
Kenangan seribu makna.
Actually, ini adalah kali keempat ke Langkawi.
Ada bersama rakan dan ada yang bersama family.
Enjoy the moment damn much.
Memulakan perjalanan seawal 4 pg pd 22.12.2010 lepas dr Putrajaya.
Punyela azab aku nk menahan ngantuk.
Konon-konon cam very supportive la teman my fiance drive.
Akhirnye kecundang jua.
Banyak jugak tempat kitorang berhenti sepanjang dlm perjalanan itu.
Rest N Go la katakan.
Sampai Kuala Perlis around 12.30 pm.
My auntie beli tiket, take a short and simple lunch then after 2 pm, maka bergerak la Feri LADA 1 ke Langkawi. Pulau seribu keindahan ini.

Memang sangat exhausted.
Check in at Seaview, terus rasa seperti capek dan terus ketiduran.
Petang baru bangkit semula, p pasar malam pulak jalan kaki.
Lagi menambah penat utk hari itu.
So after jenjalan di pasar malam Pekan Kuah, kami ke airport jemput my parent and other sibling.
Tengok gambo cm aku kan yg baru arrive.
Nyambut jek.
Kehkehkeh..Sekeh kang!
Then, dh fetch dorang sumer, makan n mestila nk simpan energy utk esok kan.
Have a look at this pic.
Tempat wajib singgah di Langkawi waktu pagi:

1) Tempat orang proses gamat jadik minyak gamat
2)Cable Car------>Nih memang seronok bangat.
Okeh.okeh akan buat entry kedua mengenai picture snapping from the Gondola..Yeehuuuu.








Tuesday, December 21, 2010

Cakap Dengan Orang Ego

Hari ni ada ikut seseorang ke interview.
Rasa bengang yg sesangat bengang.
Double trouble la konon-kononnya.

Bila kita share idea on how to speak/answer to the panel, muka nk macam bengang n blah macam tuh jek.
Orang lain pun tengok jek.
Interview logiknya adalah untuk menjual diri kita.
Kadang-kadang kita perlu berasa hebat dengan apa yang kita ada.
Perlu rasa terlebih poyo.
Perlu rasa macam orang lain pun xboleh nk challenge kita.

Kita share idea itu atas dasar pengalaman.
Dan setelah melihat hakikat sebenar dunia pendidikan.
Tidak tahu nak klasifikasikan manusia seperti itu dalam kategori mana.
Terlalu merendah diri dengan diri sendiri atau ego nk terima pandangan orang lain.

Yang penting sebenarnya kena tunjukkan kesungguhan kita walau pada awalnya, ada satu point yang kita memang tidak layak untuk meneruskan perjuangan.
Takkan harus cepat redha begitu sahaja.
Nak seribu daya....Seribu daya di sini maksudnya sedaya mungkin memperjuangkan hak dan kemahuan diri kita.
Tak hendak seribu dalih...Memanglah, berpegang pada point kelemahan kita memang tak akan ke mana. Cepat sangat mengalah. Kalau tak minat jangan membazir duit beli nombor pin.
Kadang-kadang nih la sebab nya aku macam tak berkenan orang nk masuk bidang perguruan nih sebab memang dh takde kerja kat luar sana. Bukan sebab minat atau pun sebab memang Guru Pembina Negara Bangsa.

Ada rezeki kamu wahai kawan....Alhamdulillah.
Berusaha lagi.Gambate!

Monday, December 20, 2010

Berakhirnya Satu Perjuangan

20.12.2010.
Pastinya hari kegembiraan student-student SPM aku.
Ketika aku menulis ini, mereka ada dewan exam.
Mungkin sedang bertungkus-lumus menjawab paper terakhir utk SPM 2010.
Dan mungkin ada yg sedang menjawab dalam ketenangan sebab dh sebati dgn nervousnya menjawab peperiksaan.

Memang lega.
Sebab aku pun dh tak sabar nk bercuti.
Dlm ketidaksabaran sebenarnya aku sedih.
Sedih tak dapat bersama dengan diorang lagi.
Anak didik yg baru setahun aku semaikan benih-benih ilmu yg tak menggunung ni.
Yang aku ajar apa yg aku faham, bukan dgn sepenuh kepakaran.

Form 5 yg aku sayang.
Tahun depan kawen, sape la bebudak yg sudi nk tolong aku time kenduri.
Walaupun kdang-kadang aku nih ad yg terguris rasa, tp sekejap jek rasa itu.

Hmmm..sayu.
Balik nanti pastinya diorang berkejaran nk kemas barang n mendapatkan ibu bapa masing-masing.

Semoga anda pun rindu cikgu cmner saya akan rindu awak semua.
Sayang kamu semua.
Banyak betul kenangan dengan kau.
Kalau cikgu tak dapat nk beri yg terbaik utk kamu, maafkanlah kekurangan itu.
Pastinya nk kamu ada di hari gembira cikgu.
Abadikan Memori Bersama....5 Ibn Rusyd 2010.

Friday, December 17, 2010

Risau Dan Akhirnya Gumbiraaaaaa!!

Dapatkah anda membayangkan anda belum mula bekerja lagi dan dalam proses mencari pekerjaan?
Dan pastinya bila memohon sesuatu pekerjaan banyak dokumen-dokumen penting diperlukan lebih-lebih lagi yang berbentuk akademik.
Dan tiba-tiba sijil-sijil dan segala dokumen terbabit hilang.
Pasti mencuakkan.

Ya, ia terjadi kepada aku.
Baru saja berlaku.
Tapi aku react cool jek coz konon-konon dah dalam tempoh percubaan perkhidmatan la.
Dh DG41 la.Poyo la...
Sekali bila mak gertak.."Kang susah nk pi 44 kang..Nanti nk kepilkan semua dokumen tu...".
Aku..Yeke mak???
Mak aku lagi mencuakkan.
Iye..mak tengok cikgu-cikgu nih camtuh la mase nk apply 44.
Perghhh..nih memang tak boleh ditentang-tentang lagi la.
Mak aku kan kerani sekolah.
Semua fail peribadi cikgu die yang urus.

Gelabah puyuh la aku.
Maka, aku kerah seluruh isi rumah dok mencari biarpun dalam kegelapan.
Ayah aku sampai mengali-ngalir peluh dan keringat.
Aku nih bersin-bersin la dah cari at stor satu clear holderaku kaler ungu.

Dan akhirnya bila nk masuk Isyak, mak aku suruh nazar.
Kalau jumpe kene belanja satu family KFC.
Berniat la aku.
Aku dh give up.
Kene stopkan misi sebab nk balik SD dh.
Dh malam.
Kang budak asrama kang kesunyian tanpa kehadiran aku.

Tiba-tiba...
Pegi amek barang dlm but kereta..(Aku tinggalkan kereta kt Fadu, tak bawak g SD)
Tangan nih memang sengaja nk buka beg Public Mutual aku tuh.
Ya Allah..de sesuatu berwarna ungu di dalam itu.
Alhamdulillah semua yg aku cari ada kat situ.
Suke tak terkira.
Merepot terus ke famili.
Ayah aku mula la enjin bebelan die.
Perghhh..die kata nyusahkan sungguh.
Memang pun.
Tapi harus suka la abah..kan Kak Ngah dh kene belanje KFC.

Korang tau bape lame aku carik sijil aku?
Dekat 3 bulan tau.Last mase rumah renovate itu hari.
Aku ada dua clear holder..(ehem..ehem...cemerlang banyak sijil la katakan...)
Nk carik sijil kursus kawen, ada.
Sebab dlm clear holder ijau.
Yg ungi missing. That's why aku perasan takde sebab selalu berdua itu tidak terpisah.
Dulu dh penat sangat smpi nk p Putrajaya la nk amek sijil SPM baru n nk telefon Pendaftar nk salinan ijazah dan transkrip.
Untung tak buat lagi.

Pengajarannya.
Skang ia adalah lebih terurus.
Aku dh sediakan satu bag ala-ala beg Tupperware utk isi semua clear holder n segala macam mende penting termasuk album-album dulu kala zaman muda mudi aku.
Selalu ada dalam but kereta mulai kejadian itu.
Dan, harus anggap mende itu sentiasa penting walaupun dh dapat pekerjaan even dh sampai JUSA pun.
Harus jaga dengan baik dan selamat.
Dan yg heran tuh, Sijil Kursus Kawen selamat di kala aku memerlukan...Hehehehe....



Seperti gambar di atas.
Kalau dh banyak-banyak tu, labelkan la dh letak dalam kotak yg turut dilabelkan di atasnya.
Ingat...Manage ur SUCCESS wisely.

Thursday, December 16, 2010

Muzium Impian

Hari nih rajin plak aku membelek-belek paper di kedai makan.
Selalu jarang-jarang sekali aku sentuh paper yg berserakan di atas meja.
Then, turn to a page yg info nye sgt mengujakan hati ini.

Laluan masa aku berputar kembali.
Kembali ke zaman di mana aku mula kenal Pensyarah Killer semasa Tahun 2 di universiti.
En.Kahirol.
Dalam subjek Teknologi Industri ada beliau cerita mengenai perkara ini.

Tentang letupan loji nuklear terburuk di dunia sekitar April 1986.
Masa aku baru mengenal dunia.
Aku rasa sama bufday ngan aku kot kejadian nih.
Malas lagi nk Googling.

Letupan berlaku di Chernobyl, Ukraine.
Of course bila dah letupan nuklear pastilah memberi kesan-kesan negatif dalam kehidupan.
Mutasi gen antaranya.

Dalam paper hari ini ada bagitau, mulai 2011, orang dh boleh buat lawatan kat loji eksklusifnya.
Wow!
Macam nk jejak kan kaki jugak di situ.
Rasa sangat berkesan Set Induksi En.Kahirol dulu.
Sehingga terkesan di dalam hati aspek-aspek penjagaan keselamatan di industri.
Bagus jugak sape yg mengilhamkan idea utk membuka Chernobyl sebagai sebuah muzium utk dilawati.
Banyak input yg kita boleh dapat darinya.
So....kumpul la duit so that kite boleh ke Ukraine.

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa Sekolah Aku Dh Start Merepek?

Whut,,
27 Dis nye meeting pun aku terlibat?
Nama Mesyuarat Pengurusan.
Selama nih tak pernah terlibat pun.
Damn!

Sangatlah penat baru pulang dr Langkawi nanti.
Sedih..
Nih dera.
Nanti aku report kt teledera.
Uwaa..uwaa...

Kejamnya.
Tak berdaya.
So aku hanya berehat utk 7 hari shj selepas tamat SPM.

Monday, December 13, 2010

Mimo Datang Membantu

Hola.
Semalam daku telah ke KL lagi.
Buat confirmation.
After a few discussion with da printing shop, then together with family mertua bersepakat utk b'cuci2 mata di Masjid India dan Jln TAR.
Mereka semua mencari baju yg cantik-cantik.
Aku...memang sesungguhnya cuci mata.
Tapi, hati ini telah ditarik dengan kuasa magnet terhadap alat yg macam comel ini.
Ye..MIMO datang lagi dengan Mesin Urut.
Sesuai sangat.
Aku nih suka menghidapi penyakit sengal dan sendi tulang ketika berada di dalam kereta.
Sama ada memandu ataupun hanya sebagai co-pilot.
Aku pun pelik.
Semua sakit melanda.
Pening, sengal dan sebagainya.
Saja la tuh taknak tolong drive.
Pilih warna putih coz biru dah habis.
Untuk diletak di dalam kereta.
Kebetulan nk ke Langkawi next week.
So, harus ada bekalan mesin ini.
Semalam, memang pening kepala sangat.
Sebab lambat makan.
Jadi, letakkan sahaja di kepala dan sekitar tengkuk.
Perghhh..sungguh melegakan.
Getarannya juga mungkin boleh digunakan disekitar kawasan berlemak.
Jadi tak perlu keluarkan bajet yg banyak utk membeli alat mengempiskan perut jenama Osim.

Dan....boleh di recharge.
See. Spt gambar di bawah.
Boleh juga menggunakan bateri.
Ada sambungan USB dan boleh juga sambungkan pada charger Nokia anda.
Harga???
Murah jek.
RM15.Untuk setakat ini adalah berbaloi.
Kucing aku yg menghidap athma pun aku tala kan mende nih kat area jantung die.
Baru die dapat bernafas dgn smoothly.
Bagus.

Nanti kalau mende ini sudah menjadi fenomena, boleh la anda mendapatkan yg lebih cantik atau lebih comel dr ini.
Ada yg boleh mengeluarkan warna-warna lampu disco.
Tp, semalam takdela.
Okeyla, dh fully charge.
Nk massage..Huhu.

Sunday, December 12, 2010

Kecewanya...Cuti Dah Nak Tamat.

Cuti sekolah penggal ini bermula pada 20.11.2010.

Dari 20.11.2010 - 20.12.2010 (rantaian tugasan sebagai S/U Peperiksaan)
Gap 12 hari tp asyik turun naik KL uruskan kad dan door gift.
22.12.2010-26.12.2010 (Langkawi Trip)
28.12.2010- 01.01.2011 (Mesyuarat dan mesyuarat sekolah)

Cuti tahunan sebagai seorang guru (7 hari setahun)
Save 3 ari utk wedding.

Waaaa..apa yg tinggal..
Cuti ni pun sakit-sakit badan aku nk cari ruang rehat.
Sikit rupa-rupanya cuti seorang guru.
Bukan macam orang kata..Jadi ckigu syok..BANYAK CUTI. Itu dulu.
Even sesape nk pegi obersea pun kene wat surat makluman ke Jabatan Pelajaran. (Perghh..nk g honeymoon obersea kene gak ke inpom-inpom kat org)

Ye..memang cuti bukan HAK ya kengkawan.
Ia hanya keistimewaan.
Dlm pekeliling pun ada ckp..guru boleh dipanggil bertugas pd bila-bila semasa cuti dan diperuntukkan utk menggunakan separuh dr cutinya utk bertugas di sekolah.

Jadi, jgn kecewa.
Yang hanya anda perlukan adalah SABAR.
Bersyukurlah.

Oh ye..ALHAMDULILLAH tahun depan still dapat offer utk ngajar lagi di tuition centre.
Tp utk malam Jumaat shj.
2 Form juz like diz year.
Seronok krn boleh lg tambah pendapatan diri ini.
TUHAN MASIH SAYANG KAT AKU YG TENGAH TUNGGU 20.12.2010....

Friday, December 10, 2010

Hidup Bagai Pelayaran

Watchaaaaa...
Nampak sign tersebut?
Yes, entry lepas memang ada tulis pasal nk update tentang percutian keluarga selama 2 jam di atas sebuah cruise.
Actually sambungan dari kenduri sepupu tuh.
Dah alang-alang jauh sampai ke selatan tuh, maka isi-isi la waktu petang dengan melawat-lawat.

Sampai malam kami sanggup tunggu tau.
Ngantuk pun ada sebab dibuai dengan angin yang menyisir.
So, blaja-blaja juga snap a few pic yang bakal bermakna as shown below.
Nih dh nk Maghrib punya scenery.


Dan wajah kegembiraan sesorang yg malam tuh patut dapat award Bapa Penyayang dan yg sudi melayan si kecik comey itu.


Maknya pulak, sibuk berposing ala-ala model gitu.Hmm..okeyla, terpaksa rembat Gadis Jawa.
Tenangnya tengok awan itu di dalam gambar...


Dan Singapore from our side on the cruise...Dari jauh je la.
Nak masuk utk saja-saja, tak berbaloi kot.
Coz sing dollar is double with our currency value.


Alahai comey nye anak sedara aku nih. Pandai ko posing!Gigit kang.


Dan itulah dia jawapannya..Di atas sebuag Danga Cruise. Penuh cruise dengan family kitorang jek.
Gambar nih baru sebahagian sahaja ahli keluarga yg menyertai.
Ramai lagi yg feeling layan angin bayu.


Welkame to Danga Beach!!!!
Jarang kami sekeluarga + keluarga Pak Uda + keluarga Mak Ngah dapat dalam haluan yang sama menikmati percutian ini.
Murah jek...
RM10 per entry utk seorang.
Perjalanan dari pukul 8.30 mlm sampai la pukul 10.30 malam.
Dah pukul 10.30 malam, tertambatlah kami semua di jeti.
Siang pun mungkin ada.
Malam..itulah tripnya.
Yg speceial nya utk yg bayaran RM50, you all dapat ride on this cruise + dinner + karaoke.
Seronoknya...
Kami jengah jek la dari luar tingkap.

So sape-sape yg merancang nk ke JB.
Spend a few moment here.
Di Danga Bay.
Mudah jek.
Guna la GPS anda yg canggih manggih.



Uishh..dh penat dan dh selebet.
Kenangan ini pasti aku rindu...

Yes..dan hidup ini sesungguhnya bagai pelayaran di lautan yg tak bertepi.
Penuh badai.
Penuh gelombang.
Yang kadang-kadang ganas.
Yang kadang-kadang menenangkan.
Kitalah yg harus bijak menakhodakannya....

Baru 2?

Hmm..korang jgn ler heran yek tgok mesin counter aku tuh.
Cam tak layak jek nk letak.
Nih kije si Tunang la nih.
Nk wat aku segan jek.Cheh.
Patut counter nih kene letak mase grand opening blog kan.
Tp takpela, nak melawo-lawo.
Hehehe..
Korang panggil-panggil la kawan korang mengunjungi blog ini ya..

Terima kasih atas sokongan.

Wong Solo Bermaksud Orang Solo Ke?

Okey bukan nk cerita pasal dictionary Jawa.
Tp, pengalaman makan-makan di sebuah restoran di Seksyen 9 Bdr Baru Bangi.

Minggu lepas aku g JB kan.
Sepupu bawak pi Taman U utk makan Nasi Ayam Penyet.
Masa tuh jam dh menunjukkan pukul 11.30 mlm..<-----Konon-konon accurate sangat la jam ko tuh!
Tp nk dijadikan cerita, aku tak order langsung Nasi Ayam Penyet.
Sebab ade la peristiwa sedih dan luka yang berlaku.
Aku minum dlm kemarahan. Dan sebenarnya kepenatan.
Kempunan aku sekejap malam tuh.

Maka semalam telah servis kereta di Seremban dan gi tempah doorgift di Bdr Tasik.
Aku pun nk tumpang balas dendam la...
Ondaway balik rumah, paksa Fad singgah Bangi carik gak Nasi Ayam Penyet.
Korang jangan salah paham.
Dia bukan spesis Nasi Ayam.
Tapi, Nasi Putih+ Ayam Penyet (ayam tuh dipenyetkan jek)..
Perghh...ada pakej tuh.
Pakej ekonomi.
Tp, menggiurkan giler.
Pedas membara.
Dihidangkan bersama Air Mineral sejuk.
Lauk didalamnya adalah:

~Tahu Goreng
~Tempe Goreng
~Balado Terung (terung cili api malatoppp)
~Ayam Kampung Penyet
~Nasi Putih

Superb!
Rasa nk bungkus...tp pedas.
Orang sana memang makan pedas-pedas ke?

Kpd yg berminat, bolehlah datang dengan membawa sekali plak ala Jalan-jalan Cari Makan di Wong Solo, Bandar Baru Bangi.
Anda pasti teruja!

5 out of 5!


Best woo..

Berblogwalking di BlogLarian


Korang klik la banner di atas..pun buleh gak..

Bagai satu fenomena selepas berlangsungnya Sukan SEA di Guangzhou
Blogger masih meruskan acara lebuhraya dgn menjalankan sedikit blogwalking di banner spt yg tertera di atas.
Hoho....

"Saya suka berblogwalking kerana Berjalan-saya memang suka berjalan di alam maya mahupun di alam realiti , Melihat-saya suka melihat entry dan design yang cantik dalam blog kengkawan dan Mentafsir setiap post yang menarik untuk dijadikan inspirasi."

Okey sy nk tag pencalonan baru di bawah:

Korang nk tau maklumat lanjut...Sila la klik sambungan larian lebuhraya ini di SINI

Terima kasih kpd En.Kunang Sepi yg tag saya..

Thursday, December 9, 2010

Alias Merepek

Ada sorang kawan seangkatan aku.
Sama-sama la maksudnye mengajar di sekolah yg sama.
Dia rajin gak view blog aku nih.
Kadang-kadang suka nak mengata tajuk blog aku..Berjalan Melihat Mentafsir nih..
Kang mula la dia menambah..MELOMPAT, MERANGKAK, MENDENGAR pun masuk sekali.
Pastuh aku nih pulak, suka nk menambah pe die cakap.
MENGGONGGONG.

Pastuh die tambah pulak..MENYAMPAN, MEMANDU, MENGGILING.
Tang menyampan and menggiling tuh memang aku tak boleh tahan.
Aku dok bayang orang view blog aku ketika di air dan ketika membawa steam roll.
Lawak la pulak bile jadi orang yg terlebih visualisasi nih.

Aku layan lagi.
MEMBAYAR TOL..yelah kebetulan aku tulis entry betul-betul aku sampai rumah dari KL.
Tol jek la ingat..
Ha...lagi la si YM Liyeh tuh menambah.
MEMBAYAR ZAKAT DAN MEMBAYAR BIL LETRIK.
Otak aku terus menangkap singboard dan bill board di tepi jalan dan highway.
Jelaskan CUKAI TAKSIRAN ANDA dan segala hadis berkaitan zakat yg terpampang.
Cepat sangat la neuron-neuron otak ini nak mengaitkan peristiwa itu dan ini.
Tapi nih semua..memang sebab banyak berjalan....
That's why la I choose....
BERJALAN..MELIHAT...MENTAFSIR...

Million thanks utk ND yg sudi tag blog ini.

Wednesday, December 8, 2010

Ngeri!

Malam ini..pertama kali aku tengok rancangan KES di TV3.
Ak tahu rancangan nih dh lama dh on air.
Selalu kst hostel bile KES broadcasted, ak pun alih ke channel lain atau aku keluar makan.
Sebab first-first introduction die cerita pasal Botak Chin.
Penjenayah yg paling dikehendaki di sekitar era tahun brape...tak tahu (malas nk googling)
Dengan pengalaman seciput aku timba semasa aku Darjah 5 dulu, pengalaman menyertai lawatan sempena 100 tahun Penjara Pudu, membuatkan aku ngeri nak dengar kisah-kisah begitu.

Tetibe, aku tertengok sekejap rancangan tu.
Cerita pembunuhan ngeri seorang wanita di Bemban, Melaka sekitar tahun 1997 dulu.
Dilakukukan oleh dua beranak iaitu bapa dan anak.
Dahsyat.
Motifnya xsempat nk ikuti dr awal cerita sebab tengah makan.
Tp, dapat aku simpulkan it's about dendam orang-orang yg jenis xreti nk sabar langsung.
Pemarah dan panas baran kot.
Bapak support anak memang bagus.
Tp, support buat pembunuhan pun ada.
Sampai hati dia umpil tingkap kayu umah kakak tuh.
Then masuk rumah, tengok mangsa sedang khusyuk tidur.
Maka lagihebat pemangsa melakukan tikaman bertubi-tubi depan dan belakang badan mangsa.
Aduishhh..ak yg rasa ngilu. Sebab doc sahkan punca kematian adalah kerana tikaman terkena pada paru-paru kiri tersilang ke belah kanan.
Perghhh..apa aku explain nih.

Yg jd lagi gempak KES nih, siap ada lakonan semula tu.
Lagi la cam betul-betul terjadi.
Tambah plak dengan gambar-gambra real koleksi ARKIB PDRM.
Geli-geleman aku.
Tak dapat nk aku bayangkan lagi.

Aii...manusia.
Mana datang rasa sampai hati itu?
Mana datang rasa kejam itu?
Mana datang rasa terlalu berani itu?
Mana datang rasa semangat nk menikam orang itu?
Mana datang usaha-usaha n kmenjayakan plan nk membunuh itu?

Dan..negara memang perlu ada undang-undang.
Barula kene hukuman penjara 10 tahun.
Alhamdulillah...insaf juga akhirnya pemangsa.

Tp herankan??
Adakah orang memang membunuh sebab dah terlalu geram atau marah?
Atau kita didatangi oleh satu aura luar biasa hantaran iblis syaitan???

Next episode mungkin boleh keep continue watching la..




Baru Add!

Live Traffic Feed tuh saje jek aku letakkan.
Baru tak sampai 1 minit yg lalu via blurzablanket.blogspot.com
Hehehe..
Mengade-ngade.
Aku tengok blog orang lain ade macam syok jek.

Boleh la aku jadi penyampai trafik di Era.
Hmmm..
Saje nk penuhkan element-element dlm page ini.
Pagi ini rajin la plak aku merapu ikan kerapu ntah ape-ape.
Tunggu Subuh la terus.
Gilo!
Mau nye abnormal disorder dh aku nih.
Hentikan segera!
Pergi tidur sekarang.
Atau mata anda akan terjojol spt mata ikan Uji Rashid.

New Picca From Nun di Jay Bee

Jap ye..try tukar format gmbo kpd GIF dulu..
Owh..same aje nampaknye..Hmm...ada yg boleh aku large kan...
Takpela..keep on writing babeh.
Ini ketika menghadirkan diri ke wedding sepupu dua kali ganda di JB.
Banyak halangan kisah Si Sepupu bernama Ijah nih.
Akhirnya ke jinjang pelamin juga anda.
Tahniah!

Bertolak dr kampung di Labis.
Pagi-pagi...
Yela nk g JB. Smpi the end of Lebuhraya Utara Selatan tuh perjalanannya.
Sampai ke kenduri hujan yg tidak berhenti-henti.
Tapi takpe, korang layan kan aje pic nih yek.


Ada nexy entry tentang perjalanan di dalam sebuah kapal..Nantikan..Huhu.Perghhh macam nk terbitkan 2 Alam lak die nye promo!


Giler Kenyang..Bukan Kentang!

Bulan Disember nih sangat buat aku teruja nk makan banyak.
Tambah pulak dgn banyaknya kenduri dan jemputan perkahwinan.
Kalau boleh semua aku nk attend.
Nk rase masakan yg at the end of the event aku boleh buat satu sesi kritikan membina tentang hidangan yg disajikan.
Memang terasa sungguh nak makan.
Bayangkan jek la dlm aku tengah menghirup Sup Daging yang very superb kaw + nasi putih separuh aku boleh plan lagik nk order Roti Arab di tengah malam.

Tapi kat wall FB ak ada cakap nk kecik kn saiz badan kan????
Adakah ia hanya tinggal perancangan???
Sepatutnya utk mase 68 hari yg tinggal aku harus berhati-hati tentang waktu makan aku.
Uish..sape la yg nk nmpk seksi montel ketika mengenakan wedding attire ye tak???
Tp nk nmpk seksi krn comel itu ada la...

Aku jadi bertambah risau apabila aku order Kerang Berlada, Air Epal dan ternampak satu menu pelik di restoran feberet aku iaitu Nasi Goreng Jepun.
Sekali datang..Masya Allah macam aku nih dah jadi spesis orang Arab dah makan sebegini rupa.
Takut.
Tak dapat snap angle yg baik. Juz wanna show that they serve me with the biggest plate I ever saw! Compared to the next chicken chop plate.

Hijrah Itu Pengorbanan..

Actually rite now is 12.06 am already.
Maal Hijrah berakhir sudah sehari.
Namun ia tetap jadi Semalam Yang Hangat.

Seluruh rakyat biasanya beria-ia juga meraikan Tahun Baru Masehi.
Jadi sebagai salah seorang umat Islam, harus juga rasa bangga dgn tarikh keramat 1 Muharam.
Peristiwa perpindahan Muhammad S.A.W dan umat Islam.
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Maka berkumandangla juga lagu Tola'al Badru Alaina...

Seharusnya, diri ini perlu memasang azam sebagaimana yg kita sasarkan utk setiap 1 Januari.
Apa azam korang semua ya???
Mungkin ada yg dah tercapai dan mungkin yg sedang ongoing.

Aku????
Meningkatkan kemajuan diri itu pastinya.
Dan aku juga berangan-angan nk jadi org yg senang dlm segala hal.
Lapang dada.
Tenang hati.
Cemerlang fikiran.
Kekalkan kebijaksanaan. (Biar aku sorang jek rasa diri ini bijak)

Harap-harap masih belum terlambat mengucapkan dan mendoakan penghijrahan diri ini dan rakan-rakan sekalian.
Semoga tahun baru ini memberi seribu pengertian buat kita semua makhluk Tuhan.
Semoga tahun ini juga memberi kita ruang yg sempurna utk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan sebagai insan.
Salam Maal Hijrah buat semua...
Oops..sebelum terlupa...pagi tadi bangun-bangun terus ada siaran langsung Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.
Tahniah utk Gabenor Negara kita...atas kecemerlangan usaha beliau sehingga dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah.
Dan rasa sangat tersentuh kepada adik Qaiyyim peserta rancangan realiti Adik-Adikku di TV1 ketika mempersembahkan nyanyian Taubat dari lagu Wali Band..
Tahniah Adik Qaiyim walaupun ada kekurangan fizikal..tapi kamu memang hebat di mata kakak...

This is Adik Qaiyim Nizar

Tuesday, December 7, 2010

Malas Iron Baju!

Pelik dan panas juga hati ini.
Sebab ada rakan seperjawatan yg macam bengap giler mengenai etika keguruan.
Wah..
Semangat betul yek aku memperjuangkan nilai dan etika profesion ini.
Poyo when sometimes is I'm being not perfect!

Hari ini, kakak angkat karib tell me something.
Dia jadi Ketua Pengawas SPM di sebuah pusat peperiksaan sekolah agak terkenal dalam daerah ini.
Beliau menceritakan rasa marahnya terhadap seorang Pengawas Exam yg dibawah seliaannya.
Ada ke patut cikgu pompuan nih gi jaga exam dengan memakai seluar jeans dan blouse???
Siap persoalkan lagik tuh, NIH BUKAN PAKAIAN FORMAL KE...bila ditegur oleh Ketua Pengawas.
Aiyaiiiii..
Camner nih cikgu..
Tak tau etika berpakaian ke?
Bukak balik Buku Rekod Mengajar la kn dh de pekeliling tentang pakaian di dalamnya.
Yg lagi aku pun rase cam kenapa ada gak yg sengal nih masuk dalam bidang perguruan coz mengajar di sekolah ternama, terkenal dan terbaik...
Adakah sekolah anda terlalu bebas membenarkan anda ke sekolah sebegitu rupa???

Tahukah anda bahawa pemakaian jubah ke sekolah juga adalah tidak dibenarkan?
Actually, aku pun baru tahu coz mase dulu g inteview tetap, penemuduga tuh tegur one of the candidate sebab dia datang pakai jubah.
Uish...jubah pun tak boleh..sopan tuh apatah lagik jeans ye tak???

Nasib baik K.Pengawas halau balik suruh tukar baju.
Buat malu jek jadik cikgu.
Calon SPM tak pakai formal pun tak leh masuk dewan....
Tak kan cikgu pun nk kene halau jugak kot!
Nanti jadilah seperti kata pepatah..GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI..Iyekkkk!!!
Sepatutnya anda harus berpakaian biasanya begini:
Dan bagi lelaki pula biasanya begini ya:

Mudah jek kan kaedah berpakaiannya...bukan la nk memberatkan orang.
Alasan dia bertambah la tak logik sehingga membuatkan orang jadi marah dua kali adalah.............
MALAS IRON BAJU!
Mesti tak ikhlas jd Pengawas tuh.
Sehari RM275 x Sidang x Mileage..pun tak suke ke?
Aku nih nasib jek jadi S/U Peperiksaan SPM.Tak dapat aku ke mana-mana.
Kena resign dulu baru boleh la menimba pengalaman Pengawas walaupun aku dengar bosan.
Tapi, at least semua pengalaman dlm bidang perguruan nih, kutipla sebanyak mungkin kan....