Monday, September 27, 2010

Hari Ini ISNIN

Hari ini agak bersemanagat ke sekolah.
Mungkin sebab dh prepare dr malam tadi and ready to get up dan hanya perlu bersiap-siap.
Bangun pagi agak lewat hari ini.
Memang plan sebab konon-konon nak bagi punch card merah.
Tapi tak berjaya.
Still sampai before 7.30 pagi.
Bagus!
Dan....dikejutkan dengan berita takut tapi mengagumkan.
Kak So cerita abang dia eksiden di Maran.
Masuk bawah perut treler.
Wow, ngerinya.
Tapi, abang dia hanya cedera di jari terkena serpihan kaca.

Kuasa Tuhan.
Abang Kak So cuba untuk memotong dua buah treler.
Di antara dua treler itu ada di tengah-tengahnya sebuah Wira.
Tak nampak agaknya Si Honda itu sedang memecut laju berusaha untuk memotong, kau pula tidak melihat cermin sisi dan slumber keluar.
Abang Kak So mengelak Wira itu dan kereta dia berpusing-pusing, termasuk bawah treler.
Ajaibnya..kereta dia melantun balik ke belakang.

Astaghfirullah...
Besarnya kuasa Tuhan.
Kematian yang hanya sesaat.

Bila diselidik...
Berkat mengalunkan sedikit cebisan ayat di dalam Zikir Munajat di sepanjang perjalanan.

"Hasbi Rabbi Jallallah, Ma fi Qalbi..Ghairullah..Nur Muhammad Sollallah..La.Ilaha Illa Allah..."

Pastinya peristiwa ini akan menjadi satu memori hitam dalam hidup abang Kak So.
Dan aku akan jadikan iktibar apa yg berlaku setiap kali memulakan perjalanan...Untuk Fadhlullah juga...bare in mind....

No comments: