22 Ramadhan already!
Tapi tidak tahu status aku sekarang adalah berpuasa atau tidak sebab pagi tadi dah dapat sign ABC.
Dapat berita bahawa akan bercuti secara illegal selama lagi seminggu iaitu akan tamat pada 19hb.Sept.2010.
Jadi ramai kawan-kawan yang akan pulang ke kempung sejauh-jauhnya.
Maka, akan datangkah kawan-kawan yang berhampiran?
Harap-harap merka akan datang pada Sabtu 18hb.Sept.2010.
Hari ini juga telah ditakdirkan untuk terserempak dengan sedikit komunikasi ringkas dan orang lain takkan faham. Seseorang yg aku marah tapi jauh di sudut hati aku ini adalah sudah lama memafkan beliau.
Sesungguhnya aku sekarang tengah merindui saat bergurau-gurau dan bercanda-canda dengan insan itu.
Lagi-lagi cuti dah semakin menghampiri dah raya pun dah dekat.
Teringat pada satu kata-kata istimewa, kawan yang baik adalah apabila anda dan rakan anda sedang duduk menghayun buaian, keduanya tidak berkomunikasi kerana sesungguhnya mereka sedang mendalami perasaan masing-masing ketika senyap dan itu adalah momen yag paling terindah dalam persahabatan.
Mungkin itu juga yang berlaku sebentar tadi..
Konflik mengeratkan kesetiaan.<------This is the true facts based on the Sociology Knowledge I learnt during my univdays.
Semalam merupakan Hari Kemerdekaan negara yang ke 53. Jadi, masih belum terlambat agaknya untuk mengucapkan Salam Merdeka, 1 Malaysia Menjana Transformasi. Semoga semangat patriotisme ini masih tersemat di dalam hati dan mengukuhkan jatidiri.
Tak sabar nak cuti bermula Sabtu ini.
Kemas..kemas..dan kemas rumah.Yahoo...
No comments:
Post a Comment