Aisyhh...
Almost 2 jam dh aku jage exam nih.
Kebas sudah bahagian-bahagian tertentu.
Sekarang tengah paper Pendidikan Syariah Islamiyah ambil mata aku liar memerhati bebudak aku yang cuba melakukan aktiviti fraud di dalam dewan pekse.
Jari-jari aku nih dah hafal dah huruf-huruf di atas keyboard.
Jadi, mata sahaja sudah mencukupi untuk menjadi seperti mata campuran ayam+anjing.
Isu..isu dan isu lagi.
Pagi-pagi lagi sudah dimaklumkan oleh GPK 1 tentang hati-hati yang tidak bersih ada di dalam organisasi.
Pesannya kepada aku....SABAR sebab semua orang tahu sikapnya begitu dan semalam PK 1 dah confirm mengenai perangai orang yang membawa cerita-cerita tidak enak.
Aku buat bodoh je la coz BERANI KRN BENAR!
Aku tak terkesan sikit pun dengan apa-apa hot story yang bercirikan kedengkian dan sakit hati.
Seolah-olah orang yang sedang mengadu dan bercerita itu cuba untuk meraih simpati dan undian percuma dari pengundi-pengundi bahawa dia adalah yang paling perfect di sekolah ini.
Sorry!Anda sila buat kerja anda dan jangan menyibuk hal orang lain sebab aku dan kami tak pernah nak mengadu-ngadu apa yang buruk kau pernah buat kat sekolah ini.
Jadi aku takde perasaan pun bila dengar.Cuma bila dah tertulis dan dah terkarang ini, semua ayat aku dah keluarkan.
Sian kat sorang member..dia memnag jenis lembut hati and mudah nak menangis..
Esok hari last persekolahan sempena hari raya....Aku nak mintak maaf pada semua orang andai ada yang terkecil hati, tersinggung rasa, terpanas telinga selama kenal aku selama almost one year di sekolah ini.....
Rindu!!!!!Petang ini akan pergi tukar duit raya....
No comments:
Post a Comment