Macammana ak boleh mengarang se'okey' ini untuk satu kisah pembangunan jiwa.
Adakah aku sekarang dah mula nk mengkaji tingkah laku manusia??
Oh tidak! Sesungguhnya subjek BBE1012 Psikologi Pendidikan memang subjek yang rasa menyampah sungguh (walaupun aku skor A...hehe), tetapi bagaimana aku boleh memikirkan untuk sebelum tidur membayangkan situasi yang sedang berlaku dalam persekitaran.
Kita perlu rasa kita adalah hebat. So, keep on thinking of motivational idea to express in this small space. Ada orang di dalam rumah ak, telah menggunakan Softlan aku tanpa kebenaran. Bagaimana aku tahu???Kerana aku baru sahaja menggunakannya sebanyak sekali yakni ia masih full litre sebab baru beli beb..tapi, bila nk guna kali kedua, ia adalah sudah tinggal kurang daripada separuh. Adakah ada syaitan tandas yang suka minum Softlan. C'mmon, itu adalah pewangi fabrik sahaja. Dan, lagi aku tahu dan yakin orang 'itu' yang guna adalah....ketika dia sedang menyidai kain, sungguh wangi bau-bau kain sidaiannya dari luar.
Okey, bukan nak kedekut. Kongsilah apa yang ada 'seadanya'. Fair kah untuk aku yang baru menggunakannya sekali tapi dah nak abeh? Kita belajar adab dan sopan...belajar untuk minta izin. Adakah aku sangat jahat sehingga akan berkata "JANGAN GUNA SOFTLAN ITU ATAU ANDA AKAN DITEMBAK DENGAN KEJAM OLEH SAYA"!
Begitu juga dengan tisu yang aku selalu letak di meja aku di bilik guru. Sehinnga ke helaian terakhir tiada jejak, tengok-tengok dah tinggal kotak. Bak kata Kak Sos, 'DIBELI UNTUK KAWAN-KAWAN'.
Bukan juga kedekut, tapi aku nih punye la gunakan untuk selsema (sebab aku selalu dapat flu ni), ak sanggup lap tangan basah lepas makan or pegi toilet dengan alas kusyen kat Bilik SUP. Fikir-fikirkan atau aku akan keluarkan jadual membeli tisu di bilik guru secara giliran?
Positif wahai Izzati....Siapa tahu, kau juga akan berbuat begitu kemudian hari bila kau Izzati dah jadi semakin kedekut nanti?
p/s Ini hanya cerita di sebalik cerita. Tahniah Izzati.
Name tag aku hari ini telah mengganas kerana telah mencederakan dengan dahsyat jari
Kak Su(K). Jangan buat orang lagi! Seperti juga cerita name tag ini, segala kesedihan dan kekecewaan telah dipindahkan melalui pencederaan. Maaf ya!
2 comments:
pedih hingga ke ulu ati tau..uwaaaaaaa
luka seribu rindu
Post a Comment