Wednesday, July 28, 2010

Berbuka di Pahang, Solat di N.Sembilan

Selamat Hari Rabu buat semua.

Hari ini agak membencikan dan meluatkan.

Tapi, nk recall balik apa yg telah saya lakukan petang semalam.

Pertama, bersama dengan Liyeh, ke Kg.Lakai.

Hantar tong gas yang Kelab Sains dan Math pinjam hari itu sempena Hari Terbuka Sekolah. Memang lambat sungguh hendak memulangkannya.

Kemudian, hantar sekali lagi. Kerana, tertinggal kuali. Niat di hati hendak masak sahaja. Tapi, tgok waktu di tangan, sudah menghampiri 6.40.

Maka, telah mengajak Liyeh (yang ada sahaja pada ketika itu untuk dihubungi) berjalan-jalan mengisi masa. Kami telah pergi ke negeri lain yang jaraknya hanyalah sekitar 7km saja dari gate sekolah.

So, gambar ini tidak tipu. Memang berbuka di Bentong (as Simpang Pelangai declared in Bentong district).

Masjid Sultan Ahmad Shah

Nih sekolah di pekan tersebut...Macam biasa tengok pula motto sekolah itu.. Sama macam kat SMASZA la..

Dan.....menunaikan Solat Maghrib di rumah, Simpang Durian. Ngetop! Semalam Nisfu Syaaban. Nisfu adalah separuh=15 Syaaban.

No comments: