Hari ini, pagi-pagi sudah melembutkan jari-jemari mengarang blog untuk tatapan umum.
Sekejap lagi, ada photoshoot lagi. Untuk Persatuan & Kelab.
Berseorangan dari dewan sekolah. Seronok juga sebab everything seems very wide for me.
Termasuklah wide view to be positive person.
Kenapa ada orang suka mengambil kesempatan atas kesetiaan dan ketaatannya seseorang terhadap individu yang lain?
Jawapannya aku dah jumpa sebelum tidur malam tadi.
Kerana waktu gembira, seseorang itu mencari orang lain, waktu duka...anda
(jika pernah mengalamai situasi ini) dan kita yang dicari. Sudah pastinya, untuk waktu yang sesukar mungkin, kita tidak pernah mengecewakan mereka atas sebab mereka adalah rakan yang perlukan bantuan dan siapa tahu suatu hari nanti kita memerlukan khidmat mereka.
Hidup ini memang begini.
Terima atau tidak...pastinya perlukan keredhaan.
Kerana ia umpama roda.
Adakala di atas, sepertinya kita seorang diva.
Adakala pula berada di bawah. Sepertinya dunia ini bagai terhenti.
Biarkanlah mereka dengan dunia dan permainan mereka sendiri.
Anda harus berfikiran positif tetapi harus mengelakkan diri dari terjerumus kepada perkara-perkara yang membawa kenegatifan. Berada disekeliling orang yang positif juga boleh menjadikan anda insan yang selalu positif dalam semua aspek even menerima seorang sahabat yang selalu tak mandi pagi!
Sekarang ini, fikir bahawa....ke mana-mana sahaja harus bawa haluan sendiri dan yang paling penting perlu buat keputusan sendiri. What you want is what you should get. Even untuk makan dan seumpamanya. Kerana percayalah juga, orang disekeliling anda kebanyakkannya mementingkan diri sendiri dan anda harus positif bahawa menjaga kepentingan sendiri itu adalah langkah selamat daripada ditindas dan diambil kesempatan!
Jika anda tidak mahu, katakan tidak mahu.
Jangan buat sesuatu kerana keterpaksaan.
Dan bila anda tersepit, belajarlah melepaskan ketersepitan itu tanpa melibatkan orang lain yang kita sudah tahu dan jangka dia sedikit pun tidak memberikan bantuan. Sebab ia menambahkan kekusutan. Secara automatik, minda dan hati anda perlu diterapikan untuk tidak berduka lara. Tetapi, fikir-fikir semula, andai jadi pendengar yang setia juga adalah sebenarnya tidak bermakna.
Hati..anda perlu belajar menjadi labih kuat dan tidak mudah rapuh.
Berpegang pada prinsip.
Berpegang pada ketekalan.
Bukan perkara mudah untuk memuaskan hati semua orang.
Hanya Tuhan yang dapat membaiki segala kerapuhan hati ini.
Hati manusia terlalu besar untuk diisi dengan segala kemewahan dan kebahagiaan.
Ingatlah bahawa, dengan hanya mengingati Allah, hati kita akan menjadi lebih tenang.
Jika kau penat wahai Izzati, katakan ya kepada untuk berehat.
Bukan memenuhi segala kemahuan dan keserenokan.
Dan kau, tidak perlu nak jaga hati semua orang, kerana....fikirlah semua....dalam seribu orang. seorang pun belum pasti memikirkan tentang kau.(kecuali family, INSYA ALLAH)
No comments:
Post a Comment