Monday, December 21, 2009

Bengkel Sasaran Kerja Tahunan

Salam

Entri ini ditulis sehari selepas menamatkan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Alumni di Empress Hotel Sepang.Bengkel selama 3 hari 2 malam memang pada ak agak seronok apabila ak dapat berkomunikasi dan memberi idea kepada alumni universiti yang jauh beza usia jika nak dibandingkan dengan diri ini yang barulah tak sampai setahun meninggalkan zaman pengajian di universiti. Amanat sebagai Pen.Setiuasaha Persatuan Alumni UTHM sememangnya satu tanggungjawab baru yang mungkin menjadikan aku lebih matang kerana Majlis Tertinggi yg lain adalah sebenarnya keluaran PLSP dan ITTHO sndri.Lebih berpengelaman dan mungkin lebih bersemangat dalam menanamkan sifat 'self-belonging' kpd universiti.

Ak tak berapa sihat sepanjang berada di Sepang.Jadi meeting yg abeh agak lewat mlm membuatkan kepala ak slalu berdenyut2 sakit. Cuma gelak tawa dn lawak2 dewasa Alumni yang lain membuatkan sakitku seakan hilang. Selepas ini, ak jd bersedia nk attend kursus dan meeting seumpama ini.Saat ingin pergi kuhitung2 seolah hendak menolak jemputan di saat akhir.Tp, bila ak fikir kan atas dasar komitmen, ak gagahkan diri ini walau sebnrnya jiwa meronta-ronta hendak mengikut Fadu ke JB.Mungkin aktiviti yang lebih menyeronokan.Alhamdulillah, semua makanan di Empress membuatkan ak lupe seketika kemerontaan jiwa ak yg ingin ke JB tadi.Memang tak dinafikan, kalau la duduk 5 hari kat hotel tuh, confirm ak abalik dengan nilai berat badan yg baru.

Bengkel seumpama ini membuatkan ak lebih komited dalam menjalankan tugas di luar mahupun di dalam perkhidmatan sebagai guru.Kerana inilah masanya ak berkongsi idea bersama Alumni2 yg kini kebanyakkan bergelar pensyarah-penyarah di Politeknik.Kami banyak membuat perbezaan budaya P&P di sekolah dan di Politeknik.Dan, ramai antara mereka kata aku sangat beruntung menjadi guru dan berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran sebab ada time-based.Mungkinla kot sgt beruntung...Tunggu dan lihat...Maka, hatu ak dengan yakin, ak bangga untuk menjadi seorang guru biarpun dengan Kelas Pertama ak ramai yang mempersoalkan ak kenapa tidak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.Inilah jalan hidup pilihan ak...Semoga, ak memilih profesion perguruan membawa ak ke pendakian yan lebih cemerlang, lebih gemilang walaupun tanpa sampai ke peringkat pengajian tertinggi.Ak rasa kalau aku berkemampuan, ilmu pasti yang pertama. Namun, buat masa ini, ak mahu berehat seketika dari menjengah diari seorang pelajar....

Bulan Februari depan, Insya Allah semua Exco Alumni akan bertemu untuk mesyuarat kembali tentang bagaimana hendak memantapkan organisasi.Jumpa di Cameron Highlands!

Tuesday, December 15, 2009

Tiada Apa Yang Mampu KuFikir Melainkan Kerunsingan..

Salam..
Walaupun sepatutnya ak sedang bergembira dengan rezeki2 Allah tika ini, tetapi masih ada sekelumit kerunsingan di dalam hati.Kerja sebenarnya banyak menanti, tapi tak terbuat kerana separuh jiwaku pergi...

Alhamdulillah, sebahagian anugerah telah ku pertaruhkan di dalam simpanan-simpanan berbentuk dana amanah.So, juz keep it and ignore till it well growth.Insya allah..

Setiap hari, GPK ak telefon risau ak mampu atau tidak melakukan tugasan yang diberi.Ak mampu, cuma ak agak malas.Masih mencari-cari lagi sudut paling kondusif untuk ak memulakan kerja pengurusan dan pentadbiran sekolah ak.Bagi aku, mood cuti sekolah adalah dengan mengisi masa untuk bercuti.Sampaikan janji utk menemani Kak Suraya juga rasanya terbatal hasrat.Dari satu agenda ke satu agenda.Impian BBQ di asrama tinggal kenangan memilukan....

Mungkin ak boleh tunggu Yan tamat berKDC..Maka, ak akan agak enjoy untuk tinggal di asrama.Insya allah...

Tapi, ak memang tgh dalam kerunsingan kerana langsung tidak memulakan sebarang tindakan...Dan tika ini juga....ak dalam mood TIDAK MAHU MENYENTUH SEBARANG BEBANAN KERJA GURU....Aku pasti dan yakin semangat ak akan kembali lagi 2-3 hari lagi.Honestly, ak juga risau dengan masa depan ak nant dan aku sedang risau dengan....HALA TUJU insan yg aku sayang...

Wednesday, December 9, 2009

Kejayaan yang Berbaloi-baloi...!!

Salam..

Agak dh lame jugak tak post any new entry here.Rite now typing wif my HAK KERAJAAN MALAYSIA PPSMI laptop.Walaupun hakikatnya, semua harta perlu diserahkan pada sesi akhir persekolahan, tapi..ak spesel sikit.~~Ngeeee~~

Dalam nak mengisi kebosanan di bulan Disember nih, banyak masa ak dihabiskan dgn tgok citer Korea siri koleksi aku.Tido lewat malam tuh perkara biasa.Sebab keep continue watching this muvie.Nice muvie la katekan.Orang len maybe dah puluh kali khatam tgok citer nih.Tapi, ak jek yg baru jatuh cinta..Sweet 18.

Masuk jek bulan Disember, ak pun sibuk memikirkan macam2 perkara especially soal kewangan.Dari pikir pasal gaji ak, gaji guru ganti dulu n yang paling yg penting adalah....tggu insentif Anugerah Kecemerlangan ak.Sbb orang telah memberi harapan kpd ak tentang perkara ni.Jadi, dats y ak pun ternanti-nanti..Tol x???

Mengharungi awal Disember dengan penuh debaran dan ak telah hilangkan sedikit demi sedikit dengan percutian pendek ak dgn Kak Tikah ke Kuantan.Ak juz temankan die nk jumpe BF die kat Pekan.So, all da blanje adalah sumber dr Kak Tikah.TQVM Kak Tikah termasuklah penginapan kami.So aku agak release dari memikirkan perkara2 yang kurang pasti.Kuantan...hujan memanjang.Tapi bukan penghalang ak bersuka ria.Sempatlah jugak bercanda ria dengan Kak Tikah di atas batuan pantai Teluk Cempedak.Haha..

Stay there utk 2 hari 1 malam jek.Tapi memang enjoy sangat.Balik jek umah, busy kat umah kenduri kawen Kak Ekin.3 hari berturut-turut yang sibuk.Walaupun ak bukan pengantinnya, tapi ak turut berasa penatnya.Dari bawak pengantin nikah sampailah meraikan pengantin di hari persandingan.

Dalam kesibukan, terima satu panggilan yang membawa berita gembira kpd ak.Panggilan dari YNS..Yahoo...yang ak nntkan selama ini.Alhamdulillah...akhirnye ak ke majlis penyampaian anugerah jua.Majlis yang diadakan di Alson Klana, Seremban pada 7 Disember 2009 pastinya seribu kenangan bermakna buat ak atas usaha melakar kejayaan selama 4 tahun di universiti.

Aku datang dengan penuh kegembiraan pagi Isnin tuh..dalam gambaran ak..apa ak nk buat dgn 10K tuh..wow!!10K...banyak...tapi, bila MB bg jek ucapan, terus ak luluh hilang segala angan-angan.Kelakar giler.Tak bersemangat betol ak nk g amek replika cek kat atas tuh.Sebab MB announce...Maafkan saya..tahun nih sy terpaksa bg sorg rm5K jek...sbb kemerosotan ekonomi dunia dan banyak projek pembangunan nak dijalankan di N9 nih dan yang terbaru dana sebanyak 34 juta telah dikeluarkan untuk pembiayaan Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu orang2 kurang berkemampuan.Hmmm...yelah..ak paham..Ak cube coolkan diri ak sendiri.Bila ak tgok, bukan ak sorang jek yang tak bertuah...seramai 96 penerima anugerah pun terkejut dengan amaun baru ni.

Ak nek pentas dengan lemah longlai.Bila nak salam MB jek, terus Pengarah YNS yang dok sebelah MB cakap ak adalah peminjam YNS untuk pengajian di universiti...tibe2 MB wat gempak lagi,..ok kalau peminjam..saya terus convert jd biasiswa...Wow!!!Lg terkejut ak n sebenarnye suke..ak tanya balik, betul ke ni Dato' ?Saya tak payah bayar setiap bulan nih?Selamat RM150 setiap bulan ak.Heeee...Kalau ikutkan dah start kene byr Disember nih..Inilah rezeki dr Allah..Walaupun sbnrnye ak xdapat 10K..tapi yang tersirat adalah ak telah dihadikah sebanyak RM15K oleh kerajaan N9.Luv you YNS dan MB!!!So I serve u all diz blurry pic...to tell u how's my feeling are..TQ Allah..TQ Allah..


On stage wif MR MB n YB ShamsolKahar...n my beloved parents!

Pic bawah: Gambar dgn MB next to next! N kengakawan yg cemerlang..Thniah utk korang!

Bergambar bersama dengan ahli satu table Hi-Tea ak..

Nanti aku upload lagi gambar yg ak berjaya snap ek..internet connection is veru slow today..See ya!

Friday, November 27, 2009

Aidiladha Eve

Hari ini, Alhamdulillah puasa ganti ak untuk hari yang ketiga.Terlaksana jua.Harap amalan diterima.Seawal jam 10 pagi dah siap2 nak bli barang untuk persiapan raya.List yang mak bg malam td, dah tersedia di atas meja sebelum mak pegi kije dgn note RM50, 3 keping.Termasuk duit lemang yg ak n Kak Lily plan nk g tgok org bakar n of course kitorang dh tempah dah.

Pukul 8.30 dikejutkan dengan salam seseorang. Cokgu Rodiah rupenye datang nk bg duit kat mak.Ak terima dalam keadaan mamai.Hmmm..mcm nk smbung tido lg la....Maka, tersambung la untuk barang setengah jam. Then, bangun terus siap2 nk pegi Econsave Bahau.

Sampai Econsave, Masya-Allah, ramai giler manusia mengerumuni tempat barang basah.Macam ni lah keadaan buat persediaan di akhir waktu.Termasukla keluarga ak.Tp, pe yg nk dibeli, dpt disettlekan smoothly.Cume keadaan jek la kot yg agak merimaskan.

Semua barang pun dh selamat dibeli.Then, heading ke lokasi membakar lemang.Di Bukit Laka.Kebetulan family ni, ayah angkat Kak Lili.So, de chance nk tgok cara org wat lemang kaedah yg paling menyedapkan.Nyum2..nyum..Tp malangnye, bile sampai jek tgh tggu lemang nk masak jek..Laaaa..Hampeh sungguh.Kul bape la dorg nih start memproses nih.Diorang plak bz wat preparation nk mkn tengah hari.Lauk mmg yg enak2 bangat.Lauk kampung.Tapi kesian, xleh nk makan sebab we both puase la..

Dalam area pukul 3, lemang yg ditunggu siap dimasak, n we packed all of our thing termasuk la bekal cendawan kukur yang mak angkat K.Lili bg.Suruh makan waktu berbuke.(
Untungnye...de org care ek... )

Sampai umah, kepala ak mule pening sebab panas.So take a rest,dlm pukul 5.30 ak bangun n perform Asar.Masih tak berdaya lagi nk ke dapur siapkan bahan2 apatah lg nk siapkan untuk berbuka ak...Malas, dicampur dengan mind setting AK SEDANG BERPUASA, JD XDE ENERGY..Wah..konon!So, plan break fast kt luar jek la.N memang sgt teringin jus la...

Ak n K.Lili buke pose kt kedai baru kt dlm Serting nih, AB Z TomYam.Not bad la..boleh cube lg next time.Then, singgah solat Maghrib kat umah K.Lily.Selesai Solat Maghrib dan Isyak...kitorang bergegas balik umah sbb mak call...bile nk start wat rendang...Tp alih2, smpi umah, rendang dah separuh jalan masak.Nih rendang masakan style nogoghi.My favourite.Tak pake kerisik.Best..nk cube leh dtg umah ak sok raye..Yuhuuuuu!!

Bertungkus lumus ak n K.Lili kat dapur.Dari rendang sampaila, nasi impit sampaila ke Sambal Kacang.Kak Long ak xdapat nk tolong bnyk sbb die cirit-birit smpi kene masuk air kt hospital tadi.Siannnn....

It's ok..sbb, now dh expert masak sambal kacang.Syioknye jd org yg pandai nih kan.Boleh poyo2.Hmmmm...

So, sambil mencoretkan sesuatu diruangan maya...Ak memang menanntikan Aidil Adha sok...Nk tgok upacara korban lembu yang saban tahun memang KRT Taman Serting Indah nih akan laksanakan...Kepada, semua rakan-rakan yg mengenali diri ini, SALAM AIDIL ADHA, MAAFKAN KETERLANJURAN DIRI HAMBA YG HINA..SEMOGA UKHWAH KITA TERJALIN MESRA DI HARI YG MULIA.Utk seluruh umat Islam di seluruh dunia...Selamat Hari Raya Korban...Sama2 lah menginsafi diri dgn mengenang kisah2 para anbiya antaranya Kisah Nabi Ismail dan ayahandanya Nabi Ibrahim.Dan tidak dilupa, peristiwa Wukuf yg amat bermakna di bulan Zulhijjah...

Wednesday, November 25, 2009

Pengembaraan Bermula: Cuti Sekolah dan Musim Perkahwinan

Cuti sekolah dah bermula. Ramai ibu bapa pasti dah mula merancang aktiviti anak-anak mereka.Ayat sebegini rupa sering dicoretkan bagi memulakan bait-bait perenggan yang akan menceritakan tentang perjalanan suasana cuti sekolah buat yang tidak sabar menantikannya. Namun, pada penilaian ak untuk cuti sekolah versi tahun ini, banyak rancangan yang harus dilupakan memandangkan cuaca di dalam negara yang tidak menentu.Kalau menjelajah ke Utara Semenanjung pun seperti tidak bererti, ke Pantai Timur..Ops Payung la jawabnya. Yang sedang menduduki SPM sendiri pun terpaksa mengaharung pahit getir meredah banjir dan kebasahan.Kesian....

Teringat sewaktu zaman pengajian di KUITTHO yang suatu ketika dulu, pernah menjadi sejarah, Johor merupakan negeri yang agak teruk dilanda banjir. Sehinggakan universiti sendiri terpaksa mengisytiharkan cuti darurat kerana memang tidak boleh diadakan kelas akibat air yang naik mendadak.Ak sendiri berpengalaman manis mengharung banjir bersama rakan-rakan seperjuangan, naik trak SMART dan TDM.Berbaju kurung ke kuliah (biasala cikgu-cikgi) namun, alas kakinya hanyalah selipar yang tahan tak kembang kerana air.Of course la mesti tak ayu. Jalan-jalan disekeliling kampus pun dah tak nampak kerana air sehinggakan Pengawal Keselamatan bukan lah menjaga keselamatan, sebaliknya menjadi GPS nak bagitahu, ini jalan atau longkang.Selamat atau tidak untuk melangkah dan yang seangkatan dengannya.Tapi ini kategori keselamatan la jugakan...

Ak yang tinggal d N9 pun merasa sejuk yang amat tak kira waktu pagi, petang atau malam seperti berada di Cameron Highland (kadang-kadang tak mandi petang la jugak) kerana suhu luar yang agak nyaman dan kadang-kadang kedinginan.Nak ganti puasa time nih pun agak best kerana tak berasa haus, dan waktu berbuka pun agak cepat berbanding di bulan Ramadhan yang sebenar.

Cuti sekolah jugak ramai yang melansungkan perkahwinan.Of course..untuk jemputan ak saja, sampai dh xtau nk pegi yang mana.Mungkin bukan sekadar sukar membuat pilihan, tapi kekangan kewangan juga menghalang ak untuk memenuhi undangan kawan-kawan. Yang rimasnya, terpaksa meredah lumpur dan lecah untuk memeriahkan majlis. Makan pun terpaksa menyinsing kain.Kasut...mesti la terpalit barang segaris lumpur.Tapi xpe, as long as kawan-kawan gembira kita meraikannya, itu dah cukup memadai.Sayang juga, ak agak kecewa kerana satu peristiwa, ak x dapat menghadirkan diri di Majlis Perkahwinan Kak Zila, one of a teacher n SMA DATA. Majlis di adakan di Raub.Bengang sungguh ak dengan F_ _ _ _ _ _ _ _ _.Rasa sangat nak menangis.Sehingga macam-macam mesej sumpah seranah ak hantar kat dia. Emosi la katakan.Kerana keinginan ak pada ketika itu dipengaruhi oleh emosi excited nak datang ke Raub, dan bila xjd, of course la kehampaan terbawa-bawa di dalam hati. Mule2 plan, nak pegi Triang dulu kenduri rumah sahabat kepada F.Then, if secepat mungkin kita sampai, we both plan nak trus heading ke Raub, kenduri lagi satu. Tapi, kalau dh geraknya kul 2 dr Bandar Seri Jempol, agak-agak korang la kan....Boleh tak sampai Raub tuh dapat tgok pengantin dgn costumenya????Bolehla kita fikir kan sama-sama ek..Kes akan menjadi terpencil seandainya ak ada memiliki sebuah helikopter.=)

Anyway, walaupun marah dengan F, tapi ak telah diredakan dgn ketabahan hatinya melayan karenah ak yang agak xbrape nak betul hari tuh.TQVM..Thanx alotta!!Sesungguhnya, diri ini amat menghargai anda kerana sanggup bersusah payah untuk memuaskan segala kehendak hati batu ak nih.Persoalannya juga, ak dan dia rajin betul nak attend jemputan, yang diri sendiri punye.....tak masuk lagi dalam rancangan tahunan..Hmmm..apa nak jadi la.Semoga, Allah membuka jalan rezeki buat kami, memanjangkan jodoh kami, dan akhirnya dapat juga membina impian bersama seperti rakan-rakan yang dah selamat membina masjid kerana Allah.....

Berharap dalam masa terdekat, ak pula yang akan menerima ucapan...SELAMAT BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT....Doakan!!!Kepada yang akan melansungkan perkahwinan, sesungguhnya seribu doa ak kirimkan untuk kebahagiaan kalian..Aminnnn..

Friday, November 20, 2009

Mingu Terakhir Persekolahan...

Salam...

Tanpa disedari..minggu nih adalah minggu terakhir sesi persekolah 2009 dgn jumlah wajib minggu adalah 42.Dan hari ini adalah...hari terakhir persekolahan bersamaan dgn 20 November 2009.Sebenarnya, ada satu catatan rasmi di sebalik tarikh hari ini.Itu..biarlah semuanya rahsia kerana..terlalu privasi untuk dikongsikan...Smile=)

Ak juga mengakui bahawa...minggu ini semua org yg ada kt sekolah tuh adalah mencapai kategori sibuk yang maksimum sehingga jika semua orang tidak berpegang kepada kesabaran, maka berantakanlah kami semua yang ada.

Dari Perancangan Strategik hinggalah perancangan Takwim 2010 sekolah..Dan yang paling terkini adalah serahan tugas rasmi dan peralatan yg telah dipinjam dari Kementerian Pelajaran Malaysia.Juga minggu ini, ak menyaksikan suasana yg dulu pernah ak alami...saat bersedih memohon kemaafan dan penghalalan ilmu yang dituntut dari para pendidik berjiwa mulia..yang tak pernah rasa jemu mencurah jasa. Biarpun seorang PK 1, sampai la ke guru akademik biasa...semua rasa bertanggungjawab untuk sama-sama merasa perjuangan anak didik tercinta di medan peperiksaan SPM.

Ak...dapat tugas baru selain menyelaraskan Perancangan Strategik, Operasi dan Taktikal sekolah.Satu pengalaman baru kerana di beri kepercayaan untuk menjadi antara tonggak utama menetapkan perancangan sekolah versi 2010-2014..dan yang paling penting, tidak melakukan sebarang kesilapan dalam pembinaan Takwim 2010 SMA DATA. Bermula sesi persekolahan tahun depan..ak adalah Penyelaras PPSMI.Segala kije berkaitan Laptop dan LCD PPSMI, ak yang jaga seperti mendaftarkan semua aset alih tersebut. Nak bukak peti besi yg simpan sume barang tuh pun, hanya ak yg tahu kod rahsianya..Hehe...Agak sibuk, namun jika yakin boleh melakukannnya secara terancang..pasti membuahkan hasil yang positif.Mesti teguh matlamat dan pendirian. Dalam pada merangka-rangka...terfikir-fikir juga ak untuk membantu menaikkan gred purata mata pelajaran subjek KHB.Hmmm..untuk Form 1 jek ak tgok resultnye..hampir keseluruhan pelajar adalah gagal dan subjek KHB juga memberi impak yang besar dlm penetapan peratus keseluruhan pelajar.Tahun depan..mesti buat sesuatu..Dan ak dah belajar untuk mengorbankan keselesaan dan kesenangan jika ingin membantu merek yang ak xpasti apa kelemahannya....Insya Allah ye murid-murid..Jumpe Ustazah Ejat di bengkel KHB.Hehe..

Semalam, baik hati teman Yan di asrama sebab tinggal sorang2 kat umah warden.Biasela..roomate kahwin Sabtu nih kat Raub. Petang tuh lepas settle perancangan Takwin, ak teman Kak Suraya g amek baju die yg dah siap jahit kt Simpang Pertang.Then, die nak bli henset baru.Maka, makin jauhla perjalanan kami, dari Simpang Pertang ke Bahau pula.Tak disangka pula berselisih dengan bas yang membawa pemain bola sepak N9 untuk acara menjulang Piala Malaysia di setiap daerah di N9.So, apa lagi..ak ajak Kak Suraya pegi Padang Majlis Daerah sebab..bukan nk tgok piala tuh..tapi nak tgok suami Rita Rudaini.Pukul 5 petang selesai urusan membeli henset, kitorang trus heading g padang.Wah..meriahnya sambutan.Sambil diiringi lagu khas untuk Skuad Hobin Jang Hobin...Lebih kurang camni la...Hobin Jang Hobin....Hobin Jang Hobin.Yang kelakarnya...pekerja kedai hp yg Kak Suraya beli tuh pemain bola sepak Liga M untuk Melaka.Cuma dah resign sebab dia tak dibayar gaji selama 4 bulan.Sian....Dia pun boleh sebut dan nyanyi Hobin Jang Hobin dengan baik..even he is a Chinese..Bangga ak jadi warga negeri N9 negeri beradat Dagho dan Jang...=).I serve u a few pic to be viewed!

Perancangan Takwim 2010 SMA DATA

Cikgu-cikgu VOGUE SMA DATA..GPK KOKO pun layannnn..

Konvoi Bermotosikal yang mengiringi KL On HOP yang membawa Skuad Hobin Jang Hobin

Pemain-pemain di atas bas..


Piala Kebanggan..Kejayaan.Ramai betul crowd petang tuh nk tgok event nih

Nih la rupe player2 N9 dari jarak dekat.Ekcelli, ak haram jadah xtau sorg pun name dorang kecuali yg ensem2 mcm Aidil Zafuan n Zaquan Adha.Hehe..Gilo!Tp yg ala-ala sedang merenung ke arah camera ku tuh pun ensem gak.Ahakz!

Nih bukti ak g tgok acara tersebut secara tak sengaja.Baru balik skul nih..Cayala!

Friday, November 13, 2009

Kenangan Minggu Huru Hara Aku....

Salam..

Dalam 1 minggu, aku boleh story bout the fact yg ak dh adapt ngan suasana sekolah..Tp dalam 1 mggu jgak, sume yg ak ckp tuh leh jd inverse version.Memang tidak dinafikan, ini minggu huru hara ak yg membuatkan ak panas hati, telinga mula perit, mata mula la nk menjeling gak, ikhlas tak juga datang....

Mula-mula sekali, meeting cikgu2 utk Majlis Penutupan Asrama n Perpisahan Pengetua (Ust.Rosli Hussin), ak n Kak Najmah dh kene sindir2 sbb kuar bli breakfast tak bgtau Pengetua juz sign dlm buku rekod kluar guru-guru dan staf..What's the matter??Ak n Kak Najmah dah bgtau GPK 1 n GPK 1 ak pun order gak breakfast ngan kitorang pg tuh..Hmmmm...Kalau ikutkan hati yg membara, ak nekad dh nih...kalau la GPK HEM nih ckp lebih2 lagi memang ak nk angkat kaki dr meeting tuh secara kurang ajar.Walaupun, die xckp direct sape yg wat..(and actually ramai gak cikgu yg nk mntak kuar pg tuh)...Tp, dgn ayat2 menusuk jiwa die tuh pasti akan membuatkan orang sakit hati.Serious!!!

Second is...kalau boleh satu bilik guru tuh nk sub job diorang kt ak!!Ak..kalo stakat nk tolong Pengetua n GPK 1, ak leh consider lagi sbb skarang dlm pemantauan Orientasi la kunun2...tp kalo cikgu biasa len nk suh ak smpi nk setup design sijil ikut format sedia ada, itu adalah melampau dan di luar bidang kuasa penilaian. Tolong la...be creative la..Format dh de...Nk lawa lg, pandai2 la gune font yg dh de kt komputer tuh...Pe masalahnya????N dulu org yg sama agak pemalas nk tulis resit budak2 yg spatutnye die siapkan mase bulan Januari lg, n ak dh tolong tuliskan 2/3 of the name, because that day die sakit perut baby menendang agaknya..ak leh consider nk tolong..tp kalau dh baby tak menendang still masih nk mintak tolong ak habiskan buat..itu adalah melampau!!Grrrrrrrr......



Ketiga adalah, semalam adalah hari paling buat ak rase nk menjerit jek tolong consider ak..dalam minggu nih. Coz sume kije yg dipertanggungjawabkan adalah datang secara serentak dan tanpa belas kasihan...dan hari ini pertama kali ak tipu Pengetua.....ak tengah wat minit meeting Alumni sbb nk meeting kt Sepang nnt, sbb pg2 lg die dh dtg carik aku..Ak terpaksa sbb mjlis petang nih adalah yg lebih PENTING SEGERA..ak kene habis siapkan video penuh dramatik yg ak dan K.Dijah dh almost done..Sorry ustazah, sengaja...Hehe..

Dan yg keempat, adalah nikmat merasa kelapangan dada dan ketenangan minda apabila semua perkara dapat diselesaikan dan boleh memuaskan hati semua pihak.Ak berbangga dgn usaha xseberapa ak dan K.Dijah utk cuba menghidupkan 'momen' menyentuh jiwa pada majlis perpisahan hari ini...Ternyata video yg dihasilkan telah mmpu menitiskan airmata warga pendidik yg telah sama2 berjuang memperkasa SMA DATA di bawah pimpinan Ust.Rosli yg begitu merendah hati.Walaupun ak sebenarnya kalau nk diikutkan xde kenangan langsung pun dgn Ust.Rosli, namun dlm tmpoh 2 hari mengenali diri beliau, video yang ak n K.Dijah buat tuh, even dh tengok banyak kali, ptg majlis penuh makna tuh, masih tidak ku mampu menahan AIRMATA dr gugur utk membazirkan tisu2 ak.Sesungguhnya, bila dikaji balik diri ini, ak nih adalah orang yg boleh adapt dgn situasi tertentu..yg mana...bila org sedih, ak akan sedih...bila org suke...ak boleh suka...Lagi2 bila mengenangkan cerita kebaikan Ust.Rosli tuh dr guru2 sekolah tuh menambahkan lg rasa kekaguman ku ats kerendahan hati beliau...


Engkau tiba...Bagaikan pelangi...
Tak bercahaya...Namun kau berseri...
Tapi cukup menghiburkan hati ini..


Bait-bait kata rangkap ini sudah cukup utk merungkaikan sifat ketulusan budi dan kerendahan hati bekas Pengetua SMA Dato' Haji Tan Ahmad.....

Thursday, November 5, 2009

Seminggu di SMA DATA..Over the Top!

Salam..bertemu kembali dalam ruang maya ini. Alhamdulillah. Ak dah berada di SMA Dato' Hj Tan Ahmad, almost one week.Perjalanan masa yg begitu pantas berlalu.Mungkin kerana kesibukan aktiviti pengurusan diri di sekolah baru.Honestly, utk first n 2nd day..Ak menangis la gak.Sbb terbayang akan melalui perjalanan panjang ke sekolah.Tp xpun sebenarnye bila ak dh kerap berulang nih.Orang kata, alah bisa tegal biasa.Adalah dalam 40minit jek kalo bawak kete dgn kelajuan makan angin.Ak rase susah di sekolah baru sbb everything kene diuruskan sendiri.Jadi, ak jadi sayu hati kebetulan pada hari lapor diri, mak ak sakit bulanannya spt biasa...Ak jd hiba yg teramat sgt maka airmata jua pengubat duka.

Mungkin dicampur keserabutan ak memikirkan perlu atau tidak ak menjadi warden.Seriously, I'm not ready yet utk pikul tanggungjawab tu sbb dh syok kot dok umah nih.Ak jadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga.Tp kdg2 tuh kalo dh penat sgt ak xsempat jugak kemas umah.Buat malu jek dgn Amirah Sharif mase die dtg umah utk pegi LDP same2.Sori Kakak..next week dtg lg, ak kemas umah tiptop punya...Haha...

Tapi, dalam pada kesibukan tuh, sebenarnye bnyk benda ak telah pelajari terutama dalam aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah sampailah bab2 membuat gaji sndiri dan bagaimana ak berurusan dengan pihak atasan di BPI, KPM dan SPI JPNS.Alhamdulillah, semua telah bnyak membantu ak.Itu pun kerana ak dikelilingi guru-guru yang x kedekut menyampaikan info itu dan ini.

Allah jua pemudah segala urusan.Ak tidak keseorangan merasa sukar untuk bangun pagi krn ditemani seorang kakak yg mengajar di situ kebetulan tggal berhampiran kawasan rumah.Jadi, tanpa segan silu dan kompidennya, ak xmalu utk tumpang die sementara ak nk tggu ada kenderaan sendiri.Hmmm..tak sabar rasenye nk tggu Januari 2010 nih.Harap2, ak dah tak menyusahkan orang lg, malahan ak nak pula menyenangkan orang yg selama nih bnyk membantu ak dr segi material, mental dan emosi..

Gelaran ustazah yg student ak pggil utk semua cikgu kat sekolah tuh, rasa janggal bg diriku.Bukan tidak boleh terima terus, cuma sekadar berasa rendah diri plak bila masuk kelas dan bersemuka dengan para pelajar.Ak secara automatik mengontrol ayu bila diorang semua panggil ak dengan panggilan tuh.

Hakikatnya, ak berbangga dengan pelajar2 di sini.Walaupun, tidaklah sehebat pelajar2 aliran agama di SMKA mahupun di SMAP2, ak tau suatu hari nnt andai tidaklah panjang hayat ku di dunia ini, pelajar2 inilah yang boleh diharap untuk melaksanakan solat jenazah untuk aku.Baik pelajar lelaki mahupun perempuan, semua penuh yakin tampil ke hadapan di perhimpunan sekolah untuk membacakan doa rasmi sekolah.

Cikgu2 lain agak cool dan best pada penilaian mata kasar ak.Cuma sejak dua menjak nih, ak sering diingatkan tentang perlu ada rasa waswas terhadap mereka walau baik macamana pun dorang nih sume kat ak..Hmmmm..amaran2 camnih slalu membuatkan ak mengambil langkah senyap, sekadar dengar dan buat bodoh bila terasa diri 'termasuk' dalam sahutan2 ketidakpuasan hati yang berbeza2.

Dan, sekarang...ak cuba mengadaptasi segala kesukaran dan kesenangan yang bakal ak lalui.Mungkin ini apa yang terbaik telah dicatat utk aku walaupun ak tlah menghadiri slot mikroteaching PPPS MRSM..dan walaupun ak rasa bangga untuk mempertahankan diri ak semasa sesi tersebut, ak rasa TEMPATKU BUKAN DI SINI(MRSM)..Biarlah ak bersederhana, bersusah payah, kerana dari aspek positifnya, itulah tempat dan ruang untuk ak belajar ke arah dunia pembangunan diri ak sendiri.Insya Allah...



Sunday, October 18, 2009

Ukhwah itu Indah Bila Bertemu dan Berpisah Kerana Allah..

Salam..
First of all, Selamat Bercuti kepada yang sedang menikmati cuti Deepavali.Walau sekarang nih dah masuk mood Deepavali, namun kemeriahan Syawal masih lagi terasa kerana diri insan bernama Nur-Izzati ini, sering saja melapangkan diri untuk cuba menghadirkan diri di Open House, Open Mosque mahupun Open Office di sekitar kawasan berdekatan.

Dalam kepadatan jadual memenuhi undangan, group2 UTHM TechVokay Edu Degree student mula sibuk menyemak status penempatan di link MOE yang berkaitan untuk mengetahui bumi bertuah Allah yng bakal kami raih rezeki nanti.Tapi malangnya, semakan itu tidak membuahkan hasil yang positif kepada kami semua kerana sebenarnya melalui talian telefon sajalah masalah kami boleh diselesaikan...

Sibuk, sibuk juga..tetapi apa yang kita dah rancang untuk hari ini perlu direncanakan jua.17 Oktober 2009 yang lalu, satu lagi memori bersejarah tercatat dalam diari ukhwah aku.Keadaan hati yang berbelah bahagi jualah yang menggerakkan akal ku untuk bersetuju dengan ajakan Abidah untuk menyertai 1 Ihsan SHAMS Gathering.Aku, secara jujurnya dah lama melucutkan jawatan aku sebagai student tetap SHAMS.Agak malu juga nak mengaku dan berkata-kata di hadapan public yang aku pernah sekolah SHAMS dulu.Bila di buat perhitungan, adalah dekat 10 tahun dah tak ku jejak kaki kat SHAMS. Ak tinggalkan sekolah tuh pada Jun 1999 sebab aku rasa ak 'homesick'.Terlalu 'kecil lagi' untuk tinggal di asrama dan semua-semua yang berkaitan dengan 'Pengurusan Diri'.

Namun, itu semua adalah tindakan diri sndiri.Tetapi, aku sedikit tidak dilupakan keahlian aku sebagai warga Ihsan (Insya Allah). Iman hantar thread melalui Facebook,dan aku dijemput untuk memeriahkan gathering ini.Agak malu nak pergi, tapi.....keinginan untuk bertemu rakan-rakan dan menanti reaksi mereka apabila 'berjumpa' kembali aku, membuatkan aku bersetuju walaupun hakikatnya aku memang tiada sumber kewangan ketika ini.Thanks Kak Lili sebab memahami perasaan hati aku.Dengan notes RM50 yang Kak Lili bagi aku pinjam, dan sedikit baki2 duit belanja, aku gagah melangkah seawal pagi menunggu bas City Liner yang akan membawa aku ke Seremban. Bidah tunggu aku kat komuter Seremban and we decide nak tumpang Iman dari Kajang ke KLCC.Iman amat memahami situasi aku masa ini..Touchingnye....

Tiba di tempat yang dituju, first word dari kawan2 yang dah sedia menunggu, Izzati dah 'matured'..Lah, ak dah besar la..Dh 23 n dah de marriage plan lagi.Mana mungkin ak xmature2 dari dulu.Haha...Aku dah gemok kot korang nk cakap nih...Hmmm..yg penting, seriously, mule2 memang aku senyap tak terkata, tapi bila ada Si Penglipurlara, aku seperti mati hidup kembali.Bidah memang buat our gathering become more happening.
Masa kian berlalu, makin ramai kawan2 memeriahkan Pizza.Aku jadi malu bila ada 2 orang guys pun datang, Kamalrul n Cipoi.Aku takut diorang cakap aku nyibuk plak sebab tak kenal aku.Telahan aku salah sama sekali, they all try to recall back...N wow, ayat apa ak bagi kat Cipoi mase Form 1 pun die ingat.Bestnye...N, I serve all these pic during our gathering..Enjoy...



Nih pic mase ak n Abid dijemput oleh Iman dari Komuter Kajang nk ke KLCC.Agak terik sehingga membahang kaki, tapi tak berpeluh pun.Dulu Iman pakai Kelisa, now die dh ade Myvi baru.Satu kemajuan.Thumb Up!

This pic di amek sebelum semua orang sampi.Kire ini adalah gegurl yg dtg awal la...Trime kasih kerana tepat pada masanya..


Well, at the same time we all wat surprise utk bufday gurl, Zaza. Agak touching walaupun bukan bufday ak.Bayangkan Pizza bergelap beberapa minit and tiba-tiba de muzik Happy Bufday.Sume org yang dalam Pizza, tertunggu sape punye gerangan bufday la nih ek..Dah la crew2 Pizza yang nyanyi utk Zaza bersemangat giler..Boleh bagi anugerah kat semua crew sbb bagi good cooperation.Best!


Me..wif in future Dr.Sarah.Yeah....de kawan doc senang nak g spital deliver baby.Hehe..Sarah baru abih blaja kat India, skang kat Melaka.Wat klinikal katanya..



Me..wif Abid, cekgu yang akan dipostingkan di Sabah.Jeles aku sebab elaun Abid banyak giler.Tak agak2..Kalau la gaji 3 bulan dpt bnyk itu....Ak balik Semenanjung terus kawen agaknye...

N..the most importnat pic that I should have to include...Iman the organizer..N next to her is Fadh yang dh semakin bergaya and comey!Credit tuh Iman sebab dah merancang segalanya.Sesungguhnya, tanpa semua ini, ak yakin aku telah terlupakan...

Well, we all had to reschedule again this reunion, memandangkan aktiviti berkaroke and berboling yang kita rancang tak berapa nak menjadi hari tuh. Then, ini saja pic yang sempat aku kongsikan untuk tatapan. Bateri kamera pun tak berapa nak cukup nak pose bnyk2 lagi.Next time will giv an extra charge k...Kenangan bersamamu teman...Teman seperjuangan..Seperjuangan dalam menuju kejayaan..Kejayaan dan impian bersama..Bersama akhirnya..Ak dh merepek dah nih!

Wednesday, October 14, 2009

Bertuah dan Bersyukur Atas Nikmat Tuhan...


Salam...

Bertemu kembali.Menulis di kala hening pagi.Yang sekarang sepatutnya adalah waktu tidur aku kalau esok adalah sesi persekolahan.Tambahan pula, baru selesai aktiviti sebelah petang.Namun, mungkin tidur seketika selepas Maghrib tadi membuatkan aku seakan bertenaga.Di tambah pula dengan nikmat segelas Neslo Ais dari kedai simpang...Alhamdulillah, seakan satu stimulan yang bisa membuatkan aku lebih tegar mengharungi malam2 panjang untuk terus mencoretkan sesuatu....

Sambil mendengar alunan lagu Ku Pinjam Satu Bintang...aku kembali merefresh memori sepanjang 20 hari bergelar guru. Selepas sahaja cuti Hari Raya, sehingga ke petang tadi, aku rase hampir 20 buah rumah guru-guru GSTT ak dh pergi. Well, I'm really make friends with them.Petang tadi, all out la aku makan sempena open house Hafiz.Insya allah nih open house kawan-kawan GSTT yang terakhir.

Sebenarnya, tanpa disedari, dh banyak betol program dan event ak dah join GSTT nih smpikan one of them cakap ak nih planner..Dulu mase mule2 masuk skolah, kudus jek aku nih pada pandangan mata diorang.Kudus????Wah...ak pun cam xcaye.Tapi betul la orang cakap, tak kenal maka xcinta kan???Hari nih saja 3 buah tempat ak pegi.First is rumah Hafiz, next is rumah Safarudin n last, restoran nasi ayam student aku pun ada.Nih open restoran nih.Tapi sori la Irfan, sampai jek kat kedai mak awak, cikgu dah very2 full, sempat la ratah ayam rendang jek tadi.But of course, rendang yang sedap.Thanks for da invitiation ek Irfan!!!

Malam semalam pun sempat aku menjengahkan diri sebentar di Open House Khas cikgu GSTT kat rumah kaunselor Kak Aini Rozita.Rumah Kak Aini, very nice and superb.Jeles aku.Kadang-kadang bercita-cita nak ada rumah macam Kak Aini.Yess, ak memang suke berangan tinggi2 kan..dengan harapan tuh satu dorongan untuk aku gapai segala impian.So we must have a sample or role model.So that, we always enthusias to have or to get what we really want in our life.

Okay, one day may be ekk....Malam ni aku de event khas ngan best frens forever ak yang baru ku kenal di SMK Dato' Mansor nih.Azwanah, Sabahan.Very nice person.Ekcelli, die ajak aku jalan2 Bahau, tapi dah lewat sangat, so die n boyfriend die datang ambik ak kat umah n kitorang juz minum2 kat kedai seperti yang aku cerita kat perenggan atas nih.Azwanah, kawan yang ak rase belum lagi aku temui setakat nih. Agak boleh masuk ngan aku, orang yang bila ak kesesakan sumber kewangan, maka dia la orang yang sanggup bagi aku ...Kad ATM die.Terkejut aku.Tak sampai hati aku nk withdraw duit die yang ada RM40 jek masa tuh.Memang sangat2 xsampai hati.Ak jadi terharu plak.Of course, the one person I would not forget as I leave Dato' Mansor soon is Azwanah.Thanks for always being undesrtanding and care...Maaf la Nurul kalo ada perkara yang aku tak perasankan ada wat ko frust.Tapi aku sedih mase assembly Isnin lepas, aku xdapat dok sebelah ko..Tak dapat gossip2..

Tanpa aku sedari, atas semua kegembiraan menyertai segala aktiviti dan kurniaan dalam samaran sahabat2 sejati ini, ak sebenarnya adalah hamba terpilih untuk menerima kenikmatan memperoleh rezeki di hari raya, beroleh kegembiraan dan kenangan terindah serta yang paling penting, dianugerahkan seuntaian ukhwah yang tak ternilai dengan mana-mana ganjaran material di dunia ini. Ukhwah yang pastinya tak akan tersimpul kerana kekusutan dan tak akan terputus kerana kerapuhan.

Kadang-kadang bila fikir semula, ada hikmah aku dapat tawaran jadi guru ganti lebih lambat sebab nak bagi peluang kepada aku ke sekolah yang boleh mempertemukan aku dengan semua perkara ini....Alhamdulillah, terima kasih Ya Tuhan...

N..inilah die my best fren buddies kat Dato' Mansor..Nurul Azwanah Idris...Sabahan Gurl yg sgt open berkongsi masalah dan pendapat bersama ak..Thnx for being my guidance angel there in DM...


Dan, setibanya ak dirumah selepas dihantar pulang BFF aku si Azwanah, Wani yang tak pernah kontang dengan mesej2 ukhwah fillah abadan abada tuh, menghantar satu bait lagu yang seringkali meniti di bibir ku ini, Sebuah Pertemuan...Inilah kebenarannya untuk menghargai sahabat-sahabat sejati yang sama-sama senang dan susah...Untuk mensyukuri segala kemewahan dan kenikmatan dan yang paling penting..Untuk menjadi makhluk Tuhan yang sentiasa dilimpahkan dengan segala kebahagian hati yang tersirat penuh makna....


Tiada yang menjadi impian,
Selain rahmat kasihmu tuhan,
Yang terbias pada ketulusan,
Sekeping hati..seorang insan...
Bernama TEMAN........

Sunday, October 4, 2009

Open House di Sana Sini

Salam..
Masih dalam mood hari raya lagi.Ak dan rakan guru-guru GSTT pun sibuk konvoi raye rmah cikgu2.Sok pon dh de plan, maybe akan terjah kawasan Palong plak.Ari raye tahun nih ak agak bizi masak2 untuk orang yg dtg smpi ak rase ak dh sgt expert la masak.Alhamdulillah, tak kire dari jauh atau dekat pasti de sesuatu yang ak persembahkan.Memang agak penat bila perlu bertungkus lumus menyiapkan segala lepas waktu persekolahan.Tapi seakan ada semangat baru bila dapat buat orang rasa puas ati datang umah kita.

Well, raya tahun nih juga telah mempertemukan aku semula dengan para sahabat yang telah masuk 6 tahun ak tinggalkan sejak SPM.Ekcelli, peristiwa nih dh berlaku mase ari raya ke-5 lagi, cuma sejak sesi persekolahan bermula, ak pun mula sibuk seperti biasa.Maka, hanya gambar2 yang ak upload nih sbg tatapan umum dan sebagai menunjukkan betapa gembiranya ak meraikan hari raya bersama kawan-kawan Sek.Men.Teknik Segamat yang ak rindu.Kitorang nih bagus..Suke menghidupkan suasana reunion...Tak kire berapa tahun sekali pun , mst de plan utk wat event..

Okey, nih gmbr gurls from Awam Line except Tuan Rumah mjlis reunion raya nih..Hehe.Macam pakat plak baju ala2 gitu kalernye..Alhamdulillah, sume dh b'kerja, smbung blaja except ak yang tggu posting mcm nk tggu durian nk gugur.Ntah bile ntah..

Nih Anu..One of my best fren buddy time kat kelas dulu..Jumpe gak ngan die.Insya allah die pun bakal guru cam ak gak.

Kitorang beraya sakan sampai malam nih.Akhirnye dah hampir dua tahun ak lost contact ngan die, kami dipertemukan semula.Ini situasi di rumah kawan yang sama menangis same bergelak ketawa.Intan a.k.a Noraini Hamdan.La..dh tunang dah minah nih.Insya allah bulan 12 nih menamatkan zaman bujangnya.Tak sangka aku.Nasib baik bakal suami agen jual kete kegemaran aku.Leh la tolong ak dptkan yg best deal.Syok la ...Nih kitorang tgh tgok album tunang die la nih.Yg ak agak nk gelak gak, die nih kije pembantu tadbir kat....JAWI.Alhamdulillah, jalan menuju Allah tuh...

Okey, ni plak gmbr ngan dua orang jejaka yang pada aku xde perasaan kot.Faris Firdaus n Mimi Miran yg macam YB tuh.Faris nih CEO ak Tunas Bistari dulu. N, he is the firstguy who came to visit me at my granny house.Very early in the morning.Ak pun lum mandi ag.Hikhik..Teruk giler.Datang dengan Vespa pinjam dr Asmuni.Sangat terharu...

Nih la Intan, also one of my best fren buddy in Awam 3. Baru jumpe kembali.Dulu ada kisah yang tak patut dikenang. Sedih sangat, tp rase suke sebab ada juga kawan2 yg akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.Syoknye...Intan, kawan tempat ak mengadu nasib dan masalah mase di sekolah.Sampai ada junior cakap, Intan kawan di kala ak sedang series...Hmmm...yeke..Korang tengokla Intan nih cmner..Gile2 n very poyo...Teringat kembali saat bercerita tentang seseorang di tangki air blok Fikir bersebelahan toilet sambil memerhatikan dari jauh Blok Damai....Tunang Intan skang, salesman kereta untuk Honda, Hyundai n Proton.Wow...almost the car with the letter H tuh my dream car.Harap2 senangla urusan ak nk bli kete nanti..=)

Then, ini lah gambar bersama rakan yang setia beraya sampai ke hujung malam...Kerana berat meninggalkan segala kenangan, penat yang tiada terhingga dilupakan.....
(Tiada dalam gambar:Intan)

And not to forget....nih la Acheh yang bawak ak nek kete die sepanjang Reunion Raye nih dr pagi sampai la ke malam...Smbung minum teh o kat umah nenek ak sebab ngantuk nk drive balik umah.Senang nk deal ngan die nih.Pukul 11 ak msg ajak g Reunion Raye nih, terus kate ok n alright jek...Kagum ngan die, dh jadi bisnesman dah. Dh jd bos dh n yg plg pnting dh apply segala ilmu yg blaja masa kat sekolah teknik dulu.Sebab die budak Auto dulu, maka kini die dah de bengkel sendiri.Thniah Acheh....

Akhirul kalam, sesungguhnya pertemuan bersama kalian Ex-SMTS di hari raya ini membawa seribu makna dan kenangan yang pasti tersemat kukuh di hati sanubari..Mungkin, jika takdir terpaksa pergi jauh, entah bila berpeluang berkumpul begini lagi....Semoga persahabatan berkekalan di dunia dan akhirat.Aku sentiasa mendoakan kalian beroleh kejayaan, kerahmatan dan keberkatan dalam menempuh jalan kehidupan yang penuh ranjau menawan...Semusim bersama, seabad terasa...

Sunday, September 27, 2009

Event SMK Dato' Mansor..

Salam...
Pada akhir sesi persekolahan, adalah beberapa aktiviti berlangsung di sekolah.Antaranya adalah minggu penutupan Bulan Kemerdekaan.Agak syok sebab de Kuiz Sejarah yg membuatkan ak pon mencube sendiri nak jawab.Membuatkan aku mengingatkan kembali fakta sejarah.Alhamdulillah masih kuat lagi ingatan dan segala ajaran yang para guru perturunkan agar kita mengenali sekaligus mengenangi asal usul kita.Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Pihak sekolah juga ada menjemput Pakar Sejarah Negara, Prof Emiritus Khoo Kay Kim.Aku rase sebelum nih aku tak pernah tau die kecuali hanya sekadar mendengar nama.Info yang amat padat dalam masa yang terhad.Program yang boleh ak u bagi thumb up.

Dan yang paling syok dalam majlis penutupan tuh, nyanyian lagu patriotik.Aku nih memang suke nyanyi gamaknye….

Cikgu cikgi skul ku..

Murid-murid sekolah yg sedang penat berdiri kerana perhimpunan majlis penutupan bulan kemerdekaan..Sian.pose2 pun tp at last duduk juge..

De bnyak lagu patriotik dalam buku nih.Semua student and cikgu wajib ada buku nih.Kitorang nyanyi dengan penuh bersemangat Satu Malaysia.

Pengetua sekolah yg sporting habis..meround-round tengok budak yang x nyanyi..Yang syok tuh die pun nyanyi sebelah budak-budak.Respect giler kat pengetua. Student is still No.1

The next day sekolah pun masih ada event penting sempena Ihya' Ramadhan. Hari tuh sekolah telah dikhabarkan bahawa hari Jumaat is cuti umum.Semua syok la. So blaja pun cam taknak blaja.Nak dijadikan cerita lepas info tuh, Panitia Agama Islam decide nk adakan Majlis Khatam Al-Quran dan mengedar bubur lambuk perlu dijalankan hari tersebut jua. Jadi, sebenarnya budak-budak beragama Islam belajar sekerat hari jek la..Ak jek yang kene masuk kelas jaga budak-budak non-muslim dalam kelas.

Nih la rupe bentuk majlis tersebut..Muka budak-budak yang terlibat sekali tengok cam pengganas.Tapi Alhamdulillah...Al-Quran tetap pegangan dan amalan utama.Ngaji perfect la diorang nih.Akhirnya khatam juga 30 juzuk Al-Quran di bulan Ramadhan.Bagus anak murid.Orang kata DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.Leh di harap bebudak nih..

Pada masa yang sama, majlis penyampaian hadiah sempena beberapa aktiviti dan sedikit seumbangan pada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan juga diadakan.Okey, pic atas nih adalah hadiah buat seorang pelajar orang asli BUKAN ISLAM yang berjaya menamatkan puasa 3 bulan berturut-turut..Rejab, Syaaban and Ramadhan.Aku agak kagum dengan dia.One of my student.Baru aku sedar yang aku mungkin tak sekuat dia..Rasa malu pun ada.Tapi papehal ak bangga la dengan dia nih si Addiq. Hati pun turut sayu tengok anak-anak yatim n kurang mampu menerima sumbangan duit raya n kuih raya.Aku yang tak cukup baju raya sepasang pun dah bising..Jangan fikir kita terlalu susah sebenarnye kerana ada orang yang lebih susah dan memerlukan.Teringat pula pada beberapa rangkap lagu raya Siti Nurhaliza...

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang

Bergembira seadanya...Jangan dilupa pada yang tiada apatah lagi yang kurang upaya dari
segi material mahupun fizikal.Sumbangan yang agak memberi keinsafan
pada diri ku..

Dan seusai majlis yang agak sentimental tersebut...Acara mengedar bubur lambuk.Alhamdulillah..ada sesuatu untuk berbuka.Agak banyak tapi mencukupi untuk famili tersayang.Terima kasih ustazah atas pemberian bubur ini.Juga buat Pengetua yang bagi kerepek sempena hari raya buat semua warga pendidik di sekolah tersebut dan semua kakitangan...

Aku dan beberapa orang cikgu GSTT yang agak suke dapat bubur lambuk..Alhamdulillah..Nyumnyum..

Nih dengan student aku yang suke ponteng kelas..tapi bergambo nak..Hampeh jek..

Akhirul kalam..sesungguhnya..pada ketegangan suasana baru aku di sekolah berkenaan, ada aktiviti yang aku boleh jadikan kenangan berharga bersama pelajar dan rakan.Ihya' Ramadhan...Selamat Hari Raya....!!

Monday, September 14, 2009

Kealpaan Menguasai Diri..

Salam...

Alhamdulillah sudah seminggu aku berada di sekolah baru.Agak boleh menyesuaikan diri. Cume agak susah nak cooperate ngan student kelas 1G. 1G is the last class in the form.Walaupun hanya mengajar SIVIK, tp aku rasa cam berat jek nk mangajar budak2 kelas tuh.Sampai ak selalu terfikir, camner plak la nk ajar MATH kat budak kelas macam nih. Ak seharusnya rasa bersyukur dapat ajar diorang nih untuk subjek semudah SIVIK. Sekarang nih tgh tolong diorang siapkan folio khidmat masyarakat.Walaupun xsiap lagi folio diorang nih, tp ak dah tau nak bagi markah berapa kt budak kelas nih...

Seriously, pendekatan dan pengamalan yang dilaksanakan di sekolah harian biasa amat berbeza dengan apa yang aku alami masa zaman praktikal di SMT Tuanku Jaafar.Di sini tidaklah boleh dibandingkan dari segi pencapaian kerana semua orang pun tahu, SMT Tuanku Jaafar is a cluster school means it has a very good achievement in both academic and management. Cume apa yang ak nk bandingkan di sini adalah suasana dan environment.Ak akui adalah satu tugas berat utk mengajar pelajar bukan melayu yang berada dikelas terakhir. Ini lah cabaran dan pengalaman baru yang aku rasa walaupun kita perlu ajar budak vokasional, ak fikir budak vokasional lebih mendengar kata dan lebih memahami arahan. Dan yang paling penting, lebih menunjukkan minat dan usaha untuk belajar..

Semakin hari, ak rasa semakin sibuk. Aku dah jarang pulak update blog sendiri. Macam xde pape yang aku sibukkan di sekolah.Tapi untuk menaip senarai nama pun, orang kata BERCINTA la jugak.Apabila kealpaan menguasai diri, ak lupe untuk menjalankan tugas ak dengan baik sebagai PEN.S/U Alumni UTHM.Dah lama ak xupdate minit mesyuarat hari tuh.Teruknye aku...Balik sekolah pukul 2.45, tapi sampai rumah dalam 3.30 dan aku rasa sangat2 la letih ditambah lagi dengan kahauasan yang amat sangat di bulan puasa.Seusai solat Zuhur, ak tertido dengan nyenyaknya...

Keletihan ini ternyata membawa sampai ke malam. Masuk tidur awal adalah langkah terbaik mengelakkan mengantuk di sekolah. Disebabkan keletihan ini, ak pun telah menjadi alpa kepada sang Khaliq di bulan barakah nih..Dulu masa kije cashier, walaupun xberkesempatan jemaah di masjid, ak rajin jugak solat sunat terawih sendiri.Skang nih, kalo penat memang tak terbuat la.Jadi di minggu terakhir puasa nih, ak berazam untuk tidak menjadi apla. Kembali mengingat tanggungjawab yang tesedia...Moga ak diberi kekuatan yang luar biasa di minggu terakhir ini..

Friday, September 4, 2009

Bila Allah Telah Tentukan yang Terbaik Buat Kita...

Salam...

Bertemu untuk entry terkini setelah 2 minggu tidak menulis. Alhamdulillah, kini telah kembali ke rumah. Saat yang aku idam2kan.Aku dah menamatkan karier ku sebagai cashier di Mini Mart Putrajaya. Bukan kerana aku dah tak larat nak kerja, tapi apakah salah untuk mencari dan menerima peluang ynag lebih baik.

Puas aku fikirkan....adakah aku akan selamanya meraih pendapatan RM25 sehari sampai ak posting nanti?Cukup ke aku nak support kehidupan nanti dalam masa 3bulan selepas 'posting'? Pastinya tidak memandangkan aku jenis pekerja yang perlukan rehat yakni cuti.Maka, jika tidak bekerja tidaklah akan mendapat gaji. Mira, adik aku dapat call dari MITC Ancasa Hotel untuk interview kije dengan Ancasa. HR siap pesan ajaklah kawan-kawan yang berminat nak kerja. Dan aku adalah orang yang bakal dan telah mencuba nasib. Aku tak lupa mengajak sahabat yang sama-sama sedang mencari pekerjaan. Dan Alhamdulillah, ini adalah pengalaman interview keenam yang aku lalui, and everything going smooth as the interviewer very like me!!!Huhu..poyo..Means that yang aku ada peluang yang cerah untuk dapat job. First choice aku adalah....Admin dan 2nd option is FO.FO stands for Front Office. Just like the receptionist.And FO is given to me. So excited to be trained as the FO...After two days, once again....MITC Ancasa call for the 2nd interview as to discuss whether we accept the offer and to discuss the basic salary.Dan yang sukanya,Mira and Aina pun dapat call untuk panggil kerja.Alhamdulillah..Syukur. Ekcelli, gaji FO basic adalah RM800 jek. Tak termasuk EPF dan SOCSO. Tapi part nih yang suke nih, makan and penginapan disediakan.It's like time to have your premium saving with the income. Best....masa untuk mempengaruh kawan-kawan utk saving in UNIT TRUST!Satu yang aku suka dengan Operation Manager yang interview ak nih..even I'm a degree holder...dia tahu yang pengalaman adalah lagi penting untuk membina kerjaya seseorang. He's totally right. Dan aku sangat-sangat tidak sabar nak menimba pengalaman baru tersebut.

Dalam perjalanan ke Melaka, ak dapat call lagi dari PPD Jempol..Aiyyo...There's must be something. Dan apa yang ku telah adalah benar belaka...Ak dapat offer jadi guru ganti untuk cikgu cuti belajar, agak lama sampai cuti sekolah. Ak rasa ak posting dulu kot baru kontrak tuh habis.Alhmadulillah once again to Allah.Inilah berkat kesabaran. Berkat kesungguhan.Dah jiwa nak mengajar tuh, mengajar jek la aku rasa.Hehe..Tapi, sdey jugak xdapat blaja pengalaman baru..Sian kat adik aku, harap training selama sebulan di Melaka nanti akan mempertemukannya dengan kawan-kawan baru.Hopefully....

Aku pulak yang hilang arah mana satu yang harus ku pilih. Hmm...aku rasa akan memilih kerjaya perguruan la..Berbaloi.Dan aku memang nak save duit gaji guru ganti ni untuk mempercepatkan lagi proses perubahan fasa hidup aku.Silalah paham-paham sendiri yek...Lagipun, nak tolong mak aku kemas umah la.Nanti bakal future famili in-law nak datang....

Aku rasa amat bersyukur sebab bila rezeki datang mencurah-curah sehingga kadang-kadang boleh buatkan kita jadi hamba yang tak bersyukur dan tamak. Kalau tak tetap pendirian, rasanya aku dah jadi tak rasional.Aku fikir, kalau nak pengalaman baru pasti la bekerja di hotel adalah satu pengalaman yang amat berharga.Hotel pun 4stars tuh...Tapi, kerana memikirkan duduk di rumah dan dapat membantu keluarga dengan gaji dan beban kerja yang berbaloi, pastilah bidang perguruan yang menjadi pilihan.Dan hari ini, aku dan mula melapor diri di SMK Dato' Mansor sebagai guru subjek Sivik.Kalau la boleh jadi cikgu nih sampai raya and after raya ak nak kerja hotel...Kan syok....Hmmm..

Aku yakin ini semua apa yang Allah telah catatkan yang terbaik buat diri kita.Seharusnya, aku perlu menjadi hamba yang lebih bersyukur, berterima kasih kerana dulu ketika diri ditimpa pelbagai masalah, peluang sebegini lah yang aku harap untuk membantu aku. Terima kasih juga tak lupa kutujukan buat sahabat tersayang Siti Hidayah Ahmad atas bantuan yang dikau beri. Amat tak terbalas segala jasa. Bantuan yang amat ku perlu saat melalui detik getir...

Thursday, August 20, 2009

Yakinkan Diriku...

Salam..

Selepas ini, mungkin bukan selalu ak akan menulis di dalam blog ku ini kerana ak skang dah kije part time di sebuah Mini Mart di Putrajaya.Agak kelakar la plak...Nak cari duit tmbahan..Tp bukan tmbahan pun, untuk mengisi poket yang kekosongan...Sekejap jek kot.Bile rase duit ak dah agak bnyak, ak fikir jugak nak berenti. Dengan gaji hanya RM25 sehari, dan kerja selama 10jam, ak rase agak tak berbaloi. Tapi yang syok adalah, ak dapat gaji hari-hari. Leh la ak kumpul nak bli kasut idaman aku.Kasut utk ak travel. Ak duduk umah pakcik aku. Tapi walaupun pakcik sendiri, agak tak sedap ati ak rase untuk stay lame2. Tuh yang ak plan gak nk quit lebih cepat.

Tadi ak baru balik dari interview guru sambilan Math kat MRSM sebelah nih..Fully in English.At the end of the interview, ak terpaksa me'mix'kan language aku. Baru la banyak idea sikit ak nak cakap.Bile suruh introduce tuh beriye ak cakap BI tp die suh ak demo sikit mengajar..Ak campur la language aku.Almaklumla...Memartabatkan Bahasa Melayu, dan Memperkasakan Bahasa Inggeris.Agak merepek..Satu set induksi yg baik ak telah fikirkan.Hehe..Tp salah formula plak ak bagi.Ak pun dh lupe la tajuk Trigonometry.Lagipun aku agak nervous. This is first time ever interview with fully English version.Dan ak rase ini lah interview ak yg agak hampeh kot.Ak dapat rasekan tuh.With no guts at all. After this I know whut the most important I should prepare first. Agak hancuss.Maknenya, agak lama lagi la ak kene jadi cashier kat Mini Mart tuh..Kesimpulannya, mungkin peluang untuk aku dapat tuh tipis. Selalu apa yang ak bayangkan, menjadi kenytaan. Pakar psiko pun ada pesan, jika kita yakin dengan apa yang kita impikan, tak mustahil ia akan menjadi realiti.Kesimpulannya, sebelum g interview tuh untuk sume kawan2, prepare an English version of self introduction.I'm sure for this.

Dan pada masa yang sama...ak dapat offer jadi guru ganti kat Palong 2. Tapi ak tgh pening, mungkin leh dok umah kakak aku.Masalahnya adalah transport la..Hmmm...ak pening, whether to accept or not. May be not.Peluang kedua yang telah ak lepaskan.Kenapala PPD nih bagi ak mende yang aneh2. Yang hanya merugikan aku.Aku dah sampai xde mood plak nk berkhidmat di bawah KPM atas sebab-sebab macam nih la.Ya Allah..Maka yakinkan diriku...

Saturday, August 15, 2009

Sri Kandi Cintaku...

Entry baru pagi hening Sabtu..ak sedang syok mendengar lagu Sri Kandi cintaku.Sejak balik konvo ari tuh, ak asyik layan lagu nih jek..Sebab mase sidang konvo aku, lagu nih jadi lagu yang dipersembahkan oleh Koir UTHM ketika sesi konvo berehat seketika..

Aku pun lupa nak citer pasal RFID card yang ak kagum sangat tuh..Hai.kalau tuh projek PSM la.Patut dapat Anugerah PSM Terbaik..Tapi sayang ak xsnap plak gmbr RFID card tuh.Ak yakin, kad tuh dah diguna oleh para graduan sebelum ak lagi berzaman dan berkurun.Cuma data dalam kad saja yang berbeza.Hebat betul programmer dia.Kad RFID tuh mesti dipin pada tulang jubah konvo.Pin is safe rather than clip.Kalau cicir, memang tak glamer la korang..

Apabila kita melalui satu scanner dalam beberapa jarak tertentu, terus nama kita disebut dan nama di skrin tertukar secara sendiri.Oops..aha..bukan MC yang announce nama kita.Tapi sistem tuh la..hebat la..Kan kagum tuh..Sampai saat nih ak terfikir-fikir.Tiada satu nama pun disalah sebut.Kecuali yang kad tercicir..sahlah die xdapat detect n of course la tak disebut la..Huhu..Yang ada terbawak n terpakai kad awek pon de..Maka sistem tuh sebut dua nama sekali la.Haha..sian si awek..bila turn die yang sebenar..senyap jek la mase amek skrol.Ingat adik-adikku..PINKAN..n JANGAN SURUH ORANG AMEK UTK KITA waktu pendaftaran.

Ok la..ini lirik lagu yang ak sedang layan..Hayatilah buat mereka yang senang mengharungi perjuangan..


SRI KANDI CINTAKU...
Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu
Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu
Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti
Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku
Masa konvo tuh syok tengah layan lagu nih..kamera fokus pada seseorang yang ak kenal.Pernah tolong ak jual pendrive masa Minggu Haluan Siswa..Duit yang ak guna utk sara pendapatan tambahan ak di kolej.Ak dah tak ingat nama sebenar dia..Apatah lagi nama Borneo dia bagitau kat ak dulu..Yang ak tahu, ak bagi nama baru kat dia dulu..ISMAIL.Wah..dh jadi sebahagian dari KOIR UTHM.Thniah!

Raikan Kejayaan Abadikan Kenangan

Salam..baru saja menjenguk blog sahabat tersayang Wani. Agak touching apa yang dibaca. Tapi tiba-tiba terbit rasa menyesal sbb tak dapat menghabiskan dengan baik lagu Shoulder To Cry by Tommy Page yang ak nyanyi spesel pagi sebelum kami konvo. Al-maklumla..Ak cuba nak simpati dan empati pada Wani.Ak cuba nak berada di tempat dia, jadi aku hiburkanlah apa yang patut.Dan ak amat terharu kerana kengkawan Wani, J and Ebah juga cuba memahami situasi ak walau aku tak mengharap apa-apa. Dorang sume berjaya meng'full' kan tank mnyk kete ak.Thanks kawan-kawan..Ejat ikhlas la tumpangkan korang...Lagipun Ejat memang nk pegi UTHM kan....Thanks a lot dear fren. Dan pada masa ini..ak sedang terbayangkan Wani yang tido sorang2 di hospital tuh..Wani take care.

Pagi tadi seusai Subuh, dapat msg dr J..tentang rayuan seorang hamba kpd Sang Khaliq. Dan memang sgt tepat utk situasi aku tika ini.Thanks J utk msg yg pnjg dan sentiasa mengingatkan diri ini..Menguatkan lagi perjalanan diri ku ini.. Masa konvo ari tuh, ak ada beli bear pink 4 ekor.Murah jek..Konon-konon nak bagi kat Wani, J, Ebah and CT sebab dorang nih la sahabat ak susah senang di A1-03 dulu..Yang sama-sama kalut menyiapkan asainmen stiap kali tiba hari Jumaat.Yang sama-sama grup diskusi malam sebelum exam shgga ak berjaya dapat FIRST CLASS..Rasa nak berderai air mata bila mengenangkan semua peristiwa perjalanan menuju kejayaan.Rasanya..kalau takde korang, Ejat pun tak sanggup nak stay up study gila-gila especially camaner kita semua carik solution utk soklan estimation and contract tuh.Bnyk sungguh ku rasa..Nak sambung blaja lagi kalau ada sahabat seperti korang yang sudi mengiringi perjalanan ku..Ejat berjaya pada hari ini, bukan atas usaha Ejat semata-mata, tapi atas dorongan dan kekuatan semangat kalian utk menginspirasikan lagi diri Ejat supaya tak leka dan berpegang pada matlamat yang satu...


Malangnya, bear tuh tak sempat nak disampaikan pada Ebah dan CT..Insya allah akan dipos kemudian..Sorry CT n Ebah..Agak ralat jugak kita tak dapat bergambar bersama.Terpaksalah menggunakan bantuan photoshop untuk menunjukkan kita sentiasa berlima walau terpisah jauh...

Oleh itu..layankan aje gambar-gambar masa konvo ari tuh..

Ni la Kak Wa n Hubby..Yang selalu bagi ak n kwn-kwn tumpang tido umah dia..Main masak-masak sokmo.Syiokk..Itula aktiviti yang sebenarnya merapatkan lagi ukhwah kami.

Sebelum berangkat ke UTHM utk sidang konvo guer..

Akhirnya..Ak agak bangga dengan selempang First Class tuh..Mule-mule tgok budak sidang sebelum pake, n ak berase pelik dan jeles.Mesti spesel.Dan ak pakai juga rupenya..Thanks PPA bg selempang aneh-aneh tuh.

Ak n Wani..Thanks a lot Wani..Walau Wani sedey, Wani masih mampu nak bg 'pose' gembira utk tatapan Ejat..
Ak n J..Itula bear ak bli utk sahabat 4 orang nih.Aina kata comey..Huhu..Tak salah pilih..J..Pasnih dan x gado ngan mu doh..Aman la mu..Tp mst ak windu...

Ct n Jat..Ct thanks souvenir ari tuh...Ak doa hg pon bahagia..Kalo leh dgn org bilik depan opis hg pon orait..Heee..

Pn.Sofurah..my luvly PA..Thanks for guidance and guardian..Wil be missing you a lot! Thanks for the A in Solid Mechanic!

Rakan-rakan seperjuangan ku..Tahniah buat semua..Pada yang sambung belajar, selamat berjuang!

Hmm..mesti anda semua tertanya-tanya mana gambar family ak.ekceli ada..tp abah takde..memang tak datang konvo ak pon.Gambar ngan mak an adik-adik ada kat Fadu lagi, dia tak email..Semoga kejayaan ku menjadi inspirasi buat adik-adik tersayang....Itu pasti doa seorang kakak yang mahu adik-adik merasai kegembiraan pada hari ini...Dan tak lupa juga buat supporter ak dari segi moral, emosi dan kewangan..Yang ku sayang selalu..My guardian angel..

Ni la Fadhlullah Rahman...Sorry ye..gambar nih bukan utk dibuat front page kad kawen...Sekadar mempraktikkan teknik fotografi..Terima kasih di atas segala pengorbanan kamu..Luv you.Semoga ada jodoh kita hendaknya...Walaupun kadang-kadang ekau nih jahat dan menyakitkan hati!

**Sorry Ebah tiada gambar kamu...Tidak sempat mahu berfotografikan hari tuh...

Akhir kata dari ku..setinggi penghargaan buat mereka yang sentiasa menyokong dan mendorong daku dalam mengecapi kejayaan pada saat ini.Doa dan harapan kalian amat memberi sejuta makana buat diri insan kerdil bernama Nur-Izzati ini. Yang sebenarnya bermula dari bawah, bermula dari sifar, bermula dari tidak tahu...Khas untuk keluarga dan para pendidik berjiwa mulia. Jika ak tidak terbalas jasa-jasa dan budi kalian, Allah jualah pembalas yang Maha Adil untuk menghadiahi kalian apa yang sepatutnya di anugerahkan...Oleh itu...RAIKAN KEJAYAAN KITA ABADIKAN KENANGAN BERSAMA..