Friday, November 20, 2009

Mingu Terakhir Persekolahan...

Salam...

Tanpa disedari..minggu nih adalah minggu terakhir sesi persekolah 2009 dgn jumlah wajib minggu adalah 42.Dan hari ini adalah...hari terakhir persekolahan bersamaan dgn 20 November 2009.Sebenarnya, ada satu catatan rasmi di sebalik tarikh hari ini.Itu..biarlah semuanya rahsia kerana..terlalu privasi untuk dikongsikan...Smile=)

Ak juga mengakui bahawa...minggu ini semua org yg ada kt sekolah tuh adalah mencapai kategori sibuk yang maksimum sehingga jika semua orang tidak berpegang kepada kesabaran, maka berantakanlah kami semua yang ada.

Dari Perancangan Strategik hinggalah perancangan Takwim 2010 sekolah..Dan yang paling terkini adalah serahan tugas rasmi dan peralatan yg telah dipinjam dari Kementerian Pelajaran Malaysia.Juga minggu ini, ak menyaksikan suasana yg dulu pernah ak alami...saat bersedih memohon kemaafan dan penghalalan ilmu yang dituntut dari para pendidik berjiwa mulia..yang tak pernah rasa jemu mencurah jasa. Biarpun seorang PK 1, sampai la ke guru akademik biasa...semua rasa bertanggungjawab untuk sama-sama merasa perjuangan anak didik tercinta di medan peperiksaan SPM.

Ak...dapat tugas baru selain menyelaraskan Perancangan Strategik, Operasi dan Taktikal sekolah.Satu pengalaman baru kerana di beri kepercayaan untuk menjadi antara tonggak utama menetapkan perancangan sekolah versi 2010-2014..dan yang paling penting, tidak melakukan sebarang kesilapan dalam pembinaan Takwim 2010 SMA DATA. Bermula sesi persekolahan tahun depan..ak adalah Penyelaras PPSMI.Segala kije berkaitan Laptop dan LCD PPSMI, ak yang jaga seperti mendaftarkan semua aset alih tersebut. Nak bukak peti besi yg simpan sume barang tuh pun, hanya ak yg tahu kod rahsianya..Hehe...Agak sibuk, namun jika yakin boleh melakukannnya secara terancang..pasti membuahkan hasil yang positif.Mesti teguh matlamat dan pendirian. Dalam pada merangka-rangka...terfikir-fikir juga ak untuk membantu menaikkan gred purata mata pelajaran subjek KHB.Hmmm..untuk Form 1 jek ak tgok resultnye..hampir keseluruhan pelajar adalah gagal dan subjek KHB juga memberi impak yang besar dlm penetapan peratus keseluruhan pelajar.Tahun depan..mesti buat sesuatu..Dan ak dah belajar untuk mengorbankan keselesaan dan kesenangan jika ingin membantu merek yang ak xpasti apa kelemahannya....Insya Allah ye murid-murid..Jumpe Ustazah Ejat di bengkel KHB.Hehe..

Semalam, baik hati teman Yan di asrama sebab tinggal sorang2 kat umah warden.Biasela..roomate kahwin Sabtu nih kat Raub. Petang tuh lepas settle perancangan Takwin, ak teman Kak Suraya g amek baju die yg dah siap jahit kt Simpang Pertang.Then, die nak bli henset baru.Maka, makin jauhla perjalanan kami, dari Simpang Pertang ke Bahau pula.Tak disangka pula berselisih dengan bas yang membawa pemain bola sepak N9 untuk acara menjulang Piala Malaysia di setiap daerah di N9.So, apa lagi..ak ajak Kak Suraya pegi Padang Majlis Daerah sebab..bukan nk tgok piala tuh..tapi nak tgok suami Rita Rudaini.Pukul 5 petang selesai urusan membeli henset, kitorang trus heading g padang.Wah..meriahnya sambutan.Sambil diiringi lagu khas untuk Skuad Hobin Jang Hobin...Lebih kurang camni la...Hobin Jang Hobin....Hobin Jang Hobin.Yang kelakarnya...pekerja kedai hp yg Kak Suraya beli tuh pemain bola sepak Liga M untuk Melaka.Cuma dah resign sebab dia tak dibayar gaji selama 4 bulan.Sian....Dia pun boleh sebut dan nyanyi Hobin Jang Hobin dengan baik..even he is a Chinese..Bangga ak jadi warga negeri N9 negeri beradat Dagho dan Jang...=).I serve u a few pic to be viewed!

Perancangan Takwim 2010 SMA DATA

Cikgu-cikgu VOGUE SMA DATA..GPK KOKO pun layannnn..

Konvoi Bermotosikal yang mengiringi KL On HOP yang membawa Skuad Hobin Jang Hobin

Pemain-pemain di atas bas..


Piala Kebanggan..Kejayaan.Ramai betul crowd petang tuh nk tgok event nih

Nih la rupe player2 N9 dari jarak dekat.Ekcelli, ak haram jadah xtau sorg pun name dorang kecuali yg ensem2 mcm Aidil Zafuan n Zaquan Adha.Hehe..Gilo!Tp yg ala-ala sedang merenung ke arah camera ku tuh pun ensem gak.Ahakz!

Nih bukti ak g tgok acara tersebut secara tak sengaja.Baru balik skul nih..Cayala!

No comments: