Sunday, September 27, 2009

Event SMK Dato' Mansor..

Salam...
Pada akhir sesi persekolahan, adalah beberapa aktiviti berlangsung di sekolah.Antaranya adalah minggu penutupan Bulan Kemerdekaan.Agak syok sebab de Kuiz Sejarah yg membuatkan ak pon mencube sendiri nak jawab.Membuatkan aku mengingatkan kembali fakta sejarah.Alhamdulillah masih kuat lagi ingatan dan segala ajaran yang para guru perturunkan agar kita mengenali sekaligus mengenangi asal usul kita.Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Pihak sekolah juga ada menjemput Pakar Sejarah Negara, Prof Emiritus Khoo Kay Kim.Aku rase sebelum nih aku tak pernah tau die kecuali hanya sekadar mendengar nama.Info yang amat padat dalam masa yang terhad.Program yang boleh ak u bagi thumb up.

Dan yang paling syok dalam majlis penutupan tuh, nyanyian lagu patriotik.Aku nih memang suke nyanyi gamaknye….

Cikgu cikgi skul ku..

Murid-murid sekolah yg sedang penat berdiri kerana perhimpunan majlis penutupan bulan kemerdekaan..Sian.pose2 pun tp at last duduk juge..

De bnyak lagu patriotik dalam buku nih.Semua student and cikgu wajib ada buku nih.Kitorang nyanyi dengan penuh bersemangat Satu Malaysia.

Pengetua sekolah yg sporting habis..meround-round tengok budak yang x nyanyi..Yang syok tuh die pun nyanyi sebelah budak-budak.Respect giler kat pengetua. Student is still No.1

The next day sekolah pun masih ada event penting sempena Ihya' Ramadhan. Hari tuh sekolah telah dikhabarkan bahawa hari Jumaat is cuti umum.Semua syok la. So blaja pun cam taknak blaja.Nak dijadikan cerita lepas info tuh, Panitia Agama Islam decide nk adakan Majlis Khatam Al-Quran dan mengedar bubur lambuk perlu dijalankan hari tersebut jua. Jadi, sebenarnya budak-budak beragama Islam belajar sekerat hari jek la..Ak jek yang kene masuk kelas jaga budak-budak non-muslim dalam kelas.

Nih la rupe bentuk majlis tersebut..Muka budak-budak yang terlibat sekali tengok cam pengganas.Tapi Alhamdulillah...Al-Quran tetap pegangan dan amalan utama.Ngaji perfect la diorang nih.Akhirnya khatam juga 30 juzuk Al-Quran di bulan Ramadhan.Bagus anak murid.Orang kata DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.Leh di harap bebudak nih..

Pada masa yang sama, majlis penyampaian hadiah sempena beberapa aktiviti dan sedikit seumbangan pada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan juga diadakan.Okey, pic atas nih adalah hadiah buat seorang pelajar orang asli BUKAN ISLAM yang berjaya menamatkan puasa 3 bulan berturut-turut..Rejab, Syaaban and Ramadhan.Aku agak kagum dengan dia.One of my student.Baru aku sedar yang aku mungkin tak sekuat dia..Rasa malu pun ada.Tapi papehal ak bangga la dengan dia nih si Addiq. Hati pun turut sayu tengok anak-anak yatim n kurang mampu menerima sumbangan duit raya n kuih raya.Aku yang tak cukup baju raya sepasang pun dah bising..Jangan fikir kita terlalu susah sebenarnye kerana ada orang yang lebih susah dan memerlukan.Teringat pula pada beberapa rangkap lagu raya Siti Nurhaliza...

Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya

Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang

Bergembira seadanya...Jangan dilupa pada yang tiada apatah lagi yang kurang upaya dari
segi material mahupun fizikal.Sumbangan yang agak memberi keinsafan
pada diri ku..

Dan seusai majlis yang agak sentimental tersebut...Acara mengedar bubur lambuk.Alhamdulillah..ada sesuatu untuk berbuka.Agak banyak tapi mencukupi untuk famili tersayang.Terima kasih ustazah atas pemberian bubur ini.Juga buat Pengetua yang bagi kerepek sempena hari raya buat semua warga pendidik di sekolah tersebut dan semua kakitangan...

Aku dan beberapa orang cikgu GSTT yang agak suke dapat bubur lambuk..Alhamdulillah..Nyumnyum..

Nih dengan student aku yang suke ponteng kelas..tapi bergambo nak..Hampeh jek..

Akhirul kalam..sesungguhnya..pada ketegangan suasana baru aku di sekolah berkenaan, ada aktiviti yang aku boleh jadikan kenangan berharga bersama pelajar dan rakan.Ihya' Ramadhan...Selamat Hari Raya....!!

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya bekas pelajar SMK Datuk Mansor tahun 2004...seronok dapat tengok kembali sekolah saya..

- noctistella

IZXA ULFADH said...

~Noctistella

Sy pun bekas pelajar SMK DM tahun 2001..PMR that year. Alhamdulillah dpt mencurah bakti sekejap di sekolah itu.
Memang banyak pembaharuan..banyak program.
Cikgu-cikgu die la nih memang gigih..