Wednesday, November 25, 2009

Pengembaraan Bermula: Cuti Sekolah dan Musim Perkahwinan

Cuti sekolah dah bermula. Ramai ibu bapa pasti dah mula merancang aktiviti anak-anak mereka.Ayat sebegini rupa sering dicoretkan bagi memulakan bait-bait perenggan yang akan menceritakan tentang perjalanan suasana cuti sekolah buat yang tidak sabar menantikannya. Namun, pada penilaian ak untuk cuti sekolah versi tahun ini, banyak rancangan yang harus dilupakan memandangkan cuaca di dalam negara yang tidak menentu.Kalau menjelajah ke Utara Semenanjung pun seperti tidak bererti, ke Pantai Timur..Ops Payung la jawabnya. Yang sedang menduduki SPM sendiri pun terpaksa mengaharung pahit getir meredah banjir dan kebasahan.Kesian....

Teringat sewaktu zaman pengajian di KUITTHO yang suatu ketika dulu, pernah menjadi sejarah, Johor merupakan negeri yang agak teruk dilanda banjir. Sehinggakan universiti sendiri terpaksa mengisytiharkan cuti darurat kerana memang tidak boleh diadakan kelas akibat air yang naik mendadak.Ak sendiri berpengalaman manis mengharung banjir bersama rakan-rakan seperjuangan, naik trak SMART dan TDM.Berbaju kurung ke kuliah (biasala cikgu-cikgi) namun, alas kakinya hanyalah selipar yang tahan tak kembang kerana air.Of course la mesti tak ayu. Jalan-jalan disekeliling kampus pun dah tak nampak kerana air sehinggakan Pengawal Keselamatan bukan lah menjaga keselamatan, sebaliknya menjadi GPS nak bagitahu, ini jalan atau longkang.Selamat atau tidak untuk melangkah dan yang seangkatan dengannya.Tapi ini kategori keselamatan la jugakan...

Ak yang tinggal d N9 pun merasa sejuk yang amat tak kira waktu pagi, petang atau malam seperti berada di Cameron Highland (kadang-kadang tak mandi petang la jugak) kerana suhu luar yang agak nyaman dan kadang-kadang kedinginan.Nak ganti puasa time nih pun agak best kerana tak berasa haus, dan waktu berbuka pun agak cepat berbanding di bulan Ramadhan yang sebenar.

Cuti sekolah jugak ramai yang melansungkan perkahwinan.Of course..untuk jemputan ak saja, sampai dh xtau nk pegi yang mana.Mungkin bukan sekadar sukar membuat pilihan, tapi kekangan kewangan juga menghalang ak untuk memenuhi undangan kawan-kawan. Yang rimasnya, terpaksa meredah lumpur dan lecah untuk memeriahkan majlis. Makan pun terpaksa menyinsing kain.Kasut...mesti la terpalit barang segaris lumpur.Tapi xpe, as long as kawan-kawan gembira kita meraikannya, itu dah cukup memadai.Sayang juga, ak agak kecewa kerana satu peristiwa, ak x dapat menghadirkan diri di Majlis Perkahwinan Kak Zila, one of a teacher n SMA DATA. Majlis di adakan di Raub.Bengang sungguh ak dengan F_ _ _ _ _ _ _ _ _.Rasa sangat nak menangis.Sehingga macam-macam mesej sumpah seranah ak hantar kat dia. Emosi la katakan.Kerana keinginan ak pada ketika itu dipengaruhi oleh emosi excited nak datang ke Raub, dan bila xjd, of course la kehampaan terbawa-bawa di dalam hati. Mule2 plan, nak pegi Triang dulu kenduri rumah sahabat kepada F.Then, if secepat mungkin kita sampai, we both plan nak trus heading ke Raub, kenduri lagi satu. Tapi, kalau dh geraknya kul 2 dr Bandar Seri Jempol, agak-agak korang la kan....Boleh tak sampai Raub tuh dapat tgok pengantin dgn costumenya????Bolehla kita fikir kan sama-sama ek..Kes akan menjadi terpencil seandainya ak ada memiliki sebuah helikopter.=)

Anyway, walaupun marah dengan F, tapi ak telah diredakan dgn ketabahan hatinya melayan karenah ak yang agak xbrape nak betul hari tuh.TQVM..Thanx alotta!!Sesungguhnya, diri ini amat menghargai anda kerana sanggup bersusah payah untuk memuaskan segala kehendak hati batu ak nih.Persoalannya juga, ak dan dia rajin betul nak attend jemputan, yang diri sendiri punye.....tak masuk lagi dalam rancangan tahunan..Hmmm..apa nak jadi la.Semoga, Allah membuka jalan rezeki buat kami, memanjangkan jodoh kami, dan akhirnya dapat juga membina impian bersama seperti rakan-rakan yang dah selamat membina masjid kerana Allah.....

Berharap dalam masa terdekat, ak pula yang akan menerima ucapan...SELAMAT BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT....Doakan!!!Kepada yang akan melansungkan perkahwinan, sesungguhnya seribu doa ak kirimkan untuk kebahagiaan kalian..Aminnnn..

No comments: