Walau kadang-kadang ada perkara merajukkan hati ini.
Dari satu bidang ke bidang engkau telah beralih arah.
Mengajar..mengurus..dan Insya Allah bermula 18.07.2011 sampailah kamu ke bidang pilihan dan kesukaan kamu.
Dari Guru KAFA di sebuah kampung kecil dan terpencil di hujung Negeri Sembilan, kamu melangkah gagah dan berani ke bidang pengurusan mengurus sebuah pusat yang dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat, Pusat Jalur Lebar Komuniti yang kalau dilihat dari tepi jalan ketika membawa kereta dengan laju, pasti akan terlepas simpang masuk ke pusat ini.
Tahniah sekali lagi sebab akhirnya impian nk berada di dalam suasana kampus berjaya juga dicapai.
Akhirnya 4 tahun ilmu pengetahuan kamu dalam bidang Sains Bioteknologi melayakkan kamu ke kluster Bioteknologi sebagai seorang Science Officer yg kiranya nk bagi faham orang kampung bila mereka bertanya...'Suami kamu kije mende???"...Maka sudah tentulah jawapan aku:" SAINTIS". Senang. Tak perlu aku hurai dengan lebih lanjut.
Dalam tahniah ada juga takziah buat aku dan kamu.
Selamat BERJAUHAN suami.
Kita akan mula jadi weekend husband and wife nampaknya.
Doa aku sebagai isterimu mulai saat ini adalah, bila keluar saja sistem atas talian permohonan pertukaran guru iaitu e-Gtukar itu, maka aku akan isi selengkap dan penuh syahdu lalu mempengaruhi Pengetua untuk MENYOKONG PENUH perpindahan aku. Tolonglah Tuhan.
Ada orang dh ajar aku ayat-ayat puitis yang sesuai: Mengikut suami dan agar senang dalam usaha membina keluarga.Waduhhhh...Bikin gawat nih!Hopefully aku orang-orang terpinggir di hati Pengetua. Nk doa kehadiran aku atau kepergian aku dr sekolah itu satu perkara biasa-biasa saja.
Wah...tak sabarnya membina kehidupan di kawasan berhampiran Bukit Gambang Waterpark tuh.
Baru melonjak-lonjak hati dan keinginan rakan-rakan di SMA DATA dengan adanya 'homestay' ciptaan aku di situ.
Oh...sebut jek mengenai BGRC...minggu lepas baru aku ke sana sempena ketiaadaan air di asrama dan rumah aku. Terus cari tempat paling banyak air. Haaa..amek kau! Seronok giler smpi malam tuh bile balik aku ngigau kene kacau dengan hantu air.
Pasangan suami-isteri yang kuat makan. Ini buktinya.... |
Jauh.
Memang jauh.
Jadi aku dan kamu belajar-belajar lah jauh.
Jangan selalu rindu aku.
Sebab aku takut takde masa nk ingat kamu (ayat ini cuba nak menipu hati ini). Maklumlah GC SMADATA.
Akhir kata...Selamat menjalani kehidupan sebagai weekend husband and wife.
Kita jauh dari segi fizikal unit S.I nya. Tp secara biologi dan kimianya....sentiasa di hati dan yg lebih dahsyat ada di setiap alveolus maksudnya dalam setiap helaan nafas ini...Amiin.
Selamat berjuang.
2 comments:
Sedey-sedey
ciannye meq jat..sabar ye...sm2 r kt doa spy dpt tkr...insyaAllah..aminnn
Post a Comment