Friday, July 29, 2011

Pengamatan

Lama betul yek aku tinggalkan update latest entry pasal nk search cari maklumat pemakanan. Kini kembali menulis.
Tapi bukan cara pemakanan utk menajamkan akal.

Juz wanna post out kehairanan.
Melihat sesetengah orang yang begitu taksub akan suatu perkara.
Excited terlebih sampai lupa pada anak bini dan seumpamanya.

Berlaku di depan mata sendiri lalu neuron-neuron otak aku bergabung untuk memberi komentar.
Sepasang suami isteri. Duduk berjauhan.
Jumpe seminggu sekali..(aiii...macam situasi aku la sekarang nih).
Last night, si suami tengok bola. Malaysia kalah. Bukan kalah pun sebenarnya kalo mengikut pendapat aku. tp cume takde rezeki nk ke pusingan seterusnya.(Ayat nk sedapkan ati sume peminat dan player-player).
Si suami call isteri, dengan nada suara yg langsung tak meromantikkan. Kita boleh tahu bunyi kekecewaan dr intonasi tersebut. Persoalannya, kenapa kekecewaan seumpama itu dibiaskan pd seorang yg disayangi apatah lagi yg jarang dijumpai???
Ish...ish..manusia nih. Mudah sangat lupa pd hakikat.

Pengamatan kedua dari kes tadi.
Udah lah berjumpa sekian seminggu sekali, bila jumpa sekali sekala nih pun tidak dapat dimanfaatkan secara berkualiti utk keluarga.
Takde langsung rasa excited nk jumpa anak bini...
Tengok bola, kemain excited. Pukul 2 dh terpacak kt pintu stadium.
Alkisah.....Tp nk balik jumpe isteri hujung minggu, perghhh...sanggup bertangguh.Sanggup just spend masa tak sampai 24 jam. Bayangkanlah Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Ada jugak ek jenis manusia begini.

Tapi aku, kalau tak dikenang-kenang ada program Puteriku Gemilang kt sekolah hari nih, pukul 12.29 aku nk terpacak kot kt depan punch card sebab nk rushing balik Kuantan.

Manusia bukan sama semua matlamat dan caranya.
Tp, kenapa masih ada yg tak menghargai apa yg disayang selama nih. Sebaliknya mengutamakan perkara lain yg sebenarnya hanya mendatangkan kadang-kadang kegembiraan, kadang-kadang kekecewaan. Langsung tak dicari kebahagiaan. Mungkin nk suruh orang yg kita sayang tuh mati dulu kot baru la beriya balik sehingga nk pecut 240km/j.

Benarlah kata pujangga....Kita akan hargai sesuatu yg kita sayang, bila dia hilang...bila dia bukan milik kita lagi, bila dia pergi dan bila dia dh takde di sisi.

Ya Allah...jauhkan aku dr sifat seperti itu.
Kekalkan rasa kasih ku di dalam hati ini.
Kekalkan kebahagiaan dlm diri kami...
Amiin..

No comments: