Sekarang ada di Kuantan.
Harus ikut suami even terpaksa ambil cuti lalu menyedikitkan bilangan hari yang layak bercuti.
Sebab kalau boleh seminggu yang tersisa nih tak nak berpisah dulu ngan suami.
Nak ikut jek ke mana pergi.
Mengade sungguh.
Jam menunjukkan pukul 1.15 pagi waktu tempatan.
Kalau ikutkan, MALAM MASIH MUDA.
Namun bg hamba yang umpama kais pagi, makan pagi ini waktu ini dah cukup lelah bg aku membuntangkan mata memerhati alam sekeliling. Kat dalam umah pun dah sayup-sayup mata berkedip inikan pula alam sekeliling ye tak???
Sedang dipaksa menahan mengantuk.
Kerana dipaksa oleh suami lengkapkan form penerimaan jawatan beliau.
Perghhh..berlagak betul muka suami. Suka la dapat kije idaman.
Pening dan ngantuk bercampur baur.
Namun, dihiburkan dengan dendangan lagu Yang Penting Happy (search la sendirik)....
"Suka-suka...joget dipinggir jalan".....Layan jek la..
Teringat-ingat ayat suami di blog beliau.
ALLAH tidak pernah menipu hamba-Nya.
Dalam Jun dan Julai tak putus-putus suami dilimpahkan rezeki.
Sampai hampir jadi buta hati tak tahu memilih.
Bayangkanlah sume offer kije die datang serentak selang dalam seminggu antara satu sama lain tuh.
Bile time takde, memang takde sungguh.
Yang penting adalah DOA dan KESABARAN.
Kunci utama dalam mendapatkan limpahan seumpama ini.
Dan sekaligus aku kuatkan hati..DOA+SABAR untuk menanti kegembiraan lain dengan kegagalan usaha-usaha lepas.
Ilitizam diri ini untuk Julai, menjayakan semua program sekolah yang dipertanggungjawab kepada aku dengan sesempurna mungkin.
Esok disytiharkan aku bercuti.
Pengetua aku tetiba macam baik.
Bukan CRK. Tp die bg aku emergency..yakni isi form merah. Perghh...gila memahami. Takut ada udang disebalik mee. Tak bagi aku pindah lak nanti. Hampagas betul la.
Kau Yang Mampu...
No comments:
Post a Comment