Monday, March 7, 2011

Sekitar Majlis Bertandang di Kuantan

First introduction...Layan dulu pic-pic sekitar Majlis Bertandang/Menyambut Menantu di sebelah suami di Kuantan pada 5 Mac yang lalu. Ada yang gembira, ada yang aku sedih tapi aku terima dalam redha....

Pose bersama adik-adir ipar ku: Dari kiri Seha dan yang paling kanan Dek Nah, thanx to both of you....
Gambar sebelum memasuki Dewan Majlis.See takde pun nk sediakan aku payung ke kipas ke.Aku panas, mekap pun cair..Aku sedih tapi aku redha. Miscommunication....

Perkara-perkara yang berlaku sebelum dan sepanjang majlis mengikut pengamatan aku adalah sedih/kelakar/serabut/gembira:

1)Baju suami aku firstly memang teruk giler disediakan oleh Mak Andam. Bukan salah mak aku. Aku tahu dia dh pilih the best utk anak dia. Logik tak jawapan mak andam itu adalah, kami xdapat cari baju inner ala-ala singlet tuh kaler silver. Ada ke nk suh laki aku pake suit baju melayu penuh sebelum pake kot luar tuh. Baju kaler ungu, suar kaler silver.Logik???? Malam tuh juga aku g suh mak andam tukar full suit ungu utk si suami. Sedih la nape ada orang tak series buat kerja nih. Tolongla...kita bukan nak free. Nape tak terfikir nak hepikan hati orang. Kadang-kadang terharu bile adik ipar cakap..Kak decide btol-btol, nanti xleh tido malam. Tapi aku redha bila fikir susah payah mak and adik-adik kat Kuantan.

2) Mekap: tak sampai 15 minit dh siap. Perghhh..mekap mende tuh. That's why aku rase diri aku semasa di sana adalah kurang menyerlah. Rase muka aku mekap ala-ala nk pi kije harap ade bulu mata palsu jek. Cheh!

3)Kesian kepada Fotographer daku. Ketika nk berangkat ke dewan and snap pic aku di permulaan event, kunci kereta dia patah maka tak dapat bawa kereta. Bayangkan betapa sedihnya beliau. Sabar ya Abg Afro. Like You!

4) Nenek dan Mak Ngah aku dr Jerantut naik bas. Ramai orang nk menjemputnya, tapi gagal menemui nenek. Rupenya dh kena kidnap dengan Pakcik aku yang kt Chini tanpa dihubunginya kami yang lain. Maka huru hara la sampai Liyeh pun dh ala-ala prebet sapu, mencari orang/pelanggan.

5)Bila sampai dewan Mak Andam sekali lagi memperkotak-katikkan aku dengan membiarkan kami terkontang-kanting tak tahu nak buat apa. Bengang! Tapi aku redha demi family terchenta.

6) Kami kena saman parking beramai-ramai. Yes RM5 jek dalam masa 14 hari. Terima kasih. Hadiah buat pengantin dari Majlis Perbandaran Kuantan.

7) Ekceli banyak mende Mak Andam buat spoil ngan aku hari tuh, tapi bile ingat dia sakit dan sedang menjalani kimoterapi..aku redha sekali lagi.

8) Yang gembira??Alhamdulillah semua makanan habis menunjukkan keramaian orang yg datang. Doorgift pun xde yang ketinggalan meninggalkan sisa-sisa. Sume selamat diberi pada tetamu.

9) Photoshoot sunset, sangat seronok sebab ade amek gambar sambil makan aiskrim...Hehehe.

10)Sesi membuka hadiah. Hadiah kt Kuantan banyak berunsurkan alat-alat elektrik. Alhamdulillah. Lagi suke bila dapat mende ini:
Memang dari dulu nk ade external. Sebelum tunang lagi. Kalau pergi Low Yat tuh selalu merengek dan mende ini. Terus dapat yg 500GB. Suke...

11) Lagi suke bila membuka pembalut dan.......gembira tidak terkata melihat perkataan yg tertera pd kotak.Jeng..jeng..jeng...

Ingat lagi masa kemas-kemas barang nk balik Kuantan, bincang-bincang dengan hubby nk beli TV LCD ada HDMI sbb nk main XBOX sama-sama. TV kat umah sementara nih kawan punya. Sanggup nk kuar duit simpanan kecemasan kami. Rezeki. Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan.


Dan malangnya...sekarang jam menunjukkan jam pukul 2 pagi, tapi suami tengah dok syok men game kat hall dengan penuh keseronokan ber TV baru. Geram.....Tapi aku redha sbb sayang..Hmmmm...

Thanx a lot kepada semua yang hadir dan yang dengan ikhlas memberi hadiah-hadiah ini. Thanx kpd kawan-kawan UTHM yang amat bermakna dlm hidup. Sangat bermakna dengan kehadiran kalian. Juga kepada ahli keluarga tercinta..Maafkan kekhilafan sepanjang majlis berlangsung. Juga pada family N9, maaf tak dapat entertain sepenuhnya kalian. Anyway, luve you all! Muah...

12) Oops..lupe nk tambah satu lagi perkara yang macam kesian tapi kelakar giler. Kak Su beriye-iye nk tengok aku mekap nk berarak sekali dengan family belah aku, sekali tengah nk tukar baju, tengok-tengok kain baju berkenaan tidak dibawanya. Hanya lah baju. Miahahaha...Mesti die nk kata aku 'SYAITON' bile tahu kegelakan aku ini. Tapi, sweet sangat bila dia pergi bali baju baru utk attend wedding ini. Thnx Kak Su dan Liyeh yang sangat-sangat membantu. Kami (iaitu aku dan Fadu) berjanji akan all out utk majlis ko plak nanti yer....=)

Waaarghhhh..mahu tidur. Esok sehingga Khamis bertugas di Kejohanan Trek dan Padang MSSDJ. Jadi Hakim Penamat lorr...Harus sepanjang hari di padang kan???

1 comment:

SurayaHarris said...

Miahahhaaa.aku dah hagak cik epa akan memberitahu kome kome di bilik persalinan itew..
tapi takpe, baju cantik dan ikiut tema pepel jugak..hehehe...

Thanks ijat utk mjalis yang tiba2 akak duduk meja VIP dan makan sebelah Dato yang redha tgk akak bergambar dengan shooami..hahaha..Sumpah kalau tau dia Dato, I behave sikit..hehe

bagus dpt tv HD, nanti boleh la kak su menumpan men game dr jarak jauh..haha