Tuesday, March 29, 2011

Gud Luck Suami

Sekarang makin kurang masa nk hapdet blog. Fokus betul pd tugas dan komitmen di sekolah. Minggu nih minggu kebizian di sekolah. Isnin dan Selasa sekolah jd Tuan Rumah utk Bola Baling Daerah. Rabu Mesyuarat PIBG. Khamis Post-Mortem SPM. Banyak betul dokumen aku kena siapkan lately. Dh 3 malam tidur pukul 2 pagi. Pagi nih ada sedikit rasa lain dalam hati. Suami nk balik Kuantan la sebab esok dia ada interbiu CEKGU di SPA Pahang. Gud Luck ye sayang! Fa harusla success kan. Lagi-lagi ada pengalaman mengajar. Kita pun dh plan. Fa mesti jadi cikgu supaya kita ada cuti yang sama. Boleh travel dan melancong sama-sama. Mesti buat yang terbaik. Believe in you dear.

So malam ini, tidur sensorang la. Macam tak biasa plak. That's why la pagi-pagi ini macam ada sedikit rasa kelainan. Hmmm...tak dapat bayangkan kalau berjauhan nanti utk satu tempoh yg agak lama. Macam saya belum cukup ampuh nk melalui hari-hari mendatang sendirian. Semoga Allah memberi kekuatan dan kekalkan kebahagiaan kami.

Semalam bangun dari tidur petang tangan rasa sakit sangat sampai harus ditampung oleh sesuatu. (macam tak betul jek ayat aku) Sakitnya macam sakit ketika berkayak di Kuala Rompin dulu. Sakit yang perlu ada bantuan orang tolong pimpin tangan saya. Jadi saya nangis kuat-kuat nk tarik perhatian suami yang masa tuh merajuk nk makan rojak. So sweetttttt..lari-lari bawak minyak dan urutkan yg akhirnya sembuh.

Bila malam menjelma, sebelah kiri lak sakit. Mata dah tertutup. Tapi tangan rasa berdenyut-denyut. So, suami tolong urutkan sambil tidur dan akhirnya tak sedarkan diri masing-masing sehingga pagi. Betapa tinggi kebergantungan saya pada suami. Saya memang ada masalah tulang di bahagian tangan. Sekarang tengah fikir, siapa nk urutkan lagi kalau kami jauh???????

No comments: