Wednesday, March 30, 2011

Rasa Takde Kerja Jek Aku

Malam ini kembali menulis.
Malam ye tuan-tuan dan puan-puan.
Kebizian melanda disiang hari tapi Alhamdulillah semua kerja dh setel cume ada a few things need to make a few correction.
Dan of course bila menjelang esok kembali bizi coz de meeting anjuran Unit aku iaitu Post Mortem SPM.

Suami, dh de balik di sisin saya.
Alhamdulillah tiba dengan selamat.
Tapi demam la pula.
Kesian kat dia. Pe yg aku boleh tolong???
Ada la bekalan Panadol and ubat selsema.
Harap dapat membantu insan tersayang kebah dalam masa yg singkat.

Minggu ini agak suke sangat sebab nk travel pegi T'ganu.
Nk tengok adik ipar konvo di Taman Tamadun Islam.
Syoknya...Lalalalala..Tp belum ada di fikiran nk beli itu dan ini.
Skang xde keinginan pun.

Okey, berbalik kpd tajuk entry ini, actually kesimpulan yg dapat dibuat adalah apabila kita merancang kerja dengan baik dan terurus apatah lagi apabila dibantu dengan sebuah printer laser yg sangat berjasa hasil pengorbanan RM250, maka kuranglah stress kita dlm melaksanakan tugas sunat di sekolah. Malahan lawa dan memuaskan hati semua orang lagi.

Jadi lepas nih, harus ada perancangan. Kalau kita tahu kita nk travel jauh, nk cuti pada minggu hadapan sambil tak nak menyusahkan orang, maka sediakanlah jadual kerja kita so kita akan tahu apa yg penting segera dan apa yg penting tapi tak segera. Fahimtum?????

So, that's why skang tengah masih stay up sebab....perlu ada kekuatan utk menyiapkan Buku Rekod Mengajar yang harus dihantar Jumaat ini supaya aku dapat berjalan dengan tenang. Hahahahaha....bahagianya rasa spt rajah di bawah:

.

Tuesday, March 29, 2011

Gud Luck Suami

Sekarang makin kurang masa nk hapdet blog. Fokus betul pd tugas dan komitmen di sekolah. Minggu nih minggu kebizian di sekolah. Isnin dan Selasa sekolah jd Tuan Rumah utk Bola Baling Daerah. Rabu Mesyuarat PIBG. Khamis Post-Mortem SPM. Banyak betul dokumen aku kena siapkan lately. Dh 3 malam tidur pukul 2 pagi. Pagi nih ada sedikit rasa lain dalam hati. Suami nk balik Kuantan la sebab esok dia ada interbiu CEKGU di SPA Pahang. Gud Luck ye sayang! Fa harusla success kan. Lagi-lagi ada pengalaman mengajar. Kita pun dh plan. Fa mesti jadi cikgu supaya kita ada cuti yang sama. Boleh travel dan melancong sama-sama. Mesti buat yang terbaik. Believe in you dear.

So malam ini, tidur sensorang la. Macam tak biasa plak. That's why la pagi-pagi ini macam ada sedikit rasa kelainan. Hmmm...tak dapat bayangkan kalau berjauhan nanti utk satu tempoh yg agak lama. Macam saya belum cukup ampuh nk melalui hari-hari mendatang sendirian. Semoga Allah memberi kekuatan dan kekalkan kebahagiaan kami.

Semalam bangun dari tidur petang tangan rasa sakit sangat sampai harus ditampung oleh sesuatu. (macam tak betul jek ayat aku) Sakitnya macam sakit ketika berkayak di Kuala Rompin dulu. Sakit yang perlu ada bantuan orang tolong pimpin tangan saya. Jadi saya nangis kuat-kuat nk tarik perhatian suami yang masa tuh merajuk nk makan rojak. So sweetttttt..lari-lari bawak minyak dan urutkan yg akhirnya sembuh.

Bila malam menjelma, sebelah kiri lak sakit. Mata dah tertutup. Tapi tangan rasa berdenyut-denyut. So, suami tolong urutkan sambil tidur dan akhirnya tak sedarkan diri masing-masing sehingga pagi. Betapa tinggi kebergantungan saya pada suami. Saya memang ada masalah tulang di bahagian tangan. Sekarang tengah fikir, siapa nk urutkan lagi kalau kami jauh???????

Thursday, March 24, 2011

Well Done Dear!

Salam. Hye ollz. Dah lama nya tak hapdet blog. Bizi bukan main lg aku yek. Tak tahu la sebab apa tak ada masa sangat sekarang ini.

As everyone knows, semalam keputusan SPM 2010 telah diumumkan.
Ketika sedang ada P&P, saya (sebagai seorang SUP SPM) telah dihubungi oleh Pengetua yang ambil result tersebut. First call, apa yg keluar dr mulut beliau ialah "Thniah Ejat atas kejayaan subjek Sains yang membanggakan". Lalu panggil saya turun ke bilik beliau dengan segera. Bagi pelajar kerja dan tingglkan sebentar. Lagipun hanya ada lagi 5 minit lagi utk habis kelas. Tak pe la kot.

Then, Pengetua menyerahkan analisa peperiksaan dengan suara penuh ketar krn terlalu gembira. Saya terus menerpa mata ke arah subjek di ajar saya. Ya Allah, terharu rasa nak nangih. Dapat 100% lulus dengan GPMP 3.43.Setanding dengan subjek BM. Dan student saya yg dapat A ada 11 orang dr 31 orang calon. Suke tidak terhingga. Senyum sampai ke telinga.
Rasa suka sangat semalam. Sebab saya first posting terus diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab besar membawa pelajar-pelajar saya ke kecemerlangan ini. Dengan datang sebagai guru bukan opsyen utk subjek berkenaan, saya dh berjaya mengeksperimenkan student SPM 2010 dengan rekod paling cemerlang Sains setakat ini. Alhamdulillah.
So tahun ini, cabaran bertambah berat krn perlu mengekalkan kecemerlangan. Harap sayadiberi kekuatan. Diberi kreativiti utk membantu pelajar-pelajar tahun ini.

To all SPM 2010 candidates, tahniah atas usaha yang tidak berbelah bahagi ini dan hadiah perkahwinan cikgu yang lebih bermakna dr LCD TV itu.. Bangga sangat dengan korang. Selamat Maju Jaya utk perjalanan hidup akan datang dan saya doakan yg cemerlang buat kalian semua.....Luv You.


Wednesday, March 16, 2011

Hairan Sungguh...

Pehal la aku laki bini sejak dua tiga menjak asyik sangat tidur lambat.
Bukan buat apa pun, sorang men XBOX aku dok layan internet ni ha..
Kije memang xpayah cakap la. Berlambak!
Minit Mesyuarat Agung Alumni dh menyeru-nyeru minta disiapkan lalu diemel kpd En.Suhaimi.
Sungguh tidak bermood.

Apatah lagi bila ada satu kejadian hairan berlaku sebentar tadi.
Lagi aku takde mood.
Pen 3 batang, 3 colour aku hilang entah ke mana.
Hari Ahad hari tuh aku ade beli pen dekat Seremban.
Kaler itam, biru dan merah
Semua gel pen. Konon-konon nk buat Buku Rekod Mengajar sementara sebab pencil box aku dengan isi-isi dalamnya tertinggal kat Kuantan.
Kalau xde pen, xbeli pen, alamat buku aku memang xberekod la.

Baru guna sekali waktu slot aku masa Perkampunga Ilmu semalam.
Dengan yakin rasa dh masukkan sekali dalam beg pergi pasar aku yg aku sumbatkan sekali fail SPM.
Confidence spt sediakalan sehingga la ke Maghrib tadi sebelum aku ke kelas malam ini, didapati bahawa pen tersebut tiada!

Kecewa giler.
Dekat dalam kelas xboleh concentrate sbb terasa eksaited sangat nk carik pen di rumah.
Walaupun agak kurang fokus dan eksaited yg menggiler, aku tetap habis kan kelas on time. Nanti jadi rasuah pulak ye x???

Balik tuh seluruh pelosok rumah aku geledah, tetap xjumpe.
Kecewa kali kedua sehingga saat ini aku pening kepala.
Tp, aku dh pow suami aku. Walaupun bukan dia yg buat hilang.
Ganti balik pen aku yg hilang. 2 daripada 3 pen itu harganya RM1.70 sebatang yg lagi sebatang tuh RM0.80.
Hehe..Ntah ape-ape ntah.
Aku pun heran ngan sikap aku yg aneh nih.
Buat macam ni supaya tak sangat rasa terkilan.

Bijak..bijak.
Tak sabar nk esok.
Nak beli pen baru.

Kawan-kawan, inilah rupe pen yg hilang tuh. Terkilan..terkilan. Tolonglah bagi hadiah pen macam ini. Saya tak puas guna lagi!Tak suka ada rasa macam ini.

Tuesday, March 15, 2011

Tinggal Dalam List

Hari ini walaupun program perkampungan ilmu masih 'ON' di sekolah tuh, tp aku xduty. Malam kang baru akan turun gelanggang utk ganti kelas tuisyen RISDA.
So, malam-malam tadi dah ada buat To-Do-List utk hari ini.

Nak dijadikan stori, kami suami isteri terbangun lambat, maka Subuh pun lambat.
Jadi bila dh lambat, semua yg dirancang hanya tinggal dalam list.
Kecewa dan hampa.

Nak tahu apa saya nk buat hari ini:

1)Nk pegi pasar beli ayam coz ari nih plan nk masak sup ayam.
2)Nk kemas rumah, nk mop lantai dan segalanya yg perlu dilap.
3)Nk tanda paper Form 5
4)Nk filing dokumen SPM
6)Nk buat rekod mengajar last week sbb hari tuh bizi olahraga
7)Nk masukkan hadiah-hadiah kawen dlm bilik khas
8)Nk pergi skolah utk registration SPM candidate
9)Nk sidai kain di awal pagi
10)Nk buat survey belia Malaysia

Banyak kan?
Tp, bila kite gagal melaksanakan apa yg telah dirancang....Maka gagal la kita utk plan-plan seterusnya.

Lg, yg aku gagal....Nk pergi Klawang nk uruskan hal kewangan dan nk cari puncher.
Waa....puncher itu penting. Aku baru nk cemerlang buat file sbb dh de printer laser jet yg baru. Hampeh belaka!
Should I return back to the last night dream and start again the plan from beginning?
Sepatutnya harus.
Tp, masa itu umpama pedang.
Hargai masa Izzati.
See, kamu sudah terhunus dengannya.
Rasakan!

Monday, March 14, 2011

Ketagihan

Alhamdulillah..dh cuti sekolah. Ada masa kemas rumah, ada masa bangun lewat dan seminggu ini ada program di sekolah. Ada slot untuk aku dan pelajar. Belum berkesempatan balik ke kampung lagi ini.Fuhhh...

Bila ada masa lebih ada perkara yg aku tak patut buat sangat tapi aku buat.
Bermain game. Sekarang waktu menunjukkan jam 3.00 pagi. Stop bermain utk blogging.
Tadi ada tournament Vancouver 2010 dengan suami. Aii...ketagihan betul aku main game ski tuh.
Petang tadi lepas wedding ke Linda sanggup ke Seremban nak cari game summer athletic. Oh....baru aku tahu, aku minat sports game lagi-lagi kalau Track & Field. Tapi malangnya tiada di Terminal One. Lain yg aku beli. Cheh!

Main game memang buat orang addicted sanggup bersengkang mata kan. Lagi-lagi kemaruk mensyukuri kenikmatan sebuah TV LCD, hadiah perkahwinan yg bermakna.
Aku pun dh mula dijangkiti. Tapi cepat berputus asa. Tak pandai sangat control controller nampaknya. Harus cuba bersendirian selepas ini tanpa guideline.

Petang tadi Kak Su ada cakap mens are good in navigation and controlling something. That's why lelaki memang lebih layak bermain game, lebih sesuai memandu kereta. Hmmm...betul jugak kan. Memang lelaki mudah dan cepat belajar. Cuba sikit game training, semua akan jadi okay dan juara la...
Aku jek yg give up......

Apakah game yg sesuai utk aku main buat masa ini kawan-kawan?
Game masak-masak cake kot????

Suami...
Wah..kemain kamu yek. Tadi drive dr Seremban gaya mengantuk giler, sampai rumah bila on jek XBOX, sampai skang tak berhenti-henti yek..
Aku..harus tidur awal.
Esok akan ada latih tubi KHB utk Form 3. Jadi harus ke sekolah lebih awal bagi memfotostat segala bahan. Macam boring jek dengar nye kan...Tp, aku kan yg menurut perintah......

Monday, March 7, 2011

Sekitar Majlis Bertandang di Kuantan

First introduction...Layan dulu pic-pic sekitar Majlis Bertandang/Menyambut Menantu di sebelah suami di Kuantan pada 5 Mac yang lalu. Ada yang gembira, ada yang aku sedih tapi aku terima dalam redha....

Pose bersama adik-adir ipar ku: Dari kiri Seha dan yang paling kanan Dek Nah, thanx to both of you....
Gambar sebelum memasuki Dewan Majlis.See takde pun nk sediakan aku payung ke kipas ke.Aku panas, mekap pun cair..Aku sedih tapi aku redha. Miscommunication....

Perkara-perkara yang berlaku sebelum dan sepanjang majlis mengikut pengamatan aku adalah sedih/kelakar/serabut/gembira:

1)Baju suami aku firstly memang teruk giler disediakan oleh Mak Andam. Bukan salah mak aku. Aku tahu dia dh pilih the best utk anak dia. Logik tak jawapan mak andam itu adalah, kami xdapat cari baju inner ala-ala singlet tuh kaler silver. Ada ke nk suh laki aku pake suit baju melayu penuh sebelum pake kot luar tuh. Baju kaler ungu, suar kaler silver.Logik???? Malam tuh juga aku g suh mak andam tukar full suit ungu utk si suami. Sedih la nape ada orang tak series buat kerja nih. Tolongla...kita bukan nak free. Nape tak terfikir nak hepikan hati orang. Kadang-kadang terharu bile adik ipar cakap..Kak decide btol-btol, nanti xleh tido malam. Tapi aku redha bila fikir susah payah mak and adik-adik kat Kuantan.

2) Mekap: tak sampai 15 minit dh siap. Perghhh..mekap mende tuh. That's why aku rase diri aku semasa di sana adalah kurang menyerlah. Rase muka aku mekap ala-ala nk pi kije harap ade bulu mata palsu jek. Cheh!

3)Kesian kepada Fotographer daku. Ketika nk berangkat ke dewan and snap pic aku di permulaan event, kunci kereta dia patah maka tak dapat bawa kereta. Bayangkan betapa sedihnya beliau. Sabar ya Abg Afro. Like You!

4) Nenek dan Mak Ngah aku dr Jerantut naik bas. Ramai orang nk menjemputnya, tapi gagal menemui nenek. Rupenya dh kena kidnap dengan Pakcik aku yang kt Chini tanpa dihubunginya kami yang lain. Maka huru hara la sampai Liyeh pun dh ala-ala prebet sapu, mencari orang/pelanggan.

5)Bila sampai dewan Mak Andam sekali lagi memperkotak-katikkan aku dengan membiarkan kami terkontang-kanting tak tahu nak buat apa. Bengang! Tapi aku redha demi family terchenta.

6) Kami kena saman parking beramai-ramai. Yes RM5 jek dalam masa 14 hari. Terima kasih. Hadiah buat pengantin dari Majlis Perbandaran Kuantan.

7) Ekceli banyak mende Mak Andam buat spoil ngan aku hari tuh, tapi bile ingat dia sakit dan sedang menjalani kimoterapi..aku redha sekali lagi.

8) Yang gembira??Alhamdulillah semua makanan habis menunjukkan keramaian orang yg datang. Doorgift pun xde yang ketinggalan meninggalkan sisa-sisa. Sume selamat diberi pada tetamu.

9) Photoshoot sunset, sangat seronok sebab ade amek gambar sambil makan aiskrim...Hehehe.

10)Sesi membuka hadiah. Hadiah kt Kuantan banyak berunsurkan alat-alat elektrik. Alhamdulillah. Lagi suke bila dapat mende ini:
Memang dari dulu nk ade external. Sebelum tunang lagi. Kalau pergi Low Yat tuh selalu merengek dan mende ini. Terus dapat yg 500GB. Suke...

11) Lagi suke bila membuka pembalut dan.......gembira tidak terkata melihat perkataan yg tertera pd kotak.Jeng..jeng..jeng...

Ingat lagi masa kemas-kemas barang nk balik Kuantan, bincang-bincang dengan hubby nk beli TV LCD ada HDMI sbb nk main XBOX sama-sama. TV kat umah sementara nih kawan punya. Sanggup nk kuar duit simpanan kecemasan kami. Rezeki. Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan.


Dan malangnya...sekarang jam menunjukkan jam pukul 2 pagi, tapi suami tengah dok syok men game kat hall dengan penuh keseronokan ber TV baru. Geram.....Tapi aku redha sbb sayang..Hmmmm...

Thanx a lot kepada semua yang hadir dan yang dengan ikhlas memberi hadiah-hadiah ini. Thanx kpd kawan-kawan UTHM yang amat bermakna dlm hidup. Sangat bermakna dengan kehadiran kalian. Juga kepada ahli keluarga tercinta..Maafkan kekhilafan sepanjang majlis berlangsung. Juga pada family N9, maaf tak dapat entertain sepenuhnya kalian. Anyway, luve you all! Muah...

12) Oops..lupe nk tambah satu lagi perkara yang macam kesian tapi kelakar giler. Kak Su beriye-iye nk tengok aku mekap nk berarak sekali dengan family belah aku, sekali tengah nk tukar baju, tengok-tengok kain baju berkenaan tidak dibawanya. Hanya lah baju. Miahahaha...Mesti die nk kata aku 'SYAITON' bile tahu kegelakan aku ini. Tapi, sweet sangat bila dia pergi bali baju baru utk attend wedding ini. Thnx Kak Su dan Liyeh yang sangat-sangat membantu. Kami (iaitu aku dan Fadu) berjanji akan all out utk majlis ko plak nanti yer....=)

Waaarghhhh..mahu tidur. Esok sehingga Khamis bertugas di Kejohanan Trek dan Padang MSSDJ. Jadi Hakim Penamat lorr...Harus sepanjang hari di padang kan???

Thursday, March 3, 2011

Hari Ini Aku Bertambah Geram!

Selama ini aku tak pernah terfikir pun nak pindah sekolah.
Tapi hari ini, I've deceided to make it real!
Geram giler aku.
Bukan sebab orang-orang nk suruh relief dari 7.30 pagi sampai 12.30 tengah hari direct, tp sbb pengurusan yg skang nih nk pressure aku+mempersenda-sendakan kredibiliti aku seolah-olah aku nih orang yg tak bertanggungjawab langsung kt sekolah nih.
Kepala ...******* kau. Aku ni selalu fikir pasal orang sekeliling sehingga kadang-kadang tuh aku yang kena balik, aku diam jek.
Tapi bila dh ade orang bercakap seolah-olah aku melepaskan tanggungjawab aku, memang aku rasa nak bakar jek sekolah nih.
Padan muka!

Tuesday, March 1, 2011

Jom Terjah By Juz A CLICK!

Bersemangat jek selepas mengetahui maklumat terbaru. Affiliate my blog. Yehuu..
To all the readers, bila tengok diz banner:


Jgn segan-segan klik-klik dan saya akan klik anda semula.
Win-win situation happen here okay..
Don't forget bila dh klik tuh register la skali. Anda sebenarnya tidak akan membazirkan apa-apa pun. Hanya perlu rajin membawa hala tetikus anda dan klik kiri tetikus atau touchpad, anda juga akan mendapat apa yg saya dapat secara mudah. Hahaha... (gelak gembira sakan)

4 sen per click..Hmm..cuba la dulu. Terima kasih kpd Kak Iman atas tunjuk ajar di dalam open tutorialnya. Saya nak ajar anda semua juga bagaimana melakukan perkara yg sama seperti apa yg saya buat. Very easy dan mudah difahami.

1. First klik banner ini supaya anda akan dibawa ke interface yg sepatutnya.
2. Dan KLIK IKON HEARTBEAT seperti yg dibulatmerah kan itu


3. Pilih CREATE ACCOUNT (cari la sket ye..coz macam agak kecil)


4. Taip PASSWORD EMAIL ADD, kemudian terus tanda pd kotak I AGREE HEARTBEAT dan CONTINUE
5. Kemudian, anda sudah pun mendapatkan ACCOUNT HEARTBEAT ini, maka KLIK JOIN HB AFFILIATE
6. KLIK ONLINE APPLICATION (grey font) dan ISI SEMUA MAKLUMAT YANG DIMINTA SPT YG TERTERA


7. Masukkan MAKLUMAT BLOG korang
8. Fikir-fikirkan KEKDAH PEMBAYARAN kegemaran korang dan CONTINUE lagi sekali
9. Then, KLIK MY HB AFFILIATE
10. Kemudian keluar paparan GET A CODE

11. Maka PILIHLAH jenis-jenis CODE yg menjadi kegemaran anda spt pic di bawah
12. Bila dh COPY CODE, maka pergi la ke ruang DESIGN di blog masing-masing, pilih ADD A GADGET, pilih HTML/JAVA, dan PASTE kan pada ruang berkaitan, DRAG pada mana bahagian kegemaran blog dan SAVE CHANGES seperti urutan gambar di bawah:




13. Ulangi langkah No.12 jika ingin meletak lebih pelbagai bentuk banner HEARTBEAT di blog anda.
Wah..sungguh mudahnya. Mari register beramai-ramai dengan mengelik sekali lagi banner di atas atau di side bar saya yek..
U'll stabilize ur own Heartbeat! Selamat Mencuba Meng'KLIK'. Jangan lupa jd FOLLOWER daku juga.