Hye there. Salam 1 Malaysia. 1 Murid 1 Sukan dan 1 Guru 1 Bunga.
Hujung minggu lalu memang padat terisi dengan aktiviti kekeluargaan dan aktiviti ilmiah.
Intro ini seakan aku sedang menyertai Pertandingan Menulis Pendahuluan Karangan.
Make it short.
Jumaat malam after school is pergi tuisyen, Sabtu pagi sampai pukul 5 petang di Seremban menghadiri Kursus Keilmuan Guru KHB (kitorang nih kurang ilmu), dan terus rushing balik ke Kuantan a.k.a rumah family mertua daku.
Wow..macam-macam dalam fikiran aku rancang apa nk buat di rumah mertua.
Yang penting nk jadi yg paling independence kt rumah tuh tanpa kebergantungan pada suami.
Dalam kereta asyik tanya suami, nk buat apa lepas bangun pagi esok. Nak kena pakai baju yang macam mana...Semua yang remeh-remeh. Mestilah nak bagi first impression yang baik utk ayah dan mak mertua.
Aii..segam giler. Tapi dapat mengawal semua keadaan dengan baik. Sampai kene suruh-suruh tidur ngan mak ayah tapi still stay up. Teman suami tengok bola la plak. Mampus aku bangun lambat. Tapi tak bape lambat la. Haha.. Sempat aku teman mak mertua g pasar tani. Bagus.
Balik pasar, tolong basuh ayam dengan basuhan yang paling terbaik punya. Tolong tumbuk-tumbuk bahan tumisan, dalam hati dah terpikir aku nk kena masak ke nih. Takut.
Tiba-tiba....adik ipar Seha ajak teman g Giant beli barang adir ipar Fit yang skang tengah PLKN. Fuh..lega. Aku terror masak Ayam Masak Lemak Cili Api je la kot. Yang lain boleh masak...tp takut xbape menjadi coz aku nih kuat masin la.
Selamat la aku satu ujian. Kije aku adalah asyik buat air jek. Abis satu jug aku buat lagi. Sedap la tuh air aku tuh. Cheh!
Alhamdulillah, lama-lama debaran dah makin kurang.
Akan cuba beraksi lebih baik pada musim akan datang.
Thanx abah..coz mula membahasakan diri abah pada daku so aku dh tak janggal nak panggil beliau abah dan kami bercerita non-stop talking about teaching field..
Seronok. Macam tak cukup sehari. Tak sabar nak balik utk persandingan kali kedua minggu ini.
=)
2 comments:
tsk tsk tsk..terharu :,)
ah...sudah!
Post a Comment