Jam di lappy ini telah menunjukkan pukul 1.24 am...
Lagi beberapa minit jek boleh membuatkan aku start menyanyi kan lagu Trademark-Only Love
"2 am and the rain is fallin...Here we are at the crossroad once again..."
Lebih kurang gitula gamaknye.
Aku baru mandi sebenarnya.
Sebab apa mandi lambat giler??
Ahhhhaaaaa....kalau anda semua masuk bilik air aku confirm leh tengok balik pantulan muka anda di dinding-dinding.
Tapi, anda semua jangan la sengaja-sengaja nk jengah bilik air semata masawedding aku nanti.
Tengok la aku juga yang paling utama.Hehehehe...
Semuanya atas usaha gigih otot-otot aku dan bantuan 'otot' tambahan iaitu Mr.Muscle.
Memang superb giler penggunaan pencuci toilet ini.
Dah banyak pengalaman gune produk lain.
Tapi ini macam sangat efektif.
Aku just spray pada kawasan kotoran, then biarkan beberapa minit, sental-sental sikit dengan berus, maka hilanglah kesan degil.
Tak payah nak guna tenaga yang hebat utk menyental. Buat dengan muka rileks sambil ala-ala berlagak la jadi janitor sekejap.
Sebelum nih memang ada kawan-kawan dan makcik-makcik aku sarankan. Tapi, bertindak agak lambat. Mr.Muscle nih macam mahal sikit la kot. Tapi,nk lawo punya pasal sempena wedding aku, maka belilah untuk kepuasan hati.
Ada banyak produk keluaran Mr.Muscle nih. Tak sangka abah pun beli Mr.Muscle utk cuci lantai. Dia memang sangat berpuas hati la dengan lantai dapur yang di mop oleh beliau pagi tadi.
Bersinar-sinar tanpa berminyak atau meninggalkan bau yang menyengitkan. Tp, aku not so sure la nih Kumpulan Halogen ke tak. Mungkin la kot sebab kategori bahan peluntur spt klorox..Ahakz...aku pun sudah lupa. Siapa Chemist tolong bagitahu hamba. Dulu memang hamba minat betul dengan Kimia..Tapi tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya ilmu itu. Sedih. Jadi tajuk nak bagi gempak sikit la konon-konon sangat expert tentang Jadual Berkala Unsur.
Paham-paham sudah. Tulang hidung aku nih tak tahan bau yang sengit. Kalau tak terasa tulang-tulang itew vibrate antara satu sama lain.
Okey readers...bagi yang ingin mendapatkan Mr.Muscle sila lihat pic ini supaya anda lebih mengenali.
Seronok betul aku duduk dalam bilik air. Tak sedar main air dekat sejam....
No comments:
Post a Comment