Saturday, July 31, 2010

Terperangkap dlm Shooting Drama

Semalam...memang giler.
Pay for my booking d/payment baju.
At the sama time, telah sign agreement penerimaan kereta yg dh sebulan lebih baik nya.
Nk claim nih...Semoga dipermudahkan.

So, Kak Linda n Kak Najmah pegi beli hadiah utk Pertandingan Marhaban.
Kak Tim pun ada juga.
Tidak ku sangka Kak Linda n Kak Tim pergi naik butik pengantin D'Renjis tuh.
Aku pun dengan Fadu nak cari mereka.
Aku pelik sebab ak call Kak Tim die cakap macam dalam kelambu.
Then, bila ak naik tangga kedai tuh, wah....very shock, ada Ery Putra. Tengah berdialog.
Malu.....

Then, orang pengarah tuh panggil masuk.
So, dapat la tengok orang berlakon secara dekat.
Ntah pape la si Ery Putra cakap.
Kejap kang pukul 8 la..kejap kang pukul 9 la..
Yang pompuan tuh plak asyik anta mak g spital la..Kang take lagi satu kang g klinik lak.
Tapi tak pe, maksud die tetap sama.
Mak dia sakit.

Azza Elite pun ada sekali. Tapi, segan nk mintak amem gambar dengan mereka kerana tak nak bagi diorang berasa poyo ada orang nk ambil gambar.Hahaha..

Cerita ini benar, kalau anda tidak percaya sila tanya Kak Tim dan Kak Linda.

Friday, July 30, 2010

Tenang

Minggu yang membuatkan perasaan aku bercampur aduk. Tidak tetap dan kadang-kadang datang rasa ketenangan yang dicari.

Semua orang bertanya-tanya aku kenapa dan kenapa? Tapi aku telah menjawab dengan tenang kerana sendiri juga sedang memuhasabah diri. Mungkin....

Sabtu ini akan bercamping.
Tetapi, rasa bangga dengan sendiri kerana menganggap itu satu kegembiraan.
Malam tadi rindu sangat dengan Sang Gajah.
Jadi, telah mengajak Fadu untuk melawat mereka minggu depan.
Yahuuuuuuu!!!!

Wednesday, July 28, 2010

Lari

Ku Berlari
Kulangkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini...Aku masih di sini
Dan aku..tinggalkan masa kelabu
Dan aku..mulakan jalannya kerna-Mu
Semangat optimis diri, jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itu pun...
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari, agar hidup ini bererti
Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali
Courtesy of Ku Berlari:Firdaus
Hidup ini kadang-kadang menyeronokkan. Kadang-kadang menyakitkan. Ada waktu kita sentiasa dalam ingatan, ada waktu seketika dilupakan. Semua telah aku rasakan.
Kadang-kadang kita yang 'mengata-ngata', suatu masa anda 'dikata'. Begitulah lumrah manusia. Cuma, bagaimana kita akan berhadapan dengan situasi hipokrit ini. Selama mana? Biar masa menetukan. Biar Tuhan bagikan kesedaran.
Mana pergi keikhlasan? Andai untuk mengambil kesempatan. Bila kita datang meminta bantuan, beribu alasan. Adakah kita bukan insan pilihan? Renung-renungkan....
Jalani hidup ini dengan pasti.....Ada dan tiadanya kamu, sama sahaja di mata insan-insan yang tidak ikhlas.

Berbuka di Pahang, Solat di N.Sembilan

Selamat Hari Rabu buat semua.

Hari ini agak membencikan dan meluatkan.

Tapi, nk recall balik apa yg telah saya lakukan petang semalam.

Pertama, bersama dengan Liyeh, ke Kg.Lakai.

Hantar tong gas yang Kelab Sains dan Math pinjam hari itu sempena Hari Terbuka Sekolah. Memang lambat sungguh hendak memulangkannya.

Kemudian, hantar sekali lagi. Kerana, tertinggal kuali. Niat di hati hendak masak sahaja. Tapi, tgok waktu di tangan, sudah menghampiri 6.40.

Maka, telah mengajak Liyeh (yang ada sahaja pada ketika itu untuk dihubungi) berjalan-jalan mengisi masa. Kami telah pergi ke negeri lain yang jaraknya hanyalah sekitar 7km saja dari gate sekolah.

So, gambar ini tidak tipu. Memang berbuka di Bentong (as Simpang Pelangai declared in Bentong district).

Masjid Sultan Ahmad Shah

Nih sekolah di pekan tersebut...Macam biasa tengok pula motto sekolah itu.. Sama macam kat SMASZA la..

Dan.....menunaikan Solat Maghrib di rumah, Simpang Durian. Ngetop! Semalam Nisfu Syaaban. Nisfu adalah separuh=15 Syaaban.

Tuesday, July 27, 2010

Bumi Cinta

Hiyarkhhhhhh!!!
Selamat pagi semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dr.HM Tuah Iskandar selalu pesan macam gini dalam buku-buku dia.

Semalam, angin masuk dengan mendadak dalam rongga tubuh.
Jadi, aku sangat terseksa menahan pening tambahan pula berpuasa semalam.
Sampai solat Asar pun sembahyang dalam keadaan duduk. Sebab bila berdiri rasa pandangan kabur dan hampir jatuh.

Dalam kegagahan menahan sakit yang amat sangat(tidak dapat digambarkan dengan kata-kata), telah berjanji dengan Alias dan Mr.Fadu untuk berbuka puasa di suatu tempat jauh dari Simpang Durian. Kadang-kdang rasa macam giler ke aku ini? Berbuka dengan Grilled Chicken Burger. Of course la di McD. Teringin sangat sebelum bulan Ramadhan melambaikan salam SELAMAT DATANG. Alhamdulillah, dapat selesai berpuasa sehari dan menikmati keinginanku.

Jadi, untuk tidak rasa satu pembaziran dengan berbuka puasa di Seremban, sempatlah kami ke Giant. Dan, of course la kalau aku dah sampai Giant nih, mesti singgah MPH. See..whut I got for my lesson and learning activities........

The Memory Booster. Cikgu pun perlu Memory Booster ini. Supaya apabila cikgu cuba untuk bersama-sama menjawab soalan peperiksaan, aku dapat melihat jawapan melalaui buku ini. Hari ini telah bawa buku ini ke dalam kelas. Semua student aku suka and mereka telah berpakat-pakat untuk memiliki ini sebelum trial mereka. Harap ia amat membantu. Buku ini adalah Flashcard sebenarnya. Consist of two years syllabus. Form 4 and Form 5. Mari dapatkan di pasaran!

Ehem..ehem...sila tengok tajuk buku dibelakang Memory Booster itu. Ia adalah koleksi ke berapa Kang Abik yang aku tidak boleh ingati.
Sangat seronok memiliki ini. Kerana rindu kepada pembacaan karya Kang Abik.
Tak boleh mula membacanya, kerana kalau dah start baca tidak tahu pula di mana nak berhenti. Nanti ada yang tak masuk kelas.
Aku akan baca sebelum tidur setiap malam.
Bagus Izzati! Teruskan tabiat ini.

Kali ini, garapan kisah pembangun jiwa berlaku di bumi Moscow, Russia. Ada salji. Kalau buku sebelumnya kisah di tanah gersang, panas. Tapi still menarik kerana Kang Abik sangat pandai menggambarkan suasana di sesuatu tempat dengan sangat terkesan ke dalam hati sehingga membuatkan aku sebagai pembacanya seolah-olah ingin berada di sana.

Everybody..take a book and read. To gain knowledge, everyone has to read...Tidak dilupakan buka buku keempat tetralogy Lasykar Pelangi pun ada. Dan Cinta Sufi karya Ramlee Awang Mursyid.

Sunday, July 25, 2010

Great!

Petang tadi sangat berkobar-kobar ak nk tgok satu movie baru.
Liyeh follow me from behind and check in at Fadu's house malam nih.
Sj nk suruh die jgn buang karan kt Simpang Durian n nk suruh Fadu ada kawan konon-konon.

Jadi petang td telah one shot KA*R* X OK sebentar, and beratur utk mendapatkan tiket cerita ini.

Lepas Maghrib, terus kami berlima yakni AK, KAK LONG, FADU, AMAL & LIYEH makan-makan nasi lemak di lorong-lorong hitam sebelah CIMB.
Kenyang and expect to be sleepy after taking Nasi Lemak Berlauk Pelbagai.
Ada pulak orang giler yg bercakap sorang-sorang kacau-kacau pelanggan.
Bak telahan Amal, orang tuh pd zaman dulu kala, telah terjebak dengan kejatuhan pasaran saham yang teruk.

Mungkin......
Dulunya die kaya sangat, n pada suatu hari telah melaburkan sejumlah wang yg banyak yg sebelum ini dia tak pernah buat. Tup tup tup the next day of trade, terus saham dia jatuh menjunam (okey...ini adalah andaian, sila jangan percaya the real full story...hehehe)

Dan...pada pukul 9.30, bermula lah ini, satu perjalanan imaginasi futuristik yang amat mengagumkan.........

Sangat menarik! For those yang sangat membanggakan bidang Sains. "I brought Science with me", said David. Coz inilah cerita gabungan Science and magic. Thniah for those yg bersungguh-sungguh menghasilkan idea ini.

Sangat suke-suke cerita begini.
Kerana membuatkan aku sentiasa berfikir-fikir di akhir cerita sehingga terbawa-bawa di dalam tidur.
Baru otak bekerja.

Jadi sekarang adalah nak cari lagu yang ada dalam filem ini. Dh addicted at the earlobe.
Pada yang belum menonton (mungkin ak yg agak lambat tengok, tapi ak xpedulik gak nk wish), sila dapatkan tiket di pawagam-pawagam berhampiran anda.

Thursday, July 22, 2010

Tahniah untuk Aku!

Bila baca semula entry di bawah ini yg selesai di publish, rasa nk ketawa pun ada.
Macammana ak boleh mengarang se'okey' ini untuk satu kisah pembangunan jiwa.
Adakah aku sekarang dah mula nk mengkaji tingkah laku manusia??

Oh tidak! Sesungguhnya subjek BBE1012 Psikologi Pendidikan memang subjek yang rasa menyampah sungguh (walaupun aku skor A...hehe), tetapi bagaimana aku boleh memikirkan untuk sebelum tidur membayangkan situasi yang sedang berlaku dalam persekitaran.

Kita perlu rasa kita adalah hebat. So, keep on thinking of motivational idea to express in this small space. Ada orang di dalam rumah ak, telah menggunakan Softlan aku tanpa kebenaran. Bagaimana aku tahu???Kerana aku baru sahaja menggunakannya sebanyak sekali yakni ia masih full litre sebab baru beli beb..tapi, bila nk guna kali kedua, ia adalah sudah tinggal kurang daripada separuh. Adakah ada syaitan tandas yang suka minum Softlan. C'mmon, itu adalah pewangi fabrik sahaja. Dan, lagi aku tahu dan yakin orang 'itu' yang guna adalah....ketika dia sedang menyidai kain, sungguh wangi bau-bau kain sidaiannya dari luar.

Okey, bukan nak kedekut. Kongsilah apa yang ada 'seadanya'. Fair kah untuk aku yang baru menggunakannya sekali tapi dah nak abeh? Kita belajar adab dan sopan...belajar untuk minta izin. Adakah aku sangat jahat sehingga akan berkata "JANGAN GUNA SOFTLAN ITU ATAU ANDA AKAN DITEMBAK DENGAN KEJAM OLEH SAYA"!

Begitu juga dengan tisu yang aku selalu letak di meja aku di bilik guru. Sehinnga ke helaian terakhir tiada jejak, tengok-tengok dah tinggal kotak. Bak kata Kak Sos, 'DIBELI UNTUK KAWAN-KAWAN'.

Bukan juga kedekut, tapi aku nih punye la gunakan untuk selsema (sebab aku selalu dapat flu ni), ak sanggup lap tangan basah lepas makan or pegi toilet dengan alas kusyen kat Bilik SUP. Fikir-fikirkan atau aku akan keluarkan jadual membeli tisu di bilik guru secara giliran?

Positif wahai Izzati....Siapa tahu, kau juga akan berbuat begitu kemudian hari bila kau Izzati dah jadi semakin kedekut nanti?

p/s Ini hanya cerita di sebalik cerita. Tahniah Izzati.

Name tag aku hari ini telah mengganas kerana telah mencederakan dengan dahsyat jari
Kak Su(K). Jangan buat orang lagi! Seperti juga cerita name tag ini, segala kesedihan dan kekecewaan telah dipindahkan melalui pencederaan. Maaf ya!

Alone from Diz Honoured Hall...

Hari ini, pagi-pagi sudah melembutkan jari-jemari mengarang blog untuk tatapan umum.
Sekejap lagi, ada photoshoot lagi. Untuk Persatuan & Kelab.
Berseorangan dari dewan sekolah. Seronok juga sebab everything seems very wide for me.
Termasuklah wide view to be positive person.

Kenapa ada orang suka mengambil kesempatan atas kesetiaan dan ketaatannya seseorang terhadap individu yang lain?
Jawapannya aku dah jumpa sebelum tidur malam tadi.

Kerana waktu gembira, seseorang itu mencari orang lain, waktu duka...anda
(jika pernah mengalamai situasi ini) dan kita yang dicari. Sudah pastinya, untuk waktu yang sesukar mungkin, kita tidak pernah mengecewakan mereka atas sebab mereka adalah rakan yang perlukan bantuan dan siapa tahu suatu hari nanti kita memerlukan khidmat mereka.

Hidup ini memang begini.
Terima atau tidak...pastinya perlukan keredhaan.
Kerana ia umpama roda.
Adakala di atas, sepertinya kita seorang diva.
Adakala pula berada di bawah. Sepertinya dunia ini bagai terhenti.
Biarkanlah mereka dengan dunia dan permainan mereka sendiri.

Anda harus berfikiran positif tetapi harus mengelakkan diri dari terjerumus kepada perkara-perkara yang membawa kenegatifan. Berada disekeliling orang yang positif juga boleh menjadikan anda insan yang selalu positif dalam semua aspek even menerima seorang sahabat yang selalu tak mandi pagi!

Sekarang ini, fikir bahawa....ke mana-mana sahaja harus bawa haluan sendiri dan yang paling penting perlu buat keputusan sendiri. What you want is what you should get. Even untuk makan dan seumpamanya. Kerana percayalah juga, orang disekeliling anda kebanyakkannya mementingkan diri sendiri dan anda harus positif bahawa menjaga kepentingan sendiri itu adalah langkah selamat daripada ditindas dan diambil kesempatan!

Jika anda tidak mahu, katakan tidak mahu.
Jangan buat sesuatu kerana keterpaksaan.
Dan bila anda tersepit, belajarlah melepaskan ketersepitan itu tanpa melibatkan orang lain yang kita sudah tahu dan jangka dia sedikit pun tidak memberikan bantuan. Sebab ia menambahkan kekusutan. Secara automatik, minda dan hati anda perlu diterapikan untuk tidak berduka lara. Tetapi, fikir-fikir semula, andai jadi pendengar yang setia juga adalah sebenarnya tidak bermakna.

Hati..anda perlu belajar menjadi labih kuat dan tidak mudah rapuh.
Berpegang pada prinsip.
Berpegang pada ketekalan.
Bukan perkara mudah untuk memuaskan hati semua orang.
Hanya Tuhan yang dapat membaiki segala kerapuhan hati ini.
Hati manusia terlalu besar untuk diisi dengan segala kemewahan dan kebahagiaan.
Ingatlah bahawa, dengan hanya mengingati Allah, hati kita akan menjadi lebih tenang.

Jika kau penat wahai Izzati, katakan ya kepada untuk berehat.
Bukan memenuhi segala kemahuan dan keserenokan.
Dan kau, tidak perlu nak jaga hati semua orang, kerana....fikirlah semua....dalam seribu orang. seorang pun belum pasti memikirkan tentang kau.(kecuali family, INSYA ALLAH)

Tuesday, July 20, 2010

Photoshoot!

Outdoor photoshoot utk org2 yg tahap amatur pun tak sampai seperti ak..
Hari nih de sesi fotografi utk kelas as usual menggunakan my D3000 la.
Kadang-kadang terfikir, pe salahnya sesekali berbakti kpd sekolah tercinta.
Yang kurang serbi-serba(terbalik nih nk bg ayat sedap)
Yang penting mendatangkan income.
Kite tgok la nnt hasil tempahan.

Hari nih masuk kelas agak sedikit release coz usaha tungkus lumus utk mengabehkan silibus hampir berbaloi even utk kelas peperiksaan mahupun bukan.
Thniah ye beloved student. Kamu harus rasa seperti yang cikgu rasa.
Dada nih bagai sesak ditusuk lembing fikir kamu akan trial Ogos ini.
Kamu pastinya akan kekurangan oksigen dan gula krn ketika itu kita sedang berpuasa.Hmm....think to bussiness something this coming fasting season n Hari Raya.
Okey, malam kang carik ilham la..


My dearie D3000.

Sunday, July 18, 2010

Catatan Hati

Td ak excited sungguh nk balik Simpang Durian n plan anything termasuk untuk m'iron' baju sebundle n nk bawak kan kawan-kawan Ikan Patin Masak Gulai Masam Tempoyak..
Sebelum Maghrib mak dh nk siapkannya....

Tapi, seusai Solat Maghrib, hati jadi sayu dan berfikir-fikir pelbagai perkara. Ak sangat tidak menyukai rasa yg sebegini datangnya...

Krn ksedihan tuh telah beraja di hati maka tidak mampu menghilangkan segala rasional.
Antara kemudahan atau kepentingan diri semata. Pastinya Allah marah sgt pada hamba-Nya ini....

Maka, ak tidak jadi membungkuskan bekalan tersebut...dan tgoklah esok berada di sekitar kawasan sekolah atau tidak.

Sehingga kini, perasaan hati ini masih bercampur baur. Mungkin lepas ini hidup dengan dunia dan cerita sendiri. Sendiri susah, sendiri yang rasa. Tidak perlu membabitkan orang lain. As long as tidak menggunakan hak orang lain atau mengabaikan kepada perkara-perkara yang hak untuk diri sendiri.

"Ya Allah, sungguh ak berlindung kepadaMu keraguan, KESEDIHAN, ketidakmampuan, malas, kikir, pengecut, kecenderungan untuk berhutang dan tertaklukkan oleh musuh."
(Image Courtesy of iluvislam.com)--->TQVM

Serangan Kepenatan di Sekitar Saraf

Dah dua hari ak terpaksa tido awal krn serangan penat terasa sungguh di sekitar saraf. Sebelum tuh ak de dapat satu info tentang simptom-simptom mereka yg kekurangan thyroxine dlm tubuh. Makna kata...thyroid gland seseorang gagal dlm menjalankan tugasnya sebagai perembes thyroxine nih. Kekurangan thyroxine dlm tubuh akan membantutkan pertumbuhan seseorang dan mengurangkan kadar metabolism tubuh. Antara tanda-tandanya adalah lesu, cepat letih dan tidur adalah aktiviti kegemaran. Selain itu, mudah lupa.

Tidak! Ak rasa ak bukan kekurangan thyroxine itu.
Ak adalah telah termakan ubat selsema sempena keselsemaan ak ini kerana tekak dah gatal yang amat sangat dan kepala dah terasa sangat berat.

Batuk dah mula tak henti-henti. Ada satu malam, memang asyik terjaga sebab tak selesa di sekitar kerongkong. Ubat yg ak makan tuh dh la ada side effect iaitu...MENGANTUK GILER. Even sampai esok pun ak rasa macam di awang-awangan, tinggal bagi bantal jek.

Ya..memang ak kurang antibodi. Kadang-kadang bila demam n jumpe doktor, doktor akan bagi antibiotik dan perlu dihabiskan. Tapi, sehingga kini ada jek lagi antibiotik tersebut. Cikgu Rabiah cakap dalam bengkel hari tuh, memang kita rasa kita dah sihat dan akan fikir tak perlu la kot utk terus makan diz horror taste antibiotik, tp dalamannya masih belum kuat sepenuhnya utk fight any coming virus or bacteria coz what are given by the doctor adalah sukatan yg telah dikira mampu utk prevent kita. So, next time when we meet our doctor again for the same disease, kot doktor tuh bg antibiotik yg sama, it will not working anymore. So, need ti have more powerful antibiotik. Hmm..memang dh puluh jenis antibiotik ak pernah dapat, satu pun tak pernah abeh. Sejak zaman selalu pegi PKU lagi.

So, pesanan untuk kawan-kawan, sila JAGA KESIHATAN ANDA lagi-lagi dalam keadaan cuaca tidak menentu ini. Ikut preskripsi ubat doktor okeyyyyy!!

Thursday, July 15, 2010

E.M.A.S

Semalam, waktu persekolahan dihabiskan di sekolah lain krn menyertai satu program perkongsian minda yg amat berguna.Bengkel EMAS SPM utk pelajar potensi lulus. Dan ak, cikgu yg berpotensi juga nk jadi cemerlang kalo join program tuh.

Penceramah bengkel memang seorang yg terbaik dr ladang.
Student yg join pun seakan dpt method paling mudah yg selama ni mereka xpernah discover pun. Mungkin.....

Apa-apa pun, cikgu harap kamu manfaat kan apa yg kamu dpt semalam.
Kerana....cikgu pun sedang dlm proses pembelajaran dan rasa sgt selesa adanya program sedemikian dan selepas ini lebih berkeyakinan utk ajar kamu. At least kamu mst dapat 60 utk Science. Cikgu slalu doakan. Ingat tuh...


I should score for this Paper 2, Science!

Khusyuk..

Tuesday, July 13, 2010

Ketidaktenteraman Jiwa

Saat ini sebenarnya ak baru sahaja mengadu nasib dan memohon sedikit keredhaan hati dari Allah s.w.t. Ak sgt risau, nervous dan rasa seperti dilanda demam panas keranan memikirkan keselamatan seseorang.

Fadhlullah!
Tadi, kami berbuka puasa bersama-sama di sebelah CIMB bersama Kak Su. Selepas makan, menunaikan solat Maghrib dan ke kedai haiwan melihat kucing dan akuarium ikan. Seterusnya pulang ketika jam menunjukkan hampir pukul 10 mlm. Pulang ke Simpang Durian seperti biasa dan ak beranggapan Fadhlullah juga akan menghala pulang ke Bandar Baru Serting.

Perjalanan ke Simpang Durian mengambil masa dalam 30-40 minit untuk tiba. Tapi setibanya di rumah, ak mandi dan Solat Isyak dahulu dan aku mula berasa hairan kenapa Fadhlullah tidak menelefon ak seperti kebiasaannya ketika ak masih dalam perjalanan??

Ak berperasaan biasa lagi sehinggalah rasa mengantuk yang amat sangat, cuba utk melelapkan mata dalam pukul 10.50 mlm. Cuma sebelum itu, mencuba utk menghubungi Fadu....tapi ak sedih krn kini masih gagal bercakap dengan dia. Kenapa Fadhlullah tak angkat telefon sehingga sekarang jam dah menunukkan jam 2.00 pagi,

Ak tak tenteram kerana memikirkan yang bukan-bukan. Thanx Kak Lili, sanggup keluar rumah pukul 12.30 utk tolong surveykan Fadu andai ada BGR294 di rumah. Jawapan Kak Lili menambahkan kerunsingan krn...."seperti tiada kereta di porch"....

Ya Allah...
Permudahkanla segala urusanku..
Bagi ketenteraman hati kepada hambaMu ini
Engkau yang Maha Mengetahui..
Engkau juga yang lagi mengetahui takdirku.....

Tuhan...
Selamatkan dan kurniakan kepada Fadhlullah Rahman keselamatan
Ak mohon padaMu Ya Allah....
Satu kegembiraan dihujung pagi nanti Ya Allah..

Ya Allah..ampunkan dosaku Ya Allah...
(dalam tangisku berdoa....yakinkan diriku)

Monday, July 12, 2010

Viva Espana!

Pagi tadi as usual....mengajar di Pusat Tuisyen Inovatif Alpha.

Some of the student is sedang membincangkan tentang siapa akan membawa World Cup itu tahun ini....

Dan terkeluar cerita peramal hebat musim World Cup ini iaitu seekor sotong! Apa????!!!
Nampak sungguh ak tidak mengikuti perkembangan semasa melalui pembacaan.
Bukan sebab malas....atau lembap, tapi pastilah jawapannya adalah sibuk.
Dan ketika sedang menulis entry ini, jam menunjukkan pukul 2.45 pagi.

Ak tak dapat tidur walaupun rasa sangat keletihan sehingga terasa sangat mengahnya.
Okey, semestinya ak takut. Anda tahu apakah yang menemani saya awal pagi sebegini????

Inilah jawapannya....Tak sia-sia nampaknya Profile Picture Facebook.

Huhu..laparnya....

Saturday, July 10, 2010

Meraikan Isra' Mikraj

Hari ini 10 Julai 2010 bersamaan dgn 27 Rejab 1431H. Pasti ramai yg tahu apa yg tersirat disebalik tarikh 27 Rejab itu. Mungkin ramai yg mengimarahkan hari ini dgn amaln-amalan sunat sepertu berpuasa dan sebagainya.

Berada di dalam persekitaran Sekolah Menengah Agama menjadikan insan-insan di dalamnya tidak alpa utk meraikan hari kebesaran Islam seumpama Isra' Mikraj ini. Termasuklah di SMA DATA tercinta. Pelbagai program telah dirancang untuk memeriahkan sambutan antaranya dengan mengadakan ceramah Isra' Mikraj, Festival Nasyid, Pertandingan Bercerita dan Deklamasi Sajak. Akpun ada mengekstrak sajak via internet utk Salam. Baitulmaqdis: Lebuhraya Perjuangan. Terima kasih kpd penulis!

Melalui pertandinga bercerita, banyak input yg selama ini ak tahu tp kurang jelas intipatinya telah dapat diserap dalam akal dan minda. Kisah perjalanan satu malam baginda Rasulullah dengan menunggang Buraq, haiwan yg ditunggang dgn kelajuan sepantas kilat, kisah pembedahan pertama di muka Bumi sehinggalah turunnya perintah solat dr 50 kali sehari semalam sehinggalah apa yg kita amallkan sekarang iaitu 5 waktu sehari semalam. Bila difikirkan balik, memang benar apa yg difikir Nabi Musa a.s tentang ketidakmampuan kita melaksanakan perintah ini. Ya....ak pun kadang-kadang alpa. Sembahyang di hujung waktu juga tanda beratnya ak melaksanankan perintah yg satu ini. Bayangkan jika kita tetap melakukan yg 50 waktu itu.....?????

Alhamdulillah, melalui program seumpama ini, pelajar-pelajar ak berusaha sungguh mencari bahan untuk dipersembahkan. Maka dari situ, mereka boleh tahu apa itu Isra' Mikraj.


That's why ak tahu banyak cerita, bukan setakat yg well-known jek. Ak jadi hakim pertandingan bercerita.


And..inilah dia..My Saviour..Huhu.Abdul Salam Form 5. Sajak yg die tgh deklamasi tuh la tajuk Baitulmaqdis:Lebuhraya Perjuangan.

Okey...memang seronok sebab dapat banyak info. Semoga bertemu lagi Isra' Mikraj 1432H.

Hujan...

Ak takut giler memandu ketika hujan dan berseorangan. Tp ak berjaya snap a few pic ketika memandu di kala hujan tiba-tiba menjadi lebat.

Lepas sekolah tadi, ak tak terus balik rumah Serting (biasa la..hari akhir minggu sekolah balik umah family sbb de tuisyen). Ak lapar, maka ak dan housemate reheat pe yg ada semalam, lagi best...bila kenyang ak jadi ngantuk. Mungkin penangan pulut juga membuatkan mata bagai digam-gam.

Lepas solat Zuhur, ak merebahkan badan ke tilam yg empuk. Dan..terus tertidur sehingga ak dengar dentuman guruh yg seakan marah tetapi hujan di Simpang Durian dh tak lebat sgt. Maka ak bergegas bangun nk solat Asar dulu sebelum bertolak.

Perjalanan going smoothly at early, tp jd makin worse bile tibe di Simpang Pertang. Dan seterusnya sampai ke rumah. Ak jadi mcm bimbang. Fikir yg bukan-bukan. Selalu membayangkan keadaan jalan yg so slippery dan takut termasuk dlm lubang. Selalu teringatkan cerita Cikgu Afiza tentang pengalamannya hampir hilang kawalan walaupun dlm hujan renyai sbb dia ada bgtau yg lori bnyk lalu jalan ke Simpang Durian tuh menurunkan minyak-minyak sekali. That's why yg membuatkan keadaan jd mkin bahaya. So plis bare in mind kawan-kawan yg always gune that route.

Tgok, tak berani ak bwk laju-laju sbb mmg hujan sgt lebat, jalan licin sgt dan ak kurg nampak. Ak geram betul dgn kete yg terror sgt tak tahu bukan lampu ketika hujan lebat. Membahayakan ak walaupun bukan dirinya. Meter mcm tak laju, tp ak rase mcm sekali tekan pedal minyak, jauh tersasarnya.

Gaya mcm tak lebat, mcm tenang dan dingin..tp hakikatnya very horror utk ak.

So....skang mmg musim hujan...Ak tidak digalakkan drive....Sekian.


Thursday, July 8, 2010

Makan..dan Makan Saja!

Hari nih hari Khamis yg memang membawa barakah.
Dan hari ini, kehidupan dilimpahkan dgn pelbagai kurniaan Allah dgn makanan yg lazat-lazat belaka.
Dari pagi hingga ke malam perut telah disajikan dgn menu istimewa

Sarapan : Mee Sup
Tengah hari : Nasi Goreng Kampung Daging
Petang : Laksa
Malam : Pulut+Rendang Ayam+Rendang Daging

Memang delicious siap ada lebihan stok lagi.
Thank You Allah.
Kebetulan hari ni, bufday Kak Zila (housemate)....Rezeki baby la tuh.Kak Zila Happy Bufday. Dan smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Kak Zila pun doa utk kami yg meraikan.....Yg sudah ada anak, dikurniakan anak yg soleh dan solehah.
Yang blum bertemu jodoh, dipertemukan dgn insan sempurna iman dan akhlaknya.
Dan.....yg sudah berpunya/hatinya telah dimiliki....Moga dipermudahkan segala urusan untuk penyatuan. Dalam upacara tersebut, ak sorang jek yg dh berpunya kot.Ahakz! Suke....

Seharian Waktu Bersamamu...

Utk seharian ini, ak dari lps waktu PJ dok asyik ngadap laptop.
Chup, kalo cikgu2 lain nih dengar mesti nk label ak jd Guru Cemerlang.
Kalo la diorang tahu pe ak sedang buat...Berasap telinga sbb dibebeli.
Kerja xsiap, tapi macam sibuk...Yes..surat ak tertinggal di pejabat.Malas betul nk pegi sana balik.

See! Itu bende penting. Anda lebih mementingkan laptop anda nampaknya dari student anda yg nak SPM.


Hari nih telah tolong Salam carikan sajak utk Isra' Mikraj. Jadi Salam mesti belanja ak!

Ahlan Wa Sahlan Ya Rajab..



Doa pada Rejab:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu.

Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab: Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku

Titanic: Dan Kenangan 1998

Semalam sanggup bersengkang mata utk sebuah cerita yg sebenarnya ak dh tgok agak banyak kali kot.
Tp, berjaya juga akhirnya tgok smpi ending cerita.
TITANIC. Ditayangkan di TV2 dr pukul 10 mlm - 2.00 pg.
Apa yang menarik ttg cerita ini ya pada ak?


Mungkin plot cerita yg menarik dan ending yg terkesan di hati. Bcuz my imagination utk part berangan-angan nih mmg tinggi. Terbayangkan org yg ak sayang....sebelum kepergiannya sedang berjanji setia, dan andai aku pejam mata walaupun seketika...mereka boleh pergi tanpa sebarang kata. Pastinya hati menjadi lara....


That's the best part ever. Korang akan fikir....PERGHHHH...jiwang sungguh Sang Ejat nih. Mungkin ending tersebut diiringi dengan OST yang menarik membuatkan scene tersebut benar-benar hidup pada pandagan mata.


Tabahlah wahai Rose, mungkin ak andai berlaku keadaan sedemikian, apa lah erti hidup ini....


Dan punya lah ak bersungguh-sungguh utk sebuah layout....tanpa disedari dah pukul 2.45 pg. Baik terus tgok match Spain-Germany. Tp, takde kekuatan krn bimbang akan mengantuk keesokan hari di sekolah. Jadi, juz receive the result la next day. Sape lagi penyampai sukan Arena ak kalo tak Bung Fadu....Huhu!!!

Thursday, July 1, 2010

SEGAK

SEGAK stand for Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan. Rite now blogging dr dewan skolah smbil menjalankan Ujian SEGAK. Maklumla..sejak jadi guru PJK nih, diri banyak terlibat dengan aktiviti berbentuk fizikal. Hari nih buat Tekan Tubi...tapi cikgunye tak nak demonstrate sbb....MALU dgn figure nih yg ak rasa makin lama makin membesar. Haip....jgn salah faham, membesar sebab makan apa sahaja yang digemari. Ajar PJK, Ketua Panitia PJK..tp body xstandard langsung. Kadang-kadang berniat jugak nk jogging kt padang sekolah setiap petang. Cuma, seriously very very penat. Cuma sekarang ak discover satu perkara, bila time makan ak dh xboleh nak abiskan satu pinggan makanan yg ak makan. Wow...ini satu keajaiban ke..coz kalo paksa makan, ak rasa mcm xlarat n mengah. Kebetulan semalam ada private company dtg utk wat pemeriksaan kesihatan utk cikgu-cikgu. Alhamdulillah condition ok cuma antibodi kurang. Yes its true, dats y slalu sahaja didatangi selsema.


Dulu masa sekolah tak pernah dengar pun SEGAK nih apa.
Tp, untung sungguh pelajar sekarang coz standard fizikal mereka pun dinilai.
So, we can determine whether their body condition fit or not. Kalau dari dulu sejak sekolah dh ada SEGAK nih, mst ak tau ability ak kan. Fit or tak fit..Hehehe...Tp, memang penat setiap disiplin SEGAK nih. Fuh...ak cube semua dh, pancit di tengah jalan even nk menjangkau lunjur pun student ak punye catatan adalah lg cemerlang.

Ha...amek korang..Mari berpenat setiap Khamis....Hari nih memang sure pemantau datang, tp ak aman jek la....

p/s: Hari nih masuk kelas 4A utk Science...diorang complain disiplin bangkit tubi tuh membuatkan mereka semua BENGKAK2 n tegang-tegang otot...Ak salah instruction ke???????