Sunday, October 30, 2011

End Of October Nampaknya...

Hari nih bersiaran dari Taman LKNP Bukit Setongkol, Kuantan.
Uwaaa...sakit gusi plak.
Tak boleh mengunyah nih.
Harap family mertua faham nape aku senyap sunyi jek.

Nk cerita sket tentang apa yg berlaku di Oktober ini.
Banyak bercuti. Bagus. Stiap minggu g bercuti nampaknya.
Tp jgn salah faham, percutian ini satu pekerjaan.

2 minggu lepas..ke Suria Cherating Beach Resort.
Aku pun dh hapdet foto-foto curik di Gugel itu.

Kemudian minggu lepas, bermula Ahad sampai Selasa ada Kem Menuju Menara Gading Calon SPM sekolah aku. Di sponsor oleh Kolej Komuniti K.Klawang, RISDA dan opkos PIBG sekolah aku. Buat kat Golden Straits Villas PD.
Nih entrance die. Boleh la.....
Pastuh time free malam kedua di sana...dapat la aku menyantap Ketam Bercili. Murahnye. Sukeeee.

Nyum..nyum. Memang tersandar ak balik tuh.Giler kenyang. ALhamdulillah.
Dan minggu nih plak, dengan sponsor penuh dr Family Mak Teh yg duduk di Kerayong tuh, aku untuk kali ketiganya ke......Taraaaa....

Yg nih tak tahan nih. Tak malu betul nk join.
Sampai koyak la seluar aku.
Kalau tak koyak tuh, memang tak berhenti main air.

Yg syok jugak bulan ini, ak dan suami g nonton-nonton. Lame betul tak nonton. Citer memang terbaik la. Terinspirasi aku. Leleh la jugak bila tengok movie nih. Pe la...orang lain tengok teruja aku nangis la plak...

Memang best nonton. Korg jgn risau citer ni bukan men'jiwang'kan. Ak jek feeling touching sgt.

Bulan Oktober jugak, bufday my sis yg ke 28 tahun pada 25 Oktober yang lalu.Sama plak bufday ngan Jurulatih N9-Azraai Khor. Hepi Bufday Kak Long. Nnt aku bagi adiah ek.
Ak bg gambo jek la dulu.. Yg real tunggu ak balik serting.
Dan, last but not least..Tahniah bagi skuad Si Rusa kerana telah berjaya merampas kembali Piala Malaysia 2011. Tak sia-sia aku g beli T-Shirt baru nk sokong punya pasal.

Haha..Pe daa punya soalan. Milik Negeri Sembilan la..
Ok la kengkawan, nak balik Nogori dh nih. Dh petang sgt dh nih....Daaaaa.

Wednesday, October 19, 2011

Tak Berperikemanusiaan..

Hangat dibualkan di sekeliling kini, kisah manusia yg tak sedar diri.
Kisah bagaimana kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yg dilanggar lori dua kali tp sayang takde sape pedulikan budak nih.
Sangat mengecewakan orang yg lalu lalang di tempat kejadian.
Tak bagi bantuan langsung.
Manusia kini memang dh hilang rasa prihatin kan?

Aku pun mungkin guru yang tak berperikemanusiaan.
Sebab apa aku berkata begitu?
Kerana pada saat aku sedang menulis blog ini, sebentar tadi aku telah mencampakkan semua kasut, selipar, sandal, selipar jepun keluar dari perkarangan ASPURI.

Aku dh geram sangat ngan bebudak nih.
Takde telinga ke apa?

First thing aku selalu remind bebudak ASPURI aku adalah....susun selipar pada waktu bila???
----> Sebelum pergi sekolah
----> Sebelum pergi prep
----> Sebelum tidur malam

Kerana kegagalan mereka pada kali ini dan sebelumnya, aku telah jadi manusia yg kejam dan tak berperikemanusiaan.

Jadi esok sebelum hangpa pi sekolah, sila lah pilih kasut masing-masing di tepi jalan ya...
HAHAHAHAH--->(Ketawa jahat)

Tuesday, October 18, 2011

Cuti-cuti Cinta!

Last weekend, bersama suami telah pergi ke suatu tempat untuk konon-kononya kamu bercuti-cuti cinta la.
Almaklumla...lepas kawen nih belum berkesempatan bercanda mesra di tempat-tempat menarik.
Ala..g dekat jek.
Kebetulan suami attend ISO Training.
So budget utk percutian ini takdelah sebab ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti.
Hehehehe....
So, kat sana terjoin la jugak family day. Kira 2 in 1 la.
Yg sedihnya, satu keping gambar pun tak snap utk memori.
Sebab NiPopCorn Nikon D3000 tertinggal kat rumah la plak.
Huhu..sedih. Pakai HTC pun xmampu nk mengabadikan memori ini.
Jadi aku pun ambik jek la gambar dr staff yg attend. Maaf ek.
Cume gambar laki aku jek la yg ada pun sebab die yg over mandi kolam.

Lupe lak nk impom kitorang bercuti kat mana...
Ahhhaa..kat Suria Cherating Beach Resort.
Tepi pantai betul.
Petang-petang jenjalan ngan suami.
Pastuh g Kuala Kemaman makan satar.
Besh.
Carik ketam bercili..tak berkesempatan pulak sebab belah siang suami berkursus sakan tuh.

Nihla bilik kitorang...Twin-sharing jek. Sbb check in lambat. Takpelah considerd la pd family yg ramai ahli..
Ini gambar staff len dgn familinya...Tp ade gambo laki aku, ak papar kan la jugak.Heheh...

Malu jugak kadang-kadang terasa bila mula bergaul-gaul ngan family yg lain.
Tp kene biasekan bawak diri kan...
Aku pun cuba la berhadapan dgn yg len walaupun aku rase aku ngan suami aku nih mcm honeymoon jek org len bergumbira ngan anak masing-masing.
Macam tak malu..
Tapi, itulah hakikat berorganisasi.
Terimalah seadanya.

Makan satar di Warung Aziz Satar. Gila! Nama pun nk artisan.
Yg penting seronok.
Free.
Bebas dr fikir hal di tempat kerja.
Walaupun sebenarnya pd Sabtu lepas cikgu-cikgu skulah SABK N. Sembilan wajib join meraikan TPM yg dtg melawat negeri kami time tuh.
(Nasib baik aku tak datang, aku dengar-dengar sume cikgu sign then cabut.....)
Alu telah memilih jalan yg benar utk bersuka..Hihihi.

Sunday, October 16, 2011

Satu Cabaran

Untuk makluman, saya bukan seorang ahli sukan.
Tapi sangat berminat berkecimpung dalam bidang sukan.
Pada tahun ini, amat terharu dilantik menjadi coach daerah untuk olahraga.
Sukan peberet saya sejak dulu hingga kini.

Saya giler kumpul kasut untuk bersukan.
Tapi bersenamnya jarang sekali. Apatah lagi nk berlari sakan.
Hanyalah mampu meniup wisel dan memegang stopwatch dr jarak jauh.

Matlamat saya kali ini adalah memasuki Sekolah Sukan Malaysia Pahang yang bakal beroperasi pada awal tahun hadapan.
Bukan sebagai coach tp sebagai tenaga pengajar akademiknya.
Sebenarnya saya mohon pertukaran ke sekolah jenis itu.
Maka saya telah memasang angan-angan untuk memiliki sepasang lagi running shoes jika saya berjaya berpindah.
Yang saya heran suami pun sibuk nk jugak.
Ah senang....beliau belanja la saya sepasang.
Sungguh bernas idea ini.

Kasut apakah idaman saya dan suami???

Ye...inilah dia...Puma Running Shoes Usain Bolt Signature.
Usain Bolt nih juara dunia tau 100m.
Beliau nih ditaja oleh Puma.
Kalau nk tau kat lens die pun de lambang Puma.
Cuma yg kelakarnya, even pemegang rekod dunia pun boleh plak lagi false start. Hehe..

Ala biase la. Teknikal problem.
Orang terror pun boleh tak masuk list final kan.

Matlamat kami suami isteri mendapatkan kasut ini adalah untuk menguruskan body dan mendapatkan shape asal kami yg dahulunya menarik perhatian rakyat sekeliling.
So, mestilah ada cabran dan habuan.
Barulah bersemangat ye tak????
Kalau next entry saya menceritakan kembali kisah kasut ini, maka saya dapat pindah la tuh ek..
Okay, dah...Chow chin chow.

Thursday, October 6, 2011

Bila Nak Berehat Ini??

Haish..belum la rasa sangat rehat-rehat akibat bertugas di Pusat Exam dpt pulak berita gembira dr pihak sekolah.
Ada pulak pemantau nk datang pantau analisis sekolah kami nih.
Selaku SUP aku dah terasa sakit badan dah nih.
What the fish you eat la???
Merenyam amboi suke datang ujung-ujung tahun...

Datanglah tuan kami menjemput.
Tp serabut betulla...
Kitorang kat sekolah pun baru abis exam final.
Paper menimbun nk kene tanda pulak.

Nih apa tugas hakiki seorang guru nih?
Adakah dibayar gaji untuk dipantau atau untuk mendidik anak bangsa nih???

Orang atasan pun tolong la faham kami nih.
Penat la nk prepare itu dan ini bila anda tiba.
Masuk kelas pun hati dan fikiran melayang ke arah lain.

Bila nak berehat ni?
Sakit dah nervous ngan endokrin sistem aku nih.

p/s: Ada orang komen kt Fesbuk aku....terharu beliau membaca hasil penulisan aku nih. Hari nih beliau seolah-olah gembira, mungkin ada perkabaran yg dh lama beliau ternanti-nanti. Tahniah la walau apa pun yg menggembirakan...nikmat wang ke, anak ke, harta benda ke...yg penting kan aku dah pesan...JALAN KELUARNYA ADALAH APA??????Syukur.....

Aku nih nk nimat rehat sepenuh-penuhnya...Bila lagi???Jalan keluarnya adalah...SABAR....

Wednesday, October 5, 2011

Demam Exam

Okey semalam PMR dh bermula.
Anak murid kesayangan pun dh mula berjuang.
Suami demam pula Isnin lepas n dapat la MC sehari.
Kesian xleh bangun even ada kawan die datang rumah tumpang sembahyang tak dapat jumpa.
The next day aku lak rase macam demam kot.
Kuat betul virus si suami nih.
Ak kene lagi teruk.
Semalam punye sesi petang aku excuse dr jage exam.
Ketua Pengawas ak baik sangat.
Best..best.

Malam tadi setelah menepek kan KOOL FEVER, aku tidur tak ingat dunia.
Aku avoid makan ubat.
Berhati-hati kata orang. Haha.
Walaupun belum sahih lagi.
Hari nih rasa tekak aku nih dh tak boleh menelan air liur la plak.
Sah tonsil mesti bengkak punye.

Hari ini jugak second day jage exam kt sekolah sebelah jek.
Ada cerita kelakar.
Sorang calon nih mintak izin g toilet.
Punye la lama g toilet, rupe-rupe zip seluar die terbukak.
Adoiyaii..
Kawan Pengawas yg lain suggest suh tutup ngan kertas waktu duduk nanti.
Sambil tuh aku berdoa, tak nampak yg bukan-bukan waktu meround nanti. Hehehe...
Sengal jek.

Minggu nih terasa la nk ajak hubby g jenjalan somewhere check-in hotel...
Ada plan tak nk pi mana???