Thursday, October 28, 2010

Setahun...

27 Oktober adalah sebenarnya semalam (edit kembali pd 1 Nov 2010) ketika entry ini ditulis.
Memandangkan jasad ini harus bersama Ketua-ketua Bidang yg lain, maka penulisan mengenainya dibuat lewat 24 jam.

Ya..sudah setahun bergelar pendidik di sekolah gersang ini.
Sekolah Menengah Agama Dato' Hj Tan Ahmad.
Secara rasmi bergelar pendidik.
Kalau tak rasmi sebelum tuh dah pernah mengajar di dua buah sekolah.
Tarikh ini membuatkan aku rasa nk turun jek UTHM tuh and nk bagi peluk cium kat semua lecturer aku kalau boleh Dekan pun dapat.
Kerana...adanya Fakulti Pendidikan Teknikal yg gah berdiri di Kampus Bandar Parit Raja telah menjadikan aku ini adalah seorang AKU pada hari ini. Korang faham tak??
Dalam erti kata yg lebih ringkas....telah menjadikan aku manusia yg boleh berangan-angan nk itu dan ini.

Kerana aku setahun sudah bergelar guru.
Banyak betul kenangan, agenda dan karenah dah aku tempuh.
Lagi-lagi plak duduk dan bangun bersama sekolah yg baru saja diwartakan pengurusannya di bawah KPM.
Pastinya aku dan sekolah ini sedang belajar sesuatu utk searas dgn sekolah lain yg dh ternama.
Yg aku kenang ketika hari pertama melapor diri, pastinya tangisan di pagi hari kesekolah sebab dh kene bangun seawal jam 5.30 pagi utk bersiap.
Lalu pulak di salah sebuah SABK berhampiran rumah aku, lagi buat aku meleleh laju.
Masa tuh, takde CITY lagi. Abah hantar aku naik Kancil warna putih.

Bila aku sampai kawasan ni, dalam hati aku pernah terdetik.....
Aku pernah sampai ke kawasan ini ketika singgah refueling kereta masa praktikal nk g melawat Sang Gajah si Kuala Gandah.
Sesungguhnnya aku mengutuk hebat kawasan yg kini aku dambakan ketenangannya.
Pernah terfikir..."Maaflah..aku takkan dapat hidup di kawasan seumpama ini.."
Perghh memang giler berlagak ye tak???
Tapi kini..dah setahun stay di SD-Simpang Durian.

Walaupun banyak betul dugaan dan tekanan kerja di sini. buat masa ini belum terkenang lagi nk apply pertukaran walaupun ada yg willing nk tukar suka sama suka dengan aku.
Sebab aku rasa bahawa kat sini la aku akan 'bersayap' menjejak langkah ke persada yg lebih tinggi.
Sesungguhnya, di sekolah ini lah tanggungjawab aku berganda-ganda.
Kepercayaan utk aku dr seluruh warga sekolah tidak berbelah bahagi.
Bayangkanlah..aku cuma seorang guru biasa.
Yang selalu diperli rakan-rakan lain..'Orang penting sekolah'.
Hebat betul sindiran itu ekk...

Takpe...kene selalu pikir aku ini orang hebat.
Banyak betul program kat sini.
Banyak betul yang melibatkan aku.
Dan yang paling penting..banyak betul memori.....

Aku kini seorang guru..
Suka sangat dengan lagu 'Guru Pembina Negara Bangsa'.Korang trylah search lagu nih.
Setiap malam sebelum tidur mesti dengar seround.
Orang lain kat sekeliling pun dh naik menyampah dah bila aku start pasang.
Aku tak pedulik orang lain.
Yang penting aku suka....
Happy Anniversary yg ke setahun utk aku!
Utk kawan-kawan di UTHM yg xlupe wish tarikh kita lapor diri..Trimas ats ingatan kalian. Luv y'all!

Gambar semua warga pendidik SMA DATA yg wujud pd Ogos lalu.Pic taken by my D3000. Semua rete aku dan Fad pun dh diisytiharkan rete sekolah.Korang bayangkan jek la bagaimana adanya aku dan sekolah ini???

Friday, October 22, 2010

22 Oktober 2010

Masih lagi di mood Tragedi Oktober.
Oktober..berlalu pergi seakan cerita Arnab dan Kura-kura yang mana kura-kura itu merujuk kepada bulan Oktober.

Aku...
Dah tahap kecewa giler menantikan berakhirnya Oktober.
Walaupun setiap hujung minggu diiisi dengan sepenuh-penuh aktiviti di luar kawasan liputan.

Bagi student Form 5 aku, pastinya bahang debaran peperiksaan dah mula menjenguk rasa.
Betul-betul dah tinggal lagi sebulan sahaja.
Memang kitorang tengah all out giler nih.
Even aku sempat berfesbuking sedang pelajar lain bertungkus lumus menyiapkan latih tubi yang aku bagi.
Korang..GUD LUCK dan MESTI RAJIN-RAJIN OK!

Minggu nih adalah minggu melayan MY BLUWEY.
Kita akan ke pusat servis kenderaan.
Kamu kan udah kangan mau ketemu rakan-rakan kamu yang lain disitu.
Insya Allah, time2 tengah takde gaji nih, aku korek la mana-mana tabungan yang ada.Hanya utk kamu.
Duit tuisyen utk dua bulan belum dapat lagi.
Syoknye bile dapat tunggakan banyak-banyak.
Gatal tangan aku.

Hari ni Ustaz Ali bawak nasi minyak dari rumah.
Thankx ustaz.
Bila plak la aku boleh nk belanja cikgu-cikgu nih yek.
Nak tunggu pelarasan ntah bila-bila kala.
Hope dat, bulan nih ada la ek.
Suke
Tapi tuh semua duit utk perkahwinan nanti.

Guess whut??
Akhirnya aku dapat jugak nak mengabadikan tarikh 11.02.2011 dalam diari kehidupan aku.
Insya Allah, abah dah plan utk setuju tarikh berkenaan krn pada raya Cina..banyak pulak orang nak langsungkan perkahwinan.
So, for those who reading diz.....plis save diz date on ur planner k...

Wednesday, October 20, 2010

Gambang Part 2

Aish..bunyi macam canggih bebeno la plak yek coz ada Part 2 tuh..
Serve u all diz pic during my vacation last week.


Pemeriksaan memang rapi.
Semua beg dan barang-barang harus diperiksa.
Dilarang membawa makanan dari luar.
Beli di dalam taman tema.Style CASHLESS.
Scan jek korang punye wristtag tuh.
Dun worry jika tidak habis digunakan krn boleh redeem balik.


Nih muke-muke belum masuk dalam air lagi.
Of course la seperti gaya ayu gitu.
Bila dah seharian dok kat sana..haa..amek korang.
Berbelang-belang spt kuda belang.
Last kulit aku mengelupas akibat sunburn adalah ketika Darjah 4 masa pergi Tioman.



Okay..baju merah yang tidak sengaja dipakai bersama.
Nak practise2 gambar kawen nanti.
Hehe....Gatai naaaaaaaa!!!

Okey pada belah malam telah menjejakkan kaki sekejap ke TC.
Niat di hati nk makan MCD di situ.
Luv the surrounding sambil menikmati Spicy Chicken McDeluxe.
Tapi tak kesampaian sbb hujan lebat dan sangat ramai orang yg buat-buat beli di McD.
Nak tumpang berteduh la tuh.




Nice plate number!JAT...That's JAT.
Snap ketika di ambang sore dlm perjalanan pulang..Macam comel kereta ini!

To conclude...ini adalah percutian yang tidak dirancang tp berjaya dilaksanakan.
I loike berganda-ganda.
Coz..really appreciate the treat serve by my fiance family.TQ VM Mother In Law.=)

Sunday, October 17, 2010

Perhimpunan Atau Percutian?

Tahniah untuk semua para guru yang telah berjaya meluangkan hari Sabtu anda dengan menghadiri Perhimpunan Guru 1 Malaysia bersama Y.A.B Perdana Menteri
Hari ini gambar-gambar cikgu-cikgu yang bersemangat telah dipublish di front page dada-dada akhbar dengan tajuk besarnya "Pendidikan Berkualiti".

Suppose to be...aku pun dijemput utk menghadiri program tersebut.
Aku sepatutnya rasa bangga menghadiri program seumpama itu.
Tapi...kebanggaan telah aku tinggalkan kerana semangat itu telah aku pindahkan ke lokasi ini....

Ini kerja kau ya Ejat. JPNS arahkan ke arah utara kamu ke Pantai Timur ya!
Mungkin ini lah dialog yang keluar dr mulut En.Shahrul Miza yang sehari sebelum program berlangsung, aku beriya-iya telefon pegawai ini utk mengesahkan nama-nama cikgu sekolah aku yg tersenarai. (Erkk...Maaf!Abaikan gambar dua beranak di sebelah..)

Sangat seronok bermain air sampai seluruh anggota bahu hingga ke tangan terasa seperti ketegangan yg melampau akibat kesan terlalu lama berpaut pada pelampung yang besarnya lebih dr saiz aku yang tidak sebenar. (Fuhhh..lenguh tuh!Still kene bergaya, bawak handbag sekali sambil membawa pelampung selepas penat bergelongsor-gelongsor)

Sebut pasal slide nih, memang best giler.
Kalau la nak naik ke atas tempat garisan permulaannya ada disediakan perkhidmatan lif, aku rasa tak terbilang la kot jumlah perluncuran aku. Tinggi sangat. Tapi syok!

Ha..korang tengok jek la ke'syok'an aku tuh apabila dah landing ke dalam air.
Syok lagi bila bersama En.Tunang, tukang stabilkan berat aku dan pelampung.(Sebab tuh dia dok belakang, kalau tak...takde makna aku berani nk bukak mata sepanjang turun tuh)

Aik...korang jangan risau.
Pergi bersama family bakal mertua nih.
Practise make perfect la kata kan....


Inilah bakal mak mertua yg setia mengjaga handbag dan barang-barang kami.
Patut bagi top-up banyak-banyak ni. (Abaikan muka khusyuk aku itu yg sedang makan Mi Hun S'pore super sedap bg yg berjualan secara fast food style nih)
Takpe, tahun depan saya bawak gi sini lagi.
Join my family day ekk!
Adush...mata dah mengantuk.
Rasanya perlu disambung dalam Part 2.
To be continued.....

Wednesday, October 13, 2010

Welkame Bon Apetite @ Nasi Arab Damsyik...

Haaa..korang nampak nombor telefon yg tertera di signboard itu?
Tp, malangnye xdapat plak nk snap gambar operator mana pengendali nombor itu.
Ini adalah lokasi tempat makan baru di area Taman Guru Senawang.
Nasi Arab Damsyik.
Pernah sekali keluar dalam tibi utk Warung Kita.
So, plis do come here.

For me it's so-so la..
Tapi utk Fadu yg memang suka makan nasi sepinggan penuh, maka do not hesitate to find this type of rice.


Hoho..harga memang berbaloi-baloi la kalo ayam tuh utk seorang dapat sebesar itu.
Anda kalau jenis stomach tank kecik, adalah better utk share bersama pasangan dgn tujuan utk lebih merapatkan p'hubungan yg kian dingin....(kot-kot la kan..)


Disajikan pula bersama sos tairu (rasa susu yg amat mendinginkan) dan sambal pedas secukup rasa, ia adalah akan menambah selera kalian yang menikmati Nasi Arab Damsyik ini.


Khasiat teh memang tidak perlu lagi dinafikan.
Kerana, bila dah terlalu kenyang, kadang-kadang perut menjadi sebu dan rasa tidak sedap.
Jadi nikmati la teh asli perisa daun teh ini bersama-sama dengan hidangan anda.
Ahmad Tea Green Tea nih.
Cubala! Cedap sangat.

Sebenarnya aktiviti ini dilakukan sehari sebelum bertunang.
Ketika mengambil kek pertunangan di Secret Recipe.

Any info, boleh lah search sendiri FB Nasi Arab Damsyik ini.
Korang jgn risau, xperlu nk pandai berbahasa arab di sini..hanya order..wahid..salasa, hamsata.....and xingat dah pe nombor lagi yg ada dlam menu.

Datang beramai2!

Monday, October 11, 2010

Kejayaan Didikan PLSP~UTHM

Salam.
Fuh..fuh..Berhabuk sudah blog ini.
Minggu ini menghala ke selatan tanah air menjejaki Bandar Penggaram Batu Pahat.
Dengan bantuan GPS yang takde la banyak sangat membantu kerana akhirnya ke Gunung Ledang yang tiba-tiba muncul sebuah water theme park, aku sampai dengan penuh rasa berbunga-bunga di dalam jiwa.
Mungkin lokasi mandi terkini Si Puteri Gunung Ledang.
Nope...
Bukan kerana sudah lupa ke tanah penimbaan ilmu itu.
Tapi, mendahulukan perjalanan ke Tangkak krn menghadiri kenduri kahwin kakak Rizal.
Of course la kene attend..bakal sedara nih.
Kire, dr Tangkak ke Crystal Inn BP la nih.
Punye la rushing sebab membayangkan meeting is on half its way.
Arghhh tidak..sampai jek sane, aku tengok Syafaril tengah dok termenung depan lobby hotel.
Mungkin meeting dah tamat. Maka, tamatlah sudah riwayat aku nk mencatat minit tuh.
So jumpe Syafaril jap nak mengesahkan kewujudan aku di situ.

Terbitnya lah satu story..meeting semua kensel pada hari itu, dan akan ditunda pada belah malam.
Cheh!
Kalau aku tahu pasti aku singgah Muor raye umah Liyeh n photoshoot bagai.
It's okeyla..
At least tugas sebagai Pemangku S/Usaha Persatuan Alumni tidaklah aku sia-siakan.

Malam meeting yg agak mudah, ringkas tapi bermakna.
Ditangguhkan pada pukul 11.20 malam.

Esoknya, the main event adalah menyertai Majlis Konvokesyen ke-10 UTHM utk sidang pertama bersama Sultan Johor and having lunch with the Sultan.
But, I'm so sorry for not attending coz I'm not replying the invitation to the PPA within the date and of course la..aku xbawak baju yang sesuai. Sedih....
Hang pi la ramai-ramai ikut Mr.Presiden.
Jeles aku.
Takpela...Dr.Hisyam pun pujuk aku....awak siapkan la miting malam nih.
Hmmmm..yela aku faham..
Another big event in this weekend chapter is Majlis Anugerah dan Pelancaran Buku Alumni UTHM where the tagline is "Kejayaan Didikan PLSP-UTHM"..


Senyum sorang-sorang..Aku la tuh salah satu orangnya.
Memang aku bukan menjadi orang yang kaya atau yang sangat berjaya sehingga menjadi ternama..tapi aku berjaya bergelar seorang pendidik setia untuk anak bangsa hasil garapan dan sentuhana akademik para pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal.
Terima kasih UTHM.


Here are the food from Katerina Hotel, BP.Nyum..Nyum..Gado-gado tuh memang besh. Tp aku sempat capture gambar makanan yang dah abeh la.Hihi..

Sambil makan disajikan pula sengan persembahan bertenaga dr NROCINU/UNICORN dengan lagu yang menggamit seribu memori "Kenangan di Kuittho-UTHM".Lagu nih masuk carta Muzik-Muzik tau. The vocalist is Arul who also the Alumni of UTHM. Nampak sangat muka nervous die sebab Prof. Ismail Bakar ada depan mata dia.Prof.Ismail is one of his lecturer. Now, xjadi engineer jd penyanyi lak. Tapi, xpela, die ada bussiness regarding on sound system engineering. Thniah la..Bangga dengar lagu itu.



Wednesday, October 6, 2010

Express Update

Express update.
Krn dah lame x update..
Tidak rajin mengupdate.
Sibuk update mende lain iaitu fail-fail dan bg tip top itu Buku Rekod Mengajar.

Kerana kamu pegawai kehormat PPD.
Lengkap giler Buku Rekod aku.
Terima kasih krn menjadikan aku sekarang adalah CARE kpd SKT ini.
Baru terbaca pekeliling bahawa guru-gur tidak perlu menulis/mengisi borang LNPT krn hanya perlu menjadikan BRM sebagai SKT yg sekiranya segala butiran adalah wujud dan lengkap, maka 70% is yours.
Pekeliling nih dh wujud mase tahun 1995 lagi.
Perghhh..time tuh adalah aku berumur 9 tahun.

Jadi, cekgu-cekgu....pastikan BRM anda dilengkapkan walaupun untuk mengisi kalendar sesi persekolahan. Jangan malas.
Anda kan suka untuk bercuti.
Alhamdulillah, Unit Penilaian & Peperiksaan yg aku pimpin, mendapat ucapan tahniah beribu-ribu lemon dr PPD.Markah dlm lingkungan 90% la katanya si GPK 1 aku tuh.
Harap, akan bertamabah baik dr semasa ke semasa dengan keadaan fasilitas yg kurang sempurna seperti di kebanyakan sekolah.
Moga terbukti spt yg aku aku dok bangkitkan tugas-tugas aku di borang LNPT tuh.(TAK SUKA TULIS BORANG INI).
Skang tengah dok tengok budak exam.
Ada ke susah soklan nih.Tak langsung aku tengok.
Budak sekarang nih aku perhatikan adalah malas untuk berfikir.
Whats wif u guys..
Cheer up la..
Dah ada jawapan tinggal pilih dan letak sahaja.
Nih baru sejam pertama dah syahid dah.
Adoiiii..parah betul aku tengok generasi hari ini....
Tolong nyanyi sikit lagu SEROJA-Mawi..oopsss..tak suka Mawi, Jamal Abdillah tuh.

Dah..dah...nih dah tak ekspress dah nih...Stop!