Hari ini selesai sudah Mesyuarat Kurikulum 3 sekolah.
Maka bertambah lagi kerja aku. Menyiapkan minit mesyuarat dalam 7 hari bekerja.
Oishhhhhh.....tension.
Sekarang otak aku tengah fikir tentang kedatangan Pentaksir Kawasan utk PBS KHB.
Cepat la nk setel. Rasa macam batu tengah hempap kepala betul la sebab kerisauan berada di tahap maksimum.
At the same time, belum satu apa pun aku review CD utk coming induksi.
Assignment pun belum type even a word.
Kehidupan aku sebagai guru di sini boleh aku simpulkan bahawa bila time banyak kerja, memang banyak sungguh tak menang tangan.
Bila free, memang betul-betul free.
Kenapa ada waktu yang macam ini ya?
Kenapa tak pernah sama rata?
Nak kata aku tak pandai ambil berat tentang masa, aku selalu update dan follow-up kerja-kerja aku.
Mungkin bila dihimpit satu dateline, kita rasa cuak bimbang tak boleh present kan perkara yang dikehendaki dalam keadaan yang baik.
Tuhan berilah ruang dan kemudahan....
Bantu aku urus segala urusan dengan sempurna....
No comments:
Post a Comment