Sunday, June 5, 2011

Aku Terharu

Esok 5 Jun 2011.
Pastinya menjadi satu tarikh keramat buat dua sahabat baik dan karib aku ketika zaman menimba ilmu dahulu
Malangnya, hari gembira mereka ini gagal aku raikan juga seperti rakan lain. Ramai betul kawan-kawan karib pilih tarikh 5 Jun ini.
Sampai penerima jemputan pun kompius nk attend yg mana.Huuuuu..
Takpela, doa daku buat kalian tak pernah sedetik pun terlupakan.
Agar kita kecapi bahagia alam rumah tangga bersama.

Firstyly Happy Wedding buat Siti Zaiton Mohd Dali a.k.a Ito. Rakan karib sebelah meja aku masa zaman aku kat Teknik Segamat. 
Memang sangat terima kasih ko sudi attend wedding aku Februari lalu. Yela, ko kan datang dari dekat nun dok kat KL jek. Lagi plak, aku kawen xde la berebut-rebut tarikh ngan orang lain.Hahahaha...Memain jek.
Ito nih dalam gamabr adalah gadis comey loteh putih meghelip dok depan aku next to gadis berbaju itam tuh.
Semoga ko bahagia Ton. 
Kalau dh bahagia tuh, jangan lupa kat aku yek.


Seterusnya, Happy Wedding buat minah pakai tudung pink dalam gambar ini. Dia nih kawan karib serumah sekelas semotor kekadang masa zaman universiti di UTHM. Selalu gaduh-gaduh kecik ati ngan die tapi sebenarnya gaduh manja sebab antara rakan lain, die jek berani berterus-terang ngan aku, dan aku pun tak segan-segan nk meluahkan ketidakpuasan hati. Dalam erti kata yang mudah, kami terlalu open dalam persahabatan. Tak perlu kan perselindungan. At the end, always close sebab rasa takde yang perlu cakap-cakap belakang. Kan J Jambu. Die lak panggil aku Meqjat Mangga. Die suka aku panggil dia gitu, aku pun suke nama mangga aku tuh..

Untuk J, selamat melayari alam rumah tangga.
Tabah menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri.
Jangan nakal-nakal deh. Nanti kite g Pesta Buku sesama lagi ek. Jumpe di majlis Zul nanti. Insya Allah.

Wah...rindu.
Rindu betul kan kedua-dua kawan pengantin aku nih.


Tumpang hepi untuk korang berdua.

Ikhlas daripada,
Pengantin Tak Berapa Nak Lama.

p/s : Saje letak gambar korang dengan aku time aku jadik pengantin. Nak tunjuk aku hargai kehadiran korang masa wedding aku, tp aku jek yang tak leh nk attend wedding anda berdua lagi-lagi si Ito tuh. J tuh dan lagi aku g kat belah Zul.  Hai....sape la kaya raya nk sponsor aku tiket flight supaya aku boleh terbang pergi balik KLIA-Kedah-Kelantan-KLIA????

No comments: