Thursday, June 30, 2011

Hamba-Mu

Teruja betul aku nk tengok klip Hamba-Mu Imam Muda pada waktu aku tengah sibuk buat kerja kt sekolahtengah-tengah malam begini.
Sebab...aku nk tengok Azhar jd mekanik.
Hehehe..
Tp, korang tengok eh....Ashraf mentang-mentangla Juara Imam Muda, dapatla die jadi doktor, kije best2.
Tp meaning dia, sehebat mana pun kita, sibuk mana pun kita, asal kita sama...HAMBA-NYA.

Ingatkan Allah setiap masa.

Sebut pasal Imam Muda, utk Imam Muda 2 nih, Jumaat ini adalah hari penentu segala. Chup....nk tahu tak ada senior waktu skolah di SMT Segamat dulu one of the final.
Imam Muda Nazrul a.k.a dulu-dulu kitorang panggil Jen stand for Sarjan sebab dia Ketua Komandan Kadet Polis Sekolah. Penasyid Sekolah sebab tuh pandai ngaji, jd bilal...sesuai la jd Imam Muda tuh. Yg penting dulu masa aku Form 4, die Pen.Ketua Pengawas Sekolah....

Ak rasa kalo aku display habis-habisan muka aku nih kt dia, kompem die ingat sbb al-maklumla mase skolah dulu aku glemer.Ahakz!

Hmm..eksklusif betul kalo aku dpt post gambar Imam Muda Nazrul time sekolah-sekolah dulu ye x...Heheh..

Thursday, June 23, 2011

Tekanan Mula Melanda

Hari ini selesai sudah Mesyuarat Kurikulum 3 sekolah.
Maka bertambah lagi kerja aku. Menyiapkan minit mesyuarat dalam 7 hari bekerja.
Oishhhhhh.....tension.
Sekarang otak aku tengah fikir tentang kedatangan Pentaksir Kawasan utk PBS KHB.
Cepat la nk setel. Rasa macam batu tengah hempap kepala betul la sebab kerisauan berada di tahap maksimum.

At the same time,  belum satu apa pun aku review CD utk coming induksi.
Assignment pun belum type even a word.
Kehidupan aku sebagai guru di sini boleh aku simpulkan bahawa bila time banyak kerja, memang banyak sungguh tak menang tangan.
Bila free, memang betul-betul free.
Kenapa ada waktu yang macam ini ya?
Kenapa tak pernah sama rata?
Nak kata aku tak pandai ambil berat tentang masa, aku selalu update dan follow-up kerja-kerja aku.
Mungkin bila dihimpit satu dateline, kita rasa cuak bimbang tak boleh present kan perkara yang dikehendaki dalam keadaan yang baik.

Tuhan berilah ruang dan kemudahan....
Bantu aku urus segala urusan dengan sempurna....

Sunday, June 19, 2011

Ziarah Aleesya Irdina

Rite now surfin from Nilai.
Kebetulan semalam ada seminar kat USIM.
Actually cikgu-cikgu diberi penginapan kt dalam USIM nih.
Tp, umah kazen Along Aji xjauh pun.
Around 3 minutes drive la..

Ada tujuan lain jugak.
Nk ziarah baby baru.
Aleesya Irdina.
Beliau baru 4 bulan
Lahir 5 hari lepas attend wedding aku.
Comel. Baik lak tuh
Tapi kesian...
Semalam sedara belah Kak Maria datang ziarah jugak ramai-ramai.
Dh macam pesta dan umah dia.
Kadang-kadang sampai leka dok bawah.

Time dinner sumer de kt bawah.
Aleesya tengah tidur kt atas.
Tibe-tibe dengar sayup-sayup suara die nangis.
Bila mama dah naik atas, kami terkejut dengar mamanya menjerit.
Ya Allah, Aleesya tergolek jatuh dari katil.
Sian sangat...dan rasa sangat takut sume orang ketika itu.
Yg perasan Aleesya nangis, suami.
Nasib baik kan.
Dah telentang die jatuh.
Tapi, nasib baik tak de pape.
Sebarang benjolan pun tak dijumpai.
Hope baby will be fine soon and soonest even tak jumpe sebarang kesan-kesan jatuh.
Jangan sedih ekk baby!!!

Mase nih beliau belum jatuh....Ciannnnnnnn!!!

Tuesday, June 14, 2011

Tortilla Ayam

Thans to TryMasak for this simple masak-masak vids.
Aku rasa aku orang paling lambat tahu pasal resipi tortilla nih.

Semua bermula apabila suami gemar sangat makan Twister Pocketful KFC. Tortilla nih ala-ala tuh la ek.
Bahan-bahan untuk tortilla nih sume aku dh beli except the main ingredient>>>Tortillanya!
Hari tuh aku g Giant, puas aku carik, xjumpe.
Tapi masa aku g Yummie Bangi, ada die jual cume aku tak beli jek sebab lepas tuh nk g holiday lagi.
Takut die lembik.

Rasa macam nk carik tortilla nih lagi Rabu dan Khamis.
Kebetulan esok ada taklimat induksi kat Seremban.
Boleh la pergi Tesco pulak nk beli si tortilla nih.

Syok la rasanya berdasarkan vids di bawah. Yela, masak untuk suami tersayang.
Tapi aku nk tambah, meat loaf n Chachos kegemaran No.1 suami.

Tak sabarnya nk pegi cari tortilla!

Harus KLIK di link ini : TryMasak - Video Resipi Tortilla Ayam

Friday, June 10, 2011

Keep Up The Good Work FIL

Hi..
Semalam di CH yang dh tak bape nk cool tp tetap sangat seronok smpi dh tak reti-ret nk turun bawah.
Waktu malam di CH my MIL call kata FIL nk kuar g bersidang.
Whut???
Waktu malam-malam hening dan kenapa sangat rajin?
Setahu aku sbg seorang menantu yg prihatin pukul 9 malam gitu selalu FIL dh tido.
Yela beliau tido awal sebab beliau selalu bangun kul 4.30 pg or 5 pg gitu.

Alahai comelnye alasan.
Tak nak menyusahkan pihak-pihak yg terlibat especially yg datang jauh-jauh tuh turun naik mahkamah dua tiga kali. And at the same time, peguam tuh tak payah la nk lama-lama handle certain cases dalam jangka masa yg lama. Boleh ler settle case orang lain lak tak gitu.

In a way, usaha dan inisiatif FIL ini juga merupakan cara beliau nk sahut seruan kerajaan supaya kes-kes mahkamah dapat dipersidangkan pd waktu malam bg mempercepatkan proses penyelesaian memandangkan kes esepcially rumah tangga dah banyak dah sekarang.

So rasa bangga la dengan FIL coz Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan merupakan mahkamah kedua bersidang pd waktu malam selepas Mahkamah PJ. Sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Dengar-dengarnya kata si SUAMI malam nih pun FIL bersidang lagi...

.

Sunday, June 5, 2011

Aku Terharu

Esok 5 Jun 2011.
Pastinya menjadi satu tarikh keramat buat dua sahabat baik dan karib aku ketika zaman menimba ilmu dahulu
Malangnya, hari gembira mereka ini gagal aku raikan juga seperti rakan lain. Ramai betul kawan-kawan karib pilih tarikh 5 Jun ini.
Sampai penerima jemputan pun kompius nk attend yg mana.Huuuuu..
Takpela, doa daku buat kalian tak pernah sedetik pun terlupakan.
Agar kita kecapi bahagia alam rumah tangga bersama.

Firstyly Happy Wedding buat Siti Zaiton Mohd Dali a.k.a Ito. Rakan karib sebelah meja aku masa zaman aku kat Teknik Segamat. 
Memang sangat terima kasih ko sudi attend wedding aku Februari lalu. Yela, ko kan datang dari dekat nun dok kat KL jek. Lagi plak, aku kawen xde la berebut-rebut tarikh ngan orang lain.Hahahaha...Memain jek.
Ito nih dalam gamabr adalah gadis comey loteh putih meghelip dok depan aku next to gadis berbaju itam tuh.
Semoga ko bahagia Ton. 
Kalau dh bahagia tuh, jangan lupa kat aku yek.


Seterusnya, Happy Wedding buat minah pakai tudung pink dalam gambar ini. Dia nih kawan karib serumah sekelas semotor kekadang masa zaman universiti di UTHM. Selalu gaduh-gaduh kecik ati ngan die tapi sebenarnya gaduh manja sebab antara rakan lain, die jek berani berterus-terang ngan aku, dan aku pun tak segan-segan nk meluahkan ketidakpuasan hati. Dalam erti kata yang mudah, kami terlalu open dalam persahabatan. Tak perlu kan perselindungan. At the end, always close sebab rasa takde yang perlu cakap-cakap belakang. Kan J Jambu. Die lak panggil aku Meqjat Mangga. Die suka aku panggil dia gitu, aku pun suke nama mangga aku tuh..

Untuk J, selamat melayari alam rumah tangga.
Tabah menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri.
Jangan nakal-nakal deh. Nanti kite g Pesta Buku sesama lagi ek. Jumpe di majlis Zul nanti. Insya Allah.

Wah...rindu.
Rindu betul kan kedua-dua kawan pengantin aku nih.


Tumpang hepi untuk korang berdua.

Ikhlas daripada,
Pengantin Tak Berapa Nak Lama.

p/s : Saje letak gambar korang dengan aku time aku jadik pengantin. Nak tunjuk aku hargai kehadiran korang masa wedding aku, tp aku jek yang tak leh nk attend wedding anda berdua lagi-lagi si Ito tuh. J tuh dan lagi aku g kat belah Zul.  Hai....sape la kaya raya nk sponsor aku tiket flight supaya aku boleh terbang pergi balik KLIA-Kedah-Kelantan-KLIA????

Saturday, June 4, 2011

Suami Dah Ada Belog

Selama dua jam berasap betul aku tolong suami customize kan belog dia.
Beliau sekarang dh ada matlamat baru.
Nak menulis sesuatu katanya.
Teruskan usaha.
URL pun aku pilihkan. Hope die suke dengan URL ni. KLIK SINI

Thanx to Andrea Hirata coz bg aku ilham nk pilih URL apa untuk suami.
Macam cun jugak ekk bunyinya.
Sekarang aku dh tau macam-macam hidden application dlm blogger.
Sehinggakan aku rasa aku buatkan belog suami, belog dia lagi aku teruja nk hapdet dan sebagainya.
Takpe..takpe, I'll make this Berjalan Melihat Mentafsir lagi gempak soon.
We'll se.

Friday, June 3, 2011

Meluncur Dari Bangunan Sekolah

Hye olls.
Seperti yg semua sedia maklum, aku telah menge'post' risalah kemaafan tulus ikhlas aku untuk kengkawan yg meraikan perkahwinan gilang-gemilang tp tidak dapat dihadiri oleh insan hina ini.
Kerana apa???
Kerana ini semua.



Ini cikgu yang dedikasi. (Ahakz)
Dalam hati kecewa sebab tak boleh attend segala jemputan kengkawan.
Jadi nk hilangkan perasaan bersalah itu, kami semua mencuba sesuatu aktiviti yg boleh melepas segala tekanan.

Yeeha...Nk terjun bangunan.
Maklumlah seminggu tuh kami semua cikgu-cikgu berkampung kat sekolah sampai pukul 2 pagi siapkan perkara-perkara yg Jemaah Nazir nak masa pemantauan. At first nervous tp rasa excited tuh membuak-buak. Dulu masa study pernah cuba Flying Fox nih tapi landing atas rumput. Nih atas jalanraya kot. Terasa pedih tuuuut kalau terseret or salah landing. Heee...Ngeri!


Tengok tuh, dh muncul keberanian.





Okey. Alhamdulillah dh selamat landing. Hehe. Bebas dr kecederaan.
Wow, rasa macam aku dh tinggalkan segala perkara-perkara yg memenatkan masa ada di udara. Lega sangat.

Usai progam ni, ada lagi satu pengalaman baru aku kutip. Apa ekk??


Naik Fire Engine tuh. Best giler dok dalam nih. Kalah naik flight. Bomba dlm kecemasan giler punye selesa. Memang psycho btol. Yela tak nak bagi abang-abang bomba nerbes la katakan. Yg bawak kitorang nih, taknak bg kitorang nangeh la katakan, g la reround satu sekolah tuh pusing patah balik ke tapak camping.

Tengok la nih...suke laki aku jadi ahli bomba....

Lagi Vidiyo Feberet

Haha...Aku kembali menampilkan koleksi video-video bererti untuk motivate diri sendiri dan para pembaca. Insya Allah.

Okey video ini di ambil dari salah satu scene dalam filem Lasykar Pelangi.
Biasa la aku. Kan memang addicted dengan semua koleksi novel merangkap filem karya Andrea Hirata.

Dan nk nyatakan kekaguman aku terhadap nyanyian lagu Seroja ni. Bukan kita jek yg jadikan lagu ini sebagai tauladan untuk para remaja. Indonesian pun dh ambil lagu ini sebagai satu penyuntik inspirasi remaja-remaja yang dh moral down.

Okey, tunggu upcoming video dari filem-filem Andrea.


Ke Mana Kita?

Encik Suami tersayang....Ke mana kita pada cuti sekolah kali ini? Adakah ke tempat di bawah ini???



Suami..suami.
Kita perlu masa untuk rehat.
Perlu masa untuk tenang fikiran.
Perlu masa untuk menguatkan jalinan.
Dan yang paling penting MASA UNTUK BERDUA dengan lebih berkualiti.
Lagi pun kita kan dah jadi skuad Libur rekaan kita sendiri.
Kamu pun dah banyak belajar tentang fotografi dari web-web otai-otai fotografi.

Cubalah kamu cari satu waktu, tarikh dan prosedur untuk kita ke sini ya!!!!

Thursday, June 2, 2011

Hidup Dalam Mimpi

Bermimpilah selagi kau masih mampu bermimpi.
Tapi, pastikan mimpi-mimpi itu selari dengan usaha.
Aku ini Sang Pemimpi....kita semua Sang Pemimpi bg sesiapa yang mempunyai mimpi.

Mimpi perlu ditebarkan.
Supaya kita tahu matlamat masa depan.
Mimpi lambat laun menjadi kenyataan.
Jika disulam dengan kegigihan.

Video ini courtesy filem Sang Pemimpi dan sekaligus novel kedua Andrea Hirata dalam tetralogi Lasykar Pelangi iaitu Sang Pemimpi.
Very addicted to this scene.
Rasa kagum pun ada.
Semua filem Andrea banyak menggunakan lagu-lagu Melayu untuk menghidupkan moodnya. Betul-betul Melayu. Syabas Andrea, Pengarah dan Penerbitnya.
Tak lupa juga si Arai di bawah ini yg sudi nk dendangkan lagu ini dengan lunak suara yang mendamaikan jiwa, meruntun hati sanubari dan yang pastinya membawa aku jadi seperti Zaskia Nurmala yg kau nk ngorat tuh..(Hecehla...)
Filem Melayu asal dari Tanah Melayu sendiri pun lebih berbangga-banga dengan lagu-lagu dari luar sana.
Mana jatidiri kita? Lu Pikirlah Sendiri.

Layan.....