Thursday, November 5, 2009

Seminggu di SMA DATA..Over the Top!

Salam..bertemu kembali dalam ruang maya ini. Alhamdulillah. Ak dah berada di SMA Dato' Hj Tan Ahmad, almost one week.Perjalanan masa yg begitu pantas berlalu.Mungkin kerana kesibukan aktiviti pengurusan diri di sekolah baru.Honestly, utk first n 2nd day..Ak menangis la gak.Sbb terbayang akan melalui perjalanan panjang ke sekolah.Tp xpun sebenarnye bila ak dh kerap berulang nih.Orang kata, alah bisa tegal biasa.Adalah dalam 40minit jek kalo bawak kete dgn kelajuan makan angin.Ak rase susah di sekolah baru sbb everything kene diuruskan sendiri.Jadi, ak jadi sayu hati kebetulan pada hari lapor diri, mak ak sakit bulanannya spt biasa...Ak jd hiba yg teramat sgt maka airmata jua pengubat duka.

Mungkin dicampur keserabutan ak memikirkan perlu atau tidak ak menjadi warden.Seriously, I'm not ready yet utk pikul tanggungjawab tu sbb dh syok kot dok umah nih.Ak jadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga.Tp kdg2 tuh kalo dh penat sgt ak xsempat jugak kemas umah.Buat malu jek dgn Amirah Sharif mase die dtg umah utk pegi LDP same2.Sori Kakak..next week dtg lg, ak kemas umah tiptop punya...Haha...

Tapi, dalam pada kesibukan tuh, sebenarnye bnyk benda ak telah pelajari terutama dalam aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah sampailah bab2 membuat gaji sndiri dan bagaimana ak berurusan dengan pihak atasan di BPI, KPM dan SPI JPNS.Alhamdulillah, semua telah bnyak membantu ak.Itu pun kerana ak dikelilingi guru-guru yang x kedekut menyampaikan info itu dan ini.

Allah jua pemudah segala urusan.Ak tidak keseorangan merasa sukar untuk bangun pagi krn ditemani seorang kakak yg mengajar di situ kebetulan tggal berhampiran kawasan rumah.Jadi, tanpa segan silu dan kompidennya, ak xmalu utk tumpang die sementara ak nk tggu ada kenderaan sendiri.Hmmm..tak sabar rasenye nk tggu Januari 2010 nih.Harap2, ak dah tak menyusahkan orang lg, malahan ak nak pula menyenangkan orang yg selama nih bnyk membantu ak dr segi material, mental dan emosi..

Gelaran ustazah yg student ak pggil utk semua cikgu kat sekolah tuh, rasa janggal bg diriku.Bukan tidak boleh terima terus, cuma sekadar berasa rendah diri plak bila masuk kelas dan bersemuka dengan para pelajar.Ak secara automatik mengontrol ayu bila diorang semua panggil ak dengan panggilan tuh.

Hakikatnya, ak berbangga dengan pelajar2 di sini.Walaupun, tidaklah sehebat pelajar2 aliran agama di SMKA mahupun di SMAP2, ak tau suatu hari nnt andai tidaklah panjang hayat ku di dunia ini, pelajar2 inilah yang boleh diharap untuk melaksanakan solat jenazah untuk aku.Baik pelajar lelaki mahupun perempuan, semua penuh yakin tampil ke hadapan di perhimpunan sekolah untuk membacakan doa rasmi sekolah.

Cikgu2 lain agak cool dan best pada penilaian mata kasar ak.Cuma sejak dua menjak nih, ak sering diingatkan tentang perlu ada rasa waswas terhadap mereka walau baik macamana pun dorang nih sume kat ak..Hmmmm..amaran2 camnih slalu membuatkan ak mengambil langkah senyap, sekadar dengar dan buat bodoh bila terasa diri 'termasuk' dalam sahutan2 ketidakpuasan hati yang berbeza2.

Dan, sekarang...ak cuba mengadaptasi segala kesukaran dan kesenangan yang bakal ak lalui.Mungkin ini apa yang terbaik telah dicatat utk aku walaupun ak tlah menghadiri slot mikroteaching PPPS MRSM..dan walaupun ak rasa bangga untuk mempertahankan diri ak semasa sesi tersebut, ak rasa TEMPATKU BUKAN DI SINI(MRSM)..Biarlah ak bersederhana, bersusah payah, kerana dari aspek positifnya, itulah tempat dan ruang untuk ak belajar ke arah dunia pembangunan diri ak sendiri.Insya Allah...



4 comments:

Shazwani Mazuki said...

alhamdulillah,kata2 semangat camni la y kita nk dgr..
same jgk ngn wani jat,pesanan bhati2 tu ade..tmbh2,sklh wani tu kategori ptadbiran adik beradik.. mudir,pk1,guru disiplin n pbntu tadbir tu adik beradik.mak ayah mereka pengasas sklh tu dlu..mcm2 la blh lihat dlm 4 mggu ni..
walau ape pn,mari kita sme2 berusaha utk mendidik anak2 kita.inysaAllah.

IZXA ULFADH said...

adik bradik n kroni..hrp2 walaupun adik beradik..masih boleh jlnkan tugas n menjaga kebajikan kan..

amirah sharif said...

ustazah,i x kesah r umh u x kemas ke ape...dpt tmpg tdo n g LDP sm2 pn dh syukur sgt.u'd help me lots.TQVM babeh

IZXA ULFADH said...

no lah..haip..wanna see u get best partner la..amal la utk ko!