Friday, September 4, 2009

Bila Allah Telah Tentukan yang Terbaik Buat Kita...

Salam...

Bertemu untuk entry terkini setelah 2 minggu tidak menulis. Alhamdulillah, kini telah kembali ke rumah. Saat yang aku idam2kan.Aku dah menamatkan karier ku sebagai cashier di Mini Mart Putrajaya. Bukan kerana aku dah tak larat nak kerja, tapi apakah salah untuk mencari dan menerima peluang ynag lebih baik.

Puas aku fikirkan....adakah aku akan selamanya meraih pendapatan RM25 sehari sampai ak posting nanti?Cukup ke aku nak support kehidupan nanti dalam masa 3bulan selepas 'posting'? Pastinya tidak memandangkan aku jenis pekerja yang perlukan rehat yakni cuti.Maka, jika tidak bekerja tidaklah akan mendapat gaji. Mira, adik aku dapat call dari MITC Ancasa Hotel untuk interview kije dengan Ancasa. HR siap pesan ajaklah kawan-kawan yang berminat nak kerja. Dan aku adalah orang yang bakal dan telah mencuba nasib. Aku tak lupa mengajak sahabat yang sama-sama sedang mencari pekerjaan. Dan Alhamdulillah, ini adalah pengalaman interview keenam yang aku lalui, and everything going smooth as the interviewer very like me!!!Huhu..poyo..Means that yang aku ada peluang yang cerah untuk dapat job. First choice aku adalah....Admin dan 2nd option is FO.FO stands for Front Office. Just like the receptionist.And FO is given to me. So excited to be trained as the FO...After two days, once again....MITC Ancasa call for the 2nd interview as to discuss whether we accept the offer and to discuss the basic salary.Dan yang sukanya,Mira and Aina pun dapat call untuk panggil kerja.Alhamdulillah..Syukur. Ekcelli, gaji FO basic adalah RM800 jek. Tak termasuk EPF dan SOCSO. Tapi part nih yang suke nih, makan and penginapan disediakan.It's like time to have your premium saving with the income. Best....masa untuk mempengaruh kawan-kawan utk saving in UNIT TRUST!Satu yang aku suka dengan Operation Manager yang interview ak nih..even I'm a degree holder...dia tahu yang pengalaman adalah lagi penting untuk membina kerjaya seseorang. He's totally right. Dan aku sangat-sangat tidak sabar nak menimba pengalaman baru tersebut.

Dalam perjalanan ke Melaka, ak dapat call lagi dari PPD Jempol..Aiyyo...There's must be something. Dan apa yang ku telah adalah benar belaka...Ak dapat offer jadi guru ganti untuk cikgu cuti belajar, agak lama sampai cuti sekolah. Ak rasa ak posting dulu kot baru kontrak tuh habis.Alhmadulillah once again to Allah.Inilah berkat kesabaran. Berkat kesungguhan.Dah jiwa nak mengajar tuh, mengajar jek la aku rasa.Hehe..Tapi, sdey jugak xdapat blaja pengalaman baru..Sian kat adik aku, harap training selama sebulan di Melaka nanti akan mempertemukannya dengan kawan-kawan baru.Hopefully....

Aku pulak yang hilang arah mana satu yang harus ku pilih. Hmm...aku rasa akan memilih kerjaya perguruan la..Berbaloi.Dan aku memang nak save duit gaji guru ganti ni untuk mempercepatkan lagi proses perubahan fasa hidup aku.Silalah paham-paham sendiri yek...Lagipun, nak tolong mak aku kemas umah la.Nanti bakal future famili in-law nak datang....

Aku rasa amat bersyukur sebab bila rezeki datang mencurah-curah sehingga kadang-kadang boleh buatkan kita jadi hamba yang tak bersyukur dan tamak. Kalau tak tetap pendirian, rasanya aku dah jadi tak rasional.Aku fikir, kalau nak pengalaman baru pasti la bekerja di hotel adalah satu pengalaman yang amat berharga.Hotel pun 4stars tuh...Tapi, kerana memikirkan duduk di rumah dan dapat membantu keluarga dengan gaji dan beban kerja yang berbaloi, pastilah bidang perguruan yang menjadi pilihan.Dan hari ini, aku dan mula melapor diri di SMK Dato' Mansor sebagai guru subjek Sivik.Kalau la boleh jadi cikgu nih sampai raya and after raya ak nak kerja hotel...Kan syok....Hmmm..

Aku yakin ini semua apa yang Allah telah catatkan yang terbaik buat diri kita.Seharusnya, aku perlu menjadi hamba yang lebih bersyukur, berterima kasih kerana dulu ketika diri ditimpa pelbagai masalah, peluang sebegini lah yang aku harap untuk membantu aku. Terima kasih juga tak lupa kutujukan buat sahabat tersayang Siti Hidayah Ahmad atas bantuan yang dikau beri. Amat tak terbalas segala jasa. Bantuan yang amat ku perlu saat melalui detik getir...

2 comments:

Shazwani Mazuki said...

Salam jat..
tahniah..ayat y last tu,tepat sekali..
Allah Maha Mengetahui perjalanan hambaNya..Dia Maha Menentukan segala urusan..
moga jat dipermudahkan segala urusan..dan cepat2 tunang.haha.. ;)

IZXA ULFADH said...

Thnx Wani...yang penting adalah keazaman dan kesabaran.Insya allah apa yang diimpi bakal berhasil juga.