Hari ini agak bosan...selalu tu kalo duduk rumah masa terase seakan begitu pantas berlalu. Ak jadi tak tahu nak buat ape.Sepanjang minggu nih ak selalu bangun awal, maka kerja rumah dapat diselesaikan seberapa segera.Alhamdulillah...n at the same time ak kekurangan mood nak menjamah makanan. Dah lapar betul baru ak makan..Tp, Rasulullah pernah berpesan..Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.
Sambil2 melayan kebosanan. ak pun search la sebarang artikel berkaitan kebosanan.Sekali, apa yang aku jumpe ada juga orang yang named blog mereka dengan jurnal bosan.Kreatif.Boleh attract sesiapa saja. Bosan ini mungkin sebahagian dari aktiviti stress. Mungkin juga kategori kemurungan.Ak pun tak tahu sebab belum lagi bertemu dengan bahan yang sesuai untuk merungkai permasalahan bosan ini. Yes..telahan ku hampir tepat kerana memang kebosanan dikaitkan dengan gejala STRESS. Stress adalah istilah paling tepat untuk mendefinisi keadaan pada hari ini kerana ia boleh juga ditafsir sebagai hilang daya..Ak yang hilang daya nak berbuat apa-apa termasuk mencari bahan rujukan untuk interview esok.
Namun, masih ada juga stress yang membantu. Wow...setiap yang negatif masih ada sekelumit positifnya. Stress juga kadang-kadang perlu untuk meransang diri betindak dan boleh memotivasikan dan menginspirasikan seseorang untuk mengerah segala sumber dan potensi diri untuk kejayaan di luar keupayaan biasa.
Maka, jadikan kebosanan dan stress diri sebagai satu batu loncatan diri untuk melakukan sesuatu yang lebih berfaedah. Insya allah..akan aku semarakkan hari ini dengan lebih cemerlang.Alhamdulillah setelah dapat berkongsi kedukaan dengan Alang, ak lebih positif menempuh perjalanan untuk esok dan hari berikutnya.
Ingin aku selitkan juga beberapa pristiwa malam tadi apabila ak mendapat satu panggilan yang agak merangsang hormon adrenalin ak agar sentiasa gembira. Membuatkan aku bertambah yakin bahawa, kawan-kawan kita ada disekeliling kita walau kadang-kadang tidak pernah bersua muka. Kawanku yang jarang-jarang menghubungi ku sejak aku habis belajar. Dulu adalah selalu ak call die, die call aku sebab nak discuss pasal PSM. Dan yang jarang ak temui dan hubungi itu la yang sudi nak bantu ak. It's about financial problem.Walau ak minta tapi die sudi tanya ak berapa ak nak pakai. Terharu ak...Ak main-main jek.Masih mampu Insya Allah..Thanx to Herol on ur concern.Akan datang pasti ak cari kamu untuk sebarang bantuan...
No comments:
Post a Comment