Thursday, August 13, 2009

Alumni...

Salam..entry yang ak rase harus di sambung semula penulisannya. Sebelum nih ada menyentuh tentang kehadiran ak dan kawan-kawan ke Hi-Tea Alumni. Sebenarnya, kitorang datang nk pegi hi-tea tu jek,tp biasala alumni ni bnyk duit, jadi sebelum hi-tea tuh ada la sikit seminar yang ak rase sangat berguna kepada yang bakal menguruskan kewangan sendiri lepas blaja.Tajuknya pun Bijak Mengurus Wang. Seminar yang disampaikan oleh pihak SIDC.Sebuah anak syarikat di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Memang input yang amat berguna. Lagi-lagi kepada ak yang insya allah akan promote kpd org ramai ttg kebaikan menyimpan duit di dalam syarikat yg bg high return.

Selesai jek seminar tuh , ak ingt la yg boleh terus makan.Tp sebenarnya ada mesyuarat agung kali pertama Persatuan Alumni UTHM. Sebab tu ak pelik bile ramai staff yg dulu alumni mengedarkan borang kaler biru tercatat nama beberapa calon yang tak pernah ak kenali pun.Semua yang datang tuh adalah ex-PLSP,ITTHO, KUITTHO dan ak..UTHM.Mereka semua dah bekerja..Ramai yg jadi staff politeknik.Bagus.....Bagi yang tiada lawan, maka menanglah tanpa bertanding.Tahinah..dan masih ada juga beberapa kerusi jawatan yang kosong.Kosong kerana tiada calon nak masuk bertanding.

Jawatan penolong setiausaha juga antara yang kosong dan perlu diisi. Dr.Yusri selaku pengerusi mesyuarat petang itu meminta kepada hadirin untuk mencalonkan beberapa nama yang ada dalam DKG. Ak amat shock bila J bangun dan mencadangkan ak sebagai salah seorang calon Pen.SU...Oiiiii...ak amatlah tidak suka jawatan SU nih.Biasala...kerja-kerja menulis tuh SU la tuh kene wat.Lagi plak kene bergandingan dengan orang yang ak tak kenali, semua dah berprofesion.Maka ak agak segan. Konvo pon lum sampai tempoh matang lagi. Bersama-sama dengan ak utk jawatan tu adalah eorang budak UTHM yang akan konvo juga,tapi dia sambung belajar lagi kat UTHM tuh. Well, saat ak introduce diri tuh, of course la ak yg sangat berketrampilan.Hecehla..bukan apa..Agak cun sikit petang tuh mengenakan jubah labuh bewarna coklat yang baru kali ketiga ak pakai. Maka mungkin disebabkan itulah, ak menang majoriti jawatan tersebut.Ak terkejut jugak sebab akan menggalas tanggungjawab baru utk tmpoh 2 tahun nih.Ini bukan persatuan kecik-kecik, melibatkan zaman PLSP lagi..Adoi..Tp terima kasih la kpd J yang cadang dan Wani yang sokonh sebab tolong glamorkan ak.Hee..Ak jadi penolong En.Suhaimi, suami P.A ak..Pn.Sofurah.Ai..nape la Pn.Sof tak datang.Kalau tak, dah lama aku cadang nama dia jadi pembantu suami sendiri.Huhu...

Then, selepas semua nama dah di isytihar, ak diberitahu ada mesyuarat AJK sebelah malamnya..Kat Katerina plak tuh..Huyyo..Tak agak-agak alumni nih..Miting pun nk kat hotel..Dan ak sorang jek perempuan dalam jawatankuasa tuh..Ak pun mintak excuse dr Mat Zul nak bawa kawan dalam miting tuh nnt.Bukan apa...berhati-hati.Dalam sibuk-sibuk AJK atasan hantar mklumat kat aku, de la beberapa sesi ucapan dan Mat Zul pun nak sampaikan sepatah dua kata..Yang nih touching sikit..Untuk isteri saya yang sentiasa berada di sisi saya...then dia nangis mungkin terharu mengenang jasa dan pengorbanan isteri Kak Mahfuzah.Ak pun turut jadi sdey la..Kalau la bakal suami ak macam nih...

Malamnya, seperti yang dijanji di Katerina pukul 8.30 malam ak dah terpacak kat bilik miting bersama Wani n Ebah. Ak dan bersedia la nak catat minit miting malam tuh.Tapai satu mende pun ak tak paham walaupun ak catat. Sume orang sibuk nak discuss pasal main golf kat Sabah.Tak agak-agak nak main golf kat Karambunai lak tuh. Ak tulis jek la pe yg ak dgr n phm.Nasib la...

Ak yang sedang khusuk bekerja.Konon2 la..

Miting abeh agak lewat.Nak dekat pukul 1.Nih ak xsuke kalo miting meleret.Tp bukan sebab pe, td berhenti sebentar bersama Kit Kat de minum malam..Nasib baik de exco Sabah mntak excuse ditamatkan untuk memberi penghormatan kepada ak untuk tido awal.Nak konvo next day katanya.terharu ak..Siap dia sound presiden suruh persatuan keluarkan duit.Thnax exco Sabah walau ak yang muda sekali dalam jawatankuasa tuh. Namun, pada saat yang sama, dapat msg Kak Wa yang risau kami tak balik lagi..Ak pun kalu boleh nak tinggalkan mjlis secepat mungkin. At last, tamat juga dengan jayanya..

Kawan-lawan yang banyak membantu...Thanx a lot frenz..
We're now going bed to sleep.Ak tgok Fadu dh tertido.Sian dia..Mungkin tunggu ak kot.Tak pun tak tunggu.Huhu...Ak pun dah tak sabar nak tido.Penat....

Kepada kawan-kawan, marilah mengaktifkan diri dalam Alumni nih..Sape tahu anda boleh join mereke mewakili flight setiap negeri main golf di Karambunai.Kita sama2 aktif dalam alumni insya allah de banyak aktiviti yang dirancang kepada ahli yang aktif. Alumni UTHM..Persada Jalinan Gemilang!
Ahli Alumni yang agak dewasa berbanding aku!







No comments: