Thursday, August 20, 2009

Yakinkan Diriku...

Salam..

Selepas ini, mungkin bukan selalu ak akan menulis di dalam blog ku ini kerana ak skang dah kije part time di sebuah Mini Mart di Putrajaya.Agak kelakar la plak...Nak cari duit tmbahan..Tp bukan tmbahan pun, untuk mengisi poket yang kekosongan...Sekejap jek kot.Bile rase duit ak dah agak bnyak, ak fikir jugak nak berenti. Dengan gaji hanya RM25 sehari, dan kerja selama 10jam, ak rase agak tak berbaloi. Tapi yang syok adalah, ak dapat gaji hari-hari. Leh la ak kumpul nak bli kasut idaman aku.Kasut utk ak travel. Ak duduk umah pakcik aku. Tapi walaupun pakcik sendiri, agak tak sedap ati ak rase untuk stay lame2. Tuh yang ak plan gak nk quit lebih cepat.

Tadi ak baru balik dari interview guru sambilan Math kat MRSM sebelah nih..Fully in English.At the end of the interview, ak terpaksa me'mix'kan language aku. Baru la banyak idea sikit ak nak cakap.Bile suruh introduce tuh beriye ak cakap BI tp die suh ak demo sikit mengajar..Ak campur la language aku.Almaklumla...Memartabatkan Bahasa Melayu, dan Memperkasakan Bahasa Inggeris.Agak merepek..Satu set induksi yg baik ak telah fikirkan.Hehe..Tp salah formula plak ak bagi.Ak pun dh lupe la tajuk Trigonometry.Lagipun aku agak nervous. This is first time ever interview with fully English version.Dan ak rase ini lah interview ak yg agak hampeh kot.Ak dapat rasekan tuh.With no guts at all. After this I know whut the most important I should prepare first. Agak hancuss.Maknenya, agak lama lagi la ak kene jadi cashier kat Mini Mart tuh..Kesimpulannya, mungkin peluang untuk aku dapat tuh tipis. Selalu apa yang ak bayangkan, menjadi kenytaan. Pakar psiko pun ada pesan, jika kita yakin dengan apa yang kita impikan, tak mustahil ia akan menjadi realiti.Kesimpulannya, sebelum g interview tuh untuk sume kawan2, prepare an English version of self introduction.I'm sure for this.

Dan pada masa yang sama...ak dapat offer jadi guru ganti kat Palong 2. Tapi ak tgh pening, mungkin leh dok umah kakak aku.Masalahnya adalah transport la..Hmmm...ak pening, whether to accept or not. May be not.Peluang kedua yang telah ak lepaskan.Kenapala PPD nih bagi ak mende yang aneh2. Yang hanya merugikan aku.Aku dah sampai xde mood plak nk berkhidmat di bawah KPM atas sebab-sebab macam nih la.Ya Allah..Maka yakinkan diriku...

Saturday, August 15, 2009

Sri Kandi Cintaku...

Entry baru pagi hening Sabtu..ak sedang syok mendengar lagu Sri Kandi cintaku.Sejak balik konvo ari tuh, ak asyik layan lagu nih jek..Sebab mase sidang konvo aku, lagu nih jadi lagu yang dipersembahkan oleh Koir UTHM ketika sesi konvo berehat seketika..

Aku pun lupa nak citer pasal RFID card yang ak kagum sangat tuh..Hai.kalau tuh projek PSM la.Patut dapat Anugerah PSM Terbaik..Tapi sayang ak xsnap plak gmbr RFID card tuh.Ak yakin, kad tuh dah diguna oleh para graduan sebelum ak lagi berzaman dan berkurun.Cuma data dalam kad saja yang berbeza.Hebat betul programmer dia.Kad RFID tuh mesti dipin pada tulang jubah konvo.Pin is safe rather than clip.Kalau cicir, memang tak glamer la korang..

Apabila kita melalui satu scanner dalam beberapa jarak tertentu, terus nama kita disebut dan nama di skrin tertukar secara sendiri.Oops..aha..bukan MC yang announce nama kita.Tapi sistem tuh la..hebat la..Kan kagum tuh..Sampai saat nih ak terfikir-fikir.Tiada satu nama pun disalah sebut.Kecuali yang kad tercicir..sahlah die xdapat detect n of course la tak disebut la..Huhu..Yang ada terbawak n terpakai kad awek pon de..Maka sistem tuh sebut dua nama sekali la.Haha..sian si awek..bila turn die yang sebenar..senyap jek la mase amek skrol.Ingat adik-adikku..PINKAN..n JANGAN SURUH ORANG AMEK UTK KITA waktu pendaftaran.

Ok la..ini lirik lagu yang ak sedang layan..Hayatilah buat mereka yang senang mengharungi perjuangan..


SRI KANDI CINTAKU...
Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu
Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu
Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti
Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku
Masa konvo tuh syok tengah layan lagu nih..kamera fokus pada seseorang yang ak kenal.Pernah tolong ak jual pendrive masa Minggu Haluan Siswa..Duit yang ak guna utk sara pendapatan tambahan ak di kolej.Ak dah tak ingat nama sebenar dia..Apatah lagi nama Borneo dia bagitau kat ak dulu..Yang ak tahu, ak bagi nama baru kat dia dulu..ISMAIL.Wah..dh jadi sebahagian dari KOIR UTHM.Thniah!

Raikan Kejayaan Abadikan Kenangan

Salam..baru saja menjenguk blog sahabat tersayang Wani. Agak touching apa yang dibaca. Tapi tiba-tiba terbit rasa menyesal sbb tak dapat menghabiskan dengan baik lagu Shoulder To Cry by Tommy Page yang ak nyanyi spesel pagi sebelum kami konvo. Al-maklumla..Ak cuba nak simpati dan empati pada Wani.Ak cuba nak berada di tempat dia, jadi aku hiburkanlah apa yang patut.Dan ak amat terharu kerana kengkawan Wani, J and Ebah juga cuba memahami situasi ak walau aku tak mengharap apa-apa. Dorang sume berjaya meng'full' kan tank mnyk kete ak.Thanks kawan-kawan..Ejat ikhlas la tumpangkan korang...Lagipun Ejat memang nk pegi UTHM kan....Thanks a lot dear fren. Dan pada masa ini..ak sedang terbayangkan Wani yang tido sorang2 di hospital tuh..Wani take care.

Pagi tadi seusai Subuh, dapat msg dr J..tentang rayuan seorang hamba kpd Sang Khaliq. Dan memang sgt tepat utk situasi aku tika ini.Thanks J utk msg yg pnjg dan sentiasa mengingatkan diri ini..Menguatkan lagi perjalanan diri ku ini.. Masa konvo ari tuh, ak ada beli bear pink 4 ekor.Murah jek..Konon-konon nak bagi kat Wani, J, Ebah and CT sebab dorang nih la sahabat ak susah senang di A1-03 dulu..Yang sama-sama kalut menyiapkan asainmen stiap kali tiba hari Jumaat.Yang sama-sama grup diskusi malam sebelum exam shgga ak berjaya dapat FIRST CLASS..Rasa nak berderai air mata bila mengenangkan semua peristiwa perjalanan menuju kejayaan.Rasanya..kalau takde korang, Ejat pun tak sanggup nak stay up study gila-gila especially camaner kita semua carik solution utk soklan estimation and contract tuh.Bnyk sungguh ku rasa..Nak sambung blaja lagi kalau ada sahabat seperti korang yang sudi mengiringi perjalanan ku..Ejat berjaya pada hari ini, bukan atas usaha Ejat semata-mata, tapi atas dorongan dan kekuatan semangat kalian utk menginspirasikan lagi diri Ejat supaya tak leka dan berpegang pada matlamat yang satu...


Malangnya, bear tuh tak sempat nak disampaikan pada Ebah dan CT..Insya allah akan dipos kemudian..Sorry CT n Ebah..Agak ralat jugak kita tak dapat bergambar bersama.Terpaksalah menggunakan bantuan photoshop untuk menunjukkan kita sentiasa berlima walau terpisah jauh...

Oleh itu..layankan aje gambar-gambar masa konvo ari tuh..

Ni la Kak Wa n Hubby..Yang selalu bagi ak n kwn-kwn tumpang tido umah dia..Main masak-masak sokmo.Syiokk..Itula aktiviti yang sebenarnya merapatkan lagi ukhwah kami.

Sebelum berangkat ke UTHM utk sidang konvo guer..

Akhirnya..Ak agak bangga dengan selempang First Class tuh..Mule-mule tgok budak sidang sebelum pake, n ak berase pelik dan jeles.Mesti spesel.Dan ak pakai juga rupenya..Thanks PPA bg selempang aneh-aneh tuh.

Ak n Wani..Thanks a lot Wani..Walau Wani sedey, Wani masih mampu nak bg 'pose' gembira utk tatapan Ejat..
Ak n J..Itula bear ak bli utk sahabat 4 orang nih.Aina kata comey..Huhu..Tak salah pilih..J..Pasnih dan x gado ngan mu doh..Aman la mu..Tp mst ak windu...

Ct n Jat..Ct thanks souvenir ari tuh...Ak doa hg pon bahagia..Kalo leh dgn org bilik depan opis hg pon orait..Heee..

Pn.Sofurah..my luvly PA..Thanks for guidance and guardian..Wil be missing you a lot! Thanks for the A in Solid Mechanic!

Rakan-rakan seperjuangan ku..Tahniah buat semua..Pada yang sambung belajar, selamat berjuang!

Hmm..mesti anda semua tertanya-tanya mana gambar family ak.ekceli ada..tp abah takde..memang tak datang konvo ak pon.Gambar ngan mak an adik-adik ada kat Fadu lagi, dia tak email..Semoga kejayaan ku menjadi inspirasi buat adik-adik tersayang....Itu pasti doa seorang kakak yang mahu adik-adik merasai kegembiraan pada hari ini...Dan tak lupa juga buat supporter ak dari segi moral, emosi dan kewangan..Yang ku sayang selalu..My guardian angel..

Ni la Fadhlullah Rahman...Sorry ye..gambar nih bukan utk dibuat front page kad kawen...Sekadar mempraktikkan teknik fotografi..Terima kasih di atas segala pengorbanan kamu..Luv you.Semoga ada jodoh kita hendaknya...Walaupun kadang-kadang ekau nih jahat dan menyakitkan hati!

**Sorry Ebah tiada gambar kamu...Tidak sempat mahu berfotografikan hari tuh...

Akhir kata dari ku..setinggi penghargaan buat mereka yang sentiasa menyokong dan mendorong daku dalam mengecapi kejayaan pada saat ini.Doa dan harapan kalian amat memberi sejuta makana buat diri insan kerdil bernama Nur-Izzati ini. Yang sebenarnya bermula dari bawah, bermula dari sifar, bermula dari tidak tahu...Khas untuk keluarga dan para pendidik berjiwa mulia. Jika ak tidak terbalas jasa-jasa dan budi kalian, Allah jualah pembalas yang Maha Adil untuk menghadiahi kalian apa yang sepatutnya di anugerahkan...Oleh itu...RAIKAN KEJAYAAN KITA ABADIKAN KENANGAN BERSAMA..



Thursday, August 13, 2009

Alumni...

Salam..entry yang ak rase harus di sambung semula penulisannya. Sebelum nih ada menyentuh tentang kehadiran ak dan kawan-kawan ke Hi-Tea Alumni. Sebenarnya, kitorang datang nk pegi hi-tea tu jek,tp biasala alumni ni bnyk duit, jadi sebelum hi-tea tuh ada la sikit seminar yang ak rase sangat berguna kepada yang bakal menguruskan kewangan sendiri lepas blaja.Tajuknya pun Bijak Mengurus Wang. Seminar yang disampaikan oleh pihak SIDC.Sebuah anak syarikat di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Memang input yang amat berguna. Lagi-lagi kepada ak yang insya allah akan promote kpd org ramai ttg kebaikan menyimpan duit di dalam syarikat yg bg high return.

Selesai jek seminar tuh , ak ingt la yg boleh terus makan.Tp sebenarnya ada mesyuarat agung kali pertama Persatuan Alumni UTHM. Sebab tu ak pelik bile ramai staff yg dulu alumni mengedarkan borang kaler biru tercatat nama beberapa calon yang tak pernah ak kenali pun.Semua yang datang tuh adalah ex-PLSP,ITTHO, KUITTHO dan ak..UTHM.Mereka semua dah bekerja..Ramai yg jadi staff politeknik.Bagus.....Bagi yang tiada lawan, maka menanglah tanpa bertanding.Tahinah..dan masih ada juga beberapa kerusi jawatan yang kosong.Kosong kerana tiada calon nak masuk bertanding.

Jawatan penolong setiausaha juga antara yang kosong dan perlu diisi. Dr.Yusri selaku pengerusi mesyuarat petang itu meminta kepada hadirin untuk mencalonkan beberapa nama yang ada dalam DKG. Ak amat shock bila J bangun dan mencadangkan ak sebagai salah seorang calon Pen.SU...Oiiiii...ak amatlah tidak suka jawatan SU nih.Biasala...kerja-kerja menulis tuh SU la tuh kene wat.Lagi plak kene bergandingan dengan orang yang ak tak kenali, semua dah berprofesion.Maka ak agak segan. Konvo pon lum sampai tempoh matang lagi. Bersama-sama dengan ak utk jawatan tu adalah eorang budak UTHM yang akan konvo juga,tapi dia sambung belajar lagi kat UTHM tuh. Well, saat ak introduce diri tuh, of course la ak yg sangat berketrampilan.Hecehla..bukan apa..Agak cun sikit petang tuh mengenakan jubah labuh bewarna coklat yang baru kali ketiga ak pakai. Maka mungkin disebabkan itulah, ak menang majoriti jawatan tersebut.Ak terkejut jugak sebab akan menggalas tanggungjawab baru utk tmpoh 2 tahun nih.Ini bukan persatuan kecik-kecik, melibatkan zaman PLSP lagi..Adoi..Tp terima kasih la kpd J yang cadang dan Wani yang sokonh sebab tolong glamorkan ak.Hee..Ak jadi penolong En.Suhaimi, suami P.A ak..Pn.Sofurah.Ai..nape la Pn.Sof tak datang.Kalau tak, dah lama aku cadang nama dia jadi pembantu suami sendiri.Huhu...

Then, selepas semua nama dah di isytihar, ak diberitahu ada mesyuarat AJK sebelah malamnya..Kat Katerina plak tuh..Huyyo..Tak agak-agak alumni nih..Miting pun nk kat hotel..Dan ak sorang jek perempuan dalam jawatankuasa tuh..Ak pun mintak excuse dr Mat Zul nak bawa kawan dalam miting tuh nnt.Bukan apa...berhati-hati.Dalam sibuk-sibuk AJK atasan hantar mklumat kat aku, de la beberapa sesi ucapan dan Mat Zul pun nak sampaikan sepatah dua kata..Yang nih touching sikit..Untuk isteri saya yang sentiasa berada di sisi saya...then dia nangis mungkin terharu mengenang jasa dan pengorbanan isteri Kak Mahfuzah.Ak pun turut jadi sdey la..Kalau la bakal suami ak macam nih...

Malamnya, seperti yang dijanji di Katerina pukul 8.30 malam ak dah terpacak kat bilik miting bersama Wani n Ebah. Ak dan bersedia la nak catat minit miting malam tuh.Tapai satu mende pun ak tak paham walaupun ak catat. Sume orang sibuk nak discuss pasal main golf kat Sabah.Tak agak-agak nak main golf kat Karambunai lak tuh. Ak tulis jek la pe yg ak dgr n phm.Nasib la...

Ak yang sedang khusuk bekerja.Konon2 la..

Miting abeh agak lewat.Nak dekat pukul 1.Nih ak xsuke kalo miting meleret.Tp bukan sebab pe, td berhenti sebentar bersama Kit Kat de minum malam..Nasib baik de exco Sabah mntak excuse ditamatkan untuk memberi penghormatan kepada ak untuk tido awal.Nak konvo next day katanya.terharu ak..Siap dia sound presiden suruh persatuan keluarkan duit.Thnax exco Sabah walau ak yang muda sekali dalam jawatankuasa tuh. Namun, pada saat yang sama, dapat msg Kak Wa yang risau kami tak balik lagi..Ak pun kalu boleh nak tinggalkan mjlis secepat mungkin. At last, tamat juga dengan jayanya..

Kawan-lawan yang banyak membantu...Thanx a lot frenz..
We're now going bed to sleep.Ak tgok Fadu dh tertido.Sian dia..Mungkin tunggu ak kot.Tak pun tak tunggu.Huhu...Ak pun dah tak sabar nak tido.Penat....

Kepada kawan-kawan, marilah mengaktifkan diri dalam Alumni nih..Sape tahu anda boleh join mereke mewakili flight setiap negeri main golf di Karambunai.Kita sama2 aktif dalam alumni insya allah de banyak aktiviti yang dirancang kepada ahli yang aktif. Alumni UTHM..Persada Jalinan Gemilang!
Ahli Alumni yang agak dewasa berbanding aku!







Tuesday, August 11, 2009

Inilah Perjalanan Untuk Kejayaan (2)

Bertemu kembali di bahagian (2) entry ini. Aku sampai umah Kak Wa dalam area almost 12 tgh mlm. Penat yang tak terhingga..Ak iron baju utk mjlis sok, aku bersiram lalu aku melabuhkan badanku yang tidak bertemu rehat sejak pagi..Nyenyak sungguh aku tidur. Keesokkan harinya..ak tolong Kak Wa masak mee hoon utk alas perut..After a lil' breakfast, aku, Fadu n Kak Wa bertolak la ke UTHM utk Majlis Anugerah Naib Canselor. Ekceli mjlis ANC tuh utk meraikan graduan yg dpat CPA 3.5 ke atas. Trime kasih Dato' NC.So ak dapatla medal n sijil NC. Makan agak best.Cume sikit pula kuantitinye..Sian Fadu xcukup.Tp xpe, ak dh train die bersyukur dgn pe yg ada. Majlis tamat spt yg tercatat dlm buku program..So ak berkesempatan nk pegi Fakulti utk amek sijil dekan terakhir ak.Huhu..Alhamdulillah..office is almost close for Solat Jumaat.Nasib ak..Maka ak tggu Ct skali..Ak nk tgok sikit ofis kawan ak yg dh jd RA skang nih.And at the same time ak kenalkan Fadu ngan En.Arm.Lecturer 'huahua' ak.. Both is okay meeting each other..

N then, ak g Perwira jap amek jubah n jumpe ex-housemate ak...Suke ak dapat gak memenuhi undangan utk bertemu para sahabat. Tp sekejap jek coz after that ak dh bersiap2 nk pegi rehersal.Rehersal yg ak rase xpayah pegi pon xpe la..tp perlu tahu gak...RFID..one thing briefed in that rehersal..Ia adalah tag yg akan dipakai di bahagian tulang jubah.Ak kagum dgn kecanggihan mende alah nih.Soon, ak crite pe yg ak kagum sgt..

Lepas rehersal, ak n kwn2 ak yg dh lame x bermesra alam jalan2 kat Pesta Konvo..Macam biasala..Meatball Soup 1...Stiap kali Pesta Konvo, nih la mknn yg ak carik...Nyum..nyum cedapnye..

Hari pon dh agak petang...ak, Wani, J n Fadu..pulangla ke umah Kak Wa.Malam tuh kitorang de aktiviti..Membelah ikan bilis coz next day nye kitorang nk wat Nasi Lemak Buah Bidara.Best..Huhu...Dalam membelah-belah ikan bilis tuh...Wani pon start la citer yg...mungkin Wani akan rase lg suasane membelah bilis semasa kenduri kawen Ejat..Iyo la sangat...Nak syahdu2 plak Wani nih..Kalau anda sume nk tau, Wani skang tgh berduka.Tp ak bangga dgn ketabahan hatinya..Dlm perjalanan dia nk ke UTHM.Parent die kol, xdpt dtg utk konvo die..Coz adik die eksiden mlm Wani dihantar oleh parentnya ke Terminal Bas...Adik Wani sbnrnya dok asrama n mggu tuh xleh balik, tp nk jd sebab agaknya..Die bersungguh mntk balik nk tgok Wani konvo.Touchingnye..Allah jualah penentu segala..Adik Wani eksiden agak teruk sampai kaki kiri kene simen.Ak tgok gmbr adik die pon ak agak sangat kesian..Wani, ur my best fren ever after..Kuatkan hati dan langkah berani..Ejat sentiasa ada di sisi.Maka, kesimpulannya..pada hari konvo tuh, famili Wani xde la yg tgok Wani..But Wani still happy..Mungkin nk 'SEJIWA' ngan kitorang kot...Thnx Wani.

Abeh membelah bilis..Iyarkhhhh.time to sleep la..Sebelum tido tuh biasa la kalo dh kmpul2..Gosip dulu smpi tertidur sendiri....Sok petang de hi-tea alumni.We all plan nk pegi..

N now..the Next day..08.08.09..Pagi kitorang mmg xde event pape.Lagipon Kak Wa g skolah de seminar profesionalisme. Jadi kitorang bertiga la yg masak Nasi Lemak..Agak pedas la sambal yg ak n J preparekn.Layannnnn...kalo xlayan kang lapo.Haha..Hmm..dh kenyang. So we all siap2 utk ke Hi Tea Alumni...Nk tau apa jadi di Hi-Tea tuh..Tggu....

Monday, August 10, 2009

Inilah Perjalanan Untuk Kejayaan...(1)

Tajuk entry ak slalu sgt la jalan, perjalanan, berjalan...sesuai la dengan namanya berjalan...melihat...mentafsir...Ak baru balik dari Yayasan Negeri Sembilan. Request for something that will giv me sumthing that can make me do lump sum investment in my PUBLIC MUTUAL.Alhamdulillah...Segala urusan hari ini juga dipermudahkan. Ekcelli, baru ari nih plan nk rehat2 badan di rumah.Tapi peluang harus dikejar maka ak kuatkan langkah kaki yang sebenarnya kian longlai di 'makan' kasut baru sempena konvo ku.

Sejak Khamis lalu ak dh meninggalkan rumah. Khamis pagi pukul 5.30 pg ak dh bertolak utk interview guru-guru, cikgu dan cikgi.Agak bersemangat ak pg tuh walau agak awal aku bangun. Dan malangnya ak adalah third last candidate yg biasala kalau dh namenya last adalah perlu menunggu sampai tahap kalau ak balik semula umah ak yg kat Serting nih pun sempat la agaknya.Hmm....di sebalik kesabaran, sebenarnya ak tidak perlu menjawab terlalu bnyk soalan panel tapi cukuplah sekadar ak mempersembahkan bunga silat ak pada 2 org panel tersebut.Kenapa aku perlu bersilat???Pencapaian KOKO ak peringkat nergeri adalah Silat dan debate..jd die amek peluang la nk suh ak demo depan diorang.Cumanya kalau anda semua nak tahu, orang yang sebelum ak ada yang kene berkawad n nyanyi lagi..Syok.Ak agak berkeuntungan la takde yg nk tnye ak pasal isu-isu semasa contohnya NKRA ke ..1 Malaysia ke..H1N1 ke..tp panel tanya ak pasal Gred2 dlm perkhidmatan awam.Okla tuh..de knowledge sikit2 pasal nih coz abah selalu citer.Huhu. N after introduce myself, interview is done.Alhamdulillah...

Ak meninggalkan pusat temuduga lebih kurang jam 3 ptg.N now. we are heading to KL.Nk anta abah g kursus kat Dynasty KL.KL agak jam.Coz masuk KL area org nk kuar ofis.So lg la melambatkan p'jalanan ak untuk ke BP.Baru tersedar perut belum terisi lagi.Maka kami makan dulu di Pekeliling Lama..Lokasi yg agak dekat dengan hotel tersebut.

Lepas abah check in...ak dan Fadu pon menguatkan semangat utk ke BP pula kerana jam dah menunjukkan pukul 6.15 petang..Hmm..mesti mlm la ak smpi BP..N Kak Wa pun mesti tertunggu2.Fadu nk berenti buke pose lagi..Sian die..Chaiyok2 Fa!

Perjalanan diteruskan..Singgah sebentar di RnR Seremban utk buke pose n solat...Seusai menunaikan kewajipan.Perjalanan diteruskan dan ak msg Kak Wa..Kak Wa..I'm heading to Bp now..In 3 hours will b at ur house.Tq.Perjalanan mesti diteruskan...sbb pg2 sok de function kat UTHM..

**will be continue on next episode..

Wednesday, August 5, 2009

Mengubat Kebosanan..

Hari ini agak bosan...selalu tu kalo duduk rumah masa terase seakan begitu pantas berlalu. Ak jadi tak tahu nak buat ape.Sepanjang minggu nih ak selalu bangun awal, maka kerja rumah dapat diselesaikan seberapa segera.Alhamdulillah...n at the same time ak kekurangan mood nak menjamah makanan. Dah lapar betul baru ak makan..Tp, Rasulullah pernah berpesan..Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.


Sambil2 melayan kebosanan. ak pun search la sebarang artikel berkaitan kebosanan.Sekali, apa yang aku jumpe ada juga orang yang named blog mereka dengan jurnal bosan.Kreatif.Boleh attract sesiapa saja. Bosan ini mungkin sebahagian dari aktiviti stress. Mungkin juga kategori kemurungan.Ak pun tak tahu sebab belum lagi bertemu dengan bahan yang sesuai untuk merungkai permasalahan bosan ini. Yes..telahan ku hampir tepat kerana memang kebosanan dikaitkan dengan gejala STRESS. Stress adalah istilah paling tepat untuk mendefinisi keadaan pada hari ini kerana ia boleh juga ditafsir sebagai hilang daya..Ak yang hilang daya nak berbuat apa-apa termasuk mencari bahan rujukan untuk interview esok.

I'm bored!

Namun, masih ada juga stress yang membantu. Wow...setiap yang negatif masih ada sekelumit positifnya. Stress juga kadang-kadang perlu untuk meransang diri betindak dan boleh memotivasikan dan menginspirasikan seseorang untuk mengerah segala sumber dan potensi diri untuk kejayaan di luar keupayaan biasa.

Maka, jadikan kebosanan dan stress diri sebagai satu batu loncatan diri untuk melakukan sesuatu yang lebih berfaedah. Insya allah..akan aku semarakkan hari ini dengan lebih cemerlang.Alhamdulillah setelah dapat berkongsi kedukaan dengan Alang, ak lebih positif menempuh perjalanan untuk esok dan hari berikutnya.


Ingin aku selitkan juga beberapa pristiwa malam tadi apabila ak mendapat satu panggilan yang agak merangsang hormon adrenalin ak agar sentiasa gembira. Membuatkan aku bertambah yakin bahawa, kawan-kawan kita ada disekeliling kita walau kadang-kadang tidak pernah bersua muka. Kawanku yang jarang-jarang menghubungi ku sejak aku habis belajar. Dulu adalah selalu ak call die, die call aku sebab nak discuss pasal PSM. Dan yang jarang ak temui dan hubungi itu la yang sudi nak bantu ak. It's about financial problem.Walau ak minta tapi die sudi tanya ak berapa ak nak pakai. Terharu ak...Ak main-main jek.Masih mampu Insya Allah..Thanx to Herol on ur concern.Akan datang pasti ak cari kamu untuk sebarang bantuan...

Tuesday, August 4, 2009

Bukan Perkara Mudah...

Salam...ak kembali menulis setelah berhari-hari ak tidak menghadap skrin laptop nazak kesayanganku ini. My second baby...walau LCD hampir tidak bertulang, namun tak pernah terlintas ak untuk ganti yang baru. Ak baru menamatkan perjalanan panjang ku ke Putrajaya dan Salak Tinggi untuk meraikan hari graduasi Fadhlullah bersama familinya. Dan akhirnya, ak bertemu buat kali kedua dengan keseluruhan ahli keluarga. Alhamdulillah semua berjalan agak lancar dan yang paling aku gembira sekali, ak pun diajak oleh mak Fadu untuk enterframe dalam family potrait. Amek gambar kat studio lagi. Ak rase ak la yg xmalu kot. Mak die ajak2 ayam jek kot, tp ak sempat betulkan make up lagi mase kat studio.Hehe...xtau la pe tandanya..mungkin betul2 jadi sebahagian dari keluarga Fadu. Insya allah..Kawan-kawan yang bace phrase nih doakan la yek...

Berkenaan dengan tajuk entry ak kalli nih, memang bukan mudah untuk melaksanakan beberapa perkara lagi2 dalam hal untuk memuaskan hati semua orang. Hari ini, sekali lagi ak dilanda kepeningan yang agak kronik regarding on trip to my convocation day. Ak pun tak tau siapa yang boleh tolerate ngan aku secara adil dan baik. Pada ak, semua orang sama dan kedekut.Untuk sebahagian orang yang ak temui la..Ak nak membantu, tapi ak tak pernah dibantu. Peristiwa hari ini mengingtkan ak pada kata-kata kawan aku...bukan semua perkara kebaikan yang kita lakukan akan dibalas dengan apa yang kita harapkan.

Ak merancang sesuatu hari ini dengan matlamat untuk memudahkan segala urusan. Tapi malangnya tak dapat kerjasama baik dari kakak sendiri. Bukan niat ak untuk menyusahkan siapa2 tapi alangkah bagusnya kalu kita dapat merancang perjalanan kita secara bijak dan berhemah tanpa berlaku pembaziran tenaga dan wang.

Tapi tak mungkin juga Kak Lily dapat membantu aku...Ak faham situasi dia tapi aku tak boleh faham situasi kakak sendiri.Kenapa ya????Mungkin ak rasa dia kakak aku, jadi dialah yang lebih berhak menghulur bantuan...Ak cuba memuhasabah diri penuh berhikmah agar ak dapat mencari solution yang paling baik dan adil bagi semua pihak yang terlibat. Tapi masih belum bertemu jawapan. Mungkin dalam mimpu kot.Ak masih mengharapkan sinar baru esok mungkin satu kejutan.

Dalam cuba memuhasabah diri, ak yakin bahawa apa yang Allah telah tetapkan untuk kita itu pasti baik bagi pihak-Nya.Dalam erti kata lain, ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Di sini dapat ak belajar sesuatu, bila kita memiliki kesenangan, bukan perkara mudah untuk dikongsikan..bila kita bertemu kesusahan, bukan perkara mudah untuk memohon bantuan. Ak berdoa pada Allah agar ak menjadi manusia yang tak pernah lupa pada setiap kenikmatan, menghulurkan bantuan seadanya dan semampunya. Agar ak dijauhkan dari segala sifat kebencian.Amiin....

Untuk Fadhlullah Rahman...Congratz on your graduation. I know that u have been proud of having three languages written on your scroll and thanks for always crying and laughing together.Feels like my world is much complete of having u and my Mom and my Daddy....

Semoga Allah membuka dan melembutkan hati insan-insan yang keras jiwa dan naluri...Bukan perkara mudah......