Bertemu kembali di alam virtualiti ini..Hari ini aku terpanggil untuk menulis mengenai persahabatan coz dalam hari ini saja aku dapat SMS dari kawan2 yang telah lama menyepikan diri dari aku or aku yang menyepikan diri dari mereka..Hehe..Tak baik aku ni.Tapi terima kasih kpd yg sudi mengingati diri ini. Ada pula yang bertanya khabar aku..dan ada pula yang bertanya kenapa ak menyepi dan mereka ada pula yang menyatakan rasa bersalah sebab tak tolong aku.Bimbang ak marah.Mungkin dulu ak marah tapi bila sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dengan baik..Harapan untuk ditolong tu dah jadi IT'S NOTHING..Takpe la..Aku dah don't mind pun..
Maka ak telah search beberapa artikel tentang PERSAHABATAN..Dan ini yang terbaik setakat yang aku baca dan aku suke...Untuk kawan-kawan dan sahabat-sahabat..Terima kasih atas pertolongan dan kesudian kalian dalam menemani aku susah ataupun senang..
"Ada satu perbezaan antara menjadi seorang kenalan dan menjadi seorang sahabat.
Pertama, seorang kenalan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan bila disisinya kau merasa tenang. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu dan dengannya kau berkongsi kebahagiaan.
Namun mereka adalah orang yang dengannya tidak akan kau kongsi hidupmu, yang tindakan-tindakannya kadang-kadang tidak kau mengerti kerana kau tidak cukup tahu tentang mereka.
~~Aku memang ramai kawan yang suke lepak2 umah aku...Tapi ada di antara mereka kurang aku senangi sebab pembawaan watak yang agak pelik. Setakat sembang-sembang bolehla....~~
Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cintai,fahami dan sayangi... Bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau peduli akan orang itu, dan kau memikirkannya ketika mereka tidak ada.
Sahabat-sahabat adalah orang dimana kau diingatkan ketika kau melihat sesuatu yang mungkin mereka sukai, dan kau tahu perkara itu kerana kau mengenali mereka dengan baik.
~~Yes...ayat ini untuk Fadhlullah bin Rahman dan sahabatku berempat di A1-03~~
Mereka adalah orang-orang yang fotonya kau miliki dan wajahnya selalu ada di kepalamu.
Mereka adalah orang-orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar sebuah lagu di radio kerana mereka membuat dirimu berdiri bersama mereka dan mengajakmu menari atau menyanyi bersama dengan mereka atau mungkin kau yang menyanyi dengan mereka.
~~Untuk sahabat berempat di A1-03, lagu kita adalah lagu yang pernah kita karangkan untuk pertandingan nasyid kolej dulu~~
Mungkin mereka pernah mengurut kakimu, atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.
~~Wani n Siti suke urut aku..Ebah suke letak kepala die kat bahu aku walaupun agak berat kepala dia~~
Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka peduli terhadapmu.
Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak punyai suatu alasan pun.
Mereka berkata jujur pertama kali dan kau melakukan hal yang sama.
~~Kawan-kawan aku dari jarak jauh rajin juga tanya khabar aku melalui SMS terutama yang belajar di seberang lautan...Terima kasih..Cume rakan zaman sekolah jek yang dah menghilang~~
~~J selalu berterus-terang ngan aku walaupun pahit utk aku terima~~
Kau tahu bahawa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar.
Mereka adalah orang-orang yang tidak akan menertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya.
~~Kawan-kawan aku pernah ketawakan aku ketika aku sedang menikmati laksa di SMT Tuanku Jaafar..aku agak sedih kerana masa tu aku sangat lapar..iada siapa pun yang ajak aku makan lagi sekali biar pun orang itu yang nampak luaran adalah selembut2 pertuturan..pergerakan..~~~Tapi aku lupakan saja...
Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.
Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis ketika kau tidak diterima di perguruan tinggi dan selama lagu terakhir di pesta perpisahan kelas dan saat-saat terakhir bersamanya.
Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri.
Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang mengantarkan / mengiringmu pada saat pernikahanmu,atau mungkin adalah orang yang kau nikahi…
~~Di akhir kata post ini...Sahabat-sahabat aku mengharapkan kedatangan kamu untuk mengiringi aku di hari bahagia ku nanti~
No comments:
Post a Comment