Assalamualaikum...
Kita hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan..Tapi kadang-kadang....kita tidak merancang, Tuhan telah takdirkan. Itulah yang berlaku dalam hari ini..Kerana secara tiba-tiba mak ajak kitorang sume balik kampung Labis.Bayangkan, dengan abah yang sedang mengemas halaman rumah dan aku yang baru sahaja berurusan dengan penjual besi buruk, perlu pula bersibuk2 untuk pulang ke desa yang agak dah lama tak ziarah saudara di sana...Maklumlah dah tak belajar di area Johor lagi.
Kebetulan, hari Khamis kelmarin, spupu ku Ijah telefon..Kdai ala2 Rengit Fleamarker diorang dh di buka untuk jualan. Maka, berpegang kuat juga pada ajakan tersebut, kami sekeluarga pun memulakan langkah penuh bertenaga walau tidak sempat menjamah makan tengah hari di rumah.
Perjalanan dimulakan pada pukul 2.30 petang dan kini baru tiba kembali di rumah. Walau agak kelam kabut untuk pulang, namun kelegaan abah dan kerinduan mak kepada embah terubat jua akhirnya. Bimbang tiada masa yang berkesempatan untuk melawat embah di sana. Puasa nanti banyak program yang telah terancang dan tidak dapat ditunda.
Kitorang pun berkesempatan mengadakan kunjungan pertama di kedai BUGIS BUNDLE spupu aku. Agak berbangga dengan mereka..Satu keunikan di sana. Sekarang kawasan sekitar tidak perlu ke Rengit semata-mata mahu menghias dan memiliki perabot dan barang elektrik terpakai secara murah-murah. Semua ada di sini. Barang-barang nih sume dari Singapura. Semua orang tahu, orang Singapore...kalo berpindah, mereka akan tinggalkan barang-barang mereka walaupun masih ada yang kelihatan baru. Agak berlagak bunyinye orang Singapore. Tp itulah namanya lifestyle. Mereka mungkin terlalu senang. Jadi apa perlu susan-susah. Maka, di atas kesemptan tersebutla sepupu ak nampak jalan bisnes di situ. Kak Ijah and Abg Najib, don't have to worry coz I believe that your product will be so marketable here.
Dan tengah hari tadi sebelum berangkat, aku sempat menjual besi buruk pencacak payung orang berniaga dan buaian baby kepunyaan adik aku Nurul zaman muda-muda dulu. Alhamdulilah..dapatla RM2.10.....Dan kini, kami cuba untuk memadam kerinduan saudara mara di Kampung Mat Kilau pula....Tunggu, kami sedang merancang dan harap ditakdirkan.....
No comments:
Post a Comment