Wednesday, July 22, 2009

Eclipse..Like a Heroes.

Hari ini 22 Julai 2009 satu lagi peristiwa sejarah sains angkasa tercatat. Fenomena gerhana matahari paling lama berlaku dan boleh dilihat secara jelas di India dan negara sebahagiannya. Malaysia juga berpeluang juga sebenarnya menyaksikan fenomena ini terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung. Namun, kebanyakkan yang menunggu di Planetarium Negara hari ini juga hampa lantaran cuaca mendung yang menghalang kejelasan fenomena ini. Apatah lagi bertambah malanglah kepada sesiapa yang terlepas berkongsi keterujaan menyaksikan fenomena ini kerana terlewat bangun tidur walaupun telah diberitakan mengenainya. Dan orang yang tidak beruntung itu adalah AKU!

MEMAHAMI FENOMENA GERHANA MATAHARI

Gerhana matahari merupakan satu fenomena membabitkan matahari yang sedang bersinar, secara perlahan-lahan menjadi gelap sebahagian atau keseluruhannya, kerana dihalang oleh bulan yang berada di antara matahari dan bumi. Secara umumnya, gerhana matahari berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada dalam kedudukan sebaris dengan bulan terletak di tengah-tengah antara matahari dan bumi.Ketika ini, cahaya matahari terhalang sampai ke permukaan bumi kerana terlindung oleh bulan.

Oleh itu, kawasan gelap di bumi ketika berlakunya gerhana matahari, sebenarnya adalah laluan bayang-bayang bulan. Disebabkan saiz bulan hanya seperempat saiz bumi, maka zon bayangan pusat bulan (umbra) yang jatuh ke permukaan bumi adalah kecil.




Lebih kurang 35 peratus daripada semua gerhana matahari adalah gerhana separa. Gerhana yang biasa berlaku selanjutnya ialah gerhana anulus atau gerhana cincin. Gerhana ini berlaku jika saiz cakera bulan adalah lebih kecil daripada cakera Matahari.

Semasa gerhana anulus, cahaya matahari kelihatan seperti cincin nipis dapat dilihat di
sekeliling cakera bulan. Lebih kurang 32 peratus daripada gerhana matahari adalah
gerhana anulus. Jenis gerhana yang ketiga ialah gerhana penuh. Hanya 28 peratus dari semua gerhana matahari adalah gerhana penuh. Gerhana matahari penuh berlaku apabila penjajaran garisan bumi, bulan dan matahari berlaku secara tepat. Ketika ini, pemerhati di kawasan bayangan pusat (umbra) akanmengalami gerhana penuh, manakala di kawasan bayangan luar (penumbra) akan melihat gerhana sebahagian sahaja. Gerhana Matahari penuh dapat disaksikan hanya dalam lingkungan 25 kilometer (km). Pada peringkat pertengahan gerhana penuh, bahagian lapisan luar matahari yang dinamakan korona, iaitu hembusan gas-gas panas matahari jelas kelihatan manakala prominence kelihatan melalui sisi bulan.

No comments: