Friday, March 26, 2010

KEMARAHAN YG DILEPASKAN KPD YG BUKAN SEPATUTNYA TERASA TEMPIASNYA...

Salam to all the readers~~Wah..lame sungguh tidak melembutkan jari-jemari ak untuk mmenitipkan sedikit Ayat-Ayat Cinta dlm blog yg kian usang..

Mggu lepas juga ak sebenarnya dalam proses menghayati dan memahami gelagat manusia yg pelbagai. Dari yang marah, senyap sehinggalah yg memendam rasa sambil menitiskan airmata. Kadang-kadang rasa merbahaya bersahabat dengan mereka yang sebegini rupa.Kadang-kadang terlintas di fikiran mengapa sukar untuk kita meluah rasa yang terpendam, memarahi insan yang sebetulnya kita marah pada tempat dan sasaran yg tepat.Hmmm..inilah realiti kehidupan....

Minggu lepas...memang Minggu Pengorbanan aku.Hampir 7 to 12 am masa ak bersama pelajar-pelajar kesayangan. Alhamdulillah, walaupun agak terlewat, pelajar-pelajar ak masih diberi ruang dan kesempatan untuk menghabiskan 2 minggu training semantap yg mungkin untuk mengumpul sebanyak mana stamina.

Minggu sudah juga memberi banyak input berguna kepada ak walaupun hakikatnya hati ini diguris pilu. Mesyuarat S/U Peperiksaan SPM sebenarnya sbg satu motivasi baru buat ak kerana Set Induksi dari Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNS amat terkesan di hati ini. Ditambah pula dengan satu seminar untuk guru-guru baru seperti ak. Kakak Mira pun pegi gak.So we enjoy the moment together2..Hehe...

And now, I still in progress updating all my files..Hmmm..rite now pun tgh update Fail Dookumen Sokongan. Matlamat konon-konon nk jd Guru Cemerlang la katakan....Dan dengan semangat baru nk train budak2 nih sbb de sport shoe baru.Thnx kekasih hati sbb walaupun belum dapat gaji, mampu menyumbangkan percent dlm pembiayaan kasut baru ku ini....

Monday, March 1, 2010

Maulidur Rasul dan Segala Pengisian

Salam...

Salam Maulidur Rasul. Rasanya memperingati Rasul itu bukan sekadar di Maulid Nabi semata.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Tapi apa yang ak rasakan adalah kesuraman sambutan hari memperingati peristiwa keputeraan nabi ini sehingga ada yang terlepas pandang cuti sempena apakah Jumaat lalu?Namun Alhamdulillah, berada di persekitaran sekolah agama memberi sedikit peringatan kepada warga-warganya akan peri pentingnya berselawat setiap masa terhadap Rasullullah yang tercinta.Sehingga alunan nasyid Asmau'l Husna di seling kan dengan selawat-selawat istimewa. Pelajar-pelajar asrama juga turut mendendangkan selawat dalam perjalanan mereka ke kelas masing-masing. Alhamdulillah..subur amalan di bumi gersang SMA DATA.

Cuti selama 3 hari memang sesungguhnya dimanfaatkan sebaik mungkin. Seusai mesyuarat yang agak panjang pada petang Khamis, ak dan Kak Hajar bagaikan dalam aksi drama drift memacu kenderaan masing-masing.Pulang bersama kerana hari agak sudah lewat petang.Untuk melalui jalan yang berliku, mungkin bukan ak orangnya untuk memandu beseorangan.

Hari Jumaat, seperti biasa pada sebelah malamnya...ak de kelas tuisyen.Fadu dah bising nak ajak ak balik kampung die and stay rumah Mak Ucu die sebab Mak Ucu die ajak ak g kenduri umah baru Mak Ucu die.Berat ak nk fikir, kalau boleh memang ak nak elakkan.Jadi, tuisyen tuh alasan ak yg paling kuat. Tapi, malamnya dapat jugak mesej...Pliz datang...sok ada cukur jambul.Macam tak boleh elak plak yang nih, ak cube la nk tunaikan.Kebetulan Kak Lily pun ada ajak aku g kenduri kawen umah kawan die di Pasoh 2.So, we plan utk g Bera dulu umah Mak Ucu Fadu then heading to Pasoh 2 waktu ondaway balik.

Bangun pagi2 Sabtu tuh, ak rase macam dah tak jadi nak pegi umah Mak Ucu sebab ak ngantuk sgt n yang pasti ak sgt segan.Ak hantar msg kt Kak Lily inform tak jadi.....tp...ak kalah jua akhirnya...Kesungguhan Fadu tuh membuatkan ak bingkas bangun dr peraduan.Kak Lily pun ak kejut untuk kali kedua.Maka bertolak la kami ke sana pukul 10.30 pagi.

Berdebar sungguh ak nk jumpe sedara-mara Fadu.Tapi, Alhamdulillah...dengan konsep mesra alam yang ak cuba amalkan, ak cube biasakan diri...Cuba sembang-sembang...Hmm..tp satu perkara sehingga ke hari ini ak rasa ak gagal buat adalah...ak agak skema depan mak Fadu n agak cover2..agak kurang mesra..Ngan makcik-makcik yang lain, okey plak ak...Mungkin perlu lagi proses pembelajaran.Biarlah masa yang menentukan.Nway, ak enjoy kat sana...dengan suasana rumah dan persekitaran ak fikir ak xkisah untuk stay lama2 kat sana one day!

Dan hari ini...ak ngajuk ngan Fadu sebab xajak ak g Bahau ngan die n Amal.Tp, sebelum ak ikut mak g kenduri....Fadu tetibe datang, ajak ak g Seremban..Hmmm..saja la tuh.Nyampah. Lepas Zuhur n lepas balik kenduri terus ak siap2 g Seremban.Ak g Carrefour Rahang baru.Boleh laaaa...Amal bli banquet table kat sana.Kire penuh jugak la kete ak sampai kene lipat-lipat kerusi belakang. And of course..ak skang sgt letih n penat.Hanya ada sedikit tenaga untuk aku simpan sebagai simbol kegagahan nk bangun pagi sok g sekolah..Wahhhh..malasnya!!!!!!

Tuesday, February 23, 2010

Menilai Kemampuan....

Salam
Malam ini memang mengambil sedikit kesempatan peluang balik ke rumah untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ak.Hari ni sbenarnya berpeluang untuk melibatkan diri dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Bidang Sains dan Math Peringkat Daerah Jempol Jelebu.Hmmm..mungkin kategori yang paling muda la sebagai ahli mesyuarat.Tp memang satu pengalaman baru sebagai guru baru.

Terjumpa pula Ketua Bidang Sains dan Matematik SMK Dato' Mansor.Beliau agak terkejut dengan kehadiran ak.Then die tanya ak...Kenapa ak pergi sekolah ak skang nih???Yg nih memang ak xdapat nk jawabkan sbb..adakah ak yang memang nk pegi skul ak skang???Hahaha...Tp terasa diri ini amat bertuah kerana di beri kesempatan seumpama ini.Sambil memikirkan apa yang beliau cakap, ak secara tidak sengaja telah m'flashback' balik kehadiran diri ak di SMA DATA.Bile dikire secara manual, dh hampir 4 bulan ak kat skul ni.Segala pahit getir ak tempuh n of course segala perasaan gembira, pahit dan manis telah ak telan.Dari yang menyakitkan hati sampailah kepada yang membuat ak tersenyum sendiri.

Perasaan tidak kisah berada di Simoang Durian telah mula bercambah.Tapi, bila ak kenang ak perlu memikirkan kemudahan apabila tiba hari ak bukan lagi hidup secara sendiri, ak jadi rimas dan pening memikirkan...Kalau la boleh SMA DATA nih ak bawak ke tmpat yang memudahkan kehidupan ak kmudian hari.Alangkah bagusnya.......

Ketika sedang mencoretkan catatan ini, hati aku sebenarnya agak tidak tenang kerana memikirkan perkara yang ak tidak tahu. Mggu depan ak akan ke Seremban untuk Taklimat Anugerah Sains...bosannya andai kata wakil2 sekolah yang pergi adalah golongan guru-guru senior.Tapi, takpe..ak cube to be more friendly..So many question to ask!

Ok....bile dh hitung perjalanan hidup ak selama 4 bulan nih, of course la berbagai perkara dh berlaku.Skul ak pun dh slamat Merentas Desa, tp bateri kamera agak flat dat day, so xsempat nk snap pic.Trek yg sgt best pd ak..Dari jauh ak dapat lihat keputihan camar berterbangan di balik bukit menghadap redup bendang yang dah mula diairi....And the best moment is...Adakah patut ak join vacation family Fadu ke Cameron Highland.Memang tidak patut....Tapi itulah yg berlaku...Dan sejarah serik berlaku sepanjang 24 tahun ak hidup.Situasi yang sepatutnya jarang berlaku dlm kehidupan manusia biasa spt ak.Sepatutnya berlaku dlm drama2 TV semata2.

Percutian di Cameron bukan setakat ak n family Fadu, tp ak de invite Yan skali.Warden skul ak...Kalau anda semua di tempat ak...apakah persaan anda semua, bila dlm perjalanan pulang ke rumah, Yan dapat call dr Abg die, informkan bahawa Angah Yan eksiden.Memang tahap kelajuan maksimum la Fadu drive.N....sampai di umah Yan..the worst part is...Angah Yan telah menghadap Ilahi.Dan..ketika melalui tempat kejadian, Arwah Angah Yan baru sj diangkat ke ambulans.Mungkinkah itu ditakdirkan supaya Yan tak jumpa Angah dia???That day, memang agak lewat turun dar Cameron seolah2 disengajakan...Sampai kelewatan itu, membuatkan ak dimarahi dan ditempik oleh abang Yan yang call die.Ak jadi sedih...Salah ak ke??Ak bukan sengaja nk lewat. Abg Yan mungkin agak tension bile terpaksa berhadapan dengan peristiwa sedih sorg2.Lepas nih, ak agak serik nak ajak or join aktiviti bersama-sama kawan2.Mungkin...kecewa dimarahi sedemikian.But now, I feel more relieve...ak cube nk melupakan sikit2 apa yang berlaku.

Okey, here a few pic uploaded to give a brief view bout my life now and my vacation trip to Cameron!!!

Sedang memetik strawberry kunun2nya...

Here I am in Cameron Bharat Tea


Dengan Yan, n adik Fad n cousin die si kecik tuh..

And...at last I show u diz..Hasil titik peluh ak slama 4 bulan bergelar pendidik.The most asset utk mase nih yg ak syg dan yg paling ak tatang.Hasil kerja keras ak juge selama belajar 4 tahun di UTHM dan memperoleh First Class Degree.Ini My POWER OF DREAM.Semua orang mampu memiliki....andai cita-cita dan usaha kita selari.Alhamdulillah, ak dh start ajar tuisyen kat tuisyen center and kat skul.De la sikit utk tmbah pendapatan nk byr monthly installment.Ak pun dh de sikit client utk Public Mutual.Utk mereka yang sedar akan untuk mengubah kehidupan melalui unit amanah.Ak memang berjiwa besar utk ini.I pay for the TECHNOLOGY.Hehe...And nih le kete yg Fad bawak ala2 Tokyo Drift utk hilangkan saat kecemasan Yan.For those yg nk bli krete tak kisah whut eve type..boleh la contact ak coz I'll recommend u for the best SA dat can give u a best deal.For those yg fikir untuk snang another 3-5 years also can contact me untuk membeli dana-dana Unit Amanah Public Mutual....U know what is ur dream!!U determine it!

Saturday, February 6, 2010

SIBUK....BIZI..BUSY...NOT FREE!

Salam,
For those who are waiting for my new entry, sorry for taking too much time to be updated because the owner i quite very.................................As mentioned above on the title space.Hoper to share something here as many promises has beeen made to my dearest frenz. Try to find some space, place n rest to concentrate jotting something here..Just wait!Till then....See ya!

Thursday, January 14, 2010

Berkurun Sudah Membekukan Minda....

Salam semua!

Hari ini 14 Januari 2010, seluruh rakyat jelata Negeri Sembilan negeri beradat sedang bercuti merehatkan diri selepas 3 hari bekerja mengerah tenaga kerana Yang Di-Pertuan Besar sedang diraikan sempena Hari Keputeraan baginda.Yahuuuuuu!!!Dan sesungguhnya ak juga diberi kesempatan untuk update blog ak yang kian usang ini.

Sedar tak sedar, dh hampir 10 hari berlalunya sesi persekolahan.10 hari yang ak harung dengan penuh rasa kepenatan yang amat sangat.Bayangkan sehingga ke hari semalam belum merasa menjengah waktu rehat selepas sesi persekolahan pukul 2.30 petang.Aktiviti selepas sesi persekolahan, diisi sebaiknye dengan pelbagai aktiviti antaranya mesyuarat, ko-kurikulum, aktiviti pengurusan sekolah dan sebagainya.Namun, alah bisa tegal biasa. Ini sebagai satu langkah persediaan untuk diri berjuang lebih tegar dalam membantu membangunkan anak bangsa tercinta.Chewwahhhhh!!

Dalam kesibukan, tanggungjawab mengajar tidak dilupa.Mengajar Sains untuk bab-bab yg more to Biologi adalah satu cabaran baru buat ak untuk memahami istilah-istilah Sains yang jarang insan marhaen seperti ak gunakan.Tapi, ak anggap yg ak sedang mengajar dan sedang belajar.Dan yang pastinya, cabaran besar buat ak adalah.....mengajar mereka untuk memahami istilah-istilah dan sebutan dalam Bahasa Inggeris..Bangunlah anak bangsaku!!!!Ak sesungguhnya bersama kamu...Simple word like 'an' juga seolah-olah satu perkara yang tidak berbutir dibibir mereka.Hanya Kau Yang Mampu...

Maka, bermula Februari ini, akan ak korbankan lagi sedikit kelapangan ak untuk memulakan Extra Class untuk SPM Candidates..we recall back all the Science Form 4 Chapters!!Here we go..We, over the TOP!

Monday, December 21, 2009

Bengkel Sasaran Kerja Tahunan

Salam

Entri ini ditulis sehari selepas menamatkan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Alumni di Empress Hotel Sepang.Bengkel selama 3 hari 2 malam memang pada ak agak seronok apabila ak dapat berkomunikasi dan memberi idea kepada alumni universiti yang jauh beza usia jika nak dibandingkan dengan diri ini yang barulah tak sampai setahun meninggalkan zaman pengajian di universiti. Amanat sebagai Pen.Setiuasaha Persatuan Alumni UTHM sememangnya satu tanggungjawab baru yang mungkin menjadikan aku lebih matang kerana Majlis Tertinggi yg lain adalah sebenarnya keluaran PLSP dan ITTHO sndri.Lebih berpengelaman dan mungkin lebih bersemangat dalam menanamkan sifat 'self-belonging' kpd universiti.

Ak tak berapa sihat sepanjang berada di Sepang.Jadi meeting yg abeh agak lewat mlm membuatkan kepala ak slalu berdenyut2 sakit. Cuma gelak tawa dn lawak2 dewasa Alumni yang lain membuatkan sakitku seakan hilang. Selepas ini, ak jd bersedia nk attend kursus dan meeting seumpama ini.Saat ingin pergi kuhitung2 seolah hendak menolak jemputan di saat akhir.Tp, bila ak fikir kan atas dasar komitmen, ak gagahkan diri ini walau sebnrnya jiwa meronta-ronta hendak mengikut Fadu ke JB.Mungkin aktiviti yang lebih menyeronokan.Alhamdulillah, semua makanan di Empress membuatkan ak lupe seketika kemerontaan jiwa ak yg ingin ke JB tadi.Memang tak dinafikan, kalau la duduk 5 hari kat hotel tuh, confirm ak abalik dengan nilai berat badan yg baru.

Bengkel seumpama ini membuatkan ak lebih komited dalam menjalankan tugas di luar mahupun di dalam perkhidmatan sebagai guru.Kerana inilah masanya ak berkongsi idea bersama Alumni2 yg kini kebanyakkan bergelar pensyarah-penyarah di Politeknik.Kami banyak membuat perbezaan budaya P&P di sekolah dan di Politeknik.Dan, ramai antara mereka kata aku sangat beruntung menjadi guru dan berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran sebab ada time-based.Mungkinla kot sgt beruntung...Tunggu dan lihat...Maka, hatu ak dengan yakin, ak bangga untuk menjadi seorang guru biarpun dengan Kelas Pertama ak ramai yang mempersoalkan ak kenapa tidak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.Inilah jalan hidup pilihan ak...Semoga, ak memilih profesion perguruan membawa ak ke pendakian yan lebih cemerlang, lebih gemilang walaupun tanpa sampai ke peringkat pengajian tertinggi.Ak rasa kalau aku berkemampuan, ilmu pasti yang pertama. Namun, buat masa ini, ak mahu berehat seketika dari menjengah diari seorang pelajar....

Bulan Februari depan, Insya Allah semua Exco Alumni akan bertemu untuk mesyuarat kembali tentang bagaimana hendak memantapkan organisasi.Jumpa di Cameron Highlands!

Tuesday, December 15, 2009

Tiada Apa Yang Mampu KuFikir Melainkan Kerunsingan..

Salam..
Walaupun sepatutnya ak sedang bergembira dengan rezeki2 Allah tika ini, tetapi masih ada sekelumit kerunsingan di dalam hati.Kerja sebenarnya banyak menanti, tapi tak terbuat kerana separuh jiwaku pergi...

Alhamdulillah, sebahagian anugerah telah ku pertaruhkan di dalam simpanan-simpanan berbentuk dana amanah.So, juz keep it and ignore till it well growth.Insya allah..

Setiap hari, GPK ak telefon risau ak mampu atau tidak melakukan tugasan yang diberi.Ak mampu, cuma ak agak malas.Masih mencari-cari lagi sudut paling kondusif untuk ak memulakan kerja pengurusan dan pentadbiran sekolah ak.Bagi aku, mood cuti sekolah adalah dengan mengisi masa untuk bercuti.Sampaikan janji utk menemani Kak Suraya juga rasanya terbatal hasrat.Dari satu agenda ke satu agenda.Impian BBQ di asrama tinggal kenangan memilukan....

Mungkin ak boleh tunggu Yan tamat berKDC..Maka, ak akan agak enjoy untuk tinggal di asrama.Insya allah...

Tapi, ak memang tgh dalam kerunsingan kerana langsung tidak memulakan sebarang tindakan...Dan tika ini juga....ak dalam mood TIDAK MAHU MENYENTUH SEBARANG BEBANAN KERJA GURU....Aku pasti dan yakin semangat ak akan kembali lagi 2-3 hari lagi.Honestly, ak juga risau dengan masa depan ak nant dan aku sedang risau dengan....HALA TUJU insan yg aku sayang...