Thursday, January 14, 2010

Berkurun Sudah Membekukan Minda....

Salam semua!

Hari ini 14 Januari 2010, seluruh rakyat jelata Negeri Sembilan negeri beradat sedang bercuti merehatkan diri selepas 3 hari bekerja mengerah tenaga kerana Yang Di-Pertuan Besar sedang diraikan sempena Hari Keputeraan baginda.Yahuuuuuu!!!Dan sesungguhnya ak juga diberi kesempatan untuk update blog ak yang kian usang ini.

Sedar tak sedar, dh hampir 10 hari berlalunya sesi persekolahan.10 hari yang ak harung dengan penuh rasa kepenatan yang amat sangat.Bayangkan sehingga ke hari semalam belum merasa menjengah waktu rehat selepas sesi persekolahan pukul 2.30 petang.Aktiviti selepas sesi persekolahan, diisi sebaiknye dengan pelbagai aktiviti antaranya mesyuarat, ko-kurikulum, aktiviti pengurusan sekolah dan sebagainya.Namun, alah bisa tegal biasa. Ini sebagai satu langkah persediaan untuk diri berjuang lebih tegar dalam membantu membangunkan anak bangsa tercinta.Chewwahhhhh!!

Dalam kesibukan, tanggungjawab mengajar tidak dilupa.Mengajar Sains untuk bab-bab yg more to Biologi adalah satu cabaran baru buat ak untuk memahami istilah-istilah Sains yang jarang insan marhaen seperti ak gunakan.Tapi, ak anggap yg ak sedang mengajar dan sedang belajar.Dan yang pastinya, cabaran besar buat ak adalah.....mengajar mereka untuk memahami istilah-istilah dan sebutan dalam Bahasa Inggeris..Bangunlah anak bangsaku!!!!Ak sesungguhnya bersama kamu...Simple word like 'an' juga seolah-olah satu perkara yang tidak berbutir dibibir mereka.Hanya Kau Yang Mampu...

Maka, bermula Februari ini, akan ak korbankan lagi sedikit kelapangan ak untuk memulakan Extra Class untuk SPM Candidates..we recall back all the Science Form 4 Chapters!!Here we go..We, over the TOP!

No comments: