Salam
Malam ini memang mengambil sedikit kesempatan peluang balik ke rumah untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ak.Hari ni sbenarnya berpeluang untuk melibatkan diri dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Bidang Sains dan Math Peringkat Daerah Jempol Jelebu.Hmmm..mungkin kategori yang paling muda la sebagai ahli mesyuarat.Tp memang satu pengalaman baru sebagai guru baru.
Terjumpa pula Ketua Bidang Sains dan Matematik SMK Dato' Mansor.Beliau agak terkejut dengan kehadiran ak.Then die tanya ak...Kenapa ak pergi sekolah ak skang nih???Yg nih memang ak xdapat nk jawabkan sbb..adakah ak yang memang nk pegi skul ak skang???Hahaha...Tp terasa diri ini amat bertuah kerana di beri kesempatan seumpama ini.Sambil memikirkan apa yang beliau cakap, ak secara tidak sengaja telah m'flashback' balik kehadiran diri ak di SMA DATA.Bile dikire secara manual, dh hampir 4 bulan ak kat skul ni.Segala pahit getir ak tempuh n of course segala perasaan gembira, pahit dan manis telah ak telan.Dari yang menyakitkan hati sampailah kepada yang membuat ak tersenyum sendiri.
Perasaan tidak kisah berada di Simoang Durian telah mula bercambah.Tapi, bila ak kenang ak perlu memikirkan kemudahan apabila tiba hari ak bukan lagi hidup secara sendiri, ak jadi rimas dan pening memikirkan...Kalau la boleh SMA DATA nih ak bawak ke tmpat yang memudahkan kehidupan ak kmudian hari.Alangkah bagusnya.......
Ketika sedang mencoretkan catatan ini, hati aku sebenarnya agak tidak tenang kerana memikirkan perkara yang ak tidak tahu. Mggu depan ak akan ke Seremban untuk Taklimat Anugerah Sains...bosannya andai kata wakil2 sekolah yang pergi adalah golongan guru-guru senior.Tapi, takpe..ak cube to be more friendly..So many question to ask!
Ok....bile dh hitung perjalanan hidup ak selama 4 bulan nih, of course la berbagai perkara dh berlaku.Skul ak pun dh slamat Merentas Desa, tp bateri kamera agak flat dat day, so xsempat nk snap pic.Trek yg sgt best pd ak..Dari jauh ak dapat lihat keputihan camar berterbangan di balik bukit menghadap redup bendang yang dah mula diairi....And the best moment is...Adakah patut ak join vacation family Fadu ke Cameron Highland.Memang tidak patut....Tapi itulah yg berlaku...Dan sejarah serik berlaku sepanjang 24 tahun ak hidup.Situasi yang sepatutnya jarang berlaku dlm kehidupan manusia biasa spt ak.Sepatutnya berlaku dlm drama2 TV semata2.
Percutian di Cameron bukan setakat ak n family Fadu, tp ak de invite Yan skali.Warden skul ak...Kalau anda semua di tempat ak...apakah persaan anda semua, bila dlm perjalanan pulang ke rumah, Yan dapat call dr Abg die, informkan bahawa Angah Yan eksiden.Memang tahap kelajuan maksimum la Fadu drive.N....sampai di umah Yan..the worst part is...Angah Yan telah menghadap Ilahi.Dan..ketika melalui tempat kejadian, Arwah Angah Yan baru sj diangkat ke ambulans.Mungkinkah itu ditakdirkan supaya Yan tak jumpa Angah dia???That day, memang agak lewat turun dar Cameron seolah2 disengajakan...Sampai kelewatan itu, membuatkan ak dimarahi dan ditempik oleh abang Yan yang call die.Ak jadi sedih...Salah ak ke??Ak bukan sengaja nk lewat. Abg Yan mungkin agak tension bile terpaksa berhadapan dengan peristiwa sedih sorg2.Lepas nih, ak agak serik nak ajak or join aktiviti bersama-sama kawan2.Mungkin...kecewa dimarahi sedemikian.But now, I feel more relieve...ak cube nk melupakan sikit2 apa yang berlaku.
Okey, here a few pic uploaded to give a brief view bout my life now and my vacation trip to Cameron!!!
Sedang memetik strawberry kunun2nya...
Here I am in Cameron Bharat Tea
Dengan Yan, n adik Fad n cousin die si kecik tuh..
No comments:
Post a Comment